Kategori: Bencana Kimia Di Pasir Gudang ,Johor, Malaysia.
Umno BN Membunuh Selat Johor
Kegiatan pembuangan sisa toksik secara haram sudah berlaku di Pasir Gudang sejak SEPULUH TAHUN YANG LALU. PH baru setahun, yang lagi SEMBILAN TAHUN SEBELUM 2018, apa pasal senyap? Kes disembunyikan ke?
9 Suspek Pencemaran Pasir Gudang ditahan.
Pencemaran Pasir Gudang: 9 suspek ditahan
JOHOR BAHRU: Polis menahan sembilan lelaki dipercayai terbabit dalam perbuatan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek itu ditahan dalam operasi khas semalam.
“Dua suspek ditahan di Johor manakala tujuh lagi ditahan di luar negeri ini. Operasi memburu suspek lain masih diteruskan. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak maklumat kerana akan mengganggu siasatan dan operasi polis,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
Mohamad Fuzi berkata, semua suspek terbabit kini direman enam hari sehingga Sabtu ini.
Katanya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 278, Seksyen 284 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan; berkelakuan cuai membabitkan bahan beracun dan menyebabkan cedera parah.
Semalam, Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, pihaknya sudah ada petunjuk bagi memberkas suspek utama terbabit dengan pencemaran Sungai Kim Kim di sini dan operasi memburu mereka giat dijalankan.
Penjenayah Pencemaran Bahan Kimia Wajib Dikenakan Tindakan Tegas
Laporan/foto: Mohamad Niazi Ismail (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Mangsa yang masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) kesan dari terhidu bahan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang bukan sahaja terdiri daripada anak-anak murid, tetapi juga termasuk guru-guru, pekerja sekolah dan orang awam.
Kehadiran Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang membuat lawatan ke Hospital Sultan Ismail semalam dilihat sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada mangsa khususnya kepada anak-anak murid dan juga guru-guru yang masih menerima rawatan.
Sepanjang lawatan lebih dari sejam itu, Dr. Maszlee turut diberi penerangan oleh kakitangan hospital mengenai keadaan semasa setiap mangsa selain beliau turut bertanya khabar mangsa serta ahli keluarga yang menemani mereka.
“Saya berasa amat geram di atas apa yang berlaku dan saya akan cuba memastikan pihak kementerian akan memberikan kerjasama kepada agensi-agensi yang terlibat dan kerajaan negeri bagi memastikan penjenayah ini akan dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
“Bagi kami di Kementerian Pendidikan juga akan meminta pihak yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri dan semua pihak agar segera menangkap penjenayah ini,” jelasnya.
Kerajaan tidak boleh lagi bertoleransi terhadap orang yang mencemarkan alam sekitar yang akhirnya menggadaikan nyawa anak-anak kita semua. Sudah sampai waktu kita mengenakan tindakan yang keras terhadap para penjenayah ini.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak hospital, keselamatan, bomba dan kerajaan negeri yang telah banyak membantu anak-anak murid ini.
“Setakat hari ini jumlah mangsa yang dimasukkan ke hospital termasuk anak-anak murid, guru-guru, pekerja sekolah dan orang awam adalah seramai 296 orang. Kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika ditemuramah di bilik rehat Hospital Sultan Ismail, di sini semalam.
Sehingga kini, sebanyak 34 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta merta dan para guru juga tidak dibenarkan bertugas sehingga mendapat laporan keadaan kembali selamat.
Laporan/foto: Mohamad Niazi Ismail (Johor Bahru)
CBRNC – Nuclear, Biological, Radiological & Chemical Army Centre Ke Pasir Gudang,Johor.
Alhamdulillah, Mereka telah datang membantu.
CBRNC – Nuclear, Biological, Radiological & Chemical Army Centre ataupun
PNBRK TD – Pusat Nuklear, Biologi, Radiologi & Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen, Kem Terendak Melaka telah diaturgerakkan bagi membantu mangsa dalam kejadian pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.
Kewujudan unit ini adalah dimana Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berpengalaman melalui pelbagai misi bersama-sama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghadapi ancaman Nukluer, Biologi, Radiologi dan Kimia semasa di dalam situasi peperangan moden (Modern Warfare) di abad ini dan berharap TDM memiliki sebuah unit yang berkemampuan untuk menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat dibawah kelolaan Kor RAJD.
“Pasukan ini menerima pengiktirafan dari pihak PBB dan diterima serta layak untuk menyertai misi dan siapsedia diatur gerakkan ke luar negara,” – Menurut Mantan Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Datuk Sri Zulkiple bin Kassim.
Hanya terdapat sebuah Unit sahaja bagi Tentera Darat di Malaysia seumpamanya dan mempunyai kepakara ‘mencuci’ atau ‘mengnyah chemicals / bahan nuklear’ yang terkena tubuh manusia/kawasan.
