Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

AMANAH AKAN TERUS LUMPUH.

1 AMANAH LUMPUH.

AKAN LUMPUHKAH PEMUDA AMANAH BILA PERJUANGAN AMANAH KINI TIDAK LAGI DIYAKINI OLEH KETUA PEMUDANYA SENDIRI?

Satu rekod tercatat dalam sejarah politik negara hari ini bila Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, ADUN N08 Titi Serong, Perak, merangkap Ketua Pemuda AMANAH Nasional bertindak keluar parti menjadi ADUN BEBAS, sekali gus menjadi wakil rakyat pertama AMANAH yang bertindak keluar parti.

Lebih menarik untuk diperhatikan bukanlah impak keluarnya beliau kepada kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan di Perak, kerana ia sudah sedia tumbang jika pun Hasnul Zulkarnain tidak bertindak keluar parti, tetapi adalah impak keluarnya beliau kepada kedudukan AMANAH Nasional.

Perlu diingat, dalam pemilihan Pemuda AMANAH Nasional yang berlangsung pada 5 Disember 2019, Team Bekerja, yang diketuai oleh Hasnul Zulkarnain, menguasai 14 kerusi yang dipertandingkan berbanding hanya 13 kerusi yang diperolehi oleh Team Bangkit pimpinan Abbas Azmi.

Daripada 14 ahli Team Bekerja yang menang ini, 5 daripada mereka kemudiannya dipilih untuk menjawat jawatan tertinggi di dalam saf kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional, iaitu:
1) Hasnul Zulkarnain sebagai Ketua Pemuda AMANAH Nasional.
2) Shazni Munir sebagai Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional
3) Taqiuddin Cheman sebagai Naib Ketua Pemuda 1 AMANAH Nasional.
4) Zubair Rahim sebagai Naib Ketua Pemuda 2 AMANAH Nasional.
5) Kevin Shawn sebagai Naib Ketua Pemuda 3 AMANAH Nasional

9 lagi ahli Team Bekerja yang menang adalah:
1) Syam Ghaz: 222 undi.
2) Asim Abdullah Ainullotfi: 215 undi.
3) Bro Saifullah: 201 undi.
4) Khairol Najib Hashim: 194 undi.
5) Fitri Asmuni: 186 undi.
6) Mus’ab Muzahar: 180 undi.
7) Nik Abdul Razak: 177 undi.
😎 Faeez Azahar: 175 undi.
9) Mohamad Fadillah Sabali: 170 undi.

Apakah 13 pimpinan Pemuda AMANAH Nasional ini akan mengikuti jejak langkah ketua mereka, Hasnul Zulkarnain, sekali gus melumpuhkan terus Pemuda AMANAH Nasional?

Di manakah silapnya AMANAH mentarbiyyah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya sehingga Ketua Pemuda AMANAH Nasional sendiri tidak lagi meyakini teras perjuangannya?