Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

AZMIN DAN NAJIB BERMESRAAN DI PRK CHINI

1 RAJA TIPU 1

1 JEMAAH MUNAFIK 6

1 JEMAAH MUNAFIK 5

1 JEMAAH MUNAFIK 4

1 AZMIN SYAITAN 1

A Kadir Jasin

1. Ungkapan Inggeris berkata, a picture tells a thousand words. Maksudnya apa yang kita tengok daripada sekeping gambar sama dengan cerita sepanjang seribu perkataan.

2. Contohnya, daripada gambar ini kita boleh tengok betapa mesranya Mohd Najib Abdul Razak dengan Mohamed Azmin Ali seolah-olah di wajahmu kulihat bulan.

3. Kita juga boleh baca bahawa Azmin tidak lagi berkecuali atau boleh berkecuali dalam perbicaraan kes jenayah berat Najib yang sedang berlangsung sekarang.

4. Kita juga boleh baca, kalau Azmin terlibat dengan pengampunan di raja terhadap Anwar Ibrahim, apakah dia juga akan terlibat dalam peristiwa yang sama berkaitan Najib di satu masa nanti?

5. Kita juga boleh baca dan bertanya adakah ini yang tergambar di fikirkan Hakim perbicaraan apabila dia bersetuju menangguhkan perbicaraan supaya Najib boleh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Chini?

6. Kita juga boleh baca dan sedar tentang betapa berbezanya layanan sistem kehakiman negara kita ini terhadap orang ternama yang dituduh dengan jenayah jutaan ringgit seperti Najib berbanding seorang rakyat biasa yang mencuri beberapa ringgit bahan makanan kerana anak di rumah kelaparan.

7. Najib diberikan kelepasan untuk berkempen pilihan raya sedangkan si miskin secepat kilat disumbatkan ke dalam penjara.

8. Hakim-hakim sering berkata, “justice is blind” dan keadilan tidak memilih warna tetapi orang kayangan macam Najib diberi masa untuk berkempen pilihan raya sedangkan ibu tunggal dipenjarakan 30 hari kerana langgar PKP.

9. Hanya selepas mahkamah pendapat umum (the court of public opinion) mengutuk hukuman berat sebelah itu barulah hukumannya dipinda kepada denda.

10. Banyak lagi yang boleh dibaca daripada gambar yang menyakitkan hati ini tetapi memadailah kalau saya kata, amat buruk padahnya bagi sesiapa pun, termasuk Kehakiman, memperkecilkan “verdict” mahkamah pendapat umum.

Wallahuaklam.Terima kasih.

44 TAHUN DIBAWAH BN, MASALAH AIR DI CHINI BELUM SELESAI.

1 NAJIB DAN HADI KENCING

1 CINI 2020

PRK CHINI: UNDI GENERASI FELDA SEBAGAI LANGKAH PERTAMA PEMULIHAN FELDA

Tulisan kali ini merentasi politik kepartian dalam menentukan halatuju pemulihan FELDA. Melalui penulisan yang lepas, telah dilontarkan bahawa parti politik yang bertanding dalam PRK Chini perlu meletakkan calon dikalangan generasi FELDA.

1. Warga FELDA dan generasinya telah membuat keputusan menukar parti pemerintah mengemudi kerajaan pada PRU14. Antara faktor keputusan ini adalah kerana mahukan perubahan dan menolak keobrokan politik dalam menyelesaikan isu berkaitan FELDA. Sinar kejayaan FELDA dibina dengan politik dan diruntuhkan juga melalui kuasa politik.

2. Pengalaman menukar kerajaan oleh warga dan generasi FELDA disedari bahawa kuasa setiap satu undi mampu menggantikan kuasa baru dalam menentukan halatuju FELDA yang baharu. Dengan kuasa undi, warga dan generasi FELDA mampu meletakkan wakilnya bersuara didalam dewan Dun dan Parlimen. Lebih ramai wakilnya dipilih, lebih besar suara dalam menentukan dasar serta halatuju baharu FELDA melalui kerajaan yang dibentuk.

3. Secara teknikalnya anggaran pengundi FELDA seluruh Malaysia sekitar 2 juta orang dan jika umur 18 tahun dibenarkan mengundi ia akan menambah majoriti di 54 kerusi Parlimen dan lebih 100 DUN dari Sabah sehingga ke Johor disetiap 317 rancangan seluruh Malaysia. Jumlah undi ini bersamaan dengan jumlah undi parti-parti besar dalam Malaysia yang bertanding diseluruh Malaysia termasuk UMNO, DAP, PKR dan PAS. 70% pengundi dari warga FELDA adalah generasi baharu yang nerupakan pengganti kepada peneroka dan penerokawati.

