Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

UMNO tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan PN – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

UMNO memerlukan jawatan dalam kerajaan dalam usaha membantu rakyat selain mengukuhkan lagi kedudukan parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak diberikan jawatan yang sewajarnya ketika ini di dalam kerajaan.

“Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli UMNO itu ada, kita tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan.

“Kedudukan dalam kerajaan ini penting kerana kalau tidak ada kedudukan, tidak ada kuasa, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat?” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.

Tajuddin yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak menyatakan tidak menjadi satu masalah besar untuk menempatkan salah seorang pemimpin UMNO untuk mengisi tempat Timbalan Perdana Menteri.

“UMNO juga ada sumbangan dalam kerajaan Perikatan Nasional, kalau nak kata kita (UMNO) gila kuasa, pangkat, kedudukan dan sebagainya dah berapa lama sebelum ini tiada isu tersebut bangkit.

“Kita sokong kerajaan Perikatan Nasional tetapi dalam masa sama jangan ambil kesempatan walaupun kita sokong dan tidak tuntut apa-apa sebelum ini,” katanya lagi.

Menurut sumber, malam ini bakal diadakan satu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam ini di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.

Tajudin sedia terima formula Anwar

Tajudin sedia terima formula Anwar

Tajudin sedia terima formula Anwar

KUALA LUMPUR: UMNO sedia memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Presiden PKR itu mempunyai formula yang boleh membahagiakan semua pihak di dalam parti itu sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka berpendapat Ketua Pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan.
Katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati sejak Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di mana mereka tidak memperoleh peluang berkhidmat kepada rakyat seperti yang diharapkan.

Ujarnya, ia sekali gus membantutkan kekuatan UMNO untuk kembali sebagai sebuah parti yang boleh memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu.

“Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain
“Umpamanya, sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya, (kalau sekiranya) pihak lain, UMNO, GPS (Gabungan Parti Sabah) atau Warisan.

“Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Tegasnya, parti itu turut memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Dalam pada itu jelas Tajuddin, kerjasama PN dilihat tidak boleh berkekalan sekali gus gagal bertahan untuk jangka masa panjang.
Oleh itu ujarnya, Kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan selain kekuatan sama rata kepada semua parti gabungan itu sendiri dalam pentadbiran negara.

Katanya, ia sekali gus langkah mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk melemahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri di dalam PN.

Anwar pada Selasa turut mendakwa mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan PN.
Dalam sidang media khas, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menerima senarai Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar dalam majlis menghadap pada Selasa.

Al-Sultan Abdullah juga telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-terkejut-jika-umno-beri-sokongan-kepada-anwar-tajuddin-263503

Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu

Image may contain: 1 person, smiling, text

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu yang mencalit abu atau vibuthi di dahi.

Walaupun Tajuddin hanya sekadar bertanya tentang vibuthi di dahi Ahli Parlimen Jelutong (DAP), RSN Rayer adakah abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng telah menghina masyakat India yangb beragama Hindu di negara ini.

Menurut Setiausaha Penerangan MIC Pusat merangkap Ketua Biro Muafakat Nasional, A Subash Chandrabose, tindakan Tajuddin akan mencetuskan rasa marah serta kecewa dalam kalangan penganut agama Hindu.

“Kita kini dalam proses membaik pulih persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Janganlah kamu burukkan keadaan lagi bak kata ‘menuang minyak tanah dalam api’.

“Ini hanya akan memudaratkan kita secara keseluruhan apatah lagi seandainya sokongan masyarakat India juga kini mula beralih arah kepada BN.

“Sebagai Ahli Parlimen yang telah lama bergelumang dengan dunia politik berbilang bangsa ini, sepatutnya beliau sudah boleh menghormati kepercayaan, budaya dan agama masing-masing.

“Perbuataan ‘bergurau senda’ tentang isu yang menyentuh sensititiviti perkauman seperti ini perlulah dielakkan seboleh mungkin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Rayer mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sama ada kementerian itu bersetuju memasukkan tokoh politik Pakatan Harapan seperti Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal singh dalam silibus Sejarah.

MGF20112019_PARLIMEN-MALAYSIA12
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Pada masa itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menepuk meja sambil berkata `komunis! komunis! komunis’.

Tajuddin kemudian mencelah bertanya Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Ini menyebabkan beberapa wakil rakyat kerajaan berdiri termasuk Ahli Palimen Batu Kawan, P Kasthuriraani meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu kerana  menghina penganut agama Hindu.

Rayer berkata, Barisan Nasional suka membangkitkan isu perkauman menyebabkan beberapa wakil rakyatnya berdiri mengatakan dakwaan Tajuddin bersifat individu dan tidak mewakili parti berkenaan.

Tajuddin kemudian menjelaskan beliau bertanya soalan itu kerana tidak mahu Rayer dituduh menggunakan abu mayat Chin Peng didahinya.

Subash yang juga Exco Pemuda MIC Kebangsaan turut mengingatkan bahawa Ahli Parlimen merupakan platform yang digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukan sebaliknya.

“Parlimen adalah untuk melakar polisi, membawa isu rakyat, negara, usul sesuatu permasalahan selain mencari penyelesaian bagi perkara yang membabitkan rakyat.

“Tolonglah, tolonglah berbahas dengan fakta bukan emosi. Bahaslah dengan logik akal demi rakyat dan untuk rakyat.

“Jangan sehingga ada keperluan untuk memalukan kaum, kepercayaan, agama seseorang itu. Itu sangat tidak baik dan langsung tidak menunjukkan sifat seorang pemimpin.

“Muafakat sebenarnya akan terbentuk jika kita memahami dan menghormati sesama kita terlebih dahulu,” ujarnya. –MalaysiaGazette

MIC SUDAH BUNYIK.. 😁
______________

Ahli Parlimen Pasir Salak (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu yang mencalit abu atau vibuthi di dahi.

https://malaysiagazette.com/2019/12/03/tajuddin-ditegur-mic-isu-abu-di-dahi/