Tuduhan seleweng RM42 juta, Najib berdepan hukuman penjara maksimum lebih 100 tahun

Najib dalam kandang tertuduh

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini sedang melalui perbicaraan kes penyelewengan dana anak syarikat 1MDB (SRC International Sdn Bhd).

Semua media kini tertumpu kepada butiran perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu. Berdasarkan maklumat kes dan hukuman-hukuman yang boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan, Najib boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lebih 100 tahun.

Di bawah ini ringkasan kes tersebut.

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

1. Satu tuduhan salah guna kuasa

Najib dituduh menerima RM42 juta sebagai balasan terhadap jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC daripada KWAP

Berdasarkan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi

2. Tiga tuduhan pecah amanah

Tuduhan Pertama: Melibatkan RM27 juta

Tuduhan Kedua: Melibatkan RM5 juta

Tuduhan Ketiga: Melibatkan RM10 juta

Berdasarkan Seksyen 409 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara antara 2-20 tahun dan/atau denda

3. Tiga tuduhan pengubahan wang haram

Memasukkan RM42 juta ke akaun bank peribadi

Bagi pertuduhan ini, berdasarkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, jika sabit kesalahan Najib boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda RM5 juta sehingga lima kali ganda bagi setiap pertuduhan.

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/04/tuduhan-seleweng-rm42-juta-najib.html#ixzz5lugol1Ls

https://www.milosuam.net/2019/04/tuduhan-seleweng-rm42-juta-najib.html?m=1&fbclid=IwAR0U8OGD8N07oMJY02d1lBBWhS2eKE4z5BjuMALyCDZNS6zSUrlOzTJqmH4#axzz5lJEcVdbs

17 CEK AMBANK MEMBUKTIKAN NAJIB MELAKUKAN PENGGUBAHAN WANG HARAM

Image may contain: 1 person, indoor and close-up

1 PEROMPAK UMNO1 MELAYU TANPA AMANAH

Image may contain: 2 people

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person

 

MACAI-MACAI PEMBANGANG UMNOPAS SELALU TANYA, MANA BUKTI NAJIB CURI/ROMPAK/SONGLAP DUIT?

(Ini buktinya. Baca tau? Jangan tanya lagi nanti, ‘mana buktinya’. Selepas baca, sebarkan supaya macai-macai Pembangang baca juga)

Senarai transaksi-transaksi di bawah adalah berdasarkan bukti gambar cek yang telah ditunjuk di mahkamah. Pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia, AmBank, malah orang yang bikin paip & tangki di rumah Najib semuanya telah dipanggil memberi keterangan.

1. 12 Disember 2014
RM20 juta dari akaun SRC International (211-202-200973-6) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin oleh Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

2. 21 Januari 2015
RM3.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201189-8) disalurkan ke akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

3. 30 Januari 2015:
RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.
(Saya belum kenal pasti syarikat apa ini)

4. 2 Februari 2015:
RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co.

5. 8 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda & analisis politik.

6. 12 Februari 2015
RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah yang memiliki Titijaya Land Berhad.

7. 12 Februari 2015
RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun syarikat ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

8. 12 Februari 2015
RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

9. 12 Februari 2015
RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas, merangkap Ketua Bahagian UMNO Padang Serai

10. 12 Februari 2015
RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.
(Saya belum kenal pasti siapa ini)

11. 13 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

12. 17 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mencetak payung, kemeja, topi, kalendar, cawan & ‘hadiah-hadiah’ 1 Malaysia yang diagihkan dalam musim PRU.

13. 24 Februari 2015
RM77,300 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise.

14. 24 Februari 2015
RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Moz Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat paip air yang diupah menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan paip-paip di rumah Najib di Langgak Duta.

15. 26 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Jawatankuasa UMNO negeri Pulau Pinang.

16. 26 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UMNO Bahagian Johor Bharu

17. 9 Mac 2015
RM103,361.17 dari akaun syarikat (202-1160010-0) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

JUMLAH AGIHAN: RM30.87 JUTA

———-

TAPI…… Peguam Najib kata pendakwaraya kene buktikan wang ini adalah haram, kemudian Najib pun kata dia tidak tahu apa-apa.

Najib & peguamnya TIDAK MENAFIKAN transaksi-transaksi ini. Maksudnya mereka setuju apa yang didedahkan peguam negara dan kerajaan.

Apa yang dipersoal peguam Najib adalah sama ada Najib tahu mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam akaun banknya. Dalam erti kata lain, hujah pembelaan Najib adalah “akaun dia digunakan orang lain”.

