Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

UMAT ISLAM AMAT PERLU KEPADA ILMU DAN TARBIAH

1 PUNCA ISLAM DIHINA1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 ISLAM TERANCAM

 

TARBIAH 🍃

Mencaci maki orang lain dgn kata kata kotor, tidak membuat orang itu menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri.
▫Sebab kata kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita.
▫Hanya hati dan fikiran yang kotor mengeluarkan kata kata yang kotor.

Menghina orang tidak membuat org terhina melainkan membuat hina diri sendiri.
▫Sebab hanya hati dan fikiran yg hina akan mengeluarkan kata² dan perilaku menghina.

Menghormati orang dgn kata kata kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang.
▫Sebab hanya hati yg penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata kata kasih.

Menguatkan orang dgn kata kata bijak akan membuat diri anda menjadi kuat dan fikiran anda bijak.
▫Sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata kata bijak.

Membahagiakan orang dgn kata kata berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan jiwa anda penuh harapan.
▫Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata kata penuh harapan.

Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan, atau akan membentuk siapa diri kita.

Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki dan selanjutnya itu pula yang akan kita terima.

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

Umat Islam Di Singapore Lebih Islamik Berbanding Umnopas Di Malaysia

1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

ZIARAH 7 MASJID DI SINGAPURA. MEREKA TEMUI “SESUATU” BUAT RAMAI UMAT ISLAM TERGAMAM.!!!
March 11, 2018 media islam Terkini Leave a comment
Sekumpulan jemaah sebuah masjid dari Malaysia telah ziarah masjid2 utama di Singapura. Pada mulanya tak harap apa2 pun yg boleh dicontohi. Tetapi bila sampai sana je mereka semua terkejut bila tau…. Allahu. Baca dan kongsikan.

PENGALAMAN AHLI JEMAAH MASJID MALAYSIA DI SINGAPURA
Setahun Lepas, Satu Rombongan Terdiri Dari 20 Orang Ahli Jemaah Masjid Telah Mengadakan Lawatan Ke Tujuh Masjid Utama Di Singapura.
Lawatan Tersebut Telah Di Susun Oleh seorang CEO syarikat penyiaran popular di Malaysia.

Lawatan Tersebut Adalah Sebagai Pembuka Hati dan Minda.

1. Masjid2 Di Singapura Yang Terpaksa Mencari Dana Sendiri Telah Di Urus Tadbir Dgn Amat Baik danTersusun.

2. Imam2nya Yang Lulusan Al Azhar, Selain Fasih Berbahasa Arab Juga Fasih Berbahasa Inggeris.

3. Golongan Professional Seperti Doktor, Jurutera, Peguam dan Lainnya Utuh Berada Di Saf Hadapan.

4. Ketibaan Rombongan Dari Malaysia Di Sambut Oleh Pemuda dan Pemudi Yang Dibimbing Untuk Sentiasa Aktif dan Rapat Dengan Masjid.

5. Pada Hujung Minggu, Masjid2 Mengatur Sekian Banyak Kursus Hinggakan Ada Kursus Khas Untuk Bibik2 Pembantu Rumah Yang Bekerja Di Singapura.

6. Kursus2 Seperti Membuat Kek, Pakaian, Salon Dibuat & Sijil Dikeluarkan Agar Apabila Kembali Ke Negara Asal, Mereka Dapat Berdikari Atau Mudah Mendapat Kerja.

7. Cafe Bertaraf “Starbucks” Dibuka Kepada Orang Ramai Termasuk Non Muslims.

8. Tempat Penginapan Disediakan Untuk “Backpackers” Termasuk Non Muslim. Hasilnya, Ada Backpackers Dari Australia Setelah Tinggal Di Masjid dan Berinteraksi Rapat Dengan Para Jemaah Setempat, Akhirnya Kembali Utk Bersyahadah.

