Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Saman Teresa Kok terhadap Azwanddin selesai cara baik

Kes saman fitnah difailkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saman itu adalah berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkan menteri berkenaan dalam insiden kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.

Peguam S.N.Nair yang mewakili Kok berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik di luar mahkamah selepas defendan (Azwanddin) bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga surat khabar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.

“Jumlah wang bagi penyelesaian kes berkenaan tidak dapat didedahkan kepada pihak media,” katanya kepada pemberita selepas prosiding kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail yang kemudiannya merekodkan penyelesaian kes itu dengan dihadiri peguam Sarah Abishegam.

Nair berkata defendan juga perlu menarik balik ucapan yang telah diterbitkan semula olehnya di media sosial.

Kok, yang juga Ahli Parlimen Seputeh dan Azwanddin turut hadir pada prosiding kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan hari ini. Namun, Kok dilihat meninggalkan mahkamah sebelum kes itu selesai.

Sementara itu, Kok dalam kenyataan kepada media berkata, beliau amat gembira kerana Azwanddin telah memohon maaf secara terbuka dan akan melakukan penarikan balik sepenuhnya atas semua kenyataan dipersoalkan yang dilakukannya terhadap Kok secara salah yang mengaitkannya dengan One City Development Sdn Bhd, yang melibatkan insiden di kuil Seafield pada November tahun lepas.

“Saya sentiasa dari awal lagi dengan sekeras-kerasnya menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan One City dan kekal begitu. Meskipun Azwanddin masih menghubungkan saya dengannya dan saya tiada pilihan tetapi menyaman beliau bagi membersihkan nama saya dan mendapatkan keadilan,” katanya.

Kok selaku plaintif memfailkan saman itu pada 8 Jan lepas dengan menamakan Azwanddin atas kapasiti peribadinya sebagai defendan pertama dan selaku presiden JMM sebagai defendan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa Azwanddin sebagai presiden JMM telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan dalam satu perhimpunan yang diadakan di Dataran Seni Klang, Selangor pada 25 Dis tahun lepas.

Dakwanya, ucapan itu dalam pengertian biasa dan pengertian semula jadi bermaksud antara lain bahawa beliau bersifat rasis, telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri dan bertindak secara tidak adil serta tidak jujur, tidak beretika dan tidak berprinsip sebagai seorang menteri.

Menteri itu mendakwa bahawa ucapan itu diterbitkan dengan tujuan menghasut orang awam dan memburuk-burukkan plaintif dan disampaikan secara tidak bertanggungjawab kepada orang ramai dan secara khusus dibuat bagi mendapat sensasi murahan untuk mencetuskan kekacauan dan kemungkinan membawa bahaya secara fizikal dan kemudaratan lain kepada plaintif.

Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injunksi untuk menghalang defendan sama ada melalui ejen dan/atau mana-mana orang lain daripada terus menuturkan, menulis atau menerbitkan ucapan yang sama dan kos.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/485853?fbclid=IwAR0jZoOpMQ4fXGTGgydYCIgZZYhKVU5q92zQ0xYsweS-dmcrhSXp3f6z_Ow

 

Khalid Samad Menang Saman Terhadap Bekas CEO Iksim

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing, suit and text

 

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Yang Arif Rohani Ismail membenarkan saman Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad terhadap Dato Nasir Desa CEO IKSIM yang memfitnah secara lisan (slander) YB Khalid Samad menentang RUU355 dalam satu ceramah di Shah Alam pada 28.9.2017.

Mahkamah memberikan gantirugi sebanyak RM80,000, perintah permohonan maaf, injunksi dan kos sebanyak RM20,000. YB Khalid Samad diwakili peguam Faiz Fadzil dan Dato Nasir Desa diwakili Hasnal Rezua.

Faiz Fadzil
17 Julai 2019 — with Muhammad HamdiPutra Taulan and Wan Abdul Rahim.

1,058 Pembeli Rumah fail Saman Terhadap PR1MA

Image may contain: 10 people, people standing

KESIAN MEREKA DIBODOHKAN PEGUAM UMNO

Ini latar belakangnya:
Dulu zaman UMNO harga rumah PR1MA RM350,000.
Sekarang zaman PH harga rumah PR1MA RM250,000.

Mamat-mamat yang membeli rumah PR1MA pada zaman UMNO dihasut peguam Umno untuk failkan saman. Alasannya sebab ‘ditipu’.

Saya sebagai bekas penuntut undang-undang nak nasihatkan pembeli-pembeli ini jangan tolol sangat. Lain kali jangan lupa ask for second opinion. Tanyalah pandangan dan nasihat peguam-peguam korporat ataupun peguam-peguam yang tidak mempunyai kepentingan politik.

Kalau tanya peguam UMNO ini, sudah tentu dia akan kata “boleh menang”. Tapi menang kalah bukan motifnya. Motif utamanya sengaja nak cari modal burukkan kerajaan PH.

Zaman UMNO mahal, dia krik krik krik.
Zaman PH kalau harga dikekalkan, yakinlah dia akan hentam PH.
Sekarang PH turunkan harga, dia ajak saman PH pulak.

Ini namanya pemBANGANG, bukan pembangkang.

Kes ini bukan sahaja tidak boleh menang, malah tinggi keberangkaliannya di-‘struck out’ sebelum perbicaraan. Maksudnya tak payah sampai peringkat bicara akan dibuang kes. Kes-kes mahkamah lazimnya kene ‘strike out’ apabila mahkamah/hakim berasa kes ini tidak mempunyai asas, merepek dan membuang masa.

Sebab apa? Sebab surat perjanjian antara penjual dengan pembeli, surat perjanjian loan antara bank dan pembeli semuanya telah ditandatangani.

Masih tak faham? Saya buat analogi dalam bahasa paling mudah:

Ali membeli sebatang ubat gigi Colgate pada harga RM8.50 minggu lalu. Minggu ini TESCO tukar strategi pemasaran dan umum jualan murah. Maka harga ubat gigi Colgate diturunkan kepada RM7.90. Boleh ke Ali yang membeli Colgate pada harga RM8.50 minggu lalu, menyaman TESCO sebab kononnya telah mengalami kerugian sebanyak RM0.60? Boleh?

Kalau boleh, sila daftarkan diri ke Hospital Tanjung Rambutan serta merta selepas membaca posting ini.

Guan Eng Teruskan Saman Terhadap Nasrudin – Pas Taliban Juara Fittnah

Lim Guan Eng (kiri) dan Nasruddin Hassan Tantawi.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/09/guan-eng-saman/#oKaEA6IKI36UkQtw.99

 

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan meneruskan tindakan saman ke atas seorang pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap beliau.

Pada Khamis, Lim memberi tempoh masa selama 24 jam kepada Ahli Parlimen Nasrudin Hassan Tantawi untuk memohon maaf tetapi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu enggan berbuat demikian.

“Nasrudin bukan sahaja tidak memohon maaf tetapi mengeluarkan satu lagi kenyataan berbaur fitnah,” kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan Nasrudin mengenai kewangan kerajaan Pulau Pinang dan penganugerahan projek pembinaan Terowong Dasar Laut di negeri itu.

“Peguam saya akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang dikeluarkan Nasrudin kerana menyebarkan fitnah dan pembohongan secara terang-terangan terhadap saya dan kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Pada Jumaat, Nasrudin dalam Facebook miliknya mempertikaikan mengapa Lim tidak dikritik oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain berhubung projek pembinaan terowong di negeri itu ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas berhubung cadangan pembinaan satu lebuh raya di Selangor yang mencetuskan kontroversi.

“Kenyataan saya tempoh hari adalah dari dapatan dan data awam sebagai asas persoalan yang diketengahkan mengenai isu terowong tersebut. Justeru itu, dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut oleh Lim Guan Eng,” tulis Nasrudin.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/09/guan-eng-saman/#oKaEA6IKI36UkQtw.99