Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SAAT ini 80% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu

1 IMAM SYAFIE

SAAT ini 80% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu

SENDIRI HANCING: 80% JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU DAN KINI… KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN..!!

Di antaranya…

1. Jika menang PRU14 di Terengganu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera (Kelantan dan Terengganu)

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar (Kelantan dan Terengganu)

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan.
Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar (clamping) di mana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat (majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah ‘air tebuk’ / telaga tiub) semenjak tahun 2000) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar DAN perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan
Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan

12. Tambatan Banjir Kota Bharu – sehingga kini masih belum dilaksanakan

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan PAS

14. Pelabuhan Tok Bali

15. AFTA City di Rantau Panjang

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian

18. Projek Agro Tourism di Pergau, Jeli

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor

20. Pelabuhan Darat di Kuala Krai

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco – Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang – Kg. Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Di mana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2,471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003

25. Masjid Baru di Kampung Sireh.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir di sepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang – Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB – BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.

40. Kegagalan kerajaan negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati.

42. Projek pembangunan Lundang.

43. Projek Pembangunan Wakaf Mek Zainab.

44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan negeri. Kini kes saman oleh pihak Bank menanti.

45. Projek Batutta Ville di atas tanah milik MPKB – BRI di jalan Telipot (kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.

46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB – BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.

47. Projek Madinatur Raudhah di atas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu. Tanah secara kontra basis.

48. Projek MPKB – BRI Highrise Tower di atas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu.

49. Projek Bazaar Tok Guru – Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular di Kota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi dan bungkus. Pelan layout pun hancusss… Aduhaii

50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB – BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan..

Lebai Oh Lebai…

Tak Nampak Janji Manifesto Sendiri Berserabai…

Orang lain hancing kata lobai… tapi kat punggung DAN jubah lobai tertepek taik-taik hijau sambil berlari keliling kampung menipu ahli lobai. Tak sedar last2 langau dok ikut… Adoii

CAKIAP TATAK SELUPA BIKIN… jilaker!!!

Gambar pemimpin Syiah Iran Ayatollah Ruhollah Khomeini tergantung di dalam Madrasah Ustaz Ibrahim Libya ?

3 HADI SYIAH

2 HADI MENIPU

2 DOSA SAHABAT DGN PEROMPAK

2 HADI ULAMAK PALSU

https://melakakini.my/melaka-berjaya-bantu-1070-asnaf-keluar-dari-garis-kemiskinan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

https://web.facebook.com/suararakyatpage/videos/872002446311607/

KHOMEINI

Gambar pemimpin Syiah Iran Ayatollah Ruhollah Khomeini tergantung di dalam Madrasah Ustaz Ibrahim Libya ?

Kelihatan koleksi2 video (VHS) yg tertera perkataan ‘Iran Vol.1’ dan seterusnya ada di madarasah tersebut ?

‘AMANAT HADI’ juga ada tergantung di dalam Madrasah Ustaz Ibrahim Libya ?

Kami di SR setuju kes Memali ini dibangkit & disiasat (RCI). Konfrontasi adalah 2 pihak antara polis mewakili Kerajaan Malaysia vs ahli Pas Cawangan Kampung Memali. Jika berlaku RCI, bukan Mahathir saja yg kena…sdra Abdul Hadi Awang dari PAS lagi cepat kena tangkap akibat amanat dari dirinya menyebabkan kes Memali itu berlaku.

Yang nak dibawa, imej budak setahun anak warga pas Memali dikatakan sbg mangsa. Tapi usah pula dilupakan anak mangsa Polis yg juga berada dalam keadaan konfrontasi tersebut..

Apa yg nak kami kata di sini adalah tak bijak nak kluarkan kes Memali semula. Akhirnya semata2 nak lontarkan pukulan pada Tun M Mahathir, dgn sdra Abdul Hadi Awang sekali bakal kena angkut ke dalam yg mewakili PAS itu sendiri.

KENAPA SETELAH TUN MAHATHIR BERSAMA2 DALAM PAKATAN HARAPAN UNTUK MENENTANG UMNO/BN BARU SEKARANG NAK UNGKIT & NAK DIBUAT RCI MEMALI ITU?

KENAPA TIDAK DIBUAT SEMASA TUN M MASIH DALAM UMNO ?.. Nampak tak.

Wallalhualam~

https://web.facebook.com/search/top/?q=suara%20rakyat&epa=SEARCH_BOX

Tajuddin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

 

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina sensitiviti perkauman berhubung isu calit abu mayat Chin Peng di dahi wakil rakyat.