9. Rata2 Ahli Rombongan Malaysia Berasa “Kerdil” Kerana Jauhnya Kita Ketinggalan Berbanding Saudara2 Kita Di Singapura.

10. Difahamkan PM Singapura Sendiri Telah Memanggil Presiden Muslim Di Singapura Utk Mengetahui Kunci Kejayaan Mereka.

11. Bagi Kaum Muslim Di Singapura, Pemuda Adalah “Penggerak Agama dan Bangsa” Bukan Lagi Sebagai Harapan Bangsa.

Alhasilnya, Jawatankuasa dan Para Pegawai Masjid2 Di Negara Kita Boleh Mencontohi Usaha Baik Ini Agar Pihak Masjid dapat Merangka dan Menyelaraskan Suatu Gerak Kerja Yang Amat Tersusun dan Bergerak Lancar Demi Kepentingan Agama Islam,Sekaligus Mewujudkan Kelompok Muslimin/Muslimat (Jemaah/Ahli Qariah) Yang Lebih Prihatin Agama dan Mencintai Sunnah.

Bukalah Hati dan Minda Kita. Tunjukkanlah Keperibadian dan Keindahan Islam.

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/src-international-lima-saksi-meninggal-dunia-sejak-siasatan-bermula-1.952495

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

Panduan Ringkas Jika Ada Ahli Keluarga Kita Mati

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 2

1 PUNCA ISLAM DIHINA

Penting Sangat… Simpan mesej ni sebagai pedoman Andai ada kematian di rumah kita.

1) cal ambulans. Doctor akan sah kan kematian. akan bg bberapa surat/borang utk d bawa buat laporan ke balai polis.

2) cal org surau/jiran yg tdekat

3) bawa document yg d bg doctor td. ic si mati. sijil lahir. segala surat perubatan jika ada ke balai polis utk buat laporan.

4) Ingat . bahagi kan tugas. Apabila d sah kan oleh doktor ttang kematian. sebelum hadir nya jiran2.

1) letak jenazah atas tilam. kaki ke arah kiblat. muka mengadap kiblat
2)chek seluar/ pampers jika ada tberak tkencing. jika ada cuci dulu.
3) salin seluar baju yg bersih.
4) cari perca kain bersih . Buat bberapa tali.
sedia kan minyak zaitun/baby oil. mula kan dr muka. urut pelan2 muka. rapat kan mulut n ikat dr dagu ke kepala.
5) urut mata pelan2 ..rapat kan. jika x rapat. letak duit syiling 50sen d kelopak. bl dah rapat. keluar kan duit tu.
6) tangan siku..urut pelan2 . kiam kan elok2. ikat kan kemas2.
7) punggung peha rapat kan elok2. urut pelan2
😎 lutut rapat kan elok2. ikat tali.
9) betis rapat kan. ikat tali
10) pegelangan kaki urut ..dgan minyak rapat kan n ikat kemas2.
11) 2 ibu jari d rapat kan n ikat kan.
12) ambik kain tudung bawal putih jarang. tutup bahagian muka
13) ambik kain batik panjang. tutup keseluruhan nya.

5) siap kan dlm beg . kain batik panjang 4 helai. towel satu.

6) Daun pandan sepokok. d bersih kan d kerat2. buh dlm plastik.

6) sebelum kedatangan jiran2 . anak2 yg lain mesti tutup aib. dgan cepat2 bersihkan rmh.

7) Bila jenazah n rmh dah ready semua. sementara tunggu urusan yg seterusnya. Cuba ambik kesempatan brehat . makan minum secukup nya .

[Tujuan urut. supaya segala sendi2 tetap lembut sehingga memudah kan waktu nak mandi/kapan.
l Buat pelan2. sambil sedekah al fatihah. ni kerana jenazah yg tcabut nyawa nya ..dlm keadaan perit sakit.

semoga bmafaat utk semua.

BARAT TERKEJUT DENGAN CARA ISLAM SEMBELIH LEMBU.

