Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Rakyat kena reman dan bayar denda tetapi pemimpin minta maaf dalam media sahaja.

https://web.facebook.com/photo?fbid=10217648878633930&set=a.10202891880878209

Mintak maaf dengan siapa ? Polis atau Rakyat.
Harap diambik tindakan. Tak Kira Ada pangkat atau sebagainya. Semuanya adalah sama taraf sahaja!

Kamu arah PKP, kamu yang langgar !!! tegur Amanah P.Pinang

Kamu arah PKP, kamu yang langgar !!! tegur Amanah P.Pinang

Ketegasan dan keseriusan kerajaan menguatkuasakan PKP fasa ketiga ini terbukti dengan jumlah tangkapan dan kompaun pelbagai kesalahan pergerakan keatas rakyat marhaen yang dikeluarkan oleh PDRM.

IPCMC Perlu Bertindak Segera.

1 PKP KKM 21 PKP KKM 31 PKP KKM 5

Tidak ada mana-mana pihak termasuk pemimpin kerajaan yang harus merasa kebal terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah mereka sendiri mengarahkan rakyat supaya patuh pada perintah tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad ketika diminta mengulas mengenai keengkaran dan ketidakpatuhan PKP oleh pemimpin kerajaan PN.

“Pemimpin kerajaan PN jangan cuba memperbodohkan rakyat melalui peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri tidak patuhi kerana setiap tindak-tanduk mereka yang engkar kepada PKP mudah terserlah dan diperhatikan secara dekat oleh rakyat yang telah dengan begitu mudah dihukum.

“Sekiranya pemimpin mempamerkan kepatuhan yang jitu bagi sesuatu arahan maka amalan yang samalah akan dituruti oleh mereka yang berada d ibawah.

“Namun begitu sekiranya pemimpin tersebut sendiri mengengkari apa yang telah mereka tetapkan, sudah tentu ia ibarat bidalan Melayu umpama kata dulang paku serpih, kata orang tapi dia yang lebih,” tegas beliau.

Menurut Dr Roslan lagi, dalam suasana menangani penularan wabak Covid-19 kerajaan telah mengenakan PKP dengan tujuan untuk menghadkan pergerakan dan mengurangkan interaksi orang ramai dengan mengamalkan ‘social distancing’.

Malah sektor-sektor perniagaan dan ekonomi yang hendak dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP pun tertakluk kepada kelulusan dan protokol kesihatan serta keselamatan.

Tegasnya, kebenaran operasi pula dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan MITI dan perintah ini adalah terpakai kepada semua pihak tanpa ada yang merasa kebal dengan arahan ini.

“Ketegasan dan keseriusan kerajaan menguatkuasakan PKP fasa ketiga ini terbukti dengan jumlah tangkapan dan kompaun pelbagai kesalahan pergerakan keatas rakyat marhaen yang dikeluarkan oleh PDRM.

“Malangnya penguatkuasaan PKP seolah-olah bersifat ‘double-standard’ atau dua darjat kerana digemparkan dengan pelanggaran arahan PKP oleh Timbalan Menteri, Exco Kerajaan Negeri, Menteri Besar maupun mantannya sepertimana yang dilaporkan.

“PDRM harus tunjukkan sikap profesional mereka dan konsisten dengan mengambil tindakan segera dan adil serta spontan tanpa lengah terhadap pemimpin kerajaan tersebut sepertimana yang telah mereka lakukan terhadap rakyat marhaen sehingga semalam,” saran beliau.

Tambahnya lagi, sekiranya rakyat dikenakan kompaun dengan spontan dan dibawa ke mahkamah, maka buktikan bahawa undang-undang sedia ada merupakan undang-undang yang diterima pakai bukan saja untuk rakyat tetapi juga untuk pemimpin kerajaan yang melanggar PKP, apa lagi dengan bukti yang begitu jelas dan ketara.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/jangan-ada-pihak-merasa-kebal-dengan-pkp

Kamu arah PKP, kamu yang langgar !!! tegur Amanah P.Pinang

Tim. Menteri Duduk Berjarak – Perlu Siasatan IPCMC Baru Adil.

1 PKP KKM 2

Image may contain: 2 people, people sitting and people eating

https://web.facebook.com/aminAli1234

Ketua Polis Perak cuba membodek pembesar yang langgar MCO – KONONNYA MEREKA DUDUK BERJARAK?!.
Tetapi rakyat jelata ditindas, ditangkap, didenda, dipenjara & dirantai macam binatang. Memalukan PDRM!

