Kategori: Ajal Umnopas Semakin Hampir
Melayu Terhakis Kerana Umno
Pegawai Kanan Pejabat Peguam Negara Bersekongkol bocorkan maklumat SRC- Najib.
1. Sebelum beliau dicalonkan oleh Najib utk jadi Ketua SPRM yg baru, beliau adalah pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara sbg Timbalan Pendakwa Raya yg ketika itu baru bergelar Datuk.
2. Pada ketika itu beliau terlibat dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal SRC International yg melibatkan Najib.
3. Setelah mengetahui keadaan tidak menyebelahi Najib (Najib akan ditangkap & didakwa), Dzulkifli terus menelefon Najib & Rosmah tengah mlm pada 5 Januari 2016 utk membocorkan kepada Najib hasil siasatan SPRM yang diserahkan kepada peguam negara pada ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
4. Tiba² Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu telah dipecat dan diganti oleh Dzulkifli.
5. Tak lama slps itu Dzulkifli dianugerahkan pangkat TAN SRI !!!.. JasaMu Dikenang…
NAMPAK TAK !!.. Hebat percaturan penyangak #BossKau utk bersihkan diri daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung kes SRC & RM2.6 bilion ketika Najib & BN berkuasa dahulu..
Admin BMF Adalah Penjilat Najib
Rupa-rupanya propaganda politik murahan boosmu.
PH Mendahulukan Rakyat, Umnopas Mengutamakan Najib Dan Jho Low
Sebenarnya masa BN dah banyak berlaku ketidak stabilan. Antara contoh ialah isu pembekuan pengambilan penjawat awam. Begitu juga kenaikan banyak harga barangan. Jangankan kata bawang, tisu tandas pun naik harga zaman BN.
Kalau nak cerita janji BN yang tak ditepati, memang panjanglah senarainya. Kalau tak, takkanlah keluar ‘slogan JANJI DICAPATI’. Belum kira projek terbengkalai yang cuma tinggal papan tanda sahaja.
Tapi apa juga yang berlaku di zaman BN, ianya tidak se-havoc sebagaimana sekarang, ketika PH memerintah. Kenapa ya? Adakah kerana BN pandai mentadbir?
Bukan… Bukan kerana BN bagus. Tapi kerana pembangkang ketika itu, yang menjadi kerajaan sekarang ini, bersikap rasional.
Memang pembangkang ada menaikkan isu yang disebutkan. Tapi tujuannya adalah untuk membetulkan kerajaan. Berbeza dengan pembangkang sekarang.
Pembangkang sekarang tidak rasional dan bolehlah digelar sebagai dungu. Mereka menaikkan isu bukan untuk menegur kerajaan tetapi untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.
Pembangkang dahulu matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat. Pembangkang sekarang pula matlamatnya untuk mendapatkan kuasa. Rakyat sejahtera atau tidak, itu bukan concern mereka.
Sebab itu sekarang ini kita lihat bila ada sahaja isu, ia akan menjadi besar. Pembangkang akan cuba bangkitkan segala macam sentimen, daripada bangsa ke agama, untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Walaupun sekadar isu yang remeh.
Segala isu ini bukan petanda kelemahan pentadbiran PH. Kalau ada kelemahan PH pun, dari segi penyampaian maklumat. Tapi segala isu ini adalah bukti bahawa pembangkang kita benak dan berhati hitam serta jahat. Bahkan tidak ada sifat dan rasa bertanggungjawab terhadap kestabilan negara.
Anda yang selalu terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tanya diri anda sendiri. Adakah anda sanggup benarkan puak ini mentadbir negara? Apakah akan terjadi kepada negara jika diuruskan oleh puak yang penting diri dan haloba pada kuasa ini?
Fikirkan masa depan negara, masa depan anak cucu cicit kita. Mahukah kita wariskan negara yang musnah kepada mereka? Bolehkah mereka yang tidak punyai rasa tanggungjawab kepada negara seperti pembangkang hari ini pertahankan kemakmuran negara?
