Artkel ini panjang dan ambo tidak paksa sesiapa pun menjadi kewajipan utk baca
BENARKAH KERAJAAN YANG ADA INI LEMBAB?
Benarnya pun ada, tidak pun ada.
Kelembapan jika diambil kira kesemua Kmenterian yang ada, ianya tidak adil kerana tidak semua Kementerian sebegitu. Namun jika diambil kira peratusan majority berbanding jumlah yang tidak lembab….Boleh dirumuskan bukan lembab tapi PERLAHAN. Kena cari beza perlahan dengan lembab!
Beberapa perkara harus difahami dan diambil kira sebelum menghukum keseluruhannya. Sebelum ambo sentuh dari sudut pandang ambo, harus diingat yang tulisan ambo tidak bermaksud untuk membodek atau bersifat POM mana-mana pihak,ianya lebih bersifat untuk makluman. Setuju atau tidak itu hak masing-masing dan ambo tidak paksa untuk BACA dan bersetuju dengan ambo. Ambo sentuh satu-persatu bab berkaitan:-
PEMILIHAN KABINET
JIKA berdasarkan pengalaman menjadi kriteria Perdana Menteri untuk memilih ahli kabinet, tidak ramai yang melepasi kehendak itu. Namun harus dingat, jika pengalaman itu boleh dibeli di 7E, tentulah sesak 7E dengan menteri dan Timbalan Menteri membelinya. Untuk adil dalam keadaan ini, pengalaman harus diraih dengan peluang yang diberikan dan ianya bukan boleh diraih dalam satu malam!
Kebanyakkan ahli kabinet yang dipilih adalah berdasarkan harikinya dalam parti politik masing-masing. Pada ketika awal kesemua parti ditubuhkan kecuali DAP, keadaan untuk mendapatkan pemimpin yang berani menonjolkan diri ketika itu adalah halangan yang paling besar dihadapi. Sungguhpun BERSATU sebagai contoh datangnya dari sebuah Kerajaan yang memerintah sebelum ini namun penglibatan dalam BERSATU bukanlah penghijrahan terdiri dari yang sebelum ini ahli kabinet secara keseluruhannya. Beberapa kerat yang ada pun hanyalah TUN Mahathir dan Muhyiddin yang terdedah dengan pengalaman sebagai menteri.
MENTERI-MENTERI yang dipilih, ada juga yang masih lagi dalam FANTASI ya atau tidak aku ini menteri pada ketika awal dipilih. Setelah memasuki pejabat sebagai menteri, pelbagai taklimat dari pelbagai jabatan dan AJENSI dibawah kendalian kementerian masing-masing WAJIB untuk mereka hadiri untuk memahami dan mengetahui bidang tugas dan skop kekuasaan masing-masing. HAL ini mengambil masa yang agak lama dalam keadaan MENTERI itu sendiri bukannya berlatarbelakangkan apa yang dijawatinya kebanyakkanya.
KEWANGAN
Bersabit dengan hal kewangan, ianya melibatkan jangkaan yang tidak dijangkakan. MANIFESTO Pakatan Harapan Yang digubal adalah berdasarkan kajian kewangan Kerajaan yang diterbitkan secara umum sebelum ini oleh Kerajaan BN. Angka-angka yang digunakan sebagai anggaran yang boleh digunakan dalam melaksanakan MANIFESTO telah jauh dari kebenaran sebenar. Setelah runtuhnya Kerajaan terdahulu, jangkaan yang ada begitu mencemaskan dengan realiti yang ada.
Kerajaan sebelum ini telah menggunakan angka-angka yang ditunjukkan sebagai hasil kerajaan sebenarnya telah menggunakan WANG bukan milik Kerajaan. Sebagai contohnya, wang pembayaran kembali GST dan lebihan cukai pendapatan yang mencecah berbillion ringgit hanya boleh dikesan setelah KERAJAAN PAKATAN MENDUDUKI PUTRAJAYA. Keadaan ini juga turut menyumbangkan kepada perlahannya perjalanan kerajaan yang ada. Jika diambil kira berbagai kontrak yang jauh melencong sebagaimana didedahkan oleh Menteri Kewangan di PARLIMEN, KITA BERADA DITAHAP YANG AGAK MERUNCING JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BAIK!
PEGAWAI KERAJAAN DAN ANGGOTA SOKONGAN KEPADA MENTERI.
