Trump Mengkafir Orang Islam


صابر مشهور saber mashhour
صابر مشهور saber mashhour871K subscribersSUBSCRIBEDأدعوكم للاستماع لهذه الكتب لأهميتها في مجال التاريخ https://www.youtube.com/playlist?list… للتواصل معي عبر الفيس بوك https://www.facebook.com/sabermashhouur تويتر https://twitter.com/saber_mashhour

Selepas Clinton dan Johnson, Trump presiden AS ketiga didakwa

Selepas Clinton dan Johnson, Trump presiden AS ketiga didakwa

Trump menjadi presiden AS ketiga menghadapi dakwaan di Senat, selepas Andrew Johnson pada 1868 dan Bill Clinton pada 1998. -Foto REUTERS

DONALD Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah yang diundi oleh Dewan Perwakilan untuk didakwa menerusi perbicaraan di Dewan Senat atas kesalahan menyalah guna kuasa.

Pengundian 230-197 pada Rabu berakhir dengan hampir kesemua wakil Demokrat mengundi untuk menyokong dakwaan, manakala kesemua wakil Republikan menolak.

Trump turut menghadapi tuduhan kedua iaitu menghalang Kongres.

Langkah seterusnya adalah perbicaraan bersejarah di Senat yang dijangka bermula awal tahun depan, sekali gus memberi ahli Senat kata akhir mengenai masa depan Trump: Sama ada bebas daripada tuduhan atau dipecat dan disabit kesalahan.

Namun begitu, Senat yang dikawal oleh majoriti Parti Republikan dijangka memihak kepada Trump.

Tiada tarikh muktamad ditetapkan, namun ramai berpandangan bahawa perbicaraan bakal bermula seawal minggu kedua Januari.

Ketika pengundian itu berlangsung, beliau berada di perhimpunan kempennya di Battle Creek, Michigan bersama Naib Presiden Mike Pence.

“Ia tidak rasa seperti kami sedang menghadapi dakwaan,” kata Presiden Trump kepada penyokongnya.

“Negara kita kini lebih baik berbanding sebelum ini. Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami dapat sokongan hebat dalam Parti Republikan.”

Pada pengundian di Dewan Perwakilan pula, perdebatan kencang berlangsung antara ahli Kongres Demokrat dan Republikan.

Kata Ted Lieu, ahli Kongres Demokrat mewakili California, “Dakwaan ini kekal selamanya. Ia akan mengikutinya sepanjang hidup dan ia tercetak dalam buku sejarah. Orang ramai akan memahami mengapa beliau didakwa.

“Mudah sahaja. Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.”

Sementara itu, Clay Higgins, wakil Republikan di Louisiana pula menggambarkan dakwaan itu sebagai satu “pengkhianatan” yang dibawa oleh “sosialis” yang “mengancam hak-hak konservatif dalam Pindaan Pertama (First Amendment).”

Hanya tiga Presiden AS pernah menghadapi dakwaan sebelum ini – Andrew Johnson pada 1868, Bill Clinton pada 1998, manakala Richard Nixon meletak jawatan sebelum beliau didakwa pada 1974.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/selepas-clinton-dan-johnson-trump-presiden-ketiga-didakwa-225709?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=19122019-selepas_clinton_dan_johnson