Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pas Telah Berkubur Dan Umno Hampir Berkubur di Sabah

Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.

Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.

Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri.

UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.

Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.

Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.

Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

RAHSIA KERAJAAN PN – MELAYU, ISLAM DAN ISRAEL.

1 PN ISRAEIL

1 UMNO MENIPU

1 ARAK KELANTAN

1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

RAHSIA KERAJAAN PN – MELAYU, ISLAM DAN ISRAEL.

1. Jalinan akrab sulit Israel dan Kerajaan Malaysia, yang sekarang dikenali sebagai Kerajaan Melayu- Islam oleh UMNO PAS, makin jelas terdedah.

2. Dokumen Mahkamah terkini melibatkan kes syarikat Israel – Senpai Technologies Limited, sebuah syarikat cybersecurity Yahudi dari Israel, mengesahkan hubungan tersebut.

3. Kes di mahkamah Israel berjalan di sebabkan masalah dalaman syarikat Senpai Technologies tersebut di mana rahsia dalaman syarikat terbongkar.

4. Sebelum PRU 14, Kerajaan Malaysia di bawah Dato Najib telah membeli sistem dari Syarikat Senpai tersebut dengan harga USD 1.5 juta ( Rm 6 juta) bagi tujuan intipan ke atas rakyat menjelang pilihanraya. Ini dinyatakan dalam perbicaraan mahkamah melibatkan syarikat Senpai.

5. Sistem intipan tersebut telah di gunakan ke atas rakyat Malaysia dengan bantuan syarikat dan kakitangan Israel. Kerana Israel dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik kebiasaannya ia memerlukan kelulusan Kerajaan Zionist Israel. Oleh itu dipercayai kedua dua kerajaan Israel dan Malaysia terlibat dalam hal ini.

6. Dalam dokumen emel di mahkamah pengarah jualan Senpai, Roy Shloman ada menyebut tentang lawatan ke Malaysia untuk mengemaskini sistem.

7. Mengikut dokumen mahkamah Syarikat Senpai ini juga membekal khidmat serta peralatan kepada negara Singapura yang UMNO dan PAS sudah lama sering menuduh menjadi ajen Zionist Yahudi-Israel di Asia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia. Itulah ironisnya

8. Dengan kemasukan syarikat intipan kerahsiaan Senpai dari Israel ini terus kedalam negara atas jemputan kerajaan UMNO Malaysia, sistem negara Yahudi tersebut dapat laluan terus kedalam sistem intipan Negara. Kemungkinan besar data maklumat penting kita jatuh ke tangan Israel sekarang

9. Kami telah membantah dengan keras kebenaran masuk beberapa orang bekas pegawai Israel selama seminggu kononnya untuk menghadiri seminar di Kuala Lumpur sebelum PRU 14. Kerajaan Najib menggunakan alasan seminar tersebut penting. Tidak pernah kerajaan membenarkan kemasukan secara rasmi rakyat Israel untuk mesyuarat.

10. Adakah ini ada kaitan dengan usaha syarikat perisikan Senpai Israel keatas rakyat Malaysia?

11. Sebelum pada ini juga Dato Najib menggunakan syarikat Public Relation (PR) Yahudi di mana pengarah dan kakitangannya bermaustautin di Malaysia.

12. Soalan utama di sini kenapakah kerajaan PN Melayu Islam yang di terajui UMNO PAS merahsiakan dan merestui intipan sulit ke atas rakyat Malaysia dengan bantuan dan peralatan syarikat Israel ?

13. PAS sudah sedia tahu sebelum PRU 14 lagi kegunaan syarikat PR Yahudi olih Najib tetapi tetap menyokong dan berkerjasama dengan UMNO-BN.

14. PAS juga mengetahui kemasukan secara rasmi pegawai Israel begitu lama untuk menghadiri ‘seminar” kerana AMANAH telah menimbulkan isu ini di Parlimen tetapi PAS terus membisu.

15. PAS dan UMNO berkobar kobar membantah penindasan Palestin di kampung dan di himpunan awam tetapi dalam masa yang sama merestui kerjasama dengan pihak Israel secara sulit.

16. PAS terutamanya perlu membuat pendirian jelas kepada rakyat dan penyokong PAS apakah pendirian mereka yang kelihatan tindakan hipokrit. Lain pendirian di kampung dan lain pula didalam kerajaan yang kononnya kerajaan Melayu Islam.

17. Dahulu PAS nafi bersama berkerjasama dengan UMNO, tetapi hari ini jelas dan nyata mereka bersama.

18. Dahulu mengecam dan boikot barangan Israel-Amerika, hari ini bersekongkol serta restu dalam sulit tanpa bantahan dengan Israel.

19. Apakah wajah PAS sebenar hari ini? Orang kampung dan desa ingin lihat mirip apa wajah PAS di sebalik tabir sebenarnya hari ini?

20. Adakah untuk mengejar kuasa dan kedudukan dengan UMNO pemimpin PAS sanggup mengadai prinsip serta roh perjuangan membela umat Islam yang di tindas Israel?

21. Saya sangat bersimpati dan kasihan penyokong PAS yang setia kepada pemimpin yang tidak berterus terang kepada mereka. Di mana sebenarnya duduk kerajaan Melayu Islam oleh UMNO dan PAS?

22. Dahulu kata menentang UMNO habis habisan, hari ini PAS bersama UMNO. Dahulu melaknat Israel dan Zionist, hari ini diam membisu merestui kemasukan rakyat Israel ke Malaysia dan kerjasama dengan syarikat risikan rahsia Israel mengintip rakyat Malaysia sendiri.

23. Penyokong PAS perlu tanya pemimpin PAS tentang hukum terhadap Ulama bisu.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara (AMANAH)
29 Mei 2020

BUKTI PAS ADALAH PARTI SYAITAN

1 ARAK KELANTAN

Usah berikan alasan demi alasan wahai politikus !

Arak bukan sahaja diharamkan oleh agama Islam, bahkan juga dilarang menurut agama Hindu, Buddha dan Kristian.

1.Hindu

Agama Hindu sangat menitik beratkan cara hidup seseorang yang digelarkan sebagai Pancha Seela, yang terkandung 5 jenis perbuatan yang sepatutnya dielakkan oleh pengikut cara hidup Hindu iaitu berjudi, melacurkan diri berbohong, membunuh orang lain dan meminum ARAK.

2.Budhisme

Larangan meminum arak wujud dalam Budhisme menerusi The Fifth Precept of Buddhism yang maksudnya “saya bersetuju untuk menghindarkan diri saya dari alkohol dan ARAK yang akan menyebabkan saya hilang kawalan diri”.

3.Kristian

Dalam agama Kristian juga terdapat panduan tentang larangan alkohol disebut dalam Bible. Antaranya menerusi Corinthians 5 ayat 11; ” Dan dengan ini aku berpesan jauhilah mereka yang mengaku dirinya pengikutku, tetapi dia seorang yang melakukan seks tidak bermoral, tamak, penyembah berhala, penyebar fitnah, MABUK dan penipu. Jauhilah sehingga elakkan makan dengan mereka”

Mohon YB Menteri dan para YB Ahli Parlimen ambil berat isu siri kematian rakyat Malaysia akibat pemandu mabuk yang berlaku saban hari dan minggu.

Mohon segera dibincang dan diambil tindakan seberapa segera !

Covid-19 membunuh, Arak juga membunuh dan menyebabkan pelbagai masalah fizikal, mental, ekonomi dan sosial masyarakat yang tidak mematuhi ajaran agama.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

#NotaPendidikanMoral – Prof Madya Dr Azmil Hashim UPSI

Telegram (http://t.me/zainurrashid)
Dr Zainur Rashid – Channel
Peduli Ummah

 

 

1 PAS SYITAN

1 DOA HANCUR UMNO

 

1 PAS IBLIS

 

1 AKHLAK KEJI ORANG PAS

 

1 PARTI SYAITAN

 

1 AZMIN SYAITAN

 

1 ISLAM DALAM BAHAYA