Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Annuar Musa Kantoi Sebar Gambar Lama Rakyat Filipina Protes Terhadap Malaysia

1 ANUAR MUSANG1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 3 PENYAMUN1 TANGAN JADI SAKSI

Bendera Malaysia Dibakar:

Annuar Musa Kantoi Sebar Gambar Lama Rakyat Filipina Protes Terhadap Msia.

SETIAUSAHA Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun twitter cuba memperbodohkan orang ramai dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki.

Menerusi kiriman itu Annuar Musa menulis caption berbahasa Inggeris bermaksud,

“Umno dan BN telah meletakkan asas yang kuat untuk negara. Kita hidup dalam aman dan harmoni hampir tujuh dekad. Tapi kini ia mula runtuh, sekeping demi sekeping, sedikit demi sedikit,”

Namun Annuar Musa jelas sekali kantoi, apabila gambar bendera Malaysia dibakar oleh seorang lelaki berbaju kuning itu sebenarnya bukanlah gambar baharu. Gambar itu dikesan telah wujud sejak tahun 2013 lagi.

Malah kejadian membakar bendera Malaysia itu bukanlah berlaku di negara ini . Ia berlaku di negara jiran Filipina dalam satu tunjuk perasaan membantah gerakan ketenteraan Malaysia terhadap kumpulan bersenjata Filipina di Sabah.

Individu berkenaan bernama Abner Afuang, seorang bekas pegawai polis Filipina . Gambar itu dipercayai kali pertama dimuat naik ke Internet menerusi laman sesawang sumber berita ABS CBN . Bertarikh 03 Jun 2013 dan foto itu diambil oleh jurugambar Lito Diaz.

Gambar lelaki berbaju kuning membakar bendera Malaysia ini, juga sebelum ini pernah viral dikaitkan kononnya lelaki itu adalah salah seorang peserta himpunan bersih, tujuannya tidak lain untuk memfitnah Himpunan Bersih ketika itu.

Kalau kita lihat di media sosial, kebelakangan ini, memang banyak machai-machai walaun- walaun jahat menyebarkan gambar-gambar lama bendera Malaysia terbalik, untuk menanam persepsi negatif terhadap negara.

Namun amat malang bila Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Setiausaha Agung Umno, turut sama terlibat melakukan kerja jahat dan fitnah seperti ini.

Anda boleh semak sendiri kiriman itu di laman sosial Twitter milik Annuar — @AnnuarMusa ( jika belum dia padam)

“Jangan pelik jika nampak ramai machai-machai dan zombie-zombie suka sebar gambar dan cerita fitnah sebab pemimpin mereka pun buat perkara sama,”

Sumber — milosuam
23/08/19

‘Mahu negara kita dalam peperangan?’

“JANGAN malu dan hina tentera kita, kita setanding dan lebih hebat dari negara luar,” demikan pesanan Pemangku Pegawai Pemerintah No 18 Skuadron F/A-18D Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Goh Keng Loon yang terkenal panggilan ‘Pacman’.

Menurutnya, pasukan keselamatan negara seperti TUDM misalnya mempunyai keupayaan dan kemahiran setanding negara luar, malah mampu mengadaptasi segala bentuk cabaran yang datang.

Goh yang juga juruterbang pesawat tempur F/A-18D Hornet mengakui ‘sakit telinga’ dengan cemuhan dan cacian yang dilemparkan terhadap pasukan keselamatan dan orang ramai perlu tahu keupayaan tentera negara serta patut berbangga dengannya.

“Segelintir berpendapat bahawa pasukan tentera kita hanya tahu membuat bising dengan pelbagai pameran dan ekspo yang diadakan namun tidak pernah berjuang di medan peperangan sebenar.

“Mereka tidak tahu kita bukan hanya diperlukan ketika peperangan, malah kekuatan dan keupayaan yang kita pamerkan itu menyebabkan kita digeruni,” katanya yang juga sudah 10 kali menyertai lintas hormat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan.