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 PUNCA ISLAM DIHINA

BARAT TERKEJUT DENGAN CARA ISLAM SEMBELIH LEMBU.

Masya Allah, semakin maju penelitian ilmiah semakin membuktikan kebenaran Islam.

Menjelang Hari Raya Aidil Adha atau hari raya kurban, jangan makan daging lembu tidak disembelih, rupa2nya syariat Islam ini membuat orang barat terkejut.

Semak kajian ini:

1. Rasulullah saw tak pernah belajar ‘cardiology’ tapi syari’atnya membuktikan penelitian ilmu modern.

2. Melalui kajian ilmiah yang dilakukan oleh 2 anggota ahli penternakan dari Hannover University, sebuah universiti terkemuka di Jerman. Iaitu: Prof. Dr. Schultz dan pembantunya, Dr. Hazim.

Keduanya memimpin satu tim kajian tersusun untuk menjawab pertanyaan:
“Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara syari’at Islam yang murni (tanpa proses memengsankan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan memengsankan)?

3. Keduanya merancang kajian yang sangat canggih, guna sekumpulan lembu dewasa (cukup umur).

Pada otak lembu dipasang elektrod (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG) yg dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat tahap rasa sakit lembu ketika disembelih.

Di jantung juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung ketika darah keluar semasa disembelih.

4. Untuk mengelak kesalahan, lembu dibiarkan hidup dengan EEG & ECG yang telah terpasang selama beberapa minggu.

Setelah cukup masa separuh lembu disembelih dengan cara Islam, dan separuh lagi disembelih dengan kaedah Barat iaitu pengsangkan dengan suntikan bius dan renjatan elektrik.

5. Cara Islam, penyembelihan dengan pisau tajam, dengan memotong 3 saluran pada leher, iaitu: Saluran makanan, saluran nafas serta 2 saluran pembuluh darah, iaitu: Arteri karotis dan vena jugularis.

6. Diketahui umum Islam tidak menggalakkan cara pengsankan haiwan sembelihan.

Sebaliknya Barat mengajarkan atau mengharuskan ternakan dipengsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.

7. Selama kajian, EEG dan ECG pada semua lembu dicatit untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sebelum dipengsankan (atau penyembelihan) hingga haiwan itu betul2 mati.

Nah, hasil kajian inilah yang sangat ditunggu-tunggu!

8. Dari kajian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu dapat dirumuskan beberapa perkara:

Penyembelihan Cara Islam

Hasil kajian dengan sembelih cara Islam mendapati:

Pertama:
Pada 3 detik pertama haiwan disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembi bahagian depan terputus), tercatit tidak ada perubahan pada grafik EEG.

Ini bererti bahawa pada 3 detik pertama disembelih, tiada tanda rasa sakit.

Kedua:
Pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak merakam adanya penurunan grafik secara perlahan yang menyerupai dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu2 itu betul2 hilang sedar.

Pada ketika itu, ECG mencatitkan bahawa jantung meningkat aktivitinya.

Ketiga:
Setelah 6 detik pertama itu, ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota tubuh dan memompanya keluar.

Ini merupakan kesan gerakan bersama antara jantung dan sumsum tulang belakang (spinal cord).

Pada ketika darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik, tapi menurun sampai ke kosong.

Perkara ini diterjemahkan oleh kedua anggota pengkaji bahawa: “No feeling of pain at all!” (Tiada rasa sakit sama sekali!).

Keempat:
Kerana darah tertarik dan terpompa oleh jantung keluar tubuh secara maksima, dihasilkan ‘healthy meat’ (daging yang sihat) yang layak dimakan manusia.

Boleh dikatakan darah keluar 99.9% dari tubuh haiwan.

Jenis daging dari hasil sembelihan seperti ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.

