
Bersama menyokong golongan yang tidak rasis dan fanatik.

Bersama menjauhi golongan yang tidak thiqah – ثقة – dengan kata-kata yang keluar dari lidah mereka sendiri.

Bersama PH yang telah mendapat mandat rakyat yang juga dilantik secara sah oleh YDPA.

Bersama menjauhi golongan pintu belakang yang amat keji dari segi undang-undang sivil dan syariah.

KEBERKATAN SENTIASA MELALUI PINTU DEPAN YANG SAH, BALA DAN KECELAKAAN ADALAH BERPUNCA DARI PINTU BELAKANG.


BERSAMA MENDAKWAH GOLONGAN MCA AGAR MEMAHAMI AGAMA ISLAM YANG SEBENAR, KERANA MEREKA MENERIMA MAKLUMAT YANG SALAH BERKAITAN DENGAN ISLAM MELALUI UMNOPAS YANG AMAT FANATIK DAN RASIS.


DUA TOKOH ULAMAK YANG MENJADIKAN AGAMA ISLAM DIPANDANG MULIA.



TOKOH ULAMAK YANG MENIUPKAN API PERMUSUHAN SESAMA ISLAM.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ *اَللّٰهُمَ صَلِّى عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلىَ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد*ٌ. بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Alhamdulillah kami bersyukur kerana kami masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan 1441H/2020M dan berterima kasih kepada Mu Ya Allah di atas nikmat kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami, kebahagiaan kami, keselamatan kami, kesejahteraan kami, kesihatan kami, yang telah Engkau limpahkan kepada kami.
Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya, mengejar kuasa dan pangkat sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.
Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat buat kami, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.
Ya Allah rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.
Ya Allah kami memohon kepada Mu kebaikan, kemenangan yang engkau redhai, pertolongan yang berjaya di dunia dan Akhirat, cahaya untuk melihat kebaikan dalam semua kaum dan bangsa, keberkatan yang jauh dari perasaan taksub dan fanatik kepada mana-mana bangsa atau kaum yang mana semuanya adalah makhluk ciptaan Mu serta petunjuk yang membimbing kami kehidupan di dunia dan Akhirat.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami untuk berdakwah di jalan Mu, murahkan rezeki kami yang berkat, rezeki yang memberi tenaga kepada kami untuk beribadat kepada Mu, Ya Allah.
Ya Allah jauhkanlah kami harta riba, harta rasuah, harta yang dirampas dengan menzalimi orang lain, harta hasil penipuan dan sebagainya melalui jalan yang Engkau murkai, kurniakanlah kami keluarga yang bahagia di dunia dan Akhirat.
Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang dan setia kepada sahabat kami dari berbagai bangsa dan bahasa, suburkanlah perasaan kasih sayang mereka kepada kami, jauhkan kami dari perasaan munafik dan khianat, semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh, saling hormat dan menghormati.
Ya Allah kami berdoa Ya Allah, muliakanlah diri kami dengan agama Islam yang mulia, agama yang membimbing dan melindungi kami dari segala kejahatan, hiasilah kami dengan akhlak mulia sebagaimana akhlak para nabi-nabi, lapangkanlah hati kami ketika menghadapi golongan yang tidak berakhalak dan rasis, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskanlah rezeki kami dari sumber yang manusia tidak mampu memikirkannya.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami.
Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami untuk menjadi khalifah Mu yang memakmurkan alam ini dengan syariat Mu, dengan penuh bijaksana.
Ya Allah, jauhkan kami dari segala penyakit berbahaya seperti covid 19 dan sifat-sifat mazmumah yang amat keji seperti menyebar fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala musibah.
Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah-mudahan ianya dapat menerangi kamidi alam kubur nanti,
Ya Allah kurniakanlah harta yang melimpah serta bukakanlah hati kami untuk memperbanyakkan sedekah dan jauhi kami dari sifat bakhil yang menjauhkan kami dari Syurga Mu. Gerakkan hati dan tangan kami untuk memperbanyakkan sedekah.
Ya Allah terimalah solat kami, berilah peringatan kepada kami apabila kami ingin melakukan kejahatan, agar pahala solat kami, pahala puasa kami, pahala haji dan umrah kami, pajala sedekah kami dan segala pahala amal ibadat kami terpelihara. Kami amat takut dengan dosa sebesar zarah yang kami lakukan samada ketika sedar atau tidak sedar yang dapat menghapus segala pahala amal ibadat yang telah kami lakukan di dunia ini.
Ya Allah, muliakanlah akhlak kami dengan akhlak mulia mahmudah,
Ya Allah.. bersihkanlah mulut dan lidah kami daripada kata-kata yang keji, kata-kata yang takabbur dan ego, yang boleh membawa kami ke neraka Mu.
Ya Allah.. Ikhlaskanlah hati kami kepada Mu, apabila diuji dengan pangkat dan harta dunia yang tidak halal tetapi berilah kepada kami hati yang Qonaah dengan kurniaan harta yang sedikit tetapi penuh berkat, berbanding harta yang banyak dan pangkat yang tinggi tetapi semakin jauh dengan agama Mu dan syafaat Nabi Mu, Muhammad SAW.
Ya Allah, bebaskan kami dari seksaan kubur. Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami semasa di alam kubur nanti..
Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa di padang Mashyar nanti.
Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan rezeki kami dan Engkaulah yang mampu melapangkan hati kami.
Ya Allah, kurniakan kami hati yang penuh dengan kesabaran dalam mendapatkan rezeki Mu yang halal lagi berkat.
Ya Allah, Ya Rahman, berilah kami hati yang benar-benar bertaqwa kepada Mu Ya Allah, bukan tawqa yang hanya sekadar dibibir sahaja tetapi taqwa yang bertunjang di dihati dan terikat rapi dengan keimanan sempurna kepada Mu Ya Allah, terlalu ramai para alim ulamak dan para ustaz yang bercakap tetang taqwa tetapi dengan izin kudrat Mu, mata kasar ini, telah engkau buktikan, bahawa perkataan tawqa yang mereka ucapkan boleh diberli dengan harta, pangkat dan kuasa, sehingga mereka sesat dengan hujjah-hujjah mereka sendiri. Oleh itu lindungilah kami dari mereka Ya Allah, kami lebih takut kepada azab Mu, jangan jadikan kami seperti mereka, Ya Allah, tetapi jadikanlah kami seperti para nabi-nabi yang berjaya melalui ujian Mu dan Engkau telah muliakan mereka Ya Allah. Mereka dipenjarakan kerana menolak tawaran kuasa dan pangkat yang menyebabkan risalah Tauhid padam di muka bumi ini. (Dengan izin Mu)
Ya Allah Ya Rahman, bimbinglah kami kepada kebenaran yang Engkau redhai, Islam itu agama yang Benar dan Hidayah itu adalah milik Mu ( bukan milik individu atau mana-mana pertubuhan Islam), Engkau Maha Berkuasa Menyesatkan golongan yang fanatik dan rasis sehingga mereka merasakan, merekalah golongan yang amat benar, walaupun pada hakikatnya mereka bersama golongan yang makan rasuah dan pecah amanah serta melakukan berbagai kezaliman sesama manusia, sebagaimana dalam peristiwa Memali, mereka sanggup membunuh sesama Islam serta mereka sanggup mengkafirkan semua golongan manusia yang tidak sanggup mengikut perintah dan kehendak nafsu mereka. Merekalah sebenarnya golongan yang sesat lagi menyesatkan orang lain.
Ya Allah… kami bersuykur kerana Engkau masih menyelamatkan kami bersama mereka yang berfikiran terbuka dan tidak rasis.
Dengan hidayah Mu kami mampu melihat kebenaran Islam yang mengharamkan rasuah, riba dan arak.
Dengan Hidayah dan pertolongan Mu, kami menunaikan solat dan membaca Al-Quran serta mengenali Islam yang Syumul dan sederhana, yang tidak mengkafirkan sesama manusia, yang tidak membenci sesuatu kaum tanpa usul periksa dan tanpa hujjah ilmiah.
Dengan hidayah Mu, kami yakin setiap kaum dan bangsa mempunyai kebaikan yang telah Engkau berikan kepada mereka. Keburukan pada sesuatu kaum itu bukan berpunca dari kaum tersebut tetapi berpunca dari kelemahan individu yang telah dipengaruhi oleh syaitan yang membisikkan sifat-sifat mazmumah kepada individu tersebut.
Dengan hidayah Mu, kami dapat mengenali persaudaraan sesama Islam yang terdiri dari berbagai bangsa , bahasa dan berbagai Negara di seluruh dunia
Dengan hidayah Mu, kami berusaha berakhalak mulia dengan semua agama dan bangsa dengan niat ikhlas untuk memperlihatkan kemuliaan agama Islam yang maha suci.
Dengan hidayah Mu kami akan berusaha menyampaikan risalah mulia Islam dengan penuh hikmah ke seluruh alam dengan menggunakan kemudahan teknologi yang ada tanpa pertumpahan darah, Ya Allah…
Kami yakin agama Mu adalah agama kebenaran yang sesuai untuk semua makhluk ciptaan Mu, Ya Allah.
Mereka yang tidak menerima dan menolak Islam disaat kami menyampaikan risalah Tauhid Mu adalah kerana mereka tidak memiliki pengetahuan sebenar tentang agama Islam, maklumat tentang agama Islam yang telah mereka terima adalah salah kerana tindakan segelintir umat Islam yang amat fanati dan rasis yang bertindak mengikut hawa nafsu, bukan bertindak dengan nilai-nilai iman yang penuh ilmiah.
Ya Allah.. Berilah hidayah kepada sahabat-sahabat kami, jangan engkau azabkan mereka Ya Allah, mereka adalah hamba Mu jua Ya Allah.. Kasihanilah mereka dan Berilah hidayah kepada mereka Ya Allah..
Ya Allah… kami ingin bersahabat dengan mereka sehingga ke Syurga Mu, Ya Allah.
Masukkanlah kami ke Syurga Mu secara berjemaah Ya Allah. Bersama Kelaurga kami, kaum kerabat kami, Sahabat handai dan jiran tetangga kami, Ya Allah..
Ya Allah Ya Aziz tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil itu adalah Bathil, dan benar itu benar ,lindungilah kami dari perkara batil yang berlandaskan nafsu, fanatik, rasis dan tanpa ilmu serta hikmah.
Rezekikanlah kebahagiaan bersama Iman, Kekayaan dengan harta yang berkat serta bersama sifat pemurah.
Berilah kepada kami pangkat dan kuasa yang mampu membawa kami untuk melaksanakan perintah Mu. Jauhkanlah kami dengan kuasa dan pangkat melalui jalan amat keji serta menjauhkan kami dari Syurga Mu.
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak-anak kami, dosa kaum keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, pemimpin-pemimpin kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.
Kami Yakin Bahawa Kami Bukan Golongan Maksum Yang Engkau Ampuni Dosa-Dosa Mereka Lakukan.
Ya Allah Pertemukanlah Kami Dengan Malam Al-Qadar Yang Memiliki Jutaan Khazanah Pahala Sebagai Bekalan Untuk Bertemu Dengan Dzat Mu, Di Alam Akhirat Nanti.
Ya Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