Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Raba kemaluan pelajar lelaki antara 8 lagi dakwaan seksual terhadap ‘Ustaz Budak’

Selepas dihadapkan ke mahkamah dengan empat pertuduhan jenayah seksual, seorang pengurus madrasah yang dikenali sebagai Ustaz Budak sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, dengan lapan pertuduhan jenayah seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki antara November 2017 hingga Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Syamsul Zaman Sukri, 32, yang tampil dengan jubah hijau muda dan berkopiah hitam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Itah Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam, Sharudddin Mohamed.

Dalam pertuduhan pertama hingga keenam membabitkan mangsa yang sama, Syamsul dengan maksud seksual meraba kemaluan kanak-kanak lelaki dan membuatkan mangsa memegang kemaluannya, manakala tertuduh mempunyai hubungan amanah terhadap mangsa.

Kejadian itu didakwa berlaku di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Paloh Rawa Machang pada jam 11 malam sekitar November 2017 hingga September 2018.

Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun 11 bulan hingga 16 tahun sembilan bulan.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh dengan maksud seksual meraba kemaluan kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun sembilan bulan dan membuatkan mangsa memegang kemaluannya (tertuduh) dan mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Kedua-dua kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2020 jam 11 malam di sebuah bilik di rumah tanpa nomnor di Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.

Terdahulu, Sharudddin memohon ditawarkan jaminan memandangkan tertuduh perlu menanggung enam adik beradik serta ibu yang kurang upaya (OKU).

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan tiga penjamin serta perlu melapor diri di balai polis setiap 1 haribulan dan menetapkan 17 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Syamsul turut didakwa dengan empat pertuduhan seksual di mahkamah sama pada 21 dan 31 Disember lalu.

Berita penuh : Malaysiakini

PESTA ROCK ADALAH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.

فيلم كوميدي قصير وللرد على الشبهات .شكرا لك علي زياره الصفحه للدعم المادي عبر منصة باتريون لتطوير المحتوي  https://www.patreon.com/user?u=29018907 لزياره موقع البحبحاني https://www.albhbhany.com/?m=1 اشترك في قناةالبحبحاني https://www.youtube.com/channel/UCPh5… للاشتراك مع البحبحاني 2 https://www.youtube.com/channel/UCgT9…#وعند_الله_تجتمع_الخصوم لمتابعة صفحاتنا على الفيس بوك والتواصل https://www.facebook.com/albhbhany/

RAHSIA SYAITAN DAN ULAMAK JAHAT SEDUNIA

فيلم كوميدي قصير وللرد على الشبهات .شكرا لك علي زياره الصفحه للدعم المادي عبر منصة باتريون لتطوير المحتوي  https://www.patreon.com/user?u=29018907 لزياره موقع البحبحاني https://www.albhbhany.com/?m=1 اشترك في قناةالبحبحاني https://www.youtube.com/channel/UCPh5… للاشتراك مع البحبحاني 2 https://www.youtube.com/channel/UCgT9…#وعند_الله_تجتمع_الخصوم لمتابعة صفحاتنا على الفيس بوك والتواصل https://www.facebook.com/albhbhany/

PESTA MAULID NABI SAW

روابط التواصل مع البحبحاني👇👇👇👇👇 للدعم المادي عبر منصة  لتطوير المحتوي  https://www.patreon.com/user?u=29018907 لزياره موقع البحبحاني https://www.albhbhany.com/?m=1 اشترك في قناةالبحبحاني https://www.youtube.com/channel/UCPh5… للاشتراك مع البحبحاني 2 https://www.youtube.com/channel/UCgT9… لمتابعة صفحاتنا على الفيس بوك والتواصل https://www.facebook.com/albhbhany/ ‏‎#انصروا_احمد_سبيع اتمني لا تبخل علينا بتعليق واشتراك ياريتني ابو فله رأي الناس عني؟؟SHOW LESS

CARA BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT SECARA BERDIRI, DUDUK DAN TIDUR.

فيلم كوميدي قصير للرد على الصوفيه ‏‎#انصروا_احمد_سبيع اتمني لا تبخل علينا بتعليق واشتراك ياريتني ابو فله رأي الناس عني؟؟

HABIB SUFI YANG MENYEMBAH KUBUR.

