Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

TENANG BERSAMA ALLAH

🌸 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

🌸 ASSALAMUALIKUM Sahabat

🌸 SEGALA puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

⭕ TENANG BERSAMA ALLAH

🌸 SYEIKH Ibnu Athaillah al-Sakandari rhm. berkata dalam Kitab Hikamnya bahawa:”APABILA Allah SWT menjadikan kamu rasa tidak seronok, jemu dan tidak tenang dengan makhlukNya, ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia mahu membuka untukmu pintu perasaan tenang, gembira, seronok dan tidak kesepian denganNya.”

⭕ MAFHUM HIKMAH

🌸 SYEIKH Ibnu Abbad rhm. berkata:”PINTU perasaan seronok, tenang dan tidak sunyi bersama Allah SWT akan terbuka kepada hamba dengan adanya rasa jemu, rasa tidak tenang dan tidak seronok bersama manusia, di samping sentiasa muraqabah kepada Allah SWT dan hatinya sentiasa bermuhasabah.”

🌸 DALAM munajatnya, Syeikh Ibnu Athaillah rhm berkara:”ENGKAULAH Ya Allah yang menenang, menghibur, menghilangkan kesunyian mereka, di saat dan waktu seluruh makhluk meresahkan mereka.”

🌸 ABU Laits rhm berkata:”SIFAT takut kepada Allah SWT terbukti dengan tujuh perkara berikut:

⚘ MENJAGA lidah daripada dusta, mengumpat, bicara sia-sia dan haram, lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran serta mempelajari ilmu.

⚘ MENJAGA perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja serta tidak berlebihan.

⚘ MENJAGA mata dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak melihat dengan rakus dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.

⚘ MENJAGA tangan daripada maksiat dan menggunakannya semata-mata untuk taat kepada Allah SWT.

⚘ MENJAGA kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah SWT.

⚘ MENJAGA hati dengan cara membersihkannya daripada hasad dengki, iri hati dan sebagainya dan kemudian diisi dengan perasaan kasih sayang sesama Muslim.

🌸 APABILA hamba telah melaksanakan kesemuanya itu, maka dia termasuklah dalam golongan mereka yang dijamin oleh Allah SWT sepertimana mafhum firmanNya:”TIDAKLAH semua (nikmat dunia yang disebutkan) itu melainkan kesenangan hidup di dunia (sementara sahaja). Sedangkan (nikmat) akhirat (yang kekal abadi) di sisi Tuhanmu adalah (khusus) bagi orang-orang yang bertakwa.”(Surah az-Zukhruf 43: 35)

⭕ MAKSUD HIKMAH

🌸 SYEIKH al-Buthi hafizahullah berkata:”HIKMAH ini bermaksud bahawa dua perasaan iaitu tenang bersama Allah SWT dan tenang bersama manusia, tidak mungkin berhimpun serentak. Begitu juga perasaan liar dan tidak tenang bersama Allah SWT dan tidak tenang bersama manusia, juga tidak mungkin berhimpun serentak.””JUSTERU jika salah satunya wujud, maka yang satu lagi akan hilang.”

🌸 MANAKALA perkataan ‘makhlukNya’ dalam hikmah ini ialah semua makhluk Allah SWT, kecuali orang-orang soleh dan para ulama, yang boleh menjadi teman menghilangkan rasa kesunyian dan jemu. Sesungguhnya, duduk bersama mereka ini akan mengingatkan kita kepada Allah SWT.

⭕ MENTAHKIK🌸 BAGI mentahkikkan martabat ihsan, seseorang hamba Allah itu wajib melaksanakan apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:”IHSAN itu ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka ingatlah sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu.”HR Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud dan an-Nasa’i.🌸 SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.

🌸 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM

🌸 SEMOGA bermanfaat dan berkat serta diterima Allah sebagai ibadah kepada semua sahabat yang sempat hadir berkongsi sedikit ilmu tasawuf daripada Syeikh Ibnu Athaillah ini.

⚘ MENJAGA amalan taatnya supaya ia benar-benar tulus ikhlas (Ihsan) kepada Allah SWT dan selamat daripada riyak dan nifak.🌸 APABILA hamba telah melaksanakan kesemuanya itu, maka dia termasuklah dalam golongan mereka yang dijamin oleh Allah SWT sepertimana mafhum firmanNya:”TIDAKLAH semua (nikmat dunia yang disebutkan) itu melainkan kesenangan hidup di dunia (sementara sahaja). Sedangkan (nikmat) akhirat (yang kekal abadi) di sisi Tuhanmu adalah (khusus) bagi orang-orang yang bertakwa.”(Surah az-Zukhruf 43: 35)⭕ MAKSUD HIKMAH🌸 SYEIKH al-Buthi hafizahullah berkata:”HIKMAH ini bermaksud bahawa dua perasaan iaitu tenang bersama Allah SWT dan tenang bersama manusia, tidak mungkin berhimpun serentak. Begitu juga perasaan liar dan tidak tenang bersama Allah SWT dan tidak tenang bersama manusia, juga tidak mungkin berhimpun serentak.””JUSTERU jika salah satunya wujud, maka yang satu lagi akan hilang.”🌸 MANAKALA perkataan ‘makhlukNya’ dalam hikmah ini ialah semua makhluk Allah SWT, kecuali orang-orang soleh dan para ulama, yang boleh menjadi teman menghilangkan rasa kesunyian dan jemu. Sesungguhnya, duduk bersama mereka ini akan mengingatkan kita kepada Allah SWT.⭕ MENTAHKIK🌸 BAGI mentahkikkan martabat ihsan, seseorang hamba Allah itu wajib melaksanakan apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:”IHSAN itu ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka ingatlah sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu.”HR Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud dan an-Nasa’i.🌸 SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR. 🌸 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM 🌸 SEMOGA bermanfaat dan berkat serta diterima Allah sebagai ibadah kepada semua sahabat yang sempat hadir berkongsi sedikit ilmu tasawuf daripada Syeikh Ibnu Athaillah ini.

