https://web.facebook.com/279290772989/videos/204676011295474/
https://web.facebook.com/279290772989/videos/204676011295474/
KESESATAN ITU PILIHAN – DR MAZA
Sebab2 kenapa penyokong Pas taksub tahap gaban yang boleh membawa kepada kesesatan.
✍🏻 Pas saja yang betul, orang lain semuanya salah.
✍🏻 Pas saja yang benar2 faham Islam, orang lain belum tentu lagi fahaman Islamnya.
✍🏻 Hanya ustaz dari Pas bercakap benar, ustaz selain dari Pas adalah sekular, sesat, Wahabi, etc etc.
✍🏻 Pemimpin Pas berbohong ikut cara Islam & dapat pahala, orang lain berbohong adalah salah & berdosa.
✍🏻 Ulamak Pas adalah ulamak muktabar yang sebenar, ulamak dari kumpulan lain belum tentu lagi.
✍🏻 Sokong Pas bermakna sokong Islam, sokong jemaah lain adalah haram & sesat.
✍🏻 Sokong Pas dapat pahala, undi Pas masuk syurga…sokong & undi parti lain adalah haram & berdosa.
✍🏻 Parti Pas tak pernah buat salah seolah maksum…apa saja yang dibuat oleh Pas adalah mengikut ajaran al Quran yang sebenar.
✍🏻 Pas terima duit haram dipanggil sumbangan, pihak lain dipanggil rasuah.
✍🏻 Kecelakaan yang menimpa Pas adalah dugaan dari Allah swt, bagi orang lain adalah musibah.
✍🏻 Taat & wala’ kepada pemimpin Pas sama level dengan ketaatan kepada Rasul.
✍🏻 Segala keputusan & perlakuan pemimpin Pas tidak boleh ditanya atau persoal, wajib patuh & taat.
✍🏻 Jika mati di luar parti Pas adalah tragis, mati di dalam Pas mati orang yang beriman.
✍🏻 Bersama Pas sama seperti ke jalan jihad, mengkritik atau lawan Pas dianggap sebagai kafir.
✍🏻 Tolak Pas ibarat tolak agama Islam, keluar Pas ibarat jatuh akidah.
✍🏻 Hanya Pas bertauliah & berhak mengkafirkan sesama Islam.
✍🏻 Pas dihalalkan bekerjasama dengan non-Muslim, pihak lain haram & sesat.
✍🏻 Fatwa pemimpin Pas adalah yang tertinggi & terpakai, mengatasi Majlis Fatwa Kebangsaan.
BUKTIKAN CINTA KITA KEPADA RASULULLAH SAW DENGAN MEMBANTU UMAT ISLAM ROHINGYA.
KUALA LUMPUR: Musibah pelarian Rohingya yang mempertaruhkan nyawa di tengah lautan untuk mencari rezeki di negara berhampiran disifatkan sama seperti isu kehilangan ‘rezeki’ yang dialami syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, situasi itu dilihat dapat diatasi jika sikap sanggup melihat saudara Muslim mati kehausan dan kelaparan dapat dihapuskan.
“Sedih atas kekejaman sikap muslim yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan. Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita. Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa.
“Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan. Sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela. Kali ini, sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa.
“Jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai. Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan. Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB. Ke mana rezeki itu telah pergi. Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?!” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.
BACA: Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat – Dr Maza
Dr Mohd Asri mengulas laporan media sebelum ini mengatakan terdapat lebih 8,000 pelarian Rohingya dari Myanmar serta Bangladesh dikesan berada di tengah laut dalam cubaan mereka untuk memasuki Malaysia secara haram.
BACA: ASEAN perlu bantu rakyat Rohingya – Naib Ketua Pemuda UMNO
Sebahagian daripada pelarian tersebut bagaimanapun dikesan telah hanyut ke Indonesia, menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengambil langkah memperketatkan kawalan di perairan masing-masing.
BACA: Selamatkan rakyat Rohingya dan Bangladesh – Puteri UMNO
Tegas Dr Mohd Asri, kejadian itu benar-benar membimbangkan seandainya ia mengundang bala tuhan yang menakutkan.
“Sedangkan negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka, kita yang kononnya sakan ‘salawat perdana’ dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu ‘kita muslim terbaik’?!
“Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan. Jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa. Namun, kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. Pohon perlindungan Allah untuk sekelian rakyat yang tidak bersalah,” jelasnya.
BACA: “Di mana nilai kemanusiaan kita?”
Dalam pada itu Dr Mohd Asri turut mengucapkan tahniah kerana Acheh menjadi antara daerah yang memberi bantuan kepada pelarian Rohingya.
“Tahniah Acheh atas sikap kemanusiaan anda. Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia. Ketika dunia senyum; ‘lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati’, kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini,” ujarnya.
Khabar angin kini bertiup kencang bahawa Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainol Abidin akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru.
Menurut sumber, Mohd Asri akan menggantikan Datuk Dr Zulkifli Mohd Albakri yang kini sudah dilantik sebagai Menteri Agama.
“Saya dapat maklumat Dr Maza akan dilantik sebagai Mufti Wilayah,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.
Mohamad Asri telah dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada Januari 2015 yang lalu bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun 2014.
Mohd Asri, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 Nov 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.
Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, beliau kembali menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau menerima tawaran memegang jawatan itu buat kali kedua selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Anggota Kabinet Yang Bersih
Semalam saya dijemput oleh YAB Perdana Menteri TS Muhyiddin Yasin ke rumah beliau. Sebelum ini pun saya biasa ke sana jika beliau menjemput saya makan bersama keluarga beliau atau berbincang hal-hal tertentu. Saya sampai pada masa yang ditetapkan. Kami solat berjemaah terlebih dahulu di ruangan rumah beliau. Isteri beliau juga turut bersama. Beberapa kali saya datang saya dapati beliau sering berjemaah dalam rumah beliau. Beliau juga boleh menjadi imam dengan bacaan yang baik. Mungkin kelebihan itu disebabkan latar keluarga beliau.
Apa yang menggembirakan saya, beliau memaklumkan kepada saya -in sha ALLAH- senarai anggota kabinet beliau nanti mereka yang melepasi tapisan SPRM dan PDRM. Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang terlibat menguruskan semalam bahawa beliau meminta setiap yang akan menganggotai cabinet beliau tidak membuat dakwaan palsu tentang sijil yang dimiliki. Setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang dia perolehi.
Saya memberitahu beliau, saya percaya jika anggota kabinet terdiri dari kalangan mereka yang bersih dari korupsi dan berkualiti, in sha ALLAH itu adalah hujah yang kuat untuk beliau. Bertawakkallah kepada ALLAH dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNYA.
Rakyat inginkan kerajaan yang dianggotai oleh para menteri yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara-perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat. Rakyat memerlukan kehidupan yang aman, ekonomi yang baik dan persekitaran yang selesa untuk meneruskan kehidupan.
Saya bersama rakyat yang lain menanti berita baik esok hari. Saya menyokong kerajaan yang baik demi kepentingan agama dan negara. Saya bersama bersama rakyat marhaen yang lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku.
Dr MAZA