Kategori: MACRON MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW
Nato Menolak Usaha Nazi Macron Sekatan Ekonomi Terhadap Turki.
الاتحاد الأوربي يرفض طلب فرنسا فرض عقوبات ضد تركيا
Paris Terus Terbakar
Perancis Mengawasi 76 masjid dan melarang kelas pengajian bahasa arab.
فرنسا تقرر تفتيش ٧٦ مسجدا وتهدد بإغلاقها.. وتمنع تعليم اللغة العربية
Macron (Nazi) sebelum ini pernah tuduh Islam agama yang dilanda krisis
Nazi Macron mengadakan dana khas membantu gereja dan melindungi gereja dari diceroboh.
PARIS, 17 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Kerajaan Perancis akan melakukan pemeriksaan terhadap 76 masjid di serata negara itu.
Ia adalah sebahagian daripada gerakan besar-besaran – yang belum pernah berlaku sebelum ini – kononnya bagi membanteras keganasan dikaitkan dengan agama.
Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin dalam ciapan di Twitter berkata, masjid yang diperiksa berkemungkinan akan ditutup sekiranya terdapat bukti terbabit dengan keganasan.
Arahan terbaharu itu muncul susulan beberapa siri serangan pengganas Islam radikal sejak kebelakangan ini ketika kerajaan dipimpin Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Pihaknya memberi jaminan akan menghapuskan rangkaian pengganas di negara itu, yang disifatkannya sebagai musuh dalam selimut.
Macron sebelum ini, mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah, selain menuduh Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.
Bahkan, Macron turut menyatakan negara itu tidak akan melarang penggunaan karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.
Siri serangan di Perancis meningkat selepas penyiaran semula karikatur Nabi Muhammad ﷺ ketika perbicaraan kes serangan di pejabat akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo, bermula September lalu.
Seorang lelaki menyerang orang awam di luar bekas pejabat Charlie Hebdo, yang sebelum ini menerbitkan karikatur itu buat pertama kali pada 2015, mengakibatkan serangan di mana 12 mangsa terkorban.
Pada 14 Julai 2016, 86 orang terbunuh selepas seorang pemandu trak merempuh orang ramai ketika hari kebangsaan Perancis pada 14 Julai 2016.
November lalu, seorang guru, Samuel Paty telah dipenggal kepala di luar sekolahnya – di pinggir kota luar Paris awal bulan ini.
Kejadian berlaku selepas mendiang Paty menunjukkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad ﷺ ketika kelas berkaitan kebebasan bersuara. -Agensi
KEJAHATAN MACRON AKAN MENGHADAPI AZAB ALLAH SWT.
Buku dan surat diutus kepada Duta Nazi Perancis
The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad

PUTRAJAYA : al-Shama’il al-Muhammadiyyah atau The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad, begitulah tajuk sebuah buku terjemahan Bahasa Inggeris yang diserahkan kepada Duta Perancis di Malaysia,
Utusan sebuah buku sebagai hadiah beserta sekeping surat khusus daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebagai jawapan Malaysia di atas isu hangat penghinaan Perancis ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.
“Saya telah menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad SAW oleh (akhbar satira) Charlie Hebdo, kepada Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia.”
Menurut kenyataan menerusi akaun sosial Facebook rasmi milik beliau, Datuk Seri Zulkifli memaklumkan bahawa ia bersempena dengan bulan Rabiul Awal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW.
“Bersempena dengan bulan Rabi’ul Awwal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW, saya hadiahkan beliau sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad ﷺ) terjemahan Bahasa Inggeris.”
Surat itu katanya dihantar semalam kepada Kedutaan Perancis (di Kuala Lumpur).
Beliau dalam catatan di Facebook hanya memberitahu bahawa Perancis adalah antara negara Eropah pertama yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
“Ia dijalin selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957. Semoga peristiwa ini memberi pengertian besar dalam memaknakan lagi hubungan erat Malaysia dan Perancis,” katanya.
Pada surat rasmi beliau memberitahu bahawa keganasan dan perbuatan melampau bukan contoh di mana-mana agama di seluruh dunia.
“Kami sebagai orang Muslim tidak akan membalas dendam atas kartun provokatif berkenaan dengan cara yang sama atau menunjuk perasaan kebiadapan di secara awam.”
“Kami memegang kuat kepada sabda Rasulullah (SAW), –
‘Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang tidak menghina dengan lisan dan tangannya’.”
Perancis ketika ini menghadapi serangan global susulan komen biadab Perdana Menteri, Emmanuel Macron yang menghina Islam sebagai agama pengganas ekoran kes guru yang dipenggal kepala.
Mangsa dibunuh seorang remaja berketurunan Rusia kerana angkuh dengan memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW ketika dia mengajar subjek Sejarah kepada murid sekolah rendah di ibu kota Paris.
Susulan kejadian, masyarakat Islam di Perancis didiskriminasi sebagai tindak balas terhadap kejadian menimpa guru terbabit.
Setakat ini semua negara Arab teleh pun melancarkan kempen boikot produk Perancis sehingga memberi kesan besar.

Dalam pada itu, Kedutaan Perancis di Malaysia setakat ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu surat dan hadiah buku yang diutus oleh Menteri Hal Ehwal Agama itu .
Frederic Laplanche, ditauliahkan sejak tahun 2017, dan pernah berkhidmat sebagai Penasihat Menteri Luar Perancis dalam Hal Ehwal Asia dan pernah menjadi Ketua Jabatan Asia Tenggara, Kementerian Luar.
LEBIH DARI 50% TENTERA NAZI FRANCIS ADALAH DALAM MISI MENJAJAH NEGARA LAIN.
SUBSCRIBED“رمتني بدائها وانسلت”.. ماكرون يتهم تركيا بمحاولة “التوسع” عسكرياً، بينما أكثر من نصف القوات الفرنسية خارج فرنسا.. ما حقيقة الانتشار الفرنسي بإفريقيا والعالم؟ تابعونا على http://www.trtarabi.comhttp://trta.co/facebook – فيسبوك http://trta.co/twitter – تويتر http://trta.co/instagram – إنستغرام
JIHAD UMAT ISLAM BERJAYA MERUGIKAN 12% EKONOMI FRANCIS KERANA MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW
POLIS FRANCIS BERTINDAK GANAS TERHADAP MEREKA YANG TIDAK MENYOKONG PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW
Hipokritnya Presiden Perancis yang Katanya Membela Kebebasan Berpendapat
Cordova Media251K subscribersSUBSCRIBEDMacron sering berkoar-koar membela kebebasan berpendapat di negaranya. Ketika karikatur yang menghina Nabi kembali marak, ia juga membiarkannya dan menyebutnya sebagai kebebasan berpendapat. Namun hipokritnya, ketika ia diminta memeriksa kesehatan mental atas penyakit islamophobia yang ia derita, ia tak terima dan memanggil pulang duta besarnya dari Turki. Sumber: Anadolu Agency, BFMTV, TRT World