Jika sayangkan negara kita, wajib tolak dakyah pembangkang. Usah layan isu remeh. Itu akan jadi penanda aras buat mereka yang isu bodoh yang mereka utarakan tidak ditelan oleh rakyat.
Setelah itu berlaku, diharap mereka akan ubah teknik dan mulai menjadi rasional. Selagi rakyat melayan isu remeh dan bodoh yang mereka naikkan, selagi itu mereka tidak akan sedar, semakin naik lemak dan akhirnya, masa depan generasi kita yang terancam.
Fikirkan…
Kredit : Berita Politik Terkini
40 Kelab UMNO Luar Negara Tutup
KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 Kelab UMNO Luar Negara ditutup selepas kekurangan sokongan, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Wakil Kelab UMNO Edinburgh, United Kingdom, Mohamad Hafizuddin Mohamad Zaidi, ketika mendedahkan perkara itu, berkata daripada 60 kelab yang dianggotai pelajar Malaysia di luar negara sebelum ini, hanya 20 saja yang tinggal sekarang.
Beliau mengakui, ramai ahli Kelab UMNO Luar Negara meninggalkan kesatuan itu dan menyertai Kelab Bunga Raya yang dinaungi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas PRU lalu.
“Kami anak-anak di luar negara turut merasai keperitan sebuah perjuangan. Di saat Kelab UMNO Luar Negara mengalami kekangan perhatian dan sokongan, kelab di seberang sana seperti Kelab Bunga Raya disanjung dan dihormati….namun kami terus teguh berdiri.
“Ramai rakan kami meninggalkan kelab dan menyertai gagasan kelab yang baharu, sekali gus mengecilkan kewibawaan Kelab UMNO dan diri kami, tetapi kami masih kekal di landasan ini.
“Kami tidak mengeluh, tidak meminta apa-apa, tetapi cukuplah ayahanda (kepemimpinan UMNO) memberikan sokongan dan perhatian kepada kami,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Mohamad Hafizuddin bagaimanapun berkata, kekalahan BN pada PRU lalu satu hikmah dan kifarah untuk UMNO memperbaiki parti.
“Mungkin dulu kita leka dan alpa, bergelumang dengan wang dan kuasa, kita jarang menjadi pendengar setia kepada rakyat. Mungkin dulu kita rakus dan haloba mengejar cita-cita,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, sokongan golongan muda kepada Pakatan Harapan (PH) membangkitkan persoalan mengenai apa kurangnya UMNO.
“Kita lihat di sebelah sana. Walaupun tetap caca marba tetapi masih dekat di hati anak muda. Ini membangkitkan tanda tanya apa kurangnya UMNO dengan golongan sana.
“Apabila ditanya rakan kami di luar negara, (mereka berkata) bukan politik retorik perkauman yang kami mahu, tetapi politik matang yang boleh membantu. Bukan hanya kita bangsa Melayu, tetapi juga saudara-mara kita, Ah Chong dan Muthu,” katanya.

Yaakob Azman
Shahidan Yusoff
BerIta BENAR Macam Ni UMNO DAN PAS JARANG BAWAK KLUAR ,
INI Alamat UMNO NAK MAMPOS !
TERBAIK
PAS TERJERAT DENGAN UMNO
Kecoh baru-baru ni bila skandal PAS terima RM90 juta dari 1MDB dah mula terbongkar dan pendedahan Anwar Ibrahim yang PAS bayar RM1.4 juta dekat Clare untuk setel kes tu luar mahkamah. Kes ni mula panas bila UMNO nak berkawan dengan PAS sebab nak kuatkan pengaruh diaorang untuk lawan PH. Inilah akibat yang PAS terima kerana menjalinkan kerjasama dgn Parti UMNO yang sudah rosak dengan politik wang dan ras uah.
Tahniah kpd ANWAR kerana pendedahannya yang bakal memecahbe lahkan ukhwah dalam PAS. Isu RM90 juta tu kalau nak diikutkan tak menguntungkan PAS langsung sebab diaorang yang tersepit dalam isu ni. Tapi apa-apa hal pun Clare yang untung dalam isu melibatkan PAS ni.
Sama ada betul atau tak dakwaan Anwar ni, yang penting itulah apa yang PAS dapat bila diaorang bekerjasama dengan UMNO. PAS pun dah mula terpalit dengan tempias keja hatan UMNO dalam isu ni. Sebelum ni PAS boleh berdiri sorang dalam pentas politik tanpa bantuan siapa-siapa tapi sekarang bila PAS dah kesian dengan UMNO, buruk UMNO pun PAS dapat.
Tak perlu pun PAS ikut rentak UMNO yang gilakan kuasa dan harta sebab tengok je la macam mana Najib, Zahid dan Nazri bila diaorang ada dalam UMNO. Tiga-tiga orang ni dah rosakkan UMNO dan tak pernah insaf dengan keja hatan diaorang. Ahli-ahli UMNO pun dah tak nak diaorang ni ada dalam UMNO tapi masih gi-la jawatan lagi. Inilah padah kalau bekawan dengan UMNO.
MEREKA YANG TELAH MEMBUNUH UMNO DAN PAS
NAJIB, ROSMAH & ZAHID, sapa tak kenal dengan nama2 ni yang mewarnai landskap politik negara! Mereka bukan dikenali kerana jasa mereka pada negara tapi mereka diingati kerana kegagalan dan ketamakan mereka. Rakyat mengingati sampai mati tiga serangkai ni kerana mereka lah dalang yang mencetuskan kemelut besar yang memalukan negara Malaysia!
Wahai orang2 UMNO, korang sedar lah bahawa episod & sejarah hitam UMNO adalah berpunca daripada ketiga-tiga orang ni! Suatu ketika dahulu korang boleh bermegah dengan UMNO yang gah berdiri teguh tapi kini UMNO sudah lemah longlai kerana 3 serangkai ni. Lihat lah apa yang terjadi kerana mereka, UMNO & kerajaan BN tumbang pada PRU 14 kerana kesilapan besar NAJIB, ROSMAH & ZAHID!
Rakyat sememang dah muak dan meluat dengan mereka. Kerana tu lah rakyat menolak UMNO & BN yang dipimpin NAJIB dan ZAHID yang mana kita tahu dorang di queen control ROSMAH. Persoalannya sekarang, masihkah korang mahu menyimpan dan menerima mereka dalam UMNO? Masihkah korang mahu menanggung beban dan bala yang dibawa mereka? Luka pada UMNO akan lebih parah jikalau tiga serangkai ini terus berada dalam UMNO!
Jangan salahkan Tun Mahathir jika RoS haramkan UMNO – Rahim
Menurut Rahim, nama parti baharu untuk bekas ahli UMNO tidak boleh menggunakan nama UMNO lagi kerana nostalgia dan kecemerlangan UMNO dahulu. – Gambar REUTERS/Samsul Said
KUALA LUMPUR: Semua pihak yang berkepentingan diminta tidak menyalahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika UMNO terpaksa diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata,
situasinya akan menjadi sama seperti UMNO pernah diharamkan satu masa dahulu selain perlanggaran undang-undang yang sudah dibuat parti itu sendiri hari ini.
“Ketika UMNO terlalu kuat satu ketika dahulu di bawah kepimpinan Perdana Menteri keempat, rakyat bersetuju dengan keputusan dan tindakan mahkamah yang mengharamkan UMNO kerana berpendapat kedaulatan undang-undang adalah sendi dan tulang belakang kepada negara dan sistem pentadbiranya.
“Tiada masa depan bagi sesuatu negara dan rakyatnya tanpa pelaksanaan sepenuhnya konsep dan operasi kedaulatan undang-undang.