Tajuddin dari BN dikatakan menghina agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng yang juga bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Kenyataan Tajuddin pada Selasa lepas itu dicatat dalam Penyata Rasmi muka surat 36.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, ketika membawa usul itu pada akhir persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata pada 3 Dis lepas, Tajuddin telah mengeluarkan kenyataan yang menghina sensitiviti perkauman dan satu penghinaan agama Hindu yang amat serius dengan bertanyakan soalan itu kepada Rayer.

“Beliau telah menyinggung perasaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Hindu dan turut mencemar prestij dan nama baik dewan yang mulia ini.

“Maka Yang Berhormat Pasir Salak hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di atas perbuatan Yang Berhormat yang boleh dianggap sebagai menghina Majlis,” katanya.

Usul itu diluluskan tanpa bahas berikutan berlaku pertikaman lidah antara ahli parlimen daripada blok pembangkang yang mempersoalkan keperluan perbahasan itu dilakukan kerana Tajuddin telah dihukum gantung daripada menghadiri persidangan dewan sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kemudiannya memutuskan usul itu diluluskan dengan suara teramai.

“Apabila saya meneliti keadaan dewan ini saya dapati pihak pembangkang tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Oleh kerana itu, ahli-ahli yang berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan.

“Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia di bawah Perkara 6 itu tadi hendaklah disetujukan…Ahli Yang Berhormat yang setuju sila katakan setuju, yang tidak bersetuju katakan tidak.

“Lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan,” katanya.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/502559?fbclid=IwAR2Kvq7nVk6zhGRPcufsOAaEPuRGfuqyKqYPwXRW_-bc3z208qs2dD-7vyM

Rasulullah SAW Melarang Menjadikan Masjid Sebagai Pasar Perniagaan – Peringatan Kepada Golongan Rasis Di Malaysia.

1 HARAM NIAGA DI MASJID

HARAM JUAL DI MASJID

Kempen Jualan BMF Tetap Dijalankan Di Masjid Setiap Jumaat Di Perak

Kempen Buy Musl1m F1rst atau B.MF dirancakkan lagi dengan Pelancaran #B.MF Peringkat Masjid Negeri Perak hari ini. Menerusi program itu, para peniaga Islam berpeluang menjual produk keluaran Muslim di masjid-masjid di seluruh negeri pada setiap hari Jumaat.

Kempen #B.MF Peringkat Masjid Negeri Perak digerakkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pembela Um.mah (UM.MAH) Perak. Pengerusinya, Khalil Idham Lim Abdullah berkata, #B.MF Peringkat Masjid Negeri Perak dilancarkan untuk merancakkan lagi kempen B.MF.

Menurutnya, berjual beli di masjid pada hari Jumaat sudah menjadi budaya dan sudah wujud di banyak tempat. “Pada hari Jumaat, orang Islam akan datang ke masjid untuk solat Jumaat dan mereka akan beli produk-produk Muslim.

“Hari ini kita buat gimik pelancaran peringkat negeri dan selepas ini kita akan bergerak untuk satu masjid satu daerah. Kita juga akan gerakkan kempen ini ke semua masjid,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen tersebut di Masjid An Nur, Batu 8, Ulu Kinta dekat sini hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

MCA Kapar keluar parti jika Umno bertanding Tg Piai

Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya ‘dimiliki oleh MCA’, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.

“Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!” katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily.

Jelas Song, MCA Bahagian Kapar telah mengambil langkah drastik itu bukan untuk menjadi wira tapi kerana sayangkan parti.

Iklan

Song berharap dengan mengekpresikan perasaan mereka, pimpinan pusat parti dapat mendengar suara anggota akar umbi.

Kata Song, MCA harus bersatu dalam merampas kerusi parlimen Tanjung Piai.

Dalam satu sidang akhbar petang ini, Presiden MCA, Wee Ka Siong enggan mengulas kenyataan Song, dengan mengatakan bahawa MCA akan bersama parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

“Sasaran kita adalah bersedia PKR Tanjung Piai bersama dan parti-parti komponen BN.

“Saya akan memberitahu anda jikalau anda tersasar sebarang maklumat PRK,” katanya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya Dr Mohd Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

Pakatan Harapan merampas kerusi Tanjung Piai dari MCA menerusi Mohd Farid – yang merupakan ahli Bersatu – dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mohd Farid memenangi kerusi itu daripada penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti undi kecil sebanyak 524 undi.

Beliau meraih 21,255 undi.

 

https://www.malaysiakini.com/news/493455?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3yTI-g2DB64NZC-2xAjPtrizczCM4figorW46vde-bBFwALJyvyor5MLU