FAKIR DAN BERSEDIH

ASSALAMUALAIKUM Sahabat

SEGALA puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

FAKIR DAN BERSEDIH

IBNU Abbas r.a. berkata:”ORANG yang sempurna akalnya tentu akan lebih memilik perkara berikut lebih daripada perkara yang lain:

🌸 LEBIH memilih fakir daripada kaya.🌸 LEBIH memilih hina daripada bongkak.🌸 LEBIH memilih rendah hati daripada sombong.🌸 LEBIH memilih lapar daripada kenyang.🌸 LEBIH memilih sedih daripada gembira.🌼 HAL itu berdasarkan sabda-sabda Rasulullah SAW seperti berikut:🌸 “KEFAKIRAN itu buruk pada mata manusia, namun indah pada pandangan Allah.”(HR ad-Dailami)🌸 “SESEORANG yang tinggi hati dan berjalan dengan bongkak dan sombong, pasti akan menemui Allah (di akhirat nanti) dalam keadaan Allah tersangat murka kepadanya.”(HR Bukhari, Ahmad dan Hakim)🌸 “APABILA seseorang itu sedikit makannya, maka Allah akan mengisi hatinya dengan cahaya.”(HR ad-Dailami)🌸 “SESUNGGUHNYA di antara sifat berlebih-lebihan adalah kamu makan setiap apa yang kamu inginkan.”(HR Ibnu Majah)🌸 “HENDAKLAH kamu semua bersedih kerana bersedih itu merupakan kunci hati.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bersedih yang bagaimana?” Baginda menjawab, “Jadikanlah diri kamu berada dalam keadaan lapar dan dahaga (puasa).”(HR at-Tabrani)🌸 “ORANG yang paling dicintai Allah di kalangan kamu semua, adalah yang paling sedikit makannya dan lebih ringan badannya.”(HR Bukhari)🌸 “SESUNGGUHNYA tawaduk dengan merendah diri merupakan etika mulia yang dicintai Allah dan Rasulnya.”(HR at-Tabrani)

BIAR FAKIR DAN MISKIN, ASALKAN JASAD DAN JIWA DIKOTORI DENGAN NAJIS RASUAH DAN PECAH AMANAH.

🌼 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 🌼 ASSALAMUALAIKUM Sahabat 🌼 SEGALA puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 🏵 FAKIR DAN BERSEDIH🌼 IBNU Abbas r.a. berkata:”ORANG yang sempurna akalnya tentu akan lebih memilik perkara berikut lebih daripada perkara yang lain:🌸 LEBIH memilih fakir daripada kaya.🌸 LEBIH memilih hina daripada bongkak.🌸 LEBIH memilih rendah hati daripada sombong.🌸 LEBIH memilih lapar daripada kenyang.🌸 LEBIH memilih sedih daripada gembira.🌼 HAL itu berdasarkan sabda-sabda Rasulullah SAW seperti berikut:🌸 “KEFAKIRAN itu buruk pada mata manusia, namun indah pada pandangan Allah.”(HR ad-Dailami)🌸 “SESEORANG yang tinggi hati dan berjalan dengan bongkak dan sombong, pasti akan menemui Allah (di akhirat nanti) dalam keadaan Allah tersangat murka kepadanya.”(HR Bukhari, Ahmad dan Hakim)🌸 “APABILA seseorang itu sedikit makannya, maka Allah akan mengisi hatinya dengan cahaya.”(HR ad-Dailami)🌸 “SESUNGGUHNYA di antara sifat berlebih-lebihan adalah kamu makan setiap apa yang kamu inginkan.”(HR Ibnu Majah)🌸 “HENDAKLAH kamu semua bersedih kerana bersedih itu merupakan kunci hati.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bersedih yang bagaimana?” Baginda menjawab, “Jadikanlah diri kamu berada dalam keadaan lapar dan dahaga (puasa).”(HR at-Tabrani)🌸 “ORANG yang paling dicintai Allah di kalangan kamu semua, adalah yang paling sedikit makannya dan lebih ringan badannya.”(HR Bukhari)🌸 “SESUNGGUHNYA tawaduk dengan merendah diri merupakan etika mulia yang dicintai Allah dan Rasulnya.”(HR at-Tabrani)

ZIKIR NAFAS

Image may contain: people sitting

Kebanyakan masyarakat hari ini tidak mengambil berat dan memandang remeh soal pernafasan, Sedangkan ilmu pernafasan adalah pakaian para hulubalang terdahulu.

Tahukah kalian jika kita bernafas dengan kaedah tertentu disertakan dengan zikir, Ianya dapat memberikan banyak manfaat pada emosi, kesihatan, fizikal dan rohani kita ? Peranan Nafas ni sangat penting , Bagi para arifbillah, Nafas adalah Imej cermin dari Roh kita dan adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.. Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal.

Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.Para Ahli Sufi dan Hulubalang mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Rabbnya . Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.Jika seseorang itu mengamalkan pernafasan dengan kaedah yang betul ianya pasti berjaya mengawal emosinya.

Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tiada Roh , Mereka amat diperbodohkan oleh syaitan, Apa guna sebatang jasad walaupun ianya seorang raja , seorang yang cantik dan kaya, Jika tiada Roh dan Nyawa akan dikebumikan dengan secepat mungkin. Roh dan kerohanian amat penting dalam memahami pengertian hidup dan perjalanan hidup ini .

Sesungguhnya Nafas berasal dari Robbul Alameen , Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah Rahasia Illahi.

Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, Para ahli sufi menamakan ianya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.Zikir Nafas adalah jentera penggerak kepada semua sistem rohani dan jasmani.

Zikir Nafas juga adalah merupakan IBU kepada segala Zikir .Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan ataupun fahilatnya. Dan Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri yakni Nufus, Tanafas dan Anfas.Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nuffus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) Rahasia Allah. Nufus, Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.

Adalah tidak sesuai untuk saya membicarakannya secara lebih jauh , Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada ilmu tersebut. Seperti yang kita sedia maklum adalah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya terutamanya dizaman kini.

Meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.Kedudukan Sistem Bathin dan Spiritual ini bergerak dengan Kuasa Qudrat yang mutlak dan hanya dapat dilihat dengan mati hati oleh mereka yang telah hidup hati mereka secara zahir dan bathin.

Tanpa ILMU & AMALAN Mata hati memang tidak akan terbuka dan hidup serta tidak akan dapat memerhatikan keajaibaan hati ini dan perkara haq dan bathil. Berbalik kepada 4 pecahan nafas, Kedudukan Anfas ialah di hidung .Tanafas ditelinga dan Nufus di jantung , Manakala Nafas ialah di mulut.

Anfaas,Nafas,Tanafas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.Apa kah insan mudah memahami gerakan sistem spiritual dan rohani ini tanpa mengenal Robbnya dan ILLAH nya , dia sekali-kali tidak akan mengenal Robb nya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.

Semua sistem pengerakan Nafas , Anfus , tanafas adalah satu sistem Unggul dan yang ajaib yang penuh dengan mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga,Nufus dijantung,Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsur ini,Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan sengan perasaan zahir.

Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja.Nafas adalah sumber utama dalam menghidupkan hati dan jasad, Memahaminya dan menguasainya akan membawa Insan itu kepada kejayaan kerana Nafas adalah saluran penting bagi kita meneruskan hidup di atas bumi ini, ada jasad tanpa Nafas tidak berguna jasad ini.

Ada roh tapi tiada Nafas tiadalah juga bermanfaat.

Bila sebut Nafas orang tahu,Iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh)Kalau mengikut pengertian saintifik ,Udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, Sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.

Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.

Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.

Fikirkan dan renungkanlah betapa penting nya penguasan Nafas dalam hidup, Para Ahli sufi mengakui hakikat ini bahawa kebanyakan punca masalah hidup tertekan dan sebagainya yang membawa kepada keadaan tidak bahagia dan gelisah adalah kerana tidak wujud harmoni diantara jasad dan qalbu – emosi serta minda. Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi dan jasad ada kaitan yang amat rapat jika tidak dikawal ianya akan membawa mudarat kepada tubuh badan dan juga organ² yang menjalankan tugas penting dalam sistem peredaran darah dan sistem oxygenation.

Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi dan mental seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya. Dan salah satu pendekatan yang efektif adalah ZIKIR NAFAS.

Mesti ramai yang tertanya² kan bagaimana kaedah pernafasan yang benar lagi menyihatkan, Disamping menguatkan rohani dan jasmani, Membuangkan panas baran dan emosi tidak stabil akan lebih positive serta banyak lagilah Kebaikannya. Memang berkait rapat sangat dengan hidup mengenai nafas ni. Maka carilah guru rohani, Saya tidak layak untuk kongsikan ilmu tersebut. Saya bukan guru dan saya hanyalah manusia pendosa yang jahil lagi hina. *Segala haiwan siang malam memuji Allah dengan nafasnya, Kita bagaimana pula ? *Gambar sekadar hiasan.

JAUHI JEMAAH UMNOPAS YANG TELAH ROSAK JASAD DAN JIWA MEREKA DISEBABKAN HAWA NAFSU MENJADI RAJA DALAM JIWA MEREKA. MEREKA MENGUBAH ASAS-ASAS AGAMA ISLAM MENGIKUT HAWA NAFSU MEREKA- NAUZUBILLAH MINHUM.

APABILA DAPAT GAJI RM 3 RIBU SEBULAN.

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

– Bil air RN30.00.

– Duit rumah RM700.00.

– Duit kereta RM700.00.

– Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

– Bil elektrik RM170.00.

– Ansuran motor kapcai RM150.00.

– Yuran Tuisyen anak RM150.00.

– Tukar RN150.00 duit pecah seringgit

-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,’Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?’.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..’Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”

Isteri spontan menyampuk..’Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..

‘Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..’Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..’

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…

‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…

‘Lalu isteri menjawab dgn sinis..’.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu…

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

SUMBER

Dari FB Bravo Rio.

3 JENIS PENGGANAS YANG WAJIB DIFAHAMI.

اللهم لطف بنا والمسلمين اجمعين جزاك الله خير الجزاء شيخنا يمكرون ويمكر الله و الله خير الماكرين

يريدون ليطفؤوا نور الله بافواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون

TERORIS PKK KURDIS SYRIA ADALAH PENGGANAS TAJAAN AMERIKA UNTUK MEMBUNUH UMAT ISLAM SYRIA.