روابط التواصل مع البحبحاني فيس بوك وانستجرام ولدعم المحتوي وتكون راعي المحتوي للدعم   لتطوير المحتوي  https://www.patreon.com/user?u=29018907 لزياره موقع البحبحاني https://www.albhbhany.com/?m=1 متابعتنا على الفيس بوك https://www.facebook.com/albhbhany للاشتراك في القناه الاحطياطية https://cutt.us/CcHMa انستجرام https://cutt.us/pVkiJ

MENANGIS KERANA SAIDINA HUSSEIN LEBIH BESAR PAHALA BERBANDING DENGAN MENANGIS KERANA RASULULLAH SAW.

فيلم كوميدي قصير للرد علي الشيعة ‏‎#انصروا_احمد_سبيع اتمني لا تبخل علينا بتعليق واشتراك ياريتني

PARTI ISLAM SEMALAYSIA YANG MENZALIMI SEMUA MAKHLUK ALLAH SWT

Image may contain: text that says 'Mekong River INDIA CHINA MYANMAR THAILAND LAOS CAMBODIA 300km VIETNAM SCMP'

AKIBAT MEMILIH SI PANDIR JADI PEMIMPIN

Sungai Mekong tu, mula dari Tibet, bawak ke China, jadi sempadan China-Myanmar, Myanmar-Laos, Thailand-Laos, masuk ke Laos, kemudian ke Kemboja, sampailah ke Vietnam.

Ada pernah dengar Tibet mintak duit sebab bekalkan air sungai kat mana-mana negara tu?Air sungai ni kita sebut sebagai ‘semula jadi’.

Maksudnya kau tak perlu keluarkan belanja pun memang dia dah ada mengalir dari zaman ke zaman, dengan syarat kau jagalah kawasan tadahan air tu iaitu hutan.

Tapi disebabkan ada Menteri Besar paling bebal dalam sejarah peradaban negara, boleh pulak dia gertak nak sekat air sungai tu dari masuk ke negeri lain sebab tak nak bayar caj bekalan air mentah.

Dia ingat sungai bila disekat boleh berhenti macam tu je ke?

Habis tu nak alirkan ke mana? Rumah nenek dia? Nak ubah masuk ke sungai lain? Kau nak bagi penduduk tepi sungai tu mampos tiba² air sungai naik mendadak?

Nak ubah aliran sungai ke tempat lain semata-mata tak nak air sungai tu lalu kat Penang punya pasal, agaknya dia nak ‘bina’ sungai baru la. Biar padan muka tak ada sungai yang lalu negeri tu.

Kos ambil alih tanah, tender nak korek, nak bina tebing sekian-sekian mungkin menelan belanja sampai RM5 bilion. Siapa suruh Penang degil sangat tak nak bayar RM50 juta.

Hasil REE pun dah RM43 trilion, apa sangatlah RM5 bilion tu kan. Bijak sungguh kepala otak Menteri Besar hangpa. Hairan sungguh aku, sesama negeri dalam negara yang sama pun boleh bergaduh bab air sungai.

Dengar ke negara luar jadi bahan ketawa je.Bila pemimpin tu buat kenyataan bodoh, janganlah ikut sekali bebal dia tu.

Hairan aku bila baca komen, “Terbaik MB tegas”, “Jangan bagi muka dengan geng-geng sepet”. Tegas dengan bangang tu jauh beza tau.

Apa yang seronok sangat dapat sekat air ke Pulau Pinang? Habis tu kau ingat penyokong, pentaksub parti kau tak ada kat negeri tu?Sokong janganlah sampai taksub, ada otak tu guna untuk berfikir, bukan apa je yang keluar dari mulut pemimpin parti sokong bulat-bulat. Yang salah cakap salah. Tapi apakan daya memang dah didoktrinkan macam tu. Wala’ katanya.Pulau Pinang tegur supaya jangan buat pembalakan di Ulu Muda tu supaya ekosistem tak terganggu.