4. PRU13 antara bermulanya kesan kuasa politik memalapkan kegemilangan FELDA. Orang-orang politik yang telah diberi kuasa di 54 Parlimen dan lebih 100 DUN ini tidak mampu untuk membawa suara warga dan generasi FELDA dalam menyelesaikan isu berbangkit yang perlukan “AZAM POLITIK” yang tinggi serta faham sosio-politik warga FELDA. PRU14 ada sedikit sinar usaha pemulihan dengan pembentangan KERTAS PUTIH FELDA, namun pelaksanaannya masih kelabu kerana belum cukup kuat suara warga FELDA di Parlimen untuk merealisasikannya. Dengan adanya lebih ramai wakil anak generasi FELDA di Palimen dan DUN dimasa depan, perancangan pemulihan lebih mudah untuk direncana dan dilaksana dengan partisipasi penuh melalui kuasa sebagai ADUN dan ahli Parlimen.

5. Warga Chini perlu mulakan langkah kertas undi warga FELDA berharga untuk orang politik. PRU15 warga FELDA perlu pastikan 54 kerusi parlimen dan lebih 100 DUN adalah wakil dari generasi FELDA. Warga FELDA menggegarkan DUN disetiap negeri dan Parlimen dengan satu suara FELDA WAJIB DIPULIHKAN DENGAN KUASA SEBAGAI KERAJAAN.

6. Warga FELDA akan mewujudkan suasana bahawa setiap parti politik yang bertanding di kerusi kawasan FELDA akan mempertandingkan calon yang terdiri dari warga FELDA. Kuasa menentukan calon terbaik adalah ditangan pengundi warga FELDA.

7. Telah lama permuafakatan warga FELDA yang kuat dipecahkan melalui perbezaan wadah politik kepartian. Gunakan kuasa keunikan “WARGA FELDA” bermuafakat diatas kertas undi bahawa WARGA FELDA mampu kembali bersatu dalam menentukan masa depan generasinya. Calon anak muda FELDA perlu disokong penuh oleh pengundi di PRK Chini.

PRK CHINI ADALAH LANGKAH PERTAMA PEMULIHAN FELDA DENGAN KUASA POLITIK YANG ADA DITANGAN PENGUNDI WARGA DAN GEBERASI FELDA.

#GENERASIBAHARUFELDA4CHINI
#KERUSIFELDAUNTUKWARGAFELDA

Ridhuan Esa
23 Jun 2020
1 Zulkaedah 1441H
Generasi ke 2 FELDA Sungai Sibol
Generasi ke 3 FELDA Bukit Serampang

Thanks

APAKAH CALON BN/MN DI PRK DUN 23 CHINI MEMERLUKAN SOKONGAN GERAKAN UNTUK MENANG?

1 PAS PEMBURU HARAM1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.

1 HARAM TAK KIRA

APAKAH CALON BN/MN DI PRK DUN 23 CHINI MEMERLUKAN SOKONGAN GERAKAN UNTUK MENANG?

Pada 23 Jun 2018 parti GERAKAN keluar Barisan Nasional ekoran BN kalah mengejut di PRU ke-14 lalu. Sejak dari tarikh itu cukup cergas membelasah BN.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gerakan-umum-keluar-barisan-nasional-178690

Pada 30hb Oktober 2019 umum lawan calon BN/MN di PRK Tg Piai.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/10/623049/tanjung-piai-medan-pelbagai-ujian-bagi-gerakan

Dan pada 25hb Februari 2020 Gerakan menyatakan secara terbuka menyokong kerajaan PH dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.astroawani.com/berita-politik/malaysia-2020-gerakan-sokong-tun-mahathir-demi-kestabilan-negara-231660

Pda 15hb Mei 2020 GERAKAN menyatakan sokongan kepada TSMY pula.
https://www.sinarharian.com.my/article/83630/BERITA/Politik/Gerakan-sokong-Muhyiddin-demi-rakyat

Tetiba hari ini 20hb Jun 2020 GERAKAN buat pengumuman menyokong calon BN di PRK DUN N23 Chini pula.

PRK Chini: Gerakan sokong calon BN

Apakah GERAKAN masih relevan dalam politik perdana negara setelah ghuyub habis kalah melingkup di PRU ke-14 lalu tanpa sebarang kerusi sama ada DUN atau parlimen???

Apakah sokongan GERAKAN ini jujur dan ikhlas memandangkan sejarahnya yang cukup mengusarkan dan dipertikaikan???

Apakah GERAKAN akan mampu menambah jumlah sokongan kepada calon BN/MN di PRK Chini???

Jika ditanya kepada Omak. Dengan jujur dan ikhlas kesemuanya adalah TIDAK!!!

Bagi Omak GERAKAN dalam keadaan terdesak .. lebih buruk dan teruk dari melukut ditepi gantang .. jenis cuba nak kembali relevan tapi secara persendirian ditolak secara total oleh rakyat terutamanya dari kaum Tionghua iaitu warga tapak sokongannya sejak wujud pada 24hb Mac 1968.

Cukuplah nak berkawan perangai macam GERAKAN ini. Parti yang dianggap hidup segan mati masih lagi liat. Saya ULANG!!!

TENKIU
Thanks
t.me/PERPAD