18 August dlm process….7 August dah lulus….hebat betul politik mudin

Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran – Utusan Digital

Oleh HADI AB MANAP
18 Ogos 2020, 1:25 pm

KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai pendaftaran rasmi Perikatan Nasional (PN) yang bertiup kencang akhir-akhir ini bukan lagi ‘cakap kosong’ apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan perkara itu hari ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, permohonan pendaftaran sudahpun dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan beberapa pindaan perlu dilakukan sebelum gabungan itu diluluskan.

“Ya, kita sudah hantar untuk pendaftaran. ROS ada beri beberapa komen, contohnya saya difahamkan singkatan ‘PN’🤷🏻‍♂️ telah diguna oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Jadi, kita kena ubah, disarankan supaya kita letak Parti Perikatan Nasional.🤦🏻‍♂️

“Perkara ini melibatkan isu pengurusan dan mereka (ROS) akan beritahu bila ia akan diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang mendukung PN sebagai gabungan besar.

Beliau berkata, keputusan penyertaan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan tidak akan menyertai PN sebagai komponen seandainya ia didaftarkan secara rasmi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas mengenai perkara yang dibangkitkan UMNO itu, Mohd. Redzuan menambah, sebarang keputusan melibatkan untung nasib PN sebagai sebuah gabungan besar parti pemerintah akan diputuskan melalui MN.

“Itu sebab kita kena ada MN untuk ada satu suara. Jadi, kalau MN menyatakan ya, kita akan lakukan (menjadikan PN gabungan rasmi) maka kita akan lakukan.

“Ia semua melalui perbincangan. Kalau yang bersuara dekat luar, itu pendapat masing-masing tidak melambangkan pendapat MN,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita/2020/08/perikatan-nasional-dalam-proses-pendaftaran/?fbclid=IwAR3HrSOcSrkxrpuiS1N-gUqtPbmlhmpme4dRc8nIy7FCY5S_8qS36t-Rnq0