Semoga dipermudah segala kerja-kerja operasi membantu mangsa bencana pencemaran kimia di Pasir Gudang khususnya Taman Pasir Putih.
Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan kerja-kerja mereka agar bumi Pasir Gudang khasnya dan Malaysia amnya terhindar dari pencemaran dan musibah yang melanda. Aamiin. “Pray For Pasir Gudang”

Pasir Gudang kian tenat..
“Pasir Gudang kian tenat..” – Selain pelajar sekolah, pekerja sekitar kawasan terlibat juga ‘diserang’
Belum sampai tahap isytihar darurat – PM
INSIDEN pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih di Pasir Gudang sejak 7 Mac lalu yang berlarutan hingga ke hari ini dilihat belum sampai ke tahap untuk diisytiharkan darurat.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan melihat insiden berkenaan masih terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan penduduk sekitar Pasir Gudang mengosongkan kediaman mereka.
“Belum sampai tahap itu. Tidak perlu isytihar darurat. Tidak perlu memindahkan orang atau mengosongkan kawasan.
“Apa yang penting, kita perlu berhati-hati. Yang bertugas untuk mengawal keadaan ini pun kena dan mesti bersedia menghadapi apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang terjejas juga dilihat semakin baik dan keadaan masih terkawal tetapi diakui masyarakat menganggap insiden itu amat serius kerana ia pertama kali berlaku.
“Masyarakat mesti anggap ia satu perkara yang serius tetapi kita perlu ingat kebolehan mereka yang bertugas untuk menyelamatkan mangsa dan mengawal keadaan ini sangat baik dan berhasil.
“Oleh sebab itu, segala yang berlaku sehingga hari ini dalam keadaan terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat mangsa insiden itu yang ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI), hari ini.
Donate to help our cause, Charity Begins with You-IMAM Response & Relief Team – IMARET
Ground Zero.
Our volunteers are coordinating & assisting the staff in Pasir Gudang.
Treating patients from all ages.
However, there is an urgent need for Personal Protective Equipments for all in Ground Zero, including the staff and patients.
Some of the staff are risking their own health to help the sick.
The case in Pasir Gudang involves toxic chemical which may cause inhalation injury ( toxis spread by air), which means, whoever is nearby, will be at risk of health injuries!
The amount needed is RM35,000.
Let us help to ease the burden!
Donate to help our cause,
Charity Begins with You.
Persatuan Perubatan Islam Malaysia
CIMB : 8600 703 709
Swift code : CTBBMYKL
Ref : Pasir Gudang

Para Pahlawan bukan umnopas di Pasir Gudang bersama YAYASAN Pasir Gudang
YAYASAN Pasir Gudang mengagihkan 1,300 pek makanan ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Dewan Taman Mawar, Dewan Jalan Cermai 16, Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI), Bilik Gerakan Bencana Aqabah dan 10,000 unit topeng muka kepada lebih 1,000 petugas dan pesakit akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, Khamis lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, Kerajaan Negeri Johor melalui jabatan dan agensi berkaitan akan memastikan keperluan dan kebajikan mangsa dan petugas sentiasa dijaga dan mencukupi.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengedarkan makanan berlauk, roti, biskut, air kotak dan air mineral kepada mangsa dan keluarga di HSI sejak kejadian bermula, 7 Mac lalu.
“Pada masa sama, saya meminta JKM dan Yayasan Pasir Gudang bekerjasama untuk memastikan makanan mangsa, kakitangan perubatan dan petugas sentiasa mencukupi.
“Selain itu, semalam, dua pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kota Masai berusia 5 dan 21 tahun (masalah pembelajaran) menunjukkan simptom selsema dan muntah sebelum guru pusat berkenaan membersihkan mereka dan dihantar ke hospital serta klinik swasta.
“Mereka kini berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, berikutan itu PDK Kota Masai dan PDK Ulu Tiram yang terletak dalam radius kawasan pencemaran diarahkan ditutup buat sementara sehingga keadaan pulih seperti biasa.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa bantuan bencana, petugas serta anggota yang komited untuk berkhidmat bagi mengatasi masalah pencemaran ini.
“Terima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan dan barangan seperti makanan, peralatan perubatan dan topeng kepada petugas serta mangsa dalam insiden ini.
“Walaupun Menteri Besar menegaskan tugas utama membersihkan Sungai Kim Kim, saya berharap hukuman berat dikenakan ke atas pihak yang mencemarkan sungai kerana ia perbuatan tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa penduduk,” katanya.
Menurutnya, pada masa sama orang ramai diingatkan jangan mudah percaya berita yang tular tanpa mendapat pengesahan pihak berkuasa dan hanya menggunakan topeng R95.