Perihatinnya rakyat tentang keadaan ini terutamanya penguasaan kakitangan kerajaan khasnya yang mengepalai Kementerian yang di dapati PENUH DENGAN PENYOKONG KERAJAAN TERDAHULU mula di suarakan.
Masalah ini adalah penyumbang utama kepada PERLAHANNYA kerajaan yang ada dalam mengimplimentasikan sebarang pembaharuan polis-polisi yang selaras dengan kehendak rakyat menghantar kerajaan PAKATAN HARAPAN ke Putrajaya. RAKYAT mencadangkan tukarkan saja yang UMNO/BN kepada yang neutral sifatnya. Contohnya, Ketua Setiausaha Negara yang baru sahaja bersara yang BOLEH berjoget bersama NAjib sebelum ini, secara logiknya perlu diberhentikan serta merta tatkala PAKTAN HARAPAN memerintah. NAMUN tidak ramai yang tahu, jika itu dilakukan….Kerajaan yang ada boleh lumpuh serta merta.
Kebanyakkan DOKUMEN dan akses kepada dokumen adalah dalam bentuk password dan hanya golongan ini yang tahu dimana fail-fail penting boleh diperolehi. Dalam ruang masa yang ada, segala langkah untuk mendapatkan akses kepada fail-fail penting masih memerlukan mereka ini. TANPA MEREKA…LAGI GELAP MASA DEPAN NEGARA PADA KETIKA ITU!
BAGI pegawai-pegawai lantikkan oleh MENTERI berkaitan, ianya kebanyakkannya datang dari mereka-mereka yang sebelum ini adalah golongan yang sebelum ini membantu MENTERI dalam karier politiknya.
Mereka bukannya terdiri dari yang ada pengalaman sebagai Setiausaha Politik atau berbagai jawatan yang mengelilingi menteri ketika ini. Dunia baru ini sedikit sebanyak menjadikan mereka PERLU masa untuk menyesuaikan diri.
Manakala pegawai yang dihantar membantu Menteri di Pejabatnya, kebanyakkannya adalah penyokong kerajaan terdahulu. MEREKA telah di ajar, untuk senang hidup kena bodek!
SIKAP BERHATI-HATI DAN GUSAR DENGAN BERBAGAI AMARAN YANG DIKELUARKAN OLEH PERDANA MENTERI TENTANG INTEGRITI DAN PENGARUH RASUAH TURUT MENYUMBANG MENTERI BERADA DALAM KEADAAN BERHATI-HATI, MAKLUMLAH….KUT KENA GANTI DENGAN ORANG LAIN!
KEADAAN itulah menjadikan menteri-menteri mula berbicara soal ketelusan dan TENDER TERBUKA.
PADA ketika menteri tengah PENING menyesuaikan diri, penyokong dibawah yang ghairah pula turut menyumbang kepada LEMBABNYA kerajaan yang ada dengan bergerombolan mengunjungi Putrajaya untuk mengucapkan tahniah dan berselfie! Masa yang sepatutnya diambil menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang ada dihabiskan masa melayan kehendak penyokong yang datang.
TAK LAYAN KAN MENYETOK PLOK!
SAMBUNG LAGI KEMUDIAN!
Nyamuk Menggigit
10 Sept 2018
[9/11, 9:38 AM] +60 19-943 3626: ULASAN | Pada 7 Apr 1981 di Kampong Bonggol Paradong Kuala Terengganu Abdul Hadi Awang yang kini presiden PAS berhabis-habisan menyerang Umno.
Belum pernah lagi Umno – sejak tertubuhnya PAS – diserang sebegitu rupa.
Ucapan Abdul Hadi itu – yang lebih dikenali sebagai Amanat Haji Hadi – telah dijadikan pegangan perjuangan anggota PAS.
Pada 1986 Abdul Hadi sekali lagi menyerang Umno kerana berkawan dengan MCA, dengan mengumpamakan MCA sebagai seketul daging babi yang berada dalam kawah daging lembu.
Semasa zaman Semangat 46 yang diasaskan Tengku Razaleigh Hamzah, Abdul Hadi berpeluk-pelukan dengan DAP bagi menumbangkan Umno/BN.
Ucapan Abdul Hadi pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan di hadapan lautan manusia, beliau dengan lantang membela DAP.
Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei lalu, pendirian Abdul Hadi mula berubah.
