Lebih 30,000 syarikat bungkus sejak Mac

Lebih 30,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menutup operasi mereka sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 yang bermula pada Mac lalu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan jumlah itu berdasarkan statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“9,875 menutup operasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac sehingga 9 Jun 2020.

“22,794 syarikat dan perniagaan menutup operasi bagi tempoh PKP iaitu 10 Jun sehingga September 2020,” katanya ketika menjawab soalan June Leow Hsiad Hui (PH- Hulu Selangor).
Terdahulu, June bertanya bilangan PKS yang menamatkan operasi mereka akibat pelaksanaan PKP dan penularan Covid-19 serta apakah langkah kementerian untuk mengatasinya.

Tambah Wan Junaidi, jumlah penamatan operasi syarikat dan perniagaan tertinggi dicatatkan pada bulan Ogos iaