Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ketua cawangan isytihar tinggalkan Pas sertai AMANAH

Ketua cawangan isytihar tinggalkan Pas sertai AMANAH

Ketua cawangan isytihar tinggalkan Pas sertai AMANAH

Ketua Pas Cawangan Kampung Lundang Ustaz Mat Wan Yusoff menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi AMANAH Kelantan Wan Rahim Wan Abdullah.

Tiga orang Ketua Pas Cawangan telah bersetuju mengisytihar diri mereka untuk meninggalkan Pas di atas alasan tidak boleh menerima kerjasama politik Pas-Umno .

Mereka termasuklah Ustaz Mat Wan Yusoff, Ustaz Hassan Deraman dan Ab Hamid Omar.

Ketua PAS Cawangan Kampung Lundang Ustaz Mat Wan Yusoff yang bersama parti islam sejak 20 tahun lalu menyertai AMANAH sekali gus bersama-sama menubuhkan AMANAH Cawangan Kampung Lundang Kota Bharu pada satu majlis yang berlangsung pada Hari Raya Qurban, 11 Ogos lalu.

Beliau menyatakan tidak dapat menerima kerjasama politik Pas dengan Umno seperti yang sedang berlaku sekarang.

Beliau juga gembira apabila Datuk Husam Musa dipilih sebagai Ketua AMANAH Kawasan Kota Bharu sesi 2019 2022 pd Mesyuarat Tahunan 3 Ogos lalu.

Ustaz Mat turut menyerahkan 30 keping borang permohonan menjadi ahli AMANAH sebagai tambahan kepada 80 permohonan yang dikemukakan pada Hari Raya Puasa yang lalu.

Borang-borang keahlian diserahkan Pengerusi AMANAH Kelantan Cikgu Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Hadir sama adalah peguam Yusoff Yaakob selaku Setiausaha AMANAH Kawasasan dan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Hamzi Che Mood.

Umno dan Pas memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan pada 14 September depan.

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta PAS dari seluruh negara.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/ketua-cawangan-isytihar-tinggalkan-pas-sertai-amanah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Ketua cawangan isytihar tinggalkan Pas sertai AMANAH

Kelantan Maju Dibawah Pimpinan 6 Wakil Agensi Kerajaan Persekutuan

Image may contain: 1 person, smiling, standing

Image may contain: 1 person, glasses

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and suit

Image may contain: 1 person, smiling

Kelantan tidak harus menderita dari segi kewangan bagi PH….
Kelantan ramai lantikan peringkat pusat dengan elaun/gaji riban-riban setiap seorang

Kelantan ada:-

1. Senato Radzi Jidin – Timbalan Menteri Ekonomi
2. Senator Datuk Husam musa – Pengerusi KADA
3. Wan Cikgu Wan Rahim – Pengerusi KENAF Malaysia.
4.Datuk Nordin Salleh – Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi
5. Datuk Seri Supardi Md Nor – Pengerusi TEKUN
6. Datuk Sazmi Miah II – Pengerusi KESEDAR

Andainya ada kesepakatan dan kesedaran, 5 ribu seorang tiap bulan untuk PAKATAN HARAPAN ada dah 30 ribu tiap bulan.

KUT NYER KEDEKUT AWO BOLEH GAJI BESAR

INGAT …DEMO DUK SITU KERANA PARTI DAN PENYOKONG,KALAU KERANA BAKAT RAMAI LAGI HOK BOLEH PADA DEMO!