TENTERA AL-WATAN SOKONGAN TURKI TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN TENTERA PENGGANAS PKK KURDIS SOKONGAN AMERIKA DAN TENTERA PENGGANAS UPAHAN ASSAD DAN RUSSIA.

DI BUMI LIBYA DAN IRAQ PENGGANAS HAFTAR MENDAPAT SOKONGAN DAN BANTUAN DARI YAHUDI IMARAT, YAHUDI MESIR AS-SISI, TERORIS BLACK WATER AMERIKA, TERORIS WAGNER RUSSIA DAN TERORIS NAZI MACRON FRANCIS . SEMUA GABUNGAN PENGGANAS YANG DISEBUTKAN TADI BEKERJA SAMA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN AL-WIFAQ SOKONGAN TURKI. (SEBUAH KERAJAAN YANG DIAKUI SECARA SAH DI PERINGKAT PBB).

Rasulullah penyempurna keindahan akhlak manusia

Rasulullah penyempurna keindahan akhlak manusia

UMAT Islam di seluruh dunia memperingati Maulid Nabi atau ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada setiap 12 Rabiul Awal. Sejarah Hari Keputeraan Nabi adalah perjalanan penting dalam kehidupan Nabi dan juga agama Islam.

Dari Abu Qatada al-Ansari R.A, Rasulullah S.A.W pernah ditanya mengenai puasa pada hari Isnin, lalu dia menjawab:


“Hari itu adalah hari saya dilahirkan, hari aku diutus atau diturunkan wahyu untukku.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain, dalam sebuah Hadis dari Usamah bin Zaid, dia ditanya mengenai alasan sering berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Dia menjawab:

“Dua hari ini amal itu dilaporkan kepada Rabbul alamin, dan saya ingin, ketika amal saya dilaporkan, saya dalam keadaan berpuasa.”

(Hadis Riwayat An-Nasa’i, dan dinilai Hasan Sahih oleh al-Albani)

Sebilangan besar ulamak bersependapat bahawa al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadan pada hari Isnin. Hari Isnin juga merupakan hari kerasulan Muhammad.

Setiap orang yang beriman dituntut untuk mencontohi sifat terpuji. Ini kerana Islam menekankan keindahan akhlak. Oleh kerana itu, salah satu alasan Nabi S.A.W diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Ini disebut berdasarkan Hadis Sahih dari Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda: 

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”

[Diriwayatkan oleh Ahmad (8952)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sebagai sahih dan rantaiannya kuat]

Umat Islam digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi dengan mengamalkan ajarannya. Sambutan memperingati Hari Keputeraan Nabi adalah salah satu cara bagi umat Islam untuk mengingati kembali perjuangan dakwah Rasulullah.

Semoga umat Islam bersatu dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam dan melindungi imej Rasulullah daripada terus dihina oleh pelampau anti-Muslim. Ikuti cara-cara akhlak Rasulullah dan para Sahabat dalam menyampaikan mesej Islam ke seluruh pelosok dunia.

Islam bukanlah ajaran ekstremis seperti dakwaan mereka yang anti-Islam dan tidak mendapat maklumat mengenai Islam yang sebenar.

Islam adalah ketaatan dan tunduk sepenuhnya kepada perintah Allah. Secara terminologi, Islam berasal dari Bahasa Arab, iaitu Islam bermaksud kedamaian, ketenangan, dan keharmonian. Allah mempunyai sifat As-salam yang bermaksud Memberi Ketenangan. Orang yang beriman kepada Allah dan menjalankan perintahnya disebut orang Islam. Muslim adalah untuk membawa kedamaian kepada dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat alam semesta.

Tema sambutan Maulidur Rasul adalah ‘Ummah Rabbani, Negara Harmoni’. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kita tetap menikmati kehidupan yang harmoni dengan menghormati kepercayaan dan adat budaya bangsa lain. Elakkan mengkritik kepercayaan agama lain, semoga rakyat Malaysia terus hidup dengan aman dan harmoni.

Salam Maulidur Rasul 1442H / 2020M

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

Prophet Muhammad S.A.W was sent to perfect the moral beauty of mankind

Muslims around the world commemorate the Prophet’s Birthday or the birthday of the Prophet Muhammad SAW on every 12 Rabiul Awal. The history of the Prophet’s Birthday is an important journey in the life of the Prophet and also the religion of Islam.

From Abu Qatada al-Ansari R.A, Rasulullah S.A.W was once asked about fasting on Monday, then he replied:

 “That day is the day I was born, the day I was sent or sent a revelation for me.”

(HR. Muslim)

In another narration, in a hadith from Usamah bin Zaid, he was asked about the reason he often fasted on Mondays and Thursdays. He replied: 

“These two days the charity was reported to Rabbul Alamin, and I wish, when my charity was reported, I was in a state of fasting.”

(HR. An-Nasa’i and judged Hasan sahih by al-Albani)

Most scholars agree that the Qur’an was first revealed to the Prophet Muhammad S.A.W on the 17th of Ramadan on Monday. Monday is also the day of Muhammad’s apostleship.

Every believer is required to emulate the praiseworthy nature. This is because Islam emphasizes the beauty of morality. Therefore, one of the reasons the Prophet SAW was sent to mankind is to perfect the beauty of morality. This is mentioned based on the authentic hadith of Abu Hurairah R.A, in which the Prophet S.A.W said:

“Indeed, I was not sent except to perfect moral goodness.”