Menurutnya, dia sendiri pernah terdengar sekumpulan lelaki yang memperlekehkan pasukan TUDM ketika berada di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

“Mereka berbual mengenai pasukan keselamatan negara dan mendakwa tentera di negara ini hanya tahu membuat bising dengan pertunjukan udara dan sebagainya walaupun tidak berdepan dengan situasi peperangan.

“Saya yang terdengar perbualan itu, membalas kata-kata mereka bahawa bunyi bising itu yang membuatkan kita hidup aman dan kamu mahu negara kita dalam peperangan?,” katanya.

Menurutnya, jawapan itu mendapat sokongan orang ramai yang mendengar dan kemudiannya memberikan tepukan kepadanya yang ketika itu berada di dalam sebuah kafetaria.

Katanya, sambutan Hari Kemerdekaan amat bermakna bagi dirinya dan semua individu di negara ini.

Beliau berkata, pada hari itu, mereka dapat menjadi ‘model’ dan memperagakan aset ketenteraan yang dimiliki negara selain dapat ‘cat walk’ di pentas peragaan di Putrajaya disaksikan jutaan pengunjung.

“Memang ia sesuatu yang membanggakan malah ia hari yang penuh bermakna kepada kami.

“Persiapan sudah semestinya dilakukan dengan rapi dan kami sentiasa menanamkan perasaan takut untuk melakukan lintas hormat kerana ia akan disaksikan banyak pihak,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Udara TUDM Butterworth hari ini.

Menurutnya, perasaan takut ini penting bagi membolehkan kita melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih berhati-hati dan fokus.

Sementara itu, bagi Mejar Muhd Faizal Ab Rahim, 35, yang menggunakan panggilan ‘Monk’ akan mengetuai penerbangan lintas hormat Skuardon 18 sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

Menurutnya, mereka akan menggunakan 4+1 pesawat F/A-18D bagi tujuan itu dan melakukan satu aksi aerobatik sejurus selepas lintas hormat.

Katanya yang sudah empat kali menyertai penerbangan lintas hormat, penerbangan sebegini begitu mengujakan dan mencabar.

“Ia sesuatu yang mengujakan kerana disaksikan jutaan manusia dan begitu mencabar kerana melihat kepada suasana di sekeliling kawasan sambutan.

“Bagi sambutan kali ini, ia akan diadakan di Putrajaya dan memerlukan koordinasi yang tepat memandangkan kawasan itu terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Menurutnya, ruang udara lapangan terbang mempunyai jumlah trafik pesawat yang tinggi dan menyebabkan juruterbang seperti kami peka dan fokus dalam mengendalikan pesawat.

“Cuaca jerebu juga satu cabaran kerana menyukarkan pemandangan serta menetapkan titik atau ‘point’ bagi membolehkan pesawat terbang dengan susun atur yang ditetapkan, malah pesawat tidak boleh berhenti dan perlu sentiasa terbang,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490172/mahu-negara-kita-dalam-peperangan?fbclid=IwAR2aT4qRYPg7F0I6pJdLkakfyZvk09pVdyCM636oVIVqIHCwNisViUW17_c

KERAJAAN PH MENYUBURKAN BUDAYA FITNAH KERANA LAMBAT BERTINDAK.

No photo description available.

Riuh rendah bab agihan zakat oleh wakil rakyat non muslim …
1. Sedari dulu ana secara peribadi berpegang kpd bab menutup pintu2 fitnah itu terlebih baik…
2. Fitnah sedia ada pun belum ditangani dgn baik, kenapa kita bermudah2 utk memberi peluang org tembak kita?
3. Abu Ammar (Sheikh Ahmad Ar-Rasyid) menyebutkan dlm siri2 tulisan beliau menggariskan ciri pendakwah yg penting:
وبعدت عن الفتن
“Dan pendakwah itu mesti menjauhkan diri dari terjerumus ke lembah fitnah yg banyak”.
4. Bila satu fitnah berlaku, ‘damage’ telah berlaku. Bila kemusnahan berlaku, sukar utk membetulkannya kerana majoriti masyarakat akan ‘menelan tanpa menguyah’ segala berita yg tular.
5. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari apa yg telah berlaku.

Akhukum fillah,
UsTACZ
Pagi 28 Ramadan 1440H