Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tok Mat bakal ditahan SPRM

1 POTONG TANGAN
Image may contain: 1 person
1 MELAYU TANPA AMANAH
*Tok Mat bakal ditahan SPRM*
12 April 2019
*KUALA LUMPUR* : Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.
“ Beliau disyaki  menyalahgunaan kuasa dengan meluluskan lebih 2500 hektar tanah kepada Felcra  ketika menjadi menteri besar”.
Menurut kenyataan agensi antirasuah itu,  terdapat salah laku dalam urusan berkenaan kerana tiada geran tanah diberikan dan tiada bayaran premium tanah yang menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian yang banyak.
“Siasatan bakal dijalankan mengikut Seksyen 23 (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman.”
*SPRM Buka Siasatan Semula Pemindahan RM10 juta ke Luar Negara*
Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  bakal  memanggil untuk mengambil keterangan seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit  dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato Seri Mohamad Hassan ,  pada 2008.
“Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, SPRM akan meminta pihak Bank dan Bank Negara berkenaan hasil siasatanya yang di pernah dilakukan untuk tindakan mereka selanjutnya”.
Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.
Lesen Salamath Ali telah dibatalkan pada 26 Oktober 2009 kerana melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 oleh BNM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  turut akan merakam keterangan Dato Seri Mohamad Hassan berkaitan  isu ini kelak.