Saya nak tanya para pembaca:
Ada ke org dalam dunia ini yang TIDAK TAHU apa sedang berlaku dalam akaun banknya?
Ada ke korang kenal siapa-siapa yang bagi akaun bank dorang kepada orang lain untuk dipakai?
Akaun tetiba muncul beratus-ratus juta pun tidak tau?
Bank tak pernah telefon, tak pernah emel, tak pernah tanya?

Mana logiknya?

SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN TUGAS SPRM DAN MEMPERMUDAHKAN JUGA NAJIB SERTA KELUARGA MEMASUKI PENJARA.

Umno Pulau Pinang, Johor Bahru terima cek RM1juta, RM300,000 daripada Najib, kata pengurus bank

1 CEK NAJIB1 NAJIB PUTAR1 UMNOPAS BERKUBUR1 UMNO HANCUR1 PEROMPAK UMNO1 A L HARTA1 A K HARAM

 

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Bharu menerima pembayaran melalui cek masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM300,000 daripada akaun AmBank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015.

Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank, Badrul Hisam Mohamad, 45, berkata kesemua cek itu telah berjaya ditunaikan berdasarkan kepada maklumat yang lengkap dan mengesahkan tiada kesalahan terdapat pada kesemua cek berkenaan.

Badrul Hisam berkata kedua-dua transaksi itu dikeluarkan melalui cek daripada akaun AmIslamic bernombor 2022011906.

Melalui pertuduhan pengubahan wang haram, dinyatakan bahawa nombor akaun 2022011906 adalah milik bekas perdana menteri itu.

Badrul Hisam, yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang pemprosesan cek turut mengesahkan sebuah parti dari Sabah iaitu UPKO juga menerima pembayaran melalui cek bernilai RM1 juta manakala Trustee of Rumah Penyayang Tun Abdul Razak menerima bayaran RM400,000 melalui cek daripada akaun sama.

Semasa pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi meminta saksi itu membuat pengesahan ke atas kesemua cek berkenaan pada hari kelima perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Badrul Hisam juga mengesahkan sebanyak 13 lagi cek telah dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank bernombor 2022011906 (akaun Najib) kepada beberapa individu dan syarikat.

Saksi pendakwaan kelima itu mengesahkan juga pengeluaran cek dari akaun yang sama berjumlah RM240,000 kepada Syarikat Vital Spire Sdn Bhd; Zulqarnain & Co. berjumlah RM2.5 juta; Centre of Strategic Engagement Sdn Bhd sebanyak RM300,000, sejumlah RM238,914 kepada penerima bernama Lim Soon Peng; ABS Trend Master Sdn Bhd berjumlah RM100,000; Solar Dhine Sdn Bhd (RM1 juta); Asmadi Abu Talip (RM50,000); Manisah Othman (RM13,800); MOZ Malaysia Sdn Bhd (RM56,500) dan Syadilah Enterprise (RM77,300) antara 30 Jan dan 26 Feb 2015.

Badrul Hisam turut mengesahkan sekeping cek berjumlah RM3.5 juta telah dimasukkan ke dalam akaun penerima atas nama Hafarizam Wan & Aisha Mubarak melalui akaun bernombor 2022011898 pada 21 Jan 2015.

Beliau juga turut mengesahkan dua keping cek dikeluarkan oleh syarikat SRC International Sdn Bhd melalui dua transaksi kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, masing-masing berjumlah RM20 juta dan RM103,361.17 pada 12 Dis 2014 dan 9 Mac 2015.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/umno-pulau-pinang-johor-bahru-terima-cek-rm1juta-rm300000-daripada-najib-kata-pengurus-bank/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

TEMBELANG #BOSSKURR MAKIN TERBONGKAR

TEMBELANG #BOSSKURR MAKIN TERBONGKAR

Perbicaraan skandal SRC International yang masuk hari kelima hari ini diteruskan dengan saksi pendakwaan kelima, Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank, Badrulhisham Mohamad dipanggil memberi keterangan.

Saksi kelima sedang ditunjukkan dengan beberapa cek Ambank dan AmIslamic yang telah dikeluarkan dari akaun 2022011906 sekitar bulan Februari 2015.

Cek-cek tersebut dikeluarkan dalam jumlah yang berbeza kepada beberapa individu dan syarikat serta cawangan Umno Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Terdapat juga cek yang dikeluarkan kepada dua syarikat dipercayai firma guaman, Zulkarnain & Co dan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Saksi berkenaan baharu sahaja mengenalpasti cek AmIslamic yang dikeluarkan daripada akaun syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM20 juta untuk pembayaran kepada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. pada 12 Disember 2014.

Sehingga kini sebanyak 17 cek telah dikenalpasti.

Bosskurr mungkin baharu sedar tembelang dan temberangnya semakin terbongkar dengan paparan cek berkenaan.

#MaluApaBosskurr

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan