Anwar tidak layak jadi ketua pembangkang kerana terima arahan dari UMNO.

Khairuddin Abu Hassan

انور تريما ارهن دري امنو، تيدق لايق جادي كتوا ڤمبڠكڠ

Anwar Ibrahim harus ditolak sebagai ketua pembangkang dalam dewan rakyat. Dia adalah seorang pengkhianat dan tidak layak jadi ketua pembangkang.

Walaupun bergelar ketua pembangkang, dia terima arahan dari UMNO serta golongan kleptokrats. Buat masa ini Anwar Ibrahim bekerja secara akrab dengan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi!!

Kenapa ahli-ahli PKR tidak pernah mempersoalkan tindakan bodoh serta jahat Anwar Ibrahim?

Pada hari ini keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia dapat melihat dengan ‘mata kepala’ mereka sendiri bahawa Anwar Ibrahim amat akur serta tunduk pada pemmpin UMNO.

Mana pemimpin-pemimpin ‘otak udang’ PKR seperti abdullah sani, johari abdul, saifuddin nasution dan yang lain?

Dia sedang bekerjasama dengan Najib Tun Razak serta Zahid Hamidi untuk mengambil-alih kepimpinan negara dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Apabila mendapat sokongan dari Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi serta agenda mereka berjaya maka presiden PKR ini akan membebaskan segala pertuduhan rasuah mahupun jenayah tang dihadapi oleh Najib Tun Razak serta juga Zahid Hamidi.

Apakah rakyat Malaysia mengundi PH pada pru14 yang lepas untuk mengizinkan parti-parti DAP dan PKR bekerjasama dengan golongan kleptokrats seterusnya membebaskan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi?’

Inilah tumpuan gerak kerja Anwar Ibrahim pada hari ini. Anwar Ibrahim cukup akrab dengan Najib Tun Razak mahupun Zahid Hamidi pada hari ini.

Manakala parti DAP pula sanggup menyokong Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu presiden PKR ini sedang berkerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kleptokrats UMNO.

DAP terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim dan senantiasa izinkan presiden PKR ini terus memperbodohkan mereka.

Bukan saja Anwar Ibrahim selalu memperbodohkan DAP tapi turut memperalatkan DAP untuk kepentingan agenda politik rakusnya.

Sebelum pru14 kita lawan Najib Tun Razak, Zahid Hamidi dan BN secara bermati-matian bagi menegakkan kebenaran dari amalan rasuah.

Tapi kali ini Anwar Ibrahim sanggup mengkhianati amanah rakyat pada PH. Mandat rakyat pada PH untuk singkirkan pemimpin-pemimpin korup seterusnya membina semula ‘Malaysia Baharu.’

Inilah akibatnya jika kita ada seseorang tokoh pemimpin yang banyak masalah untuk jadi ketua kita. Bila musuh tahu kelemahan ketua yang bermasalah itu; senang untuk mengugut bagi memaksa kita mengikut ‘telunjuk’ mereka.

Semua pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN tahu kelemahan Anwar Ibrahim dan mereka senang ‘cucuk hidungnya’ ditarik ke kanan ataupun ke kiri.

Sudah sampai masanya parti Amanah dan DAP mesti berani buat keputusan untuk keluar dari PH yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Kedua parti Amanah serta DAP harus bergabung dengan parti Pejuang kearah mengujudkan satu barisan pembangkang yang kuat, berprinsip dan integriti.

Jika Amanah dan DAP terus bersama Anwar Ibrahim serta PKR; pru15 nanti mereka bakal tenggelam buat selamanya bersama PKR.

Rakyat sudah tidak menghormati PKR dan DAP lagi pada hari ini.

Barisan pembangkang harus cadangkan nama lain untuk menjawat jawatan ‘ketua pembangkang’ dan ‘sepak’ keluar Anwar Ibrahim kerana dia adalah pengkhianat yang sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair!

Kenapa PAS Amat Memalukan Islam ?

Kenapa PAS Amat Memalukan Islam ?

