Kategori: Budaya Takfir Orang Lain – Pas Parti Ajaran Sesat
Kaum Islamis Memperalat Islam untuk Ambisi Politik
Pemimpin Ajaran Sesat Bebas Mengajar Ajaran Sesat Di Selangor – Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pendakwah luar bawa ajaran songsang?
MASIH ada yang menjemput?
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendakwah-luar-8232-bawa-ajaran-songsang-1.95953
SUMBANGAN UNTUK USTAZ SYARHAN MEMPERTAHANKAN FITNAH CIPTAAN UMNOPAS
Bukti Pas Memperalatkan Agama, Menentang Teresa Kok (DAP) Adalah Arahan Agama Islam.
SUMBANGAN UNTUK USTAZ SYARHAN
Sahabat kami Ustaz Syarhan Humaizi (PAS) sekarang sedang dalam mahkamah berhadapan dengan saman dari Teresa Kok (DAP).
Ustaz Syarhan telah menyebut dalam tulisan beliau bahawa DAP anti Islam, maka Teresa mahu saman beliau.
Sedang bukti sudah depan mata, bagai bangkai gajah nak ditutup dengan daun pisang. Memang DAP anti kepada Islam.
Ustaz Syarhan Humaizi bersedia dicabar, medan mahkamah jadi lokasi pertarungan, lawan tetap lawan, demi Islam undur tidak sekali.
Justeru, senjata untuk bertempur di mahkamah adalah kos guamannya yang maha tinggi dan mahal.
Atas rasa ukhuwwah sesama muslim, juga kasih pada agama tercinta, duit mesti dicari, bayaran kos guaman mesti dilunas dengan segera.
Kami menyeru kepada teman2 di luar sana, ayuh sama-sama kita membantu Ustaz Syarhan Humaizi untuk berhadapan dengan Teresa.
Maruah Islam mesti dibela, sahabat yang sedang berada di medan wajib dibantu.
Yang sayang pada Islam mesti ke hadapan membela, bantulah sekadar mampu, semoga terbukti dengan jelas di mahkamah bahawa DAP memang anti Islam.
Sila bankin atau transfer sumbangan anda ke akaun Dewan Pemuda PAS Selangor.
No Akaun DPPNS :
Maybank / 564799120668
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor..
Sumbangan anda sangat membantu kami..
Ust Zuhdi Mat Piah
Bendahari DPPNS
2019/2021
+60 19-274 4905
Pas Menyerang Masjid Dan Menimbulkan Permusuhan Sesama Umat Islam
https://web.facebook.com/shamsul.effendey/videos/10216130801315028/
LIHATLAH AKHLAK UMAT ISLAM, MUNGKINKAH ISLAM BERKEMBANG DENGAN AKHLAK BURUK YANG PAS PEMERKAN.
Rasa nak marah sangat bila melihat sifat kurang ajar mereka hingga ke dalam masjid. Walaupun berbeza fahaman politik, perlu ke bertelagah begini? Adakah ceramah Us.WanJi melanggar hukum Allah?!
#TolakPasUmno
#SayangiMalaysiaku
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=158047615315940&set=a.128749028245799&type=3&theater
Kecoh semalam di Melaka, Jemaah Perpaduan Ummah (Parti ana + Umno)membuat kecoh dalam masjid demi jihad menghalang Ust Wan Ji menyampaikan kuliah. Ini adalah lebih kurang gambaran awal bila Umno dan parti ana berkuasa kelak.
Menariknya pula, ustaz-ustaz parti ana bebas berkuliah menerima sampul-sampul tebal di masjid surau yang negerinya dikuasai PH….
PIHAK YANG MENGELUARKAN SURAT TERSEBUT MESTI DIAMBIL TINDAKAN KERANA MENIMBULKAN KETEGANGAN AGAMA DAN TIDAK MENGHORMATI KEMULIAAN MASJID, MALAH MENCEMARKAN NAMA SUCI INSTITUSI MASJID.
sebelum kuliah maghrib saya di Masjid kampung parit melana, durian tunggal, Melaka bermula semalam, ada sekelompok manusia datang buat bising dalam masjid, melaung-melaung tanpa rasa segan dan malu, malah mereka sudah tidak menjaga adab ketika berada dalam rumah Allah itu sehingga terpaksa pihak polis untuk suraikan mereka…
Pagi ini, seorang teman hantar surat ini kepada saya.
Sebelum ini, saya bersedia untuk berhujah dengan Ketua Dewan Ulama PAS dalam isu “fatwa” beliau yang menyatakan wajib jatuhkan PH, beliau tak berani.
Malah kritikan saya terhadap hadis palsu yang diamalkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pun, tak dapat dijawab oleh Ulama PAS.
Tiba-tiba, PAS keluarkan surat rasmi menyeru ahli-ahli mereka serang program yang melibatkan saya – buat kecoh dan bising.
Yang saya rasa pelik, apakah mereka tak rasa bersalah buat kecoh dalam masjid. Di mana adab-adab dalam masjid yang diajar oleh Nabi?
Saya pernah mahu bunuh Dr Mahathir – Ahli Pas Seumur Hidup
Lambang Syiah Tanpa Kita Sedari Semakin Subur Di Malaysia
GOLONGAN AL-KUBURIUN – YA HANANA

Pas Gemar Mengkafirkan Orang Lain
HENTIKAN TAKFIRI
1. Mengkafirkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung mesti dinoktahkan.
2. Atas apa alasan pun, mengkafirkan orang Islam tidak boleh. Apatah lagi jika perbuatan itu bermuarakan perbezaan dalam ijtihad politik.
3. Secara langsung bermaksud menyebut secara jelas si anu kafir, atau bukan Islam, atau murtad, atau mesti ditanam dijirat, atau halal darah.
4. Secara tidak langsung seperti ungkapan, kalau si anu mati jenazahnya tak perlu disolati, sembelihan si anu tak boleh makan, pewalian nikah si anu tak sah, kalau si anu jadi imam jangan diikut dan banyak lagi.
5. Jika ada orang Islam yang berasa keislamannya sudah sangat kuat, orang itu tak perlu mengkafirkan orang Islam yang lain.
6. Orang itu sepatutnya bekerja lebih keras supaya orang Islam yang lain memiliki keislaman sekuat dirinya.
7. Realiti di tempat kita, orang yang dikafirkan lebih banyak ilmu dan lebih mulia akhlak berbanding orang yang mengkafirkan.
9. Keberanian orang jahil itu mengkafirkan hanya kerana dia berketayap, dan dengan ketayap itu dirasa sudah cukup berilmu untuk mengkafirkan orang lain.
10. Atas apa alasan pun, hentikan takfiri. Pemikiran ini berpotensi mencetuskan aksi keganasan kerana menganggap darah orang yang dikafirkan halal.
11. Sementara orang yang mengkafirkan menganggap matinya syahid jika dia terkorban kerana berjihad melawan orang kafir.
12. Pemikiran takfiri berpotensi mencetuskan huru-hara dan pertumpahan darah.
13. Semoga Allah selamatkan kita daripada bencana takfiri ini.
credit *FB Zolkhornain Abidin Al Abyadhi*