Jika dulu beliau menyerang Umno kerana bersekongkol dengan MCA kini Umno/BN seolah-olah parti yang suci dan sealiran dengan PAS.
Lupakah Abdul Hadi dan ahli-ahli PAS akan kenyataan Najib Razak selaku perdana menteri, presiden Umno dan Pengurusi BN menjelang PRU ke-13 (pada 2008) yang berkata bahawa selagi Umno/BN berkuasa selagi itu hukum hudud tidak akan dilaksanakan?
Apakah Abdul Hadi, pemimpin dan ahli PAS kini memaafkan rakan kongsi Umno – iaitu MCA , MIC dan Gerakan – yang pernah mengugut mahu keluar (berhenti) dari kabinet jika pembentangan pindaan RUU355 tajaan PAS diteruskan di parlimen?
Pada pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini, PAS bukan saja tidak meletakkan calonnya untuk bartanding, malah Abdul Hadi mengarahkan ahli-ahli PAS bekerja kuat menyokong calon Umno/BN bagi mengalahkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN).
Di pilihan raya kecil Seri Setia pula, giliran Umno/BN pula meletakkan calon, sebaliknya beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja berarak mengiringi calon PAS, bahkan mereka berkempen habis-habisan di sana seolah olah calon mereka yang bertanding.
Keadaan Balakong lebihi memeranjatkan apabila beberapa pemimpin tertinggi PAS bersungguh-sungguh berkempen bagi memenangkan calon MCA, sedangkan Abdul Hadi pernah menyamakan parti itu seperti seketul daging babi yang berada dalam kawah daging lembu.
Apakah Abdul Hadi telah mengeluarkan fatwa baru bahawa ‘daging babi’ itu sekarang ini sudah boleh dimakan oleh beliau dan ahli-ahli PAS?
Kebelakangan ini Abdul Hadi dan pemimpin PAS yang lain menyerang HARAPAN yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad atas alasan DAP ialah parti yang memusuhi Melayu dan Islam.
Adakah mereka lupa atau buat-buat lupa tentang kenyataan Najib yang pernah menentang hudud dan ugutan MCA terhadap BN sekiranya pembentangan RUU355 diteruskan?
Segala taktik PAS dan Umno/BN di ketiga-tiga pilihan raya kecil baru-baru ini terbukti telah mengalami kegagalan.
Tidak lama lagi akan berlangsung perhimpunan agung Umno (PAU) dan muktamar tahunan PAS.
Belum pun lagi Umno menjemput PAS untuk hadir, tiba-tiba Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan PAS sedang menimbang kehadiran mereka di PAU itu.
Begitu juga Zahid Hamidi. Presiden Umno itu telah mengesahkan ana akan hadir di muktamar PAS nanti.
Itulah tanda-tanda bahawa Umno dan PAS sudah tentu akan mengadakan ‘majlis pernikahan’ mereka tidak lama lagi.
Hanya tarikh ‘penikahan’ itu saja belum ditetapkan, tapi yang pasti rakan baik mereka – MCA dan MIC – pasti hadir sebagai saksi kepada ‘perkahwinan’ tersebut.
Semoga ‘pernikahan’ kali ini berkekalan sehingga ke anak cucu dan tidak seperti ‘penikahan’ terdahulu (pada zaman Tun Razak Hussein) dan Datuk Asri Muda yang berakhir dengan ‘perceraian’.
Sebenarnya taktik berbaik-baik dengan Umno hanyalah tipu daya PAS apabila mereka berjaya mengurangkan kerusi Umno di Kelantan dan menumbangkan kerajaan BN di Terengganu.
Apa pun ingatlah pesanan bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, alam ucapan terakhirnya: “Apabila kita berjinak-jinak dengan musuh (Umno), itulah tanda bermulanya kehancuran kita (PAS).
Kata-kata Tok Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat kepada saya pula masing diingati.
“Umno apabila lemah dia cari kita, bila kuat dia tendang kita,” katanya.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapakah yang lebih bijak selepas ini.
Tulisan ini khas untuk renungan semua ahli Umno/BN dan PAS yang barangkali dalam detik penantian menunggu tarikh ‘pernikahan’ kedua-dua parti itu.
DATUK TAMRIN GHAFAR bekas pemimpin Umno dan anggota parlimen Batu Berendam. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dan menyertai PAS sebelum meninggalkan parti itu selepas dua tahun.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.