  1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi PAS segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka ‘Najib sahabat sejati’.
    Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin PAS tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.
  2. Pemimpin PAS menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang Menteri Besar PAS yang ‘dibelikan Vellfire baru’ untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain.
    Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS mengutamakan kemewahan kepada pemimpin PAS. Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.
  3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau.
    Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.
  4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.
    Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek.
  5. Pemimpin PAS sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima UMNO.
    Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.
  6. Pemimpin PAS (Menteri) yang pulang ke Turki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya)
    Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.
  7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.
    Impresei OBI : Islam, seperti contoh PAS, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesudahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di’bodoh’kan dengan menerima apa sahaja ‘fatwa’ yang mereka putuskan. Orang Islam PAS diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.
  8. Seluruh dunia kini dapat melihat ‘kehebatan’ pemimpin PAS yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti ‘Islamik’ dan memetik beberapa ayat Al Quran.
  9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam. PAS adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. PAS memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.
  1. Pemimpin-pemimpin PAS sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di’bodoh’kan dengan bungkusan ‘Islamik’ sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik.
  2. PAS akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut ‘Islam’ berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan ‘menyangka’ akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang ‘jauh dari ahli syurga’ selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai ‘Islamik’, jalan ke syurga melalui PAS hanyalah laluan yang menyesatkan.
  3. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam PAS.

Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh PAS adalah teramat besar. PAS adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan impresi yang salah terhadap Islam.

PAS sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk.

Dr Nazmi Aril Osidea

Anwar sabotaj pembangkang

Khairuddin Abu Hassan

بلنجاوان 2021: انور سابوتج ڤمبڠكڠ، ڤاكستان هارڤن جادي ءڤق توروتء

Anwar Ibrahim telah sabotaj usaha memohon ‘undian secara berbelah bahagi’.

Pada hari selasa lepas semua ketua-ketua parti dari PH termasuk Warisan menghadiri mesyuarat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam mesyuarat tersebut segalanya sudah dibincang dan dipersetujui secara konsensus. Yang tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut hanyalah Anwar Ibrahim.

Tetapi akhirnya, Anwar sabotaj pembangkang, dan ini jelas apabila pemimpin-pemimpin PH tidak bangun untuk meminta undian secara ‘berbelah-bahagi’ dalam dewan rakyat tadi.

Ini juga menggambarkan kebodohan pemimpin-pemimpin PH yang lain yang terlalu taksub serta menurut kehendak Anwar Ibrahim.

Lihatlah sendiri senarai ahli-ahli parlimen yang berdiri untuk menuntut undian secara ‘berbelah-bahagi’:

1. Mahathir Mohamad (Pejuang)

2. Mukhriz Mahathir (Pejuang)

3. Amiruddin Hamzah (Pejuang)

4. Shahruddin Md Salleh (Pejuang)

5. Mahfuz Omar (Amanah)

6. Hatta Ramli (Amanah)

7. Khalid Samad (Amanah)

8. Dr Dzulkefly (Amanah)

9. DW Hatta Ramli (Amanah)

10. Datuk Hj Hasanuddin (Amanah)

11. Hassan Karim (PKR)

12. Baru Bian (PSB)

13. Abdullah Sani (PKR)

Kalau bergaduh sekarang pun buang masa saja, kini ‘nasi sudah jadi bubur’. Tapi sebenarnya, kita tidak boleh memarahi Anwar Ibrahim seorang saja dalam isu ini.

Kenapa pemmpin-pemimpin PH yang lain bodoh sangat? Apakah kalau Anwar Ibrahim mengarahkan untuk makan tahi; mereka semua sanggup makan tahi?

Semua pemimpin-pemimpin PH yang sabotaj proses pengundian belanjawan 2021 pada petang tadi. Pemimpin-pemimpin PH semua main wayang saja’.

Mengapa pemimpin-pemimpin PH tidak bangun untuk meminta undian secara ‘berbelah-bahagi’ dalam dewan rakyat tadi?