1 PKP KKM1 PKP KKM 5

 

Polis wanita dakwa jadi mangsa penderaan emosi

Noor Azam

SHAH ALAM – Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis pada Rabu lalu selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan emosi oleh pegawai atasannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan laporan terbabit.

“Ya, saya sahkan ada terima laporan kes itu. Kita jalankan siasatan dan dibuat secara dalaman,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook berhubung laporan polis yang dibuat mangsa berusia lingkungan 50-an yang mendakwa pegawai atasannya berpangkat Asisten Superintendan mengugut mahu mencederakannya selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Laporan itu juga mendakwa pada 19 Februari lalu, mangsa telah dipanggil pegawai terbabit masuk ke dalam pejabatnya dengan membawa satu fail.

Bagaimanapun, anggota terbabit telah dimarahi dan fail tersebut telah dicampak ke dadanya.

Mangsa juga mendakwa telah dipukul dengan menggunakan beg sebelum dihalau keluar dari pejabat.

Kejadian itu menyebabkan mangsa dikatakan mengalami kemurungan serta gangguan emosi yang teruk.

Selain itu, difahamkan suami mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/71954/EDISI/Selangor-KL/Polis-wanita-dakwa-jadi-mangsa-penderaan-emosi

MP saran SPRM siasat pegawai polis bantah IPCMC

Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mencadangkan supaya pegawai polis yang membantah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kekayaan pegawai polis yang tidak sepadan dengan jawatan mereka mungkin menjadi kebimbangan kepada penubuhan IPCMC.

“Harus ada sebab mengapa mereka takut untuk menubuhkan IPCMC kerana mereka mempunyai alasan untuk takut bahawa mereka akan tertakluk kepada penyiasatan oleh IPCMC.

“Satu kes perlukan perhatian kamu ialah bekas pengarah CID (Jabatan Siasatan Jenayah), Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang ada AS$320,000 dalam akaun bank Australia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata ketua polis negara yang baru, Abdul Hamid Bador boleh melaporkan pegawai-pegawai berkenaan kepada SPRM untuk siasatan menyeluruh bagi menentukan sama ada gaya hidup dan aset mereka sesuai dengan pendapatan mereka.

Beliau juga memuji sokongan Abdul Hamid terhadap IPCMC walaupun terdapat bantahan dari dalam pasukan polis sendiri.

Anggota Parlimen DAP juga meminta Abdul Hamid meneliti beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi yang tidak dapat diselesaikan, termasuk kes Altantuyaa Shaariibuu, Teoh Beng Hock, Hussain Najadi, Kevin Morais dan “kehilangan paksa” Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy .

“Kontrak selama dua tahun sebagai IGP adalah pendek jika dibandingkan dengan dekad kerosakan yang dilakukan kepada sistem penguatkuasaan di bawah BN yang dilabel oleh Jabatan Keadilan AS sebagai ‘kleptokrasi yang paling buruk’.

“Oleh itu, saya menggesa anda menggunakan sepenuhnya penggal anda dan menegakkan keadilan tanpa rasa takut demi negara kita yang dicintai dan generasi rakyat Malaysia akan datang,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/474940?fbclid=IwAR1J-ogHijmn0gdrTq7HjS1Soi7u1ed5BYXe1lkKSFlHVxOc1USRI8nLjvQ

Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC)

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (kanan) menerima memorandum mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC) dari Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) SAC Sulaiman Yahaya (kiri) yang mewakili Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) pada Persidangan Agung Tergempar (EGM) persatuan tersebut di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini. Turut kelihatan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador (tengah). – Foto BERNAMA

Polis serah memorandum IPCMC dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Polis akan menyerahkan memorandum berkaitan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kepada kepemimpinan kerajaan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata ketika ini, pihaknya masih meneliti inti pati memorandum itu bagi memastikan ia dirangka secara menyeluruh.

Katanya, memorandum itu hasil daripada perbincangan menerusi Persidangan Agung Tergempar Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) yang bermula semalam hingga hari ini.

“Ada beberapa perkara yang dibincangkan dan dibentangkan seperti langkah proaktif yang boleh diambil pihak berkuasa dan luahan hati mereka berhubung isu tertentu berkaitan IPCMC.

“Memorandum itu sudah diserahkan kepada saya dan pucuk pimpinan polis untuk diteliti.

“Jika ada keperluan, wakil daripada persatuan terbabit akan dibawa bertemu wakil kerajaan membincangkan mengenai memorandum itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Tergempar PPKP dan PPRP, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Pada akhir tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata kerajaan bersetuju supaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai IPCMC.

Katanya, IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik ekoran banyak aduan diterima berkaitan anggota dan pegawai PDRM.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542990/polis-serah-memorandum-ipcmc-dalam-masa-terdekat