Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Raja-raja Malaysia, raja kepada semua kaum – Agong

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua rakyat agar menghayati prinsip Rukun Negara bagi pemangkin semangat patriotisme dalam masyarakat.

AL-Sultan Abdullah menegaskan bahawa prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan panduan kepada perilaku rakyat Malaysia yang diasaskan daripada acuan budaya dan ajaran tempatan.

Baginda bertitah ia menekankan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan serta mengingatkan masyarakat agar sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah S.W.T

“Ia juga menuntut untuk sentiasa berlaku adil dalam mendaulatkan undang-undang, lebih penting lagi Rukun Negara memartabatkan kedudukan raja, negara dan Perlembagaan.

“Hakikatnya, raja merupakan raja kepada semua kaum tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan pegangan politik,” titah Seri Paduka dalam program Wacana Diraja Islam Agama Rahmah Raja Berpelembagaan dan Patriotisme di Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 10.50 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa peranan raja sebagai mekanisme penyatuan dan pencetus semangat patriotisme adalah sangat unik dan sentiasa relevan dalam demografi kepelbagaian di negara kita.

“Apabila negara berhadapan dengan isu-isi yang berkepentingan kepada rakyat, peranan institusi Raja-raja Melayu adalah amat besar dalam menzahirkan pandangan, menegur, melunakkan keadaan dan menawarkan pedoman.

“Justeru, raja adalah mahkota negara dan menjadi pelindung kepada rakyat jelata,” titah baginda.

Seri Paduka turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mensyukuri fitrah masyarakat majmuk yang diciptakan Tuhan Yang Maha Esa.

Titah baginda, rakyat tidak seharusnya mengadu-domba dengan isu yang boleh membawa persengketaan dan permusuhan.

“Sebaliknya, berpeganglah kepada ajaran agama. Hayatilah prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan.

“Hormatilah keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan negara yang kita cintai ini,” titah Seri Paduka.

– BERNAMA

Ketepi perbezaan, wujudkan perpaduan dan kebersamaan – Agong

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat di negara ini perlu berdiri megah sebagai satu bangsa yang merentasi setiap perbezaan bagi mewujudkan perpaduan dan kebersamaan yang berkekalan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bagi mewujudkan suasana itu, rakyat dan pemimpin di setiap lapisan tidak boleh hanya memeluk tubuh dan mengimpikan kejayaan.

Sebaliknya, titah Seri Paduka, usaha jitu perlu diambil bagi meruntuhkan apa juga benteng pemisah yang menjadi penghalang kepada perpaduan.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian dalam Titah Diraja sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2019 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan, malam ini.

Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini disambut esok.

“Hakikatnya bukan suatu yang mudah untuk menguruskan kepelbagaian dan perbezaan yang wujud dalam sebuah negara. Ini kerana setiap sesuatu perkara akan cenderung untuk dilihat serta ditafsirkan dari sudut berbeza,” titah Seri Paduka.

Kerana itu, titah Al-Sultan Abdullah, sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lalu, baginda sudah berangkat ke setiap pelusuk negara untuk menyantuni dan mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan.

“Melalui pendekatan ini, Beta mempelajari bahawa setiap rakyat Malaysia berperanan dalam menyumbang kepada pembentukan sebuah negara maju yang berdaulat dan merdeka.

“Sesungguhnya, perkara paling berharga yang Beta pelajari ialah setiap rakyat Malaysia sebenarnya sangat sayang dan cintakan negara yang bertuah ini,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah rakyat Malaysia telahpun mempunyai asas dan semangat perpaduan yang kukuh dan ia hanya perlu disemai dan dipupuk agar asas berkenaan menjadi kekuatan yang mampu menangkis segala rintangan.

Bersempena dengan sambutan rasmi ulang tahun keputeraan kali ini, Yang di-Pertuan Agong mengajak pemimpin di setiap lapisan untuk mengetepikan perbezaan dan bersama-sama menyantuni rakyat dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu.