[Narrated by Ahmad (8952)] [Sheikh Syu’aib al-Arna’outh evaluates this hadith as authentic and its chain is strong]

Muslims are encouraged to follow the sunnah of the Prophet by practicing his teachings. Celebrating the Prophet’s Birthday is one way for Muslims to remember the struggle of the Prophet’s da’wah.

May Muslims unite in fighting for and defending Islam and protect the image of Rasulullah from being further insulted by anti-Muslim extremists. Follow the moral ways of Rasulullah and his companions in conveying the message of Islam to all corners of the world.

Islam is not extremist teaching like those who claim to be anti-Islam and do not get information about true Islam.

Islam is obedience and complete submission to the command of Allah. In terminology, Islam comes from the Arabic language, which means Islam means peace, tranquility, and harmony. Allah has the nature of As-salam which means to give peace. People who believe in Allah and carry out His commands are called Muslims. Muslims are to bring peace to themselves and also to the society of the universe.

The theme of the Maulidur Rasul celebration is ‘Ummah Rabbani, Negara Harmoni.’ Although Malaysians are of various races and religions, we still enjoy a harmonious life with respect for the beliefs and cultural customs of other races. Avoid criticizing other religious beliefs, May Malaysians continue to live in peace and harmony.

Salam Maulidur Rasul 1442H/2020M

Yours faithfully,

JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 29/10/2020

Mengapa Iblis menjadi Iblis?

IMAM Jamaluddin Al Qasimi ketika mentafsirkan ayat ke-23 Surah al-A’raf, menyebutkan 5 sebab mengapa Iblis menjadi hina:


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

(1) Tidak merasa bersalah.

Ketika Allah memerintahkan untuk sujud memberi penghormatan kepada Adam A.S, Iblis langsung tidak mahu menurutnya:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَـٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ ٱسۡجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِبۡلِیسَ لَمۡ یَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِینَ

(al-A’raf: 11)

(2) Tidak mengakui kesalahannya.

Ketidakpatuhan Iblis tidak hanya terhenti setakat tidak mahu sujud, bahkan tidak menganggap ia adalah suatu kesalahan. 

(3) Tidak menghinakan diri dan menyandarkan kepada Tuhan.

Punca Iblis tidak mengaku salahnya kerana menganggap dia jauh lebih baik, bahkan mengangkat dirinya lebih mulia berbanding Adam A.S:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَیۡرࣱ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِی مِن نَّارࣲ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِینࣲ

(al-A’raf: 12)

(4) Tidak segera bertaubat.

Akibat sikap Iblis yang sedemikian, Allah menjadi murka dan menghukumkan Iblis untuk keluar dari syurga. Tetapi Iblis langsung tidak menunjukkan wajah keinsafan, bahkan berdalih seakan-akan tidak bersalah dan meredhai kesesatannya:

قَالَ أَنظِرۡنِیۤ إِلَىٰ یَوۡمِ یُبۡعَثُونَ

(al-A’raf: 14)

(5) Berputus asa dari rahmat Allah.

Kemuncak kejahatan Iblis semakin jelas dengan iltizamnya mahu menyesatkan manusia:

قَالَ فَبِمَاۤ أَغۡوَیۡتَنِی لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَ ٰ⁠طَكَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ

(al-A’raf: 16)

Kata Al -Qasimi, Nabi Adam A.S pula menjadi bahagia kerana berlawanan lima sifat di atas, iaitu merasa bersalah, mengakui salahnya, merendahkan dirinya kepada Allah, segera bertaubat dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.

Pengajaran

Al-Quran menyebutkan kisah Nabi Adam A.S dan Iblis sebagai gambaran buat kita akan perihal dua golongan. Satu yang taat, segera kembali kepada Tuhan, manakala satu lagi ingkar dan selesa dengan penyelewengan. 

Syeikh Abi Faraj AlJauzi mengarang satu kitab yang diberi tajuk Talbis Iblis, mendedahkan segala taktik tipu daya Iblis yang mengenai semua golongan yang membayangkan betapa komitednya Iblis dengan profesionnya. Hal ini turut disebutkan Allah melalui ayat ke 17 Surah al-A’raf:

ثُمَّ لَـَٔاتِیَنَّهُم مِّنۢ بَیۡنِ أَیۡدِیهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَیۡمَـٰنِهِمۡ وَعَن شَمَاۤىِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِینَ

Tidak ada golongan yang akan terlepas daripada godaannya, sama ada yang baik atau yang ingkar sebagaimana menurut Ibnu Abas. Hanya mereka yang diikhlaskan oleh Allah sahaja akan diberi petunjuk oleh Allah:

إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِینَ

(al-Hijr: 40)

Tidak ada yang diharapkan kecuali kita tergolong dalam kalangan tersebut.

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
Timbalan Rektor KUIZM – HARAKAHDAILY 19/11/2020

20 prinsip yang perlu difahami (Siri 2)

SEBELUM ini saya telah menulis kefahaman mudah bagi 10 prinsip yang pertama bagi prinsip 20 yang diambil daripada kata-kata Imam Hassan al Banna.

Justeru, artikel kali ini sebagai sambungan daripada artikel lepas.

(11) Memahami erti bidaah yang sesat.