Jangan sampai air sungai tu tercemar dan Tasik Ulu Muda tu jadi kering sebab hutan berdekatan yang bekalkan air tu dah kena balak sampai licin.Tasik Ulu Muda tu sumber air utama ke tiga negeri, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kalau keringlah tasik tu, jangankan Penang, orang Kedah pun mampos takde sumber bekalan air. Jadi apa yang kau ego sangat tak boleh terima bila jiran tegur supaya jaga elok-elok sumber air yang ada dalam negeri kau?

Kerisauan tu wajarlah sebab rekod parti tu mentadbir memang teruk bab jaga alam sekitar. Kau tengok Kelantan cukup dah. Sebab tak jaga sungai-sungai semula jadi yang bekalkan berjuta-juta gelen air sehari, sampai sekarang masalah air kat negeri tu tak selesai.

Takkan tak pernah nampak dengan mata kau sendiri berapa banyak air terutamanya di Sungai Kelantan yang mengalir ke laut setiap hari? Tapi kenapa air tu tak boleh guna jadi sumber bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan? Sebab dah tercemar la.

Bila berlaku pembalakan di kawasan padalaman, air tu dah tercemar daripada kawasan hulu lagi, bila dah lalu di pekan-pekan dan bandar-bandar makin teruk disebabkan pencemaran sampah, kumbahan, sisa industri dan sebagainya.Yang kau nampak warna air sungai tu macam ‘teh beng’ tu sebab pembalakan la. Apa yang kau bodoh sangat susah nak faham?

Sembang ‘Islam’ kat mulut je. Tak tau belajar agama macam mana alih-alih yang dia galak nak potong tangan, nak sebat, nak rejam, nak pancung orang je. Berlambak-lambak ayat dalam al-Quran tentang pentingnya jaga hutan, jaga sumber air, jangan buat kerosakan atas muka bumi tak praktikkan pun.

Kredit: Nur Hadi Muhammad

NOTA :

SEMUA LALUAN PENGANGKUTAN UDARA DAN DARAT TERMASUK PLUS YANG DATANG DARI KEDAH MELALUI RUANG DARAT DAN UDARA KE SEBERANG PRAI PERLU DISEKAT DAN ADAKAN TOL BERBAYAR SERTA DIADAKAN PEMERIKSAAN KETAT. (INILAH CARA PEMERINTAHAN ISLAM MELAYU )

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2856563301221955/

Tolak Belanjawan Rakyat Dan Penjawat Awam Sengsara (Aqidah Aswaja-Melayu/Islam), Naib Presiden Pas

Jika PH tolak belanjawan rakyat dan penjawat Awam akan sengsara dakwa naib presiden Pas

Bukan suatu yang pelik sekiranya Pakatan Harapan (PH) selaku pembangkang hari ini tidak menyokong Belanjawan 2021 yang buat pertama kalinya dibentangkan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata adakah seandainya dalam Belanjawan 2021 kerajaan meneruskan bantuan moratorium secara automatik dan membenarkan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluar sebanyak RM10,000, adakah mereka akan terima?

Walaupun kita (kerajaan) kata adanya moratorium dilanjutkan dan KWSP dibenarkan keluar RM10,000 sekali pun, saya yakin dan percaya pihak pembangkang tetap juga akan menolak.

“Sudah terang lagi bersuluh sikap mereka ini untuk buktikan bahawasanya rakyat bersama dengan mereka. Sedangkan tindakan mereka itu (tidak menyokong) yang merugikan (mangsa) adalah rakyat terutama penjawat awam,” katanya kepada Harakahdaily.

Terdahulu, dalam satu kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menyatakan pihaknya tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika pihak kerajaan tidak meminda beberapa perkara sebagaimana yang dinyatakan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ustaz Idris menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan itu amat mendasari seluruh keperluan rakyat terutama pembelaan terhadap B40 yang merupakan golongan agak ketinggalan dalam sudut ekonomi.

Bagaimanapun, beliau menekankan penting kepada kerajaan PN supaya memastikan tidak berlaku ketirisan agar sumbangan kerajaan untuk rakyat yang telah dibentangkan dalam Bajet 2021 sampai kepada rakyat.

Sumber berita