Yang ada prinsip kental adalah Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin-pemimpin parti Pejuang saja. Empat orang dari ahli-ahli parlimen parti Pejuang semuanya bangun bagi meminta usul untuk mengundi secara ‘berbelah-bahagi’.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain tidak berprinsip serta terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

Presiden PKR ini sudah banyak kali menipu pemimpin-pemimpin PH tetapi mereka tetap setia pada Anwar Ibrahim.

Ini saya benar-benar tidak faham. Sebab itu saya tinggalkan parti Amanah yang juga masih taksub dengan Anwar Ibrahim.

Tolong jangan main wayang lagi.

Keseluruhan rakyat malaysia jangan percaya lagi dengan sandiwara pemimpin-pemimpin pembangkang dari PH. Mereka ini semua amat mementingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai sama sekali.

PH terlalu kuat ‘man wayang’ dan bersandiwara. Mereka bukanlah kalangan berprinsip sepertimana Tun Dr Mahathir Mohamad yang selalu ‘cakap serupa bikin’.

Anwar takut tembelangya pecah, kononnya miliki majoriti yg menyakinkan pd hal atas darat kering ditipu hidup² oleh Najib & Zahid serta UMNO. Ternyata UMNO dgn mudah perdayakan Anwar. Bertambah hrm jadah bilamana DAP pun ikut diperbodohkan Anwar.

Slps ni x pyhlah PKR, DAP, M Sabu, Salahuddin Ayub & Ust Hasanuddin dari Amanah melalak mcm org gila kat Parlimen. Hanya org bodoh tolol biul sewel tiga suku shj lagi percayakan u all. C&P.

TOLAK ANWAR IBRAHIM SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG

TOLAK ANWAR IBRAHIM SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG KERANA DIA BEKERJASAMA DENGAN KLEPTOKRATS BN!! DAP DAN PKR ADALAH PENGKHIANAT!!

Anwar ibrahim@‘manusia berpenyakit’ aneh harus ditolak sebagai ketua pembangkang dalam dewan rakyat!! Dia adalah seorang pengkhianat dan tidak layak jadi ketua pembangkang!!

‘Mangkok hayun’ ini ketua pembangkang yang terima arahan dari umno serta golongan kleptokrats!!

Anwar ibrahim cukup akrab dengan najib tun razak mahupun zahid hamidi pada hari ini!!

Manakala parti DAP pula sanggup menyokong anwar ibrahim walaupun mereka tahu presiden PKR ini sedang berkerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kleptokrats umno!!

DAP terlalu taksub dengan anwar ibrahim dan senantiasa izinkan presiden PKR ini terus memperbodohkan mereka!!

Mana pemimpin-pemimpin ‘otak udang’ PKR seperti abdullah sani, johari abdul, saifuddin nasution dan yang lain?!

Mahathir setuju berkerjasama semula dengan Muhyiddin jika syarat dipenuhi

Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersiaran di Astro AWANIpada Rabu malam, bekas Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun beliau setuju untuk bekerjasama semula seandainya syarat-syarat tertentu boleh dipenuhi.Katanya lagi, sudah ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk berjumpa dan berunding dengan beliau, tetapi Dr Mahathir masih enggan berbuat demikian kerana ada beberapa perkara yang pada hematnya tidak kena, termasuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang sudah didapati bersalah.“(Cubaan untuk memujuk) Dah dibuat dah, tetapi saya kata biar kena syaratlah. Saya masuk saja tak jadi apa. Mereka nak tonjolkan saya sebagai menyertai mereka, itu bukan caranya. Saya dapati banyak yang tak kena.