Kita hendaklah memahami bahawa semua bidaah yang tiada asas syarak adalah munkar yang wajib dibanteras. Bidaah yang sesat ini dilakukan diper’indah’kan oleh manusia dengan nafsu mereka. 

Bentuk bidaah yang sesat itu, sama ada dengan cara menambah-nambah atau mengerat-ngerat apa yang sedia ada dalam Islam. Hal ini perlu kita ketahui dan faham.

Bidaah seperti ini wajib ditolak dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.

(12) Memahami erti bidaah yang dibenarkan.

Kita hendaklah memahami bahawa bidaah dalam konteks yang dibenarkan, dilakukan sama ada sebagai nilai tambah, atau tidak melakukan sesuatu, melazimi ibadah tertentu adalah khilaf fiqh sahaja. 

Setiap individu mempunyai pendapat yang tersendiri, maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti 

(a) Bidaah yang dilakukan sebagai nilai tambah seperti berzikir beramai-ramai selepas solat. 

(b) Manakala bentuk tidak melakukan sesuatu pula seperti tidak berkahwin kerana terlalu sibuk menuntut ilmu. 

(c) Melazimi ibadah tertentu pula seperti bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.

Maka, kita perlulah menghormati amalan-amalan tertentu selagi mana ia ada asasnya dalam agama. Bahkan mereka yang mengamalkan amalan-amalan tertentu mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah S.W.T.

(13) Memahami erti wali Allah dan karamah.

Kita hendaklah memahami bahawa mengasihi orang-orang soleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. 

Para wali Allah S.W.T ialah mereka yang disebut oleh Allah S.W.T:


ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ

“Orang-orang yang beriman dan mereka itu bertakwa.”

(Yunus: 63)


Keramat berlaku pada mereka dengan syarat ia bertepatan dengan syariat. Sekiranya sesuatu yang didakwa keramat itu bercanggah dengan syariat, maka ia tertolak.

Kita juga perlu berpegang bahawa wali Allah tidak mampu memberi manfaat, mahupun mudharat terhadap diri mereka mahupun orang lain, sama ada ketika mereka hidup, ataupun sudah mati. Yang berkuasa hanyalah Allah S.W.T semata-mata.

(14) Memahami amalan sesat hari ini dan menolak alasan membenarkannya.

Kita hendaklah memahami bahawa menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan kaedah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. 

Akan tetapi, meminta tolong dengan ahli kubur adalah bidaah, bahkan dosa besar yang perlu ditolak. Contohnya seperti menyeru roh ahli kubur atau bernazar kepada mereka.

Ataupun membuat binaan yang seolah-olah memuja mereka, mengelambuinya, meneranginya dengan lampu, memperluaskannya, bersumpah dengan nama-nama mereka dan sebagainya.

Tiada ruang bagi kita, beralasan dalam amalan-amalan sesat seperti ini demi menutup pintu kemungkaran. Bertawassul dibenarkan, tetapi meminta kepada ahli kubur adalah dilarang.

(15) Memahami perbezaan antara amalan dan perbuatan syirik.

Kita hendaklah memahami bahawa doa yang dipohon kepada Allah S.W.T dengan cara bertawassul melalui makhlukNya adalah termasuk dalam masalah khilafiah, dari segi kaifiat doa tersebut. Bahkan ia tidak termasuk dalam masalah aqidah.

Bertawassul adalah doa yang dipohon kepada Allah S.W.T melalui orang-orang soleh atau amalan-amalan mereka. Maka ia jelas berbeza dengan doa yang dipohon (meminta) kepada ahli kubur, kerana perbuatan ini adalah syirik.

Maka, kita perlu beramal sepertimana kaedah yang diajar oleh Baginda S.A.W dan kaedah tersebut pelbagai. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada menyamakan amalan tersebut dengan perbuatan syirik.

(16) Memahami perkara yang diharamkan walaupun ia menjadi kebiasaan.

Kita hendaklah memahami bahawa perkara yang sudah menjadi kebiasaan sedangkan ia adalah salah, tidak akan merubah lafaz-lafaz syariat yang mengharamkannya.

Bahkan ia wajib dipastikan maknanya yang sebenar dan maksud daripada lafaz tersebut. Contohnya membuka aurat yang sudah dianggap perkara biasa, sedangkan ia tetap diharamkan oleh Allah S.W.T.

Kita juga sepatutnya berpegang dengan maknanya yang sebenar dan maksud daripada Firman Allah S.W.T yang mengharamkan pendedahan aurat, contohnya.

Begitu juga riba yang sudah dianggap biasa, sedangkan ia kekal haram. Tidak dibenarkan mengubah makna ayat al-Quran, semata-mata untuk membenarkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

(17) Memahami hakikat amalan dan menyempurnakannya.

Kita hendaklah memahami bahawa akidah adalah asas sesuatu amalan. Amalan pula terbahagi kepada dua, iaitu amalan hati dan amalan anggota. 

Amalan hati adalah lebih mulia daripada amalan anggota. Contoh amalan hati ialah sabar, redha dan sebagainya yang bertujuan membersihkan hati. Amalan anggota pula ialah solat, zakat dan sebagainya.

Kedua-dua amalan ini dituntut. Melakukan kedua-dua ini merupakan tuntutan syarak. Oleh itu, kita hendaklah menyempurnakan kedua-dua amalan ini sekalipun ia berbeza martabat tuntutannya. 

Akidah adalah teras kedua-dua amalan ini. Kita perlulah melengkapkan diri dengan kedua-dua amalan ini seiringan, tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. 

