Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Peringatan yg baik dari Prof Ridhuan Tee buat bangsa Melayu… Jauhi Umno Pas

“Peringatan yg baik dari Prof Ridhuan Tee buat bangsa Melayu…”


Sudah… Sudahlah bangsa Melayu, jangan kerana kuasa, agama, bangsa, negara binasa…

Bersatulah membina negara ini daripada perancangan jahat ultra kiasu. Saya ni Cina (Islam), letih dah asyik berpesan kepada bangsa yang bukan bangsaku, tetapi dia seagama denganku.

Dilema sungguh hidup ini apabila tidak ada pilihan.

Saya cukup bimbang dengan pergolakan sesama bangsa, antara UMNO dan Bersatu di negeri Johor dan juga tidak mustahil sudah pun merebak ke negeri-negeri lain.

Tidak mustahil juga merebak ke pusat, kerana penghasut-penghasut begitu ramai. Ultra kiasu ketawa gembira, bertepuk tangan, terus menyerang dan melancarkan psywar dan psyop bagi melemahkan kita, menggugat kita, dan mempengaruhi kita.

Jika keadaan ini berlaku, tidak dapat dibendung, mungkin inilah hayat kerajaan yang paling singkat, setelah diambil daripada ultra ‘kiasu. Kenapa saudara semua tidak mahu ambil iktibar sejarah, sedangkan Allah sentiasa mengingatkan.

Kerana kuasa, bangsa binasa, kerana kuasa, agama jadi mangsa.

Berfikirlah untuk agama, bangsa dan negara. Jangan sampai negara ini jatuh sekali lagi kepada ultra kiasu.

Cukuplah dengan apa yang telah dialami selama 22 bulan yang lalu.

Ultra kiasu ini sedang menunggu detik-detik manis untuk kembali jika saudaraku terus lemah dan bertelingkah.

Percayalah, dunia ini, kuasa yang ada, harta yang menimbun, hanya sementara, tidak boleh bawa mati. Sampai masa, tinggallah ia di dunia.

Apa yang kekal di dunia yang sementara apabila kita telah tiada? Yang kekal apabila kita meninggalkan dunia ini adalah, agama, anak bangsa dan negara yang akan diwarisi oleh cucu cicit kita.

Sanggup saudara semua tinggalkan kepada ultra kiasu yang sebelum ini telah merobek-robek segala yang ada, apabila mereka bertakhta? Insaflah saudaraku.

Sepatutnya hari ini saudara semua, bekerja sehabis mungkin, sekuat mungkin untuk memutuskan COVID19. Pastikan negara ini terus selamat dan sejahtera.

Selain itu, benteras habis-habisan pendatang tanpa izin yang tidak kembali ke negara asal. Kita semakin risau, hari demi hari ada sahaja tangkapan demi tangkapan melibatkan pendatang tanpa yang ingin menetap negara ini bagi tujuan tertentu, terutama yang datang daripada China dan India dalam bilangan yang ramai.

Semalam sahaja, belum lagi kes sebelum ini, dilaporkan seramai 44 warga China ditangkap polis kerana terlibat dalam perjudian dalam talian. Ini tidak termasuk ratusan ribu yang telah diberikan Kad Pengenalan oleh ultra kiasu dahulu.

Saya tidak pernah hirau dengan pendatang Rohingya, Bangladesh, Nepal yang berada di negara ini meskipun pendatang tanpa izin, kerana mereka ini mudah sahaja untuk dikenali, dengan rupa bentuk fizikal, warna kulit dan beberapa ciri yang lain.

Tetapi bagaimana dengan pendatang Cina daripada China, dan India daripada negara India yang bukan warganegara, datang ke sini atas tiket pelancong, kemudian tidak balik-balik ke negara asal mereka. Mereka ini terlalu sukar untuk dikenali dan dijejaki kerana rupa paras dan bentuk sebiji sama seperti rakyat warganegara kita, Cina dan India di sini. Inilah yang paling membimbangkan.

Kita tidak tahu di mana mereka? kenapa kita tidak ambil kisah? Apatah lagi untuk masuk ke rumah-rumah ibadat mereka bagi tujuan pemeriksaan.

Apa yang mereka lakukan hari ini? Apa perancangan di sebalik?

Berapa ramai sebenarnya pendatang daripada India dan China yang tinggal di negara ini setelah tamat tempoh? Berapa ramai yang telah diberikan kad pengenalan oleh ultra kiasu? Sedarlah saudaraku.

Bulan puasa ini adalah bulan penyatuan, seluruh umat Islam berpuasa, tanpa berkecuali. Senangkan untuk menyatukan umat Islam kerana ibadatnya hanya ada satu tidak ada dua. Persoalannya, kenapa sukar sangat menyatukan umat Islam?

Jawapannya,
kita terlalu mengejar kuasa, pangkat, dan takhta.

Saudara masih tidak lagi berubah. Insaflah sebelum nasi menjadi bubur.
Bersatulah wahai Melayu seblm nasi menjadi bubur buat kali ke-2…

Tolong sebarkan jika sayangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air kita yang tercinta.

TANPA UMNO PAS, MELAYU DAN ISLAM AKAN SELAMAT.

PENGAJARAN BESAR BUAT RAKYAT MALAYSIA SEBELUM BN UMNO MENJUAL SELURUH TANAH MALAYSIA – JACK MA

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..Wilson Jack Ma Pengasas AlibabaGB

Jack Ma berkata,

“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?” Dia berkata “Sangat mudah… Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.