Penyembelihan Cara Barat

Pertama:
Segera setelah dilakukan proses stunning (dipengsankan), lembu terhuyung hayang jatuh dan collaps (rebah).

Setelah itu, lembu tidak bergerak-gerak lagi, sehingga mudah dikendalikan.

Oleh kerana itu, lembu dapat disembelih dengan mudah tanpa meronta-ronta, dan nampaknya seolah-olah tiada mengalami rasa sakit.

Ketika disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih dengan tidak dipengsangkan. Ini kerana jantung tidak aktif cergas untuk menarik atau memompa keluar kesemua darah lantaran organ2 badan sudah ‘pengsan’ semuanya.

Kedua:
Setelah dipengsankan, tercatit adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG.

Perkara itu menunjukkan adanya tekanan rasa sakit yang diderita oleh haiwan yang disembelih (kerana kepalanya dipukul, direnjat elektrik dan/atau suntikan bius sampai rebah pengsan tanpa mengelupur).

Ketiga:
Grafik EEG meningkat sangat drastik dengan kombinasi grafik ECG yang ‘drop’ ke tahap paling bawah.

Ini menunjukkan adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa, sehingga jantung berhenti berdetik lebih awal. Akibatnya, jantung kehilangan kemampuannya untuk menarik darah dari dari seluruh organ tubuh, serta tidak lagi mampu memompanya keluar darah dari tubuh.

Keempat:
Kerana darah tidak tertarik dan tidak terpompa keluar tubuh secara maksima, darah jadi beku di dalam urat2 darah dan daging, sehingga menghasilkan unhealthy meat (daging yang tidak sihat), yang dengan demikian menjadi tidak layak untuk dimakan oleh manusia.

Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging, bahawa timbunan darah beku (yang tidak keluar ketika haiwan mati/disembelih) merupakan tempat atau media yang sangat baik bagi tumbuh-kembangnya bakteria pembusuk, yang merupakan ejen utama merosak kualiti daging. Bahkan ianya hampir2 seperti bangkai yang matinya tidak disembelih. Yang darahnya 100% ada dalam badan yang menghasilkan daging yang tidak halal dimakan oleh orang Islam. Ianya juga dikatakan mengandungi asid urik yang tinggi.

Bukan Tanda Rasa Sakit!

Meronta-ronta dan meregangkan otot pada ketika haiwan disembelih bukanlah tanda rasa sakit! Sangat jauh berbeza dengan dugaan kita sebelumnya! Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita semua, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan ngilu.

Lebih2 lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka yang menganga luas!

Hasil kajian Prof. Schultz dan Dr. Hazim membuktikan yang sebaliknya. Yakni bahawa pisau tajam yang mengiris leher (sebagai syariat Islam dalam penyembelihan haiwan) rupa2 tidaklah ‘menyentuh’ saraf rasa sakit.

Oleh kerananya kedua pengkaji itu merumuskan bahawa lembu meronta-ronta dan meregangkan otot bukanlah sebagai tanda rasa sakit, melainkan sebagai tanda ‘kejutan otot dan saraf’ saja (iaitu pada ketika darah mengalir keluar dengan deras).

Mengapa demikian?

Perkara ini tentu tidak terlalu sukar untuk dijelaskan, kerana grafik EEG tidak membuktikan juga tidak menunjukkan adanya rasa sakit itu.

Lembu yang disembelih akan dirungkai tali yang mengikat kakinya agar ia bebas meronta-ronta dan ‘menendang pusaka’.

Subhanallah.

Memang selalu ada jawapan dari setiap pertanyaan tentang kebenaran Islam.

Sebenarnya, sudah tidak ada alasan lagi untuk merasa tak tegamak melihat proses penyembelihan kurban, kerana saya sudah tahu bahawa haiwan ternakan tidak merasakan sakit ketika disembelih.

Dan yang paling penting, saya dapat mengerti hikmah dari salah satu syariaat Islam dan keberkatan yang tersimpan di dalamnya.

