Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Zaman Najib banduan akhir pun boleh ke Australia guna paspot dan naik kapalterbang dari KLIA

Zaman Najib banduan akhir pun boleh ke Australia guna paspot dan naik kapalterbang dari KLIA…

Zaman Tun M dipertikaikan banduan akhir buat SD di dalam Penjara Kajang, melalui peguam yang memang dibenarkan dalam peruntukan dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah yang juga petugas di penjara…

Pusing selagi boleh Lobakman.

SEPATUTNYA KETUA POLIS NEGARA DAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN DISIASAT KERANA PECAH AMANAH.

Lokman dakwa Hisham ketuai pertemuan MP di rumah Azmin

Anggota majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendakwa anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein mengetuai pertemuan sekumpulan anggota parlimen di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di Putrajaya malam tadi.

Beliau berkata, Hishamuddin sekali lagi mengkhianati rakyat Malaysia khususnya pengundi di Tanjung Piai yang baru sahaja memenangkan calon BN dua hari lalu.

“Apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang MP BN ke rumah menteri ‘semburit’ Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya?

“Walaupun bukan semua 22 MP ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini,” kata Lokman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi, kira-kira sejam selepas pertemuan itu diadakan.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 anggota parlimen BN dan lima anggota parlimen PKR hadir pada pertemua itu,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamarudin Jaffar, antara anggota parlimen PKR yang dilihat turut berada di kediaman Azmin malam tadi.

Azmin dan Hishammuddin sebelum ini dikatakan terlibat dalam usaha menggerakkan sokongan anggota parlimen terhadap Mahathir dan menghalang Presiden PKR, Anwar Ibrahim daripada mengantikannya sebagai perdana menteri.

Tekanan terhadap Mahathir meningkat berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai Sabtu lepas, di mana beberapa pemimpin gabungan itu menyalahkan perdana menteri.

Bagaimanapun, Azmin secara tegas mempertahankan Mahathir.

Gesa Umno ambil tindakan tegas 

Lokman, dalam kenyataannya, mendakwa Hishammuddin bertindak sebagai “orang tengah” bagi Mahathir, yang merupakan pengerusi Bersatu.

“Sebelum ini Hisham bermaharaja menjadi orang tengah Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan MP Umno ke PPBM (Bersatu) tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno.

“Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut MP Umno untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan beliau mengepung MP-MP BN bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM,” katanya.

Lokman berkata beliau telah membuat aduan disiplin terhadap Hishammuddin pada 30 Okt lalu.

“Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi pimpinan dan MP Umno untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekali gus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.

“Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudah pun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

” Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukann oleh Hishammuddin ini. Parti perlu mengambil tindakan tegas,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/500338?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0TTPXlDB7vC3MoR07w_XeEWf3myRHF505mS9IR7dkdQrX1uW68r98fV54

Lokman perlu segera dikenakan tindakan menghina mahkamah – peguam

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

1 PAPA JAHAT1 ADU DUMBA 21 ADU DUMBA1 PEMIMPIN YANG BODOH1 JAGA LISAN

KUALA LUMPUR – Peguam Negara perlu segera mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Lokman Noor Adam berikutan kenyataannya menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memerintah Datuk Seri Najib Razak membela diri.

Peguam Mohamed Haniff Khatri berkata, kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tidakan lanjut kerana ia merupakan penghinaan mahkamah pada tahap tertinggi.

Katanya, Lokman bukan pengamal undang-undang bertauliah secara salah dan curang mencadangkan kononnya ada campur tangan salah kepimpinan tertingi negara dalam keputusan mahkamah semalam.

“Dalam erti kata lain Lokman Noor Adam hendak timbulkan persepsi jahat dan curang bahawa mahkamah kononnya dipergunakan oleh kerajaan yang dipimpina Dr Mahathir dalam membuat keputusan itu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Haniff menyifatkan kenyataan jahat dan curang seperti itu bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak diambil tindakan tegas oleh peguam negara melalui prosiding pengkomitan terhadap Lokman.