“UMNO kini bukan sahaja telah melanggar undang-undang tubuhnya sendiri (Perlembagaan) bila mengadakan perhimpunan agung tahunannya melebihi 18 bulan, gagal menghantar 50 peratus dari laporan tahunan mesyuarat agung 25,000 cawangannya kepada RoS malah kini penglibatan keseluruhan jentera dan personaliti parti dalam penerimaan dan penggunaan wang haram semakin terserlah dalam mahkamah dan media yang disaksikan rakyat,” katanya.
Rahim berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Selasa.
BACA: UMNO paling banyak terima dana 1MDB – KP SPRM
BACA: Mukhriz tidak tahu dana 1MDB disalur kepada UMNO Kedah
Sebelum ini, Ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada RoS berhubung dakwaan UMNO menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegasnya, UMNO harus dihukum kerana sebagai parti politik, ia tidak boleh menerima wang haram demi kepentingan parti itu.
Dalam pada itu, kata Rahim, kesalahan itu teramat besar jika dibandingkan dengan kesalahan UMNO ketika diharamkan pada masa lalu.
“Dari segi hakikatnya, berdasarkan kejituan kedaulatan undang-undang yang diamalkan di negara ini, parti-parti lain seperti MCA, MIC, Pas dan beberapa parti kecil di Sabah dan Sarawak mesti juga diharamkan bersama UMNO jika benar-benar mereka terlibat dalam penerimaan dan pengunaan wang haram dari duit yang dirompak.
“Senario ini mungkin pelik dan teramat luar biasa, sukar diterima dan tidak masuk akal. Tetapi pilihan kepada rakyat adalah sama ada mahu menegakkan kebenaran melalui kedaulatan undang-undang atau membiarkan sahaja pelanggaran undang-undang sewenang-wenangnya, amalan jenayah yang berleluasa serta tutup mata sahaja terhadap budaya rasuah yang terus mencekik leher negara tercinta ini?” soalnya lagi.
Sementara itu katanya, terdapat banyak kebaikan daripada tragedi pengharaman parti-parti politik yang korup di negara ini.
“Antaranya, bekas ahli UMNO boleh memilih untuk menubuhkan satu parti baru dengan nama baru serta berazam menjadi sebuah parti yang lebih bersih, berwibawa, bebas rasuah dan bebas penyelewengan.
“Situasi dalam UMNO sekarang amat tertekan dan tiada hala tuju. UMNO sudah menjadi parti keanak-anakan disebabkan mahu muncul dengan perjuangan dan idealisme baru setelah kecundang dalam PRU14 yang lalu.
“UMNO kini terpaksa menunggang kuda Pas untuk mempamerkan imej baru ini. Bukan sukar untuk memisahkan antara pemimpin UMNO yang ada wang tetapi korup dengan pemimpin yang tidak banyak wang tetapi berhasrat untuk membangunkan semula parti dengan ikhlas,” ujarnya.
Katanya lagi, yang menjadi mangsa kini adalah pejuang-pejuang kecil di kampung yang masih dikhayalkan dengan nostalgia perjuangan UMNO dahulu.
Menurutnya, parti-parti lain dari UMNO juga tidak lagi signifikan seperti dahulu.
“Ganti sahaja dengan nama parti yang lain. Kecuali MCA dan Pas. Seperti UMNO dahulu ketika diharamkan, MCA kena mencari satu formula untuk menyelamatkan harta mereka yang bernilai tidak sedikit.
“Namun dengan adanya kerjasama dan semangat serumpun Tionghua seMalaysia, urusan ini bisa dibereskan dalam masa terpendek,” jelasnya.
Manakala Pas pula, kata Rahim, tidak menjadi masalah besar kepada mereka asalkan nama Islam boleh digunakan semula dalam parti baharu kelak.
