Pulak Dah…
Baru Jer Muafuckat Nasial nal Diketuai Parti Sarang Penyamun UmNo Nak Merangkak, Sudah Ada Yang Berbunyi ..
Seorang pemimpin MIC mengkritik tindakan Anggota Parlimen Cameron Highlands yang bersetuju dengan keputusan mengusir hampir 60 pekebun di Kuala Terlah tanpa menyediakan tanah alternatif.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, RT Rajasekaran berkata Ramli Mohd Nor sepatutnya sedar akan tanggungjawabnya kepada pengundi Cameron Highlands dan bukan berlagak sebagai “orang suruhan bagi pihak tertentu”.
“Jangan berlagak seperti kacang lupakan kulit, lupa kepada beratus ahli-ahli MIC yang bekerja bertungkus-lumus untuk kejayaan YB (di PRK Cameron Highlands)
“Jangan lupa bahawa kerusi ini telah dipinjamkan oleh MIC pada suatu masa yang getir di dalam sejarah BN. Jika bukan pengorbanan MIC untuk meminjamkan kerusi tradisinya untuk mencapai suatu kemenangan kepada BN, sudah tentu Ramli mungkin dikenali sebagai seorang anggota polis yang telah berpencen sahaja,” kata RT Rajasekaran dalam kenyataan hari ini.