Katanya, Najib belum pun didapati bersalah dan masih berpeluang memberi keterangan serta memanggil saksi dalam menampilkan pembelaannya sebelum mahkamah membuat keputusan di hujung perbicaraan kelak.

Menurut Haniff, kata-kata kesan yang dilemparkan Lokman merupakan kenyataan manusia yang tidak waras menzahirkan niat beliau untuk menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap keputusan mahkamah yang belum selesai pun perbicaraannya.

“Justeru, peguam negara sebagai penjaga kehormatan dan martabat keadilan dan kehakiman, wajib bersifat tegas dengan serta merta dalam memulakan tindakan pengkomitan terhadap Lokman Noor Adam ini,” katanya.

Semalam Lokman mendakwa tindakan tidak memanggil tiga saksi utama dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang mengaitkan Najib membuktikan wujud campur tangan daripada Perdana Menteri.

Tiga saksi penting yang dimaksudkannya ialah ahli perniagaan Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Artikel berkaitan: SRC: Lokman Adam pertikai tidak panggil 3 saksi penting

Sementara itu Dr Mahathir ketika ditanya tentang dakwaan Lokman berkata, beliau tidak pernah campur tangan dalam mana-mana keputusan mahkamah dan mencabar Lokman mengemukakan bukti.

Semalam Mahkamah Tinggi memerintah bekas perdana menteri keenam membela diri bagi kesemua tujuh pertuduhan terhadapnya selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie bagi setiap pertuduhan. – MalaysiaGazette

Lokman perlu segera dikenakan tindakan menghina mahkamah – peguam

AHLI Parlimen kerajaan dan pembangkang menyanggah dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak.

Image may contain: 5 people, people smiling, text

AHLI Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini menyanggah dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak.

Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata mustahil wujud campur tangan dalam keputusan mahkamah semalam yang memerintahkan bekas perdana menteri itu membela diri dalam kes SRC International.

Hishammuddin yang juga bekas menteri pertahanan berkata, dakwaan mengenai campur tangan perlu ditujukan kepada agensi yang terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan. Ini kerana badan kehakiman sentiasa mahu menjaga integritinya, tambah beliau.

“Ini bukan tentang spekulasi, siapa pengaruhi siapa, tetapi proses mahkamah akan menentukan future integrity, kebebasan dan kewibawaan hakim yang terlibat dalam perbicaraan ini.

“Kena tanya mereka yang terlibat. Saya tak fikir ada campur tangan. Kita pernah dituduh begitu semasa kita jadi kerajaan.

“Satu-satunya orang yang boleh jawab adalah hakim itu sendiri, pendakwa raya dan agensi (yang terlibat),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas dakwaan Lokman semalam berkenaan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pendakwaan berjaya mebuktikan wujud kes prima facie terhadap Najib dan mengarahkan bekas perdana menteri itu membela diri.

Lokman mendakwa wujud konspirasi antara Dr Mahathir dan badan kehakiman yang mengarahkan Najib membela diri atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International.

Najib dihadapkan dengan tiga tuduhan jenayah pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.

Dakwaan Lokman itu turut ditepis oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Tidak berasas. Mereka boleh dakwa, tetapi proses perundangan adalah bebas dan telus, dan rakyat boleh rujuk kepada kes ini.”

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata dakwaan seperti itu tidak perlu dilayan kerana perbicaraan kes SRC International sedang berjalan.

“Saya fikir dakwaan seperti ini tak usah dilayan, melainkan mereka boleh berikan fakta atau bukti kukuh untuk menyokong (dakwaan). Kalau tidak ada, maka kita kena benarkan proses ini berjalan.”

Najib memilih untuk memberi keterangan bersumpah dan akan disoal balas oleh pendakwaan.

Peguam bela semalam berkata Najib terkejut beliau tidak dilepas dan dibebaskan daripada tujuh pertuduhan berkaitan kes SRC International.

Dr Mahathir kemudian berkata beliau terkejut Najib menyangka akan terlepas dari semua pertuduhan.

