KENYATAAN DAN CADANGAN DATUK WIRA MARZUKI YAHYA KEARAH PENUBUHAN GABUNGAN BESAR BAHARU YANG INKLUSIF AMAT TEPAT SERTA DIALU-ALUKAN!!
Syabas kepada datuk wira marzuki yahya yang mengeluarkan satu kenyataan paling bernas serta tepat pada masanya!!
Semua pihak khususnya di kalangan ahli-ahli parlimen yang berprinsip harus menyahut seruan ini dan menrealisasikan cadangan ini demi bangsa serta negara!!
Tidak ada sebarang erti sekiranya kita masih mahu mengikut hawa nafsu politik bergaduh secara berpanjangan kerana akhirnya yang menderita adalah rakyat jelata!!
Keharmonian iklim politik mesti dicapai secara kadar segera!!
Apa erti sekiranya “kita menang sorak kampung tergadai dan kalah jadi arang; menang jadi abu?!”
Seruan datuk wira marzuki harus disokong dan didokongi oleh semua pihak. Kepentingan kesejahteraan bangsa serta negara harus diletakkan di atas kepentingan politik kepartian!!
Insya-Allah, kita akan mulakan satu gerak kerja untuk berjumpa dengan keseluruhan ahli-ahli parlimen bagi mencari satu pendekatan kearah menrealisasikan cadangan yang bernas ini.
Rakyat jelata juga sudah ‘mual’ dan ‘jelek’ dengan perkembangan lanskap politik mutakhir negara!!
Malahan, teguran ikhlas oleh KDYMM Sultan Perak telah membuktikan bahawa bukan saja rakyat jelata malahan Raja-Raja Melayu pun turut merasai kekecewaan terhadap perkembangan politik yang berteraskan kepada unsur-unsur ‘destructive!!’
Politik yang ‘destructive’ akan merugikan negara kita!!
Kita berdoa disamping akan terus berusaha secara jujur dan ikhlas bagi mencapai matlamat politik berteraskan perpaduan yang boleh membina semula ‘Malaysia Baharu.’
Masa sudah sampai untuk semua pihak mempertimbangkan secara jujur mengenai cadangan timbalan presiden parti Pejuang demi kesejahteraan serta kegemilangan masa depan negara kita.
Dua orang tokoh negarawan yang paling ‘senior’ yakni tun dr mahathir mohamad dan ybm tengku razaleigh selaku ‘orang tua’ dalam arena politik negara paling layak untuk menerajui gerakan ini!!
Tun dr mahathir mohamad dan ybm tengku razaleigh hamzah yang banyak pengalaman di bidang politik mahupun ekonomi harus berganding bahu secara ‘rasmi’ kearah menrealisasikan hasrat murni ini.
Tinjauan secara rambang telah menunjukkan rakyat Malaysia turut meletakkan harapan pada tun dr mahathir mohamad bersama dengan ybm tengku razaleigh hamzah bagi meletakkan ‘tanda noktah’ terhadap amalan politik yang bakal meruntuhkan masa depan negara kita yang tercinta ini!!
Biar kedua tokoh negarawan ini menerajui gerakan kearah menggabungkan keseluruhan ahli-ahli parlimen secara ‘non partisan’ melangkaui gabungan di antara parti-parti politik tetapi penyatuan tulen di antara individu bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap tanpa sebarang gangguan mengikut ideologi fahaman berdasarkan kepartian!!
Keseluruhan rakyat Malaysia akan sanjungi daya-usaha murni bagi mengujudkan kestabilan politik negara yang akhirnya juga akan menstabilkan ekonomi negara oleh tun dr mahathir mohamad berserta ybm tengku razaleigh hamzah.
Kedua-dua tokoh negarawan ini boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat kerana kedua mereka mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang!!
Dalam apa jua keadaan cadangan datuk wira marzuki yahya mesti direalisasikan demi masa depan cemerlang dan gemilang tanahair kita!!
Saya ‘angkat topi’ buat datuk wira marzuki yahya!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Mantan Penyelaras Parlimen Jasin
11 Disember 2020