Saya dapati gabungan itu terdapat UMNO, dengan semua enam orang penjenayah semua tu. Jadi saya tak mahulah dapat sokongan daripada enam orang ini kita harus ingat kalau menang pun, enam orang ni, kalau dia pergi ke tempat lain jatuh juga kerajaan,” katanya lagi.Pada 29 Julai lepas, Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, dan dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta.Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan terhadap Najib.Bagaimanapun, Mohd Nazlan bersetuju hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat seterusnya.Dalam pada itu, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan Perikatan Nasional terlalu lemah, dan tidak boleh menjalankan tugas dengan berkesan kerana sokongan Ahli Dewan Rakyat yang sangat tipis.“Kerajaan ini terlalu lemah. Ia mempunyai kelebihan cuma satu orang, dua orang sahaja . Jadi apabila kita lemah, kita tak boleh nak jalankan tugas dengan sempurna dengan jaya.“Dulu masa saya jadi Perdana Menteri dulu saya punyai dua pertiga di belakang saya. Ini cuma dua orang saja. Satu orang senak perut, jatuh. Dua orang sakit perut, habis,” katanya lagi.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/boleh-berbaik-semula-dengan-muhyiddin-tetapi-tun-mahathir-270145

PENYELUDUP BERAS TEMBAK POLIS

PENGARAH KDNKA BUKIT AMAN, DATUK SERI ABD RAHIM JAAFAR SAHKAN KEPADA BERNAMA TV SEORANG ANGGOTA BATALION 3 PGA CEDERA DITEMBAK PENYELUDUP THAILAND KETIKA BERTUGAS

6 konstabel ditahan ketika sedang karaoke di Kota Bharu

Enam anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan ditahan ketika sedang berkaraoke di sebuah premis yang menjalankan aktiviti karaoke tanpa lesen di Bunut Payong, Kota Bharu, pada 20 Nov lalu.

Menurut sumber, mereka ditahan ketika satu serbuan itu dijalankan pada pukul 11.30 malam dan keenam-enam anggota merupakan pelanggan premis berkenaan.

Katanya, sewaktu serbuan dijalankan, dua anggota polis berada di ruang tamu premis itu manakala empat lagi sedang karaoke di dalam sebuah bilik.

“Empat orang yang ditahan merupakan anggota cawangan pengiring, seorang dari cawangan trafik dan seorang lagi cawangan pengangkutan IPD Kota Bharu.

“Hasil pemeriksaan dapati premis tersebut menjalankan aktiviti karaoke tanpa lesen. Peralatan yang digunakan untuk aktiviti itu juga dirampas,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Katanya, seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai pemilik premis turut ditahan.

“Kegiatan pusat hiburan atau karaoke merupakan salah satu kesalahan di Kelantan kerana kerajaan negeri tidak membenarkan pembukaan pusat itu.

“Mereka sepatutnya memberi nasihat dan tidak terlibat dalam menghidupkan aktiviti karaoke di daerah Kota Bharu.

“Kes diklafikasikan dibawah Seksyen 6 (1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat mengesahkan penahanan enam anggota polis yang mengunjungi pusat karaoke itu.

Katanya, siasatan kes turut akan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kelantan (JIPS).

https://www.malaysiakini.com/news/552622

6 anggota Polis larikan wang tunai RM1.6 juta yang dirampas

Selepas serbuan 6 anggota Polis larikan wang tunai RM1.6 juta yang dirampas

Seramai enam anggota polis termasuk dua pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan ditahan selepas melarikan wang tunai berjumlah RM1.6 juta milik warga China ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Jinjang, pada 12 November lalu.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dari salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di ibu kota itu mendapat maklumat berkaitan kes penipuan sebelum mereka melakukan serbuan di premis berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan pasukan polis itu menemui wang tunai sebelum merampasnya daripada warga China terbabit. Mereka melakukannya seperti serbuan biasa namun rampasan wang tunai RM1.6 juta itu tidak dilaporkan.

“Malah, warga China terbabit juga tidak ditahan dan pasukan polis terbabit dipercayai melarikan wang tunai milik mangsa,” katanya.

Sumber memberitahu, mangsa iaitu warga China terbabit yang mula mengesyaki dan tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya tampil membuat laporan polis, Selasa lalu.

Mengulas lanjut, susulan laporan dibuat mangsa, satu pasukan khas dari Cawangan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula melakukan operasi khas dengan menahan anggota dan pegawai berkenaan.