“Insya-Allah, Beta dan Raja Permaisuri Agong (Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) akan terus menyantuni dan mendekati rakyat tanpa mengira pangkat, darjah, keturunan dan bangsa dalam mencapai visi penyatuan yang menjadi ramuan kesepaduan dalam membentuk masyarakat yang bertamadun,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menjunjung institusi Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta kekal berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan-ucapan tahniah dan doa yang telah disembahkan kepada Seri Paduka.

“Beta percaya, sokongan dan ingatan rakyat serta pelbagai pihak kepada Beta menunjukkan bahawa amalan sistem Raja Berperlembagaan mempunyai peranan yang sangat signifikan kepada rakyat dan negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

Mengakhiri titah, Seri Paduka turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, anggota pentadbiran, penjawat awam dan anggota keselamatan yang telah menyumbang kepada kesejahteraan negara.

“Lebih istimewa, Beta dan Raja Permaisuri Agong ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menerima kunjungan Beta berdua dengan hati dan tangan terbuka.

“Beta dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur, serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wataala,” titah Al-Sultan Abdullah.

– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604898/ketepi-perbezaan-wujudkan-perpaduan-dan-kebersamaan-agong?fbclid=IwAR0KbvD-NqNcTVwYpEnka_3Ms_HqbrSCqyc545ci_R_pPYDc5wNwBTUeN64

Alangkah terharu dengan sokongan padu YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri.

Image may contain: 11 people, people standing and crowd

Image may contain: 7 people, people on stage, crowd, child and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and crowd

Image may contain: 6 people, people smiling

Image may contain: 17 people, people smiling, people on stage, crowd and outdoor

Indahnya Malaysia Dan Rakyat Amat Berbangssa Apabila Dapat Melihat  YDPA & Permaisuri Ceria Dan Bersemangat Mengibarkan Jalur Gemilang.

Image may contain: 12 people

Image may contain: 20 people, people smiling

Image may contain: 1 person, smiling, outdoor

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2019 – Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir pada Acara Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya, hari ini.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini merupakan kali yang pertama bagi Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri menteri Kabinet.

 

Seronok melihat telatah YDPA & Permaisuri.
Sambutan Hari Kebangsaan 2019 pagi tadi.

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=2642769759086602&set=a.479551102075156&type=3&theater

31 OGOS 20191 Tun Islam1 PH
1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN
1 ISLAM TERANCAM2 SOKONG PEROMPAK1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 3 PENYAMUNGENG LAWYER BURUK KELANTAN

Rahmatan Lil Alamin & Maqasid Syariah Tidak Boleh Dipersendakan lagi oleh umnopas Kerana Sudah Menjadi Titah YDP Agong

Pendekatan  ‘rahmatan lil alamin’ dan maqasid syariah sesuai untuk model Malaysia, titah YDP Agong

Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dipraktiskan kerajaan Pakatan Harapan  (PH) mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut baginda, usaha kerajaanPH untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin dilihat sesuai dengan konsep negara negara Islam berbilang kaum.

“Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia.

“Seterusnya menjadi model Malaysia iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar,” titah Baginda dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen Ke-14, sebentar tadi.

Konsep ‘rahmatan lil alamin’ telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran melalui ayat 107, Surah al-Anbiya’ yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.

Ulas baginda lagi, seruan-seruan perpaduan hendaklah tidak tinggal sebagai slogan semata-mata, sebaliknya, semangat perpaduan dan usaha perlu benar-benar disuburkan dengan ikhlas dan dihargai.

“Beta menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, terutamanya yang menyentuh sistem demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan,” titah baginda lagi.

Malah titah baginda, tindakan tegas hendaklah diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pendekatan-rahmatan-lil-alamin-dan-maqasid-syariah-sesuai-untuk-model-malaysia-titah-ydp-agong/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2kLz90oW9ZIylpILMCdw_wJaRKq3waVwl29fI_jlsjYlxwHwcq9GTO_PQ