“Bagi Pas, nama Islam itu keramat dan telah menjadi modal politik yang paling laris sejak ia menjadi parti politik. Sama ada perjuangan Pas itu kotor atau bersih dalam laluan sejarah politik tanahair, ‘Islam’ itu yang dikudakan untuk mencapai matlamat politik mereka.
“Demi mempertahan dan memelihara Islam serta imejnya di negara ini, Pas tidak boleh menggunakan lagi nama Islam dalam parti baru mereka. Mereka mungkin boleh menggunakan nama ‘Muslim’ yang lebih reflektif terhadap perjuangan hamba-hamba Allah yang serba kekurangan daripada bertopengkan agama untuk aktiviti politik mereka,” tegasnya.
Jelasnya, seperti Pas, nama parti baru untuk bekas ahli UMNO tidak boleh menggunakan nama UMNO lagi kerana nostalgia dan kecemerlangan UMNO dahulu.
Katanya, nama UMNO yang hebat, cemerlang dan keramat dahulu akan disalahgunakan untuk mempamerkan ciri-ciri dan imej UMNO masa kini yang pada pandangan rakyat masih korup dan tidak amanah.

Pembayang Bayangan yang dibayang-bayangkan
Admin nak cakap satu je. Not bad. Not bad at all lah. UMNO ni sangat cekap sebenarnya. Masing-masing dah tau jap lagi dia akan masuk ke dalam. Bamboo River Resort and Spa dah calling-calling.
It is not a question of IF, it is a question of WHEN. Haaaaa, cam tu la lebih kurang.
So, awal-awal lagi Abah dan Daddy dah buat Peralihan Kuasa. Kak Long dan Yana dah masuk Training Camp. Omputeh kata SUCCESSION PLANNING. Sangat Proactive la. Terpegun jap Admin. Hahahahaaa.
Anyway, Kak Long masih Busy Gila update Facebook dia pasal kes Mahkamah Abah. 47 counts of charges kot. Tapi dia gigih jadi Spokesperson Abah. Apa yang tak keluar kat Mahkamah, dia pulak jadi Wartawan, posting panjang lebar kasi Defend Abah. Cam bagus. Kak Long ni tak sedar ke yang 405 tahun jel menunggu Abah yang tersayang. Paling banyak kes rasuah kat Malaysia ni. Abah lah yang Champion Kak Long ooiii. Amende la yang Kak Long terpekik terlolong kat Wall dia. Isssh, tak tau la kan. Suka hati kau la Kak Long.
Yana pulak – kau dah la tak bayar cukai. Ngelak sini-sana. Banyak jer alasan tak mau bayar cukai. Sekarang ni sebok tul Yana ni ikut Daddy berkempen. Cuma Yana belom naik moto. Teeshirt Bossku Yana dah lama pakai. Anak dia Adam, yang baby pun dah pandai sebut Bosskurrrrrr. Cute la jugak video tu.
Sekarang Yana sebok repost semua benda karut Daddy kat personal akaun dia. Jadi macam Shadow Cabinet Daddy pulak, tapi one man show. Yana dia pi sekolah tinggi, so kengkadang komen dia cam high-level la sikit pada Kak Long tu. Bukan sekolah caplang punya ok. Harvard Kennedy School of Government. Haaaa, tu dia! Respect sikit.
Beza Kak Long dan Yana apa dia? Kak Long dia speaking English pecah sikit – tapi ada Dato’.
Yana dia tak ada Dato’ tapi dia ada Ijazah hebat punya… English dia pun agak Powderful.
So, apa maksud semua ni? Nak ganti Daddy ke? Nak jadi ahli politik ke? Nak bertanding kat Pekan ke? Cerita la sikit. Takkan ambek gambar Daddy jer, pastu repost. Takkan jadi photographer jer kot kan. Mahal tu Daddy bayar yuran Harvard tuuuuuu. Kami tak sabar ni nak tau Inside Story.
Walau apa pun, kita tunggu kesudahan cerita Shadow Cabinet Daddy ni. Nanti bila Admin dapat Scoop baru, kita sambung story.