“Beberapa siri serbuan dilakukan, polis berjaya menahan seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dipercayai ketua serbuan berkenaan dan beberapa anggota lain-lain pangkat.

“Polis juga menemui sebahagian wang tunai yang dilarikan pegawai dan anggota berkenaan di rumah masing-masing. Namun, jumlah penemuan semula wang yang dilarikan itu dilaporkan hanya RM500,000,” katanya.

Katanya, polis kini sedang mengesan saki-baki wang tunai yang dilarikan kumpulan polis terbabit.

“Semua anggota dan pegawai berkenaan kini masih ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementera itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Sumber berita

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/645771/6-polis-larikan-wang-tunai-rm16-juta

Polis tahan pendakwah Selebriti didakwa rogol

Seorang pendakwah selebriti yang didakwa merogol seorang gadis pada tahun lalu, ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan jam 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 7.18 malam tadi.

“Difahamkan, mangsa berusia 23 tahun keluar dengan suspek yang dikenali menerusi media sosial Instagram kira-kira jam 8 malam pada 11 September tahun lalu.

“Mangsa menaiki kereta milik suspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek seterusnya membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian ke rumahnya iaitu sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan selain mangsa juga tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Katanya, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa akan dipantau daripada jauh.

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya menggunakan perkhidmatan e-hailing atau Grab.

“Mangsa yang mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,” katanya.

Baharudin berkata, pada Oktober tahun lalu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang dan mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Katanya, pihak hospital juga memaklumkan mangsa mengalami tekanan perasaan serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan masih menerima rawatan susulan.

“Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber berita

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/11/758911/pendakwah-selebriti-ditahan-dakwa-rogol-seorang-gadis

KEBODOHAN ANWAR SEMAKIN JELAS

INI BUKAN SOAL BELANJAWAN.. INI SOAL KEABSAHAN KERAJAAN DAN PM..

Bila aku kritik kenapa PH tidak minta undi belah bahagi.. Ada Sahabat tag aku, Tulisan yang tadi baru kelulusan peringkat Dasar.., Bab tu aku pun tahu..tak payah habaq.. Nanti akan dibahaskan lagi ke peringkat jawatankuasa dan Kementerian.. lepas tu ada sekali lagi pengundian…

Ini bukan soal Belanjawan.. Tetapi keabsahan Kerajaan dan PM !.. Kalau soal Belanjawan..tak perlu tolak pun.. Kalau nak buat cara Politik matang dan Sejahtera zaman PAS dulu.. habaq lah awai awai.. Ini buat drama nak buat Move, Nak tukar Kerajaan.. semua pakat tunggu 26 NOV.. dah semua orang mai kenduri..baru bagi tau, Ini baru Merisik..

Senang faham macam ni..Macam kita bagi tahu, Itu baru keputusan Parlimen..ada lagi keputusan peringkat Dun… kalau dah menang Parlimen..Soal Negeri bukan penting mana sangat pun.. yang penting kita nak tukar PM dan Kerajaan.. bukan takat tukar Exco..

Kalau takat nak buat serangan hendap..tak payah cukup sokongan pun..time PAS dan UMNO dulu pun dah buat.. Itu takda kaitan dengan Keabsahan seorang PM dan Kerajaan..

Itu sebab aku kata sejak awal.. Pentingnya Kerajaan PH rangka Belanjawan sendiri.. ada model Ekonomi sendiri..kalau terikut ikut Najib.. kan dan terperangkap.. yang untung dan dapat nama tu Najib, Bukan PH..kita pulak terpaksa ikut dia.. Kita nak pertahan apa..sebab apa pun kita tak kemukakan…

Betul, Masih ada satu peluang..tu semua orang tahu.. Tapi masa tu orang pun dah tak heran pun.. dia sebenarnya satu jer.. Kita tak minta Belah Bahagi sebab takda sokongan itu jer.. Dia macam ni..Sorang nak tengok Sokongan..Sorang taknak bagi tau..aku takdak sokongan..sembang jer.. Mudah faham kut.. 🙂

Ipohmali

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan