Haram Jual Air Zam Zam.?

No photo description available.

Haram Jual Air Zam Zam.??
.
Kena faham isu ni, kenyataan akhbar berkaitan haram JUAL itu telah lama. Dua kali KKM buat kenyataan sama 2011 dan 2017 atas isu PENIPUAN penjualan Air Zam Zam. Kerajaan Arab Saudi telah menangkap dan mengenalpasti sindiket penjualan Air Zam Zam sejak 2011 seperti laporan Akhbar Saudi Gezzete [1]. Kerajaan Arab Saudi juga mengeluarkan kenyataan mengharamkan eksport Air Zam Zam secara komersial kerana dibimbangi berlaku penipuan. Walau bagaimana pun jemaah haji dan umrah dibenarkan bawa balik ke negara masing-masing atas keperluan peribadi, bukannya untuk JUALAN [2].
.
Isunya bukan kata air zam zam tu haram, tetapi ambik kesempatan perniagaan itu yang salah.
.
Air Zamzam percuma sahaja kat tanah suci, cuma kos tong plastik sekitar 10 Riyal sahaja. Kemudian hanya jemaah haji/umrah sahaja dibenarkan ambil 5 botol untuk kegunaan sendiri.
.
Kerajaan Arab Saudi pun juga buat kenyataan haram diperniagakan seperti link di atas tu. Jangan dipolitikkan sangat isu ini. Yang kutuk mengutuk adalah kita juga umat Islam. Isu penjualan arak dan seumpamanya adalah isu berbeza.
.
Sehubungan dengan itu, atas akta dan bidang kuasa yang ada kat Malaysia, JAKIM tiada punca kuasa kecuali KKM di bawah Akta Makanan 1983 dan 1985.

“Mengikut Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, air Zam Zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan pengimportannya memerlukan lesen punca air, kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi negara pengeksport.
.
“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air Zam Zam berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983.
.
Sekali lagi, Isunya adalah kesalahan menjual, bukan kesalahan meminum.
.
Sekian penjelasan dari suhazeli.com
fb.com/Suhazeli.abdullah
5.1.2020
Kuala Lumpur
.
Link
[1] Berlaku penjualan Air Zam Zam Palsu. http://saudigazette.com.sa/article/501440
[2] Kenyataan Arab Saudi 2011. https://gulfnews.com/uae/uae-residents-told-to-avoid-buying-zam-zam-water-1.802850
[3] Kenyataan Akhbar KP Kesihatan Disember 2017. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/361315/denda-penjara-jika-jual-air-zam-zam