(18) Memahami kedudukan ilmu dan ulama’, serta memberi manfaat kepada orang lain.

Kita hendaklah memahami bahawa Islam membebaskan akal, menggalakkan pengamatan dan pemikiran terhadap penciptaan alam sekitar. 

Islam juga memartabatkan kedudukan ilmu dan ulamak, serta menggalakkan amalan kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, dan orang lain.

Nabi S.A.W bersabda;


الكلمة الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

“Hikmah itu adalah suatu yang hilang daripada orang beriman. Maka, sesiapa yang menemuinya, dialah yang berhak memilikinya.”

(Riwayat at-Tirmizi)


Kadangkala, kita menemui sains daripada Barat, dan janganlah kita menolaknya. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam, maka gunakanlah. 

Kita juga mengenali perubatan daripada Barat, maka ia juga menjadi keperluan untuk kita mempelajarinya. Tetapi, ilmu agama adalah utama, dan belajarlah ilmu agama dengan orang yang beragama Islam.

Maka, kita perlu menghormati ulamak, dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri sebagai seorang yang memberi manfaat kepada orang lain.

(19) Memahami keutamaan syariat dan keselariannya dengan akal.

Di sana wujudnya pandangan syarak yang tidak termasuk dalam teori akal (sains), begitu juga sebaliknya. 

Jika dalil syarak dan teori akal kedua-duanya adalah jelas dan benar, maka kedua-duanya sama sekali tidak akan berlaku pertentangan.

Pekara yang masih samar-samar sama ada dari pandangan syarak atau teori akal mestilah diperjelaskan ke arah menepati hakikat yang telah pasti kebenarannya.

Sekiranya kedua-duanya itu masih berada di peringkat dzon الظن, maka pandangan syaraklah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah tadi akal dapat disahkan kebenarannya ataupun ia tertolak dengan sendirinya 

(20) Memahami perkara-perkara yang boleh membawa kepada kekafiran dan pengkafiran.

Kita hendaklah memahami bahawa kita tidak boleh mengkafirkan seorang Muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutannya dan menunaikan perkara fardhu, walaupun dia melakukan maksiat. 

Larangan mengkafirkan ini terkecuali pada salah satu daripada perkara ini;

(a) Berikrar dengan mana-mana bentuk atau kalimah kekufuran seperti mengaku kafir dan sebagainya.

(b) Mengingkari sesuatu yang pasti ada dalam agama, seperti mengingkari kewajipan solat, mengingkari pengharam zina dan sebagainya.

(c) Menafikan ayat al-Quran yang terang dan jelas seperti mengingkari kenabian Nabi-nabi Allah S.W.T, dan sebagainya.

(d) Menafsirkan al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.

(e) Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.

Maka, kita perlu menghindarkan diri daripada unsur-unsur kekafiran, dan menjauhkan diri daripada mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya.

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 17/2/2020

JANGAN CABULI SEMPADAN ISLAM – ABDUL HADI AWANG

JANGAN CABULI SEMPADAN ISLAM

Allah memberi amaran kepada orang yang beriman dan mendedahkan perkara yang tersembunyi di dalam hati musuh yang cuba disembunyikan, melalui firman-Nya:

يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُوالَاتَتَّخِذُوابِطَانَةًمِّندُونِكُمْلَايَأْلُونَكُمْخَبَالًاوَدُّوامَاعَنِتُّمْقَدْبَدَتِالْبَغْضَاءُمِنْأَفْوَاهِهِمْوَمَاتُخْفِيصُدُورُهُمْأَكْبَرُقَدْبَيَّنَّالَكُمُالْآيَاتِإِنكُنتُمْتَعْقِلُونَ (118) هَاأَنتُمْأُولَاءِتُحِبُّونَهُمْوَلَايُحِبُّونَكُمْوَتُؤْمِنُونَبِالْكِتَابِكُلِّهِوَإِذَالَقُوكُمْقَالُواآمَنَّاوَإِذَاخَلَوْاعَضُّواعَلَيْكُمُالْأَنَامِلَمِنَالْغَيْظِقُلْمُوتُوابِغَيْظِكُمْإِنَّاللَّهَعَلِيمٌبِذَاتِالصُّدُورِ (119) [سورةآلعمران: 118]

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti daripada berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118); Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan). Sebenarnya kamu sahajalah yang suka dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah, (sedangkan mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada”. (119) (Surah Aali ‘Imraan: 118-119)

Allah mendedahkan pertemuan dua kumpulan tersebut. Mereka ini sebenarnya bergabung; satu kumpulan berjenama Islam dan satu kumpulan bukan Islam.

Akhir-akhir ini muncul daripada kalangan mereka yang memberanikan diri menyentuh terhadap sensitiviti orang Islam yang beriman dan beristiqamah.

Mereka ini terdiri di kalangan bukan Islam atau namanya Islam seperti Abdullah bin Ubai pada zaman Rasulullah S.A.W. tetapi fikirannya dihanyutkan oleh arus pengaruh Yahudi di Madinah. Kedua-dua kumpulan ini adalah musuh Islam yang tidak tersembunyi lagi, termasuk yang berjenama Islam, walaupun satu bangsa dan satu bahasa. Mereka sebenarnya terkeluar daripada sempadan yang disebut istiqamah yang wajib dipohon oleh setiap yang beriman pada setiap solatnya.

