Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MIC MEMBANTU LLTE ?

1 LTTE

1 TIKAM BELAKANG

 

Tengok ada orang share tadi…Kelompok pengkagum Zakir Naik yang sebelum ini bersungguh sungguh memainkan peranan depa mengaitkan DAP dengan LTTE.. hari ini sudah berubah nada bila laporan The Sunday mail memetik kunjungan Presiden dan Timbalan Presiden MIC bersolidariti dengan tahanan LTTE..

Kata depa tak salah jika mana mana orang hanya berkunjung kepada mana mana bekas tahanan atau suspek.. pulak dah.. nampak tak agenda depa selama ini… ?

Untuk pengetahuan penkagum Zakir Naik.. MIC bukan saja menyokong perjuangan LTTE dengan sekadar sokongan kepada keluarga tahanan, Hatta bantuan kewangan ke Sri Lanka yg didedahkan sebelum ini.. Bukan hanya dari ucapan..tetapi jelas sokongan kepada perjuangan LTTE itu dirakamkan dalam ucapan mereka di parlimen..wujud dalam Hansard dan Video di Parlimen..

Selepas suspek LTTE didakwa.. MIC bukan saja menyediakan bantuan guaman, hatta Timbalan Presiden MIC berulang alik ke Mahkamah bersolidariti.. bukan hanya bersolidariti…beberapa siri Candlelight vigil, Himpunan, DEMO di jalanan menyokong tahanan LTTE dianjurkan oleh MIC..

salah seorang tahanan, atau suspek itu sendiri yang video dia disebarkan penkagum Zaklr Naik mencabar anggota Polis..dengan kata kata, ” Salah kah saya sokong LTTE ? saya memang sokong LTTE..” dia adalah pengkagum tegar Najib razak dan penyokong kuat BN..tapi kenapa penkagum Zakir naik tidak dedah kaitan dia dgn Najib dan BN..?

Tapi apakah penkagum Zakir Naik tidak tahu semua ini ? selalunya mereka akan cari bukti sampai ke lubang cacing untuk mengaitkan DAP.. depa sebenarnya tahu..tapi menyerang MIC tidak menguntungkan agenda politik mereka..mereka itu sebenarnya hanya melengkapi plot plot mengaitkan LTTE dengan DAP..

Aku bukan lah penyokong LTTE..tapi aku faham,hampir seluruh masyarakat India di Malaysia adalah penyokong LTTE..mereka bukan menyokong keganasan LTTE.. tetapi mereka menyokong bangsa Tamil yang ditindas di Sri Lanka sebagaimana Ummat Islam yang menyokong kelompok Uighur dan kelompok Jihadist di Syria..

Tapi biasa lah.. Ada dikalangan mereka begitu taksub dengan pemimpin LTTE sebagaimana orang Islam dulu taksub seketika dengan perjuangan Osama Laden.. sampaikan masa tu ada yg namakan anak mereka dengan nama Osama.. begitu juga dikalangan pemimpin PAS dahulu yg taksub dengan Ayatullah Khomeini.. gambar Khomeini digantung dirumah rumah dan Markaz mereka..

aku sendiri sebenarnya tidak setuju tahanan LTTE yang hanya memiliki risalah,bahan bacaan ditahan dan didakwa dibawah SOSMA.. sebab itu bukan bukti jelas dengan kaitan keganasan..sama seperti kes Aishah.. Jadi aku antara yg menyokong tindakan Peguam negara Tommy Thomas membebaskan mereka..bagi aku, ini Prinsip Keadilan…bukan sebab depa tu LTTE..

aku menentang Akta Zalim yang menindas tahanan, tanpa mereka bebas mempertahankan diri… Esok lusa Undang2 seperti ini boleh menzalimi kelompok yang lain tanpa bukti kukuh mereka terlibat dalam aktiviti Keganasan…

Dan hari ini sudah ada peguam negara yg baru..seorang Muslim..Jadi PAS dan UMNO dah boleh desak tahanan LTTE yg dibebaskan untuk ditahan semula…

Jadi lepas ni.. kita nak lihat pulak reaksi penkagum Zakir Naik bila Presiden atau Timbalan Presiden MIC ini dilantik sebagai Menteri.. apakah masih agresif seperti dulu..atau tugas mereka sudah selesai.. 🙂

Ipohmali

MIC beri bantuan guaman percuma pada 5 tahanan kes LTTE

Pihak polis membuat tangkapan terhadap lima individu yang didakwa ada kaitan dengan LTTE. – Gambar PDRM, 18 Oktober, 2019.

