Pengalaman selama jadi doktor
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stres,(tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin ahmar (strok).
Saya ingin berkongsi cara saya tangani stress
1-Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakal kpd Allah sambil berusaha menanginya stres.
2-Saya redha dengan ketentuan Allah.
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya.
3-Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
4-Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
5-Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
6-Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggal dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
7-Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit.
8-Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
9-Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stres lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.
Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress.
10-Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
11-Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
12-Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
13-Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
14-Amalkan gaya hidup yang
sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
15-Cuba amalkan panduan-panduan tersebut, inshaAllah kita boleh mengawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleih terusķ berkhidmat kpda agama dan bangsa. Aamin.
https://www.facebook.com/hamidarshat45/