KAJIAN INI MEMBUKTIKAN, APA YANG ISLAM PERINTAHKAN SANGAT BERGUNA BAGI UMAT MANUSIA.

 

Jangan jadikan masjid dan agama milik politik tertentu

https://web.facebook.com/muslimkemboja.melayuchampa/videos/2093391817444490/

Adik2 Di New Zealand

POLITIK DAN MASJID
1. Politik memang sebahagian daripada agama. Jika diklusterkan, politik berada dalam kluster muamalat, bukan kluster ibadat dan aqidah.
2. Jadi, terlibat dengan politik sama seperti terlibat dengan jual beli, sewa menyewa, hutang piutang dan gadai menggadai.
3. Tiada orang jadi kafir atau terkeluar Islam kerana mengundi orang kafir dalam pilihanraya, sama seperti tidak jadi kafir atau terkeluar Islam orang yang beli Mercedes mahal dengan orang kafir.
4. Walaupun urusan politik sebahagian daripada agama, urusan itu tidak boleh diseret masuk sewenang-wenangnya ke dalam masjid.
5. Jika urusan politik dibawa masuk ke dalam masjid dan natijahnya ialah kebencian, prasangka, riuh rendah, tolak menolak, apatah lagi benci membenci, eloklah urusan politik disangkut di pintu pagar masjid apabila seseorang ingin masuk ke masjid.
6. Sama halnya dengan urusan perniagaan. Urusan itu tak dibenar dibuat di masjid sebab boleh menimbulkan keriuhan, padahal masjid adalah sumber ketenangan.
7. Hukuman hudud sebahagian daripada Islam, tapi tak boleh dibuat di dalam masjid sebab boleh mengotorkan masjid. Jika mengotorkan masjid secara fizikal adalah terlarang, macam mana dengan perbuatan mengotorkan masjid secara maknawi?
8. Jimak juga sebahagian daripada Islam, bahkan pelakunya dapat pahala sedekah. Tetapi keinginan itu tak boleh dilampias di dalam masjid, sekalipun di atas lapisan siling masjid.
9. Ketawa juga adalah sebahagian daripada agama, bahkan sedekah. Tetapi ketawa berdekah-dekah dalam masjid dilarang.
10. Bagi sebahagian agamawan separuh masak atau tak masak langsung, urusan agama dipukalkan dalam satu bakul. Padahal urusan agama perlu dilihat dalam pelaksanaannya secara terperinci, satu persatu, isu demi isu, kes demi kes supaya pelaksanaannya mencapai maqasid sesuatu urusan agama disyariatkan.
11. Urusan politik boleh dibicarakan di dalam masjid secara ilmiah dan objektif, sama seperti belajar tentang hukum dan urusan jual beli dan jimak di dalam masjid adalah diharuskan. Ruangnya ialah ilmu dan berobjektif.
12. Masalahnya ialah, apabila agamawan membawa politik ke dalam masjid, mereka membawanya dengan sentimen kepartian, tidak objektif bahkan berhasrat untuk menarik sokongan awam kepada kelompok politik mereka.
13. Pada masa yang sama sentimen kekelompokan politik itu disalut pula dengan doktrin aqidah sehingga ada orang yang berada di dalam masjid dan baru selesai solat Maghrib menjadi kafir kerana berada di luar kelompok politik agamawan pengkuliah.
14. Agamawan perlu belajar berfikir secara bersegmen. Mereka perlu wujudkan kluster-kluster dalam otak mereka supaya agama yang mereka sampaikan kepada masyarakat lebih bersasar dan tersusun.
15. Namun apakan daya, menjadi agamawan pengkuliah sangat mudah, lebih mudah daripada menjadi pengambil upah memotong rumput di halaman.
16. Pemotong rumput memerlukan modal kewangan dan kemahiran yang besar, tapi agamawan cuma perlukan moral lidah dan serban sahaja.