LIMA suspek yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mendapat bantuan guaman secara percuma daripada MIC.

Ketua Biro Guaman MIC, T Rajasekaran berkata, bantuan itu diberikan kerana mereka tidak mampu untuk membayar upah guaman.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/191310?fbclid=IwAR1ySjQCh6gFgsAmsJQ12-Nyz0helEkndfhERUZFxCcAje5WXUC4DY5q2lQ

U S Subramaniam (tiga dari kanan) adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sayap parti Islam itu khas untuk orang bukan Islam. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2019.

SEORANG ahli PAS adalah salah seorang daripada 12 suspek yang ditahan berkaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam minggu lepas, kata sumber polis.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight yang suspek itu, U S Subramaniam adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sayap parti itu untuk orang bukan Islam.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/190370?fbclid=IwAR1VFKkdXwwPKYLz4OSCPe84Oju0wspd-aN8lnRMu74Zw67y8kvnpGmEpyo

Exco Melaka, Adun DAP Ditahan.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, suit and wedding

MEREKA YANG JUGA PENYOKONG PENGGANAS ZIONIS ISRAEL

Najib bersama Senator Joe Biden, Seorang Yahudi yang amat fanatik dengan Israel.. inikah wajah pemimpin kita yang menjadi kebanggaan perpaduan umnopas?

 

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Image may contain: 7 people, people smiling, text

Image may contain: 2 people, people smiling, text

 

Kami sokong sebarang siasatan dan tahanan kepada sesiapa saja yang terlibat dengan aktiviti keganasan.

Tahniah PDRM

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing, suit and wedding

CEO Goldman Sachs, david Solomon dalam kenyataan rasminya semalam mohon maaf kepada rakyat Malaysia.. Goldman Sachs ni adalah syarikat pelaburan, Instiusi kewangan terbesar di Dunia.. inilah lambang Pemimpin dan Negara yang bermaruah.. bukan Mudah Institusi Pelaburan besar di US mahu mohon Maaf kepada sebuah negara Islam..

CEO ni tak bersalah pun, yang buat onar ini rakan perniagaan mereka.. Yang buat kerja Jahat ni Melayu Jahat seperti Najib, Cina Jahat seperti Jho Low dan Arab Jahat mewakili IPIC.. mereka ini bersama sama merancang merompak hak dan duit rakyat Malaysia..

Goldman Sachs yang dikaitkan dengan Yahudi, yg dikata Pelobi Yahudi ni pun tahu minta Maaf, David Solomon lahir dari keluarga Yahudi pun ada maruah diri.. Tak hairan Nabi sehingga akhir hayat mengikat gadai Janji(Baju perang Nabi), bermuamalat dengan Peniaga Yahudi yang bernama Abu Syahm..

tapi sampai hari ini, Perdana Menteri yang merompak Hak rakyat, Mereka yang seleweng Duit Tabung Haji, Felda jangan kata nak minta Maaf pada Rakyat Malaysia.. malah tanpa rasa malu masih mempertahankan salah laku mereka seolah olah mereka ini suci dari Dosa,

Yang heran ada pulak lebai lebai Suci dan Ulama yang bersama kelompok kleptokrat ini..dari sudut Intergriti, Lebai dan Ulama yang pertahan Kleptokrat ini lebih teruk dari yahudi Goldman Sachs.. 

– Ahmad Muslim Badawi Badawi –

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2225600557461722&id=100000353970691

https://m.malaysiakini.com/news/460527