PAKEJ RANSANGAN KERAJAAN HANYA SIA SIA..

1 PECAH AMANAH1 PN PAU RAKYAT1 PN PAU RAKYAT 2

PAKEJ RANSANGAN KERAJAAN HANYA SIA SIA..

Bila Kerajaan melanjutkan tempoh PKP tanpa melonggarkan aktiviti Ekonomi, Pakej rangsangan yg diumumkan Kerajaan hany lah sia sia.. malah kegelisahan tentang Nasib Ekonomi ini bukan hanya diluahkan Najib Razak.. Tetapi Khalid Nordin semalam..

Meneliti ucapan Muhyidin semalam.. ternyata dia hari ini baru sedar, bahawa dia akan berhadapan dengan krisis besar ekonomi selepas ini..jelas Pakej ransangan yang diumumkan Muhyidin tidak bersasar dan akhirnya menjadi sia sia..kata Muhyidin negara kehilangan RM 2.4 Billion sehari nilai Ekonomi..

Mungkin Menteri Kewangan baru pandai buat unjuran..Dari soal bantuan BPN, Bantuan Prihatin yang ternyata gagal dan tidak bersasar.. Masih ramai yang merungut sehingga hari ini bantuan BPN tidak kunjung tiba.. Mungkin baru sedar unjuran mereka tidak tepat..

Malah ramai kelompok Makcik Kiah yang diilhamkan dari skrip ucapan Muhyidin untuk membeli hati mereka…. hari ini kelompok makcik Kiah dah mula merungut dan membawang.. Mana tidaknya.. RM 1600 yang dianggap mewah menggantikan kehilangan pendapatan Sebulan..rupanya dah jadi 2 Bulan.. maknanya hanya RM800 Sebulan.. lagi teruk ramai makcik2 kiah ini merungut tak dapat meniaga dalam bulan Ramadhan ini..

hatta pakej rangsangan Ekonomi yang dibanggakan bernilai RM 250 Billion jelas petanda resah diwajah Muhyidin semalam.. Dia tahu apa akibat besar yg akan melanda Negara ini selepas tempoh PKP tamat..Dan mungkin Menteri Kewangan juga baru tahu.. Inilah antara sebab terlebih yakin…Apakah mereka akan buat pakej ransangan kedua pulak ?

Umpamanya mudah, Bantuan 3 Bulan subsidi Gaji.. ia hanya kan dapat menampung sebahagian kerugian jika SME menutup operasinya sebulan..bayangkan bila ia berlarutan sehingga 2 Bulan.. Apa yang akan dihadapi kelompok SME ?

Sebagai contoh mudah contoh kedai mikro yang diberikan kerajaan adalah Salon, Salon ada 2 pekerja.. katakanlah 2 pekerja ini gaji mereka setiap mereka adalah RM 1500, ini paling rendah,setaraf pegunting rambut warga India dan Rohingya..

Jika setiap orang bergaji RM 1500 itu disyaratkan memiliki KWSP dan SOCSO, dan disyaratkan gaji dan elaun mereka tidak dipotong dalam tempoh PKP..dah pasti dari jumlah itu RM 300 lagi terpaksa ditanggung majikan, Menjadikan RM 1800.. bila 2 bulan jumlahnya RM 3600.. Dari jumlah itu gantian untuk 3 Bulan 1200 setiap bulan.. subsidi gaji tetap RM 3600..itupun kalau pekerja buat caruman..

Jadi apalagi yang terpaksa ditanggung majikan, Sewa kedai ? Stok barang ? Utliti yang lain selama dua bulan… ini bisnes berkaitan dengan perkhidmatan..bayangkan kalau kedai di yang mempunyai Stok yang mempunyai tarikh luput seperti roti , makanan dan minuman ringan ? maka kesannya lebih teruk..

Dan cuba kita bayangkan bagaimana SME yang lebih besar.. Sebagai contoh Francaise, F&B seperti Secret, tealive yang banyak dipasar pasar raya.. atau rangkaian DIY.. Sewa bulanan di Pasaraya saja paling kurang RM 10 ribu sebulan..hatta Mydin lot kedainya lebih RM 14 ribu sebulan.. Apa akan jadi ?

Jumlah Pasaraya saja dah lebih 1000 buah.. Berapa lot lot kedai yang terlibat ? termasuklah Foodcourt2 mereka…Ini baru contoh kecil.. belum masuk rangkaian kedai mamak..Kalau Syarikat Pembuatan seperti Perabot.. pekilang kecil.. lagi lah teruk..

Ok sementara ni makcik kiah masih boleh seronok..walaupun dah start marah2…jadi dalam kita bakal menghadapi krisis ekonomi yang besar selepas ini, jangan pula lencongkan isu Rohingya dan Pekerja Asing untuk mengalihkan kemarahan rakyat..

Sebab orang khianat mandat rakyat ni..korek lah banyak manapun Duit Kerajaan dan rakyat..Depa akan gagal…Dan sudah terbuktipun, Pakej ransangan Ekonomi yang pertama ternyata gagal..hanya sedap didengar.. 🙂

Ipohmali