“Saya terkejut kerana beliau terkejut,” kata perdana menteri. – 12 November, 2019.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/196578

Pendakwaan Dalam Kes Najib Amat Kukuh

1 ADU DUMBA 2

Alhamdulillah.. Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi KL,Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membuat keputusan, hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi kes SRC..

Ya memang Benar.. Pendakwaan dalam kes Najib ini amat kukuh.. Bukti dan keterangan pendakwaan Melampaui keraguan yg munasabah.. Tugas pendakwaan kini selesai dalam kes SRC, Kini giliran Najib buktikan dia tak bersalah..

Tapi tak tahu siapa saksi untuk Najib membela diri, Sebabnya Pegawai tertinggi KWAP, KWSP hatta SRC sendiri memberi keterangan menentang Najib.. bukan saja berkaitan SRC hatta pegawai Najib sendiri meletakkan kesalahan kepda Najib..

Mungkin Najib boleh guna keterangan Ulama PAS seperti Haji Hadi untuk membela diri..Sebab Haji Hadi boleh membersihkan Dosa dan kesalahan sesiapapun hatta MCA yang kuat menentang Hudud PAS dulu.. Mungkin kepakaran haji Hadi boleh digunakan.. 🙂

Ipohmali

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mula membacakan penghakiman dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram RM42 juta SRC International dihadapi @NajibRazak – Admin

Bagi pertuduhan pertama; menyalah gunakan kedudukan selaku penjawat awam iaitu perdana menteri dan menteri kewangan bagi jaminan pinjaman RM4 bilion dari KWAP, @NajibRazak diarah supaya MEMBELA DIRI – Admin

Tertuduh, @NajibRazak memiliki kepentingan dalam SRC International dan mempunyai kawalan keseluruhan yang menyebabkan RM42 juta didepositkan ke dalam akaun peribadinya bagi kepuasannya – Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali

KETIGA-TIGA pertuduhan PECAH AMANAH JENAYAH terhadap @NajibRazak telah BERJAYA DIBUKTIKAN.

Oleh itu, Najib diarah supaya MEMBELA DIRI bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut .

Ia adalah bagi tertuduh, @NajibRazak untuk menangkis bukti dan saya mendapati bahawa elemen menggunakan kedudukan berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Berikutan itu, prima facie berjaya dibuktikan – Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Ugut saksi kes 1MDB: Pengurusan kes prosiding komital Lokman pada 22 Nov

1 NAJIB MENYUSAHKAN RAKYAT

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital dikemukakan Peguam Negara Tommy Thomas terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Najib Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi itu ialah Amhari Efendi Nazaruddin iaitu bekas pegawai khas kepada Najib yang merupakan seorang daripada saksi penting dalam kes tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam, bertindak bagi pihak Peguam Negara dan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili Lokman, yang hadir hari ini.

Terdahulu, Wan Aizuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya baru sahaja menerima afidavit tambahan daripada pihak pendakwaan pada 5 Nov lepas.

“Oleh kerana afidavit tambahan itu baru diserahkan kepada kami, jadi pihak kami memerlukan masa untuk meneliti afidavit tersebut dan akan mempertimbangkan sama ada ingin membuat permohonan untuk mengetepikan prosiding komital yang diperoleh (Peguam Negara) atau terus menjawab afidavit berkenaan,” katanya.

Wan Aizuddin turut memohon maaf ke atas ketidakhadiran peguam utama kes itu, Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding hari ini kerana beliau perlu pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengendalikan satu kes bunuh.

Sementara itu, Mohamad Mustafa memaklumkan pihaknya juga akan meminda notis usul berkenaan prosiding komital itu.

Pada 22 Okt lepas, Hakim Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman.

Pada 10 Okt lepas, Peguam Negara selaku pemohon telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana perbuatannya yang menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 Sept.

Dalam permohonan itu, Peguam Negara memohon perintah supaya Lokman selaku responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.

Peguam Negara berkata pada tarikh itu (25 Sept) responden dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk menggugut saksi, Amhari Efendi kerana memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara berkata beliau juga akan menyiarkan rakaman video berhubung temu bual itu pada pendengaran prosiding komital jika mahkamah memberi kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding berkenaan.

Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkenaan keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.

Objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap tertuduh pada perbicaraan, kata Peguam Negara.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/499064?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR15GSSdyXTMDgF-cczqkoZRzrxwxrPenjR8TR2iLMHcPG5c1qOjvfZwCVk

Lokman Adam didakwa api-apikan orang awam melalui YouTube

SHAH ALAM, 15 OKT: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengapi-apikan orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam lain.

Lokman Noor, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Mengikut pertuduhan, Lokman Noor didakwa membuat kenyataan dengan niat mengapi-apikan orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam lain menerusi laman sosial YouTube atas nama profil ‘Lokman Adam’ pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam, 12 Ogos lalu.

Hantaran di laman Youtube itu dilihat kira-kira jam 5 petang pada 13 Ogos lalu di bangunan Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Lokman Adam didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria mencadangkan kepada mahkamah supaya Lokman Noor dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kerana pertuduhan itu adalah serius serta mengandungi unsur yang boleh membakar sentimen perkauman di negara ini.

“Oleh itu, mahkamah perlu melihat pertuduhan ini dengan serius bagi memberi mesej kepada orang awam demi menjaga kepentingan awam,” katanya.

Peguam Lokman Noor, N.Logendran pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan memandangkan anak guamnya tidak lagi bekerja ekoran dipecat daripada menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan selepas pertukaran tampuk pentadbiran kerajaan.

“Anak guam saya tidak bekerja sejak 13 bulan lalu dan perlu menanggung 11 anak yang masih belajar serta bersekolah. Malah, anak guam saya juga menghidap penyakit diabetes kronik serta baru dua minggu keluar dari hospital,” katanya.

Majistret Erry Shahriman membenarkan Lokman Noor diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 November ini untuk sebutan semula kes.

-BERNAMA

 

https://selangorkini.my/2019/10/lokman-adam-didakwa-api-apikan-orang-awam-melalui-youtube/?fbclid=IwAR1nTYjLHD2CeJ1i2-91x729msfO83w5OTeiREcYLND_uEQ8xVr0e_OrPzw

Lokman Noor Adam didakwa mengapi-apikan orang awam menerusi Youtube

Datuk Lokman Noor Adam (Gambar fail)

SHAH ALAM, 15 Okt — Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengapi-apikan orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam lain.

Lokman Noor, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Mengikut pertuduhan, Lokman Noor didakwa membuat kenyataan dengan niat mengapi-apikan orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang awam lain menerusi laman sosial Youtube atas nama profil ‘Lokman Adam’ pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam, 12 Ogos lepas.

Hantaran di laman Youtube itu dilihat kira-kira pukul 5 petang pada 13 Ogos lepas di bangunan Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Lokman Adam didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria mencadangkan kepada mahkamah supaya Lokman Noor dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kerana pertuduhan itu adalah serius serta mengandungi unsur yang boleh membakar sentimen perkauman di negara ini.

“Oleh itu, mahkamah perlu melihat pertuduhan ini dengan serius bagi memberi mesej kepada orang awam demi menjaga kepentingan awam,” katanya.

Peguam Lokman Noor, N.Logendran pula memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan memandangkan anak guamnya tidak lagi bekerja ekoran dipecat daripada menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan selepas pertukaran tampuk pentadbiran kerajaan.

“Anak guam saya tidak bekerja sejak 13 bulan lepas dan perlu menanggung 11 anak yang masih belajar serta bersekolah. Malah, anak guam saya juga menghidap penyakit diabetes kronik serta baru dua minggu keluar dari hospital,” katanya.

Majistret Erry Shahriman membenarkan Lokman Noor diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1779111&fbclid=IwAR2mL3vWbGCxvo_Frf1lnoLimu_Fu0PDJR7HbTeE4MNv1kHF7aJsIlKIzTs