Dikala sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk sahaja dirumah tanpa ada sumber pendapatan hingga menyebabkan mereka kekurangan bekalan makanan, masih ada insan yang bermurah hati meringankan beban orang lain.
Sumbangan ketika Covid-19
Namun, menerusi Facebook, seorang wanita telah membuat kebaikan dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada sesiapa yang memerlukan.
Cara mendapatkannya mudah sahaja iaitu dengan datang ke rumahnya dan ambil sahaja beg yang berisi bekalan makanan tanpa sebarang prosedur.