Kini mereka memberanikan diri menunjukkan kebenciannya kepada Islam secara terbuka seperti isu Dr. Zakir Naik, isu jagaan anak Indira Ghandi, isu tulisan jawi dan sebagainya.

Sepatutnya mereka mengetahui sensitiviti penganut Islam dalam perkara Iman dan Islam yang tidak berpisah dalam diri seseorang Islam yang sebenar itu, kerana Islam lebih mahal daripada nyawa dan diri yang merupakan harta bagi seseorang muslim, inilah jaminan kebahagiaan yang berwawasan dari dunia sehingga akhirat, dan merupakan cita-cita bagi seseorang yang sebenarnya beriman dan muslim sejati, bahkan dalam hubungan sesama meraka juga berkaitan dengan iman.

Pada zaman Islam berdaulat, pemimpin negara mengarahkan supaya menyerang sebuah negara bukan Islam yang menghina seorang muslimat yang berniaga di pasar mereka, berani bertindak kepada sesiapa yang menghina Islam dan Rasulullah S.A.W. kerana menyentuh iman yang menjadi teras jati dirinya. Maka keimanan tidak boleh diganggu dan dicabul dalam semua perkara yang berkaitan dengan Islam.

Oleh itu, semua pihak jangan terlanjur lidah dan tulisan menyentuh sensitiviti seseorang Islam dalam semua perkara. Begitulah juga seorang Islam diajar supaya jangan menyentuh sensitiviti bukan Islam secara ilmu. Contohnya, Al-Quran mengajar orang yang beriman supaya menjaga sensitiviti bukan Islam. Firman Allah:

وَلَاتَسُبُّواالَّذِينَيَدْعُونَمِندُونِاللَّهِفَيَسُبُّوااللَّهَعَدْوًابِغَيْرِعِلْمٍكَذَٰلِكَزَيَّنَّالِكُلِّأُمَّةٍعَمَلَهُمْثُمَّإِلَىٰرَبِّهِممَّرْجِعُهُمْفَيُنَبِّئُهُمبِمَاكَانُوايَعْمَلُونَ (108) [سورةالأنعام: 108]

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”. (Surah Al-An’aam: 108)

Islam membawa konsep kebebasan dan hak beragama dengan menggalakkan berhujah bukan berperang, tetapi apabila ada pihak yang melarikan diri daripada hujah, kerana tidak mampu berhujah, atau sebenarnya tiada hujah. Maka Islam tidak boleh bertolak ansur dalam mempertahankan kebenaran yang diyakininya, walaupun dengan apa sahaja pengorbanan, sehingga cinta seseorang Islam itu kepada agamanya melebihi daripada harta dan jiwa raganya. Tidak sama dengan pihak lain yang boleh berundur dalam pegangan agama mereka dengan sewenang-wenangnya.

Walaupun dalam perkara yang perkara sunat dalam Islam yang boleh dibuat pilihan seperti seorang Islam boleh menyembelih ibadat korban dengan memilih lembu, kerbau, biri-biri atau kambing. Namun, disuruh menjaga sensitiviti dalam masyarakat Hindu yang memuja lembu secara ibadat, maka jangan menunjuk-nunjuk di hadapan mereka, lakukanlah secara beradab dalam hubungan bermasyarakat majmuk.

Pada masa sama, jangan pula orang Islam diharamkan secara paksa dengan undang-undang yang mengharamkan amalan agamanya, kerana boleh mencetuskan peperangan walaupun disebabkan oleh lembu seperti yang berlaku di sesetengah daerah di India.

Apa yang dicetuskan dengan berani sekarang, adalah lebih besar daripada isu lembu, maka janganlah daripada kalangan parti politik atau tokoh masyarakat bukan Islam cuba menunjukkan diri menjadi hero dalam isu ini kerana ingin mendapat keuntungan saham politik mereka, tanpa hujah yang berakal mencari kebenaran.

Al-Quran memaparkan kisah Raja Babylon bernama Namrud yang kalah berhujah menghadapi Nabi Ibrahim A.S., lalu terus menjatuhkan hukuman bunuh dibakar api yang besar, bukan kerana kesalahan Nabi tetapi marah kerana kalah berhujah atau mati hujahnya. Tindakan raja itu bukannya cara yang bijak, tetapi zalim dan bodoh.

Keharmonian berlaku dengan hujah, bukan dengan tindakan sembarangan. Perlu diketahui bahawa haram bagi umat Islam diketepikan dalam perkara dasar agamanya.

Isu Dr. Zakir Naik kerana hujah, bukan kerana melampaunya. Isu penjagaan anak Indira bukan sahaja isu makan dan minum, tetapi diambil kira jaminan roh dan akhlaknya yang tergugat dengan makanan yang diharamkan oleh semua agama, tetapi agama lain daripada Islam seringkali menghalalkan perkara yang diharamkan oleh kitab suci mereka sendiri, seperti daging babi, arak, pergaulan bebas dan lain-lain, di mana terkeluar daripada konsep kebebasan beragama yang dipertahankan oleh Islam.

Jangan gunakan mereka berjenama Islam sahaja yang dikenali sifatnya bermusuh dengan Islam, walaupun namanya Abdullah atau Muhammad, termasuk syaitan bisu yang tetap dikenali.

Tegasnya, bahawa penganut Islam yang sebenar tetap menjaga sempadan hubungan antara agama dan kaum, tetapi kalau sempadannya dilangkah, maka umat Islam diharamkan menyerah kalah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 8 Zulhijjah 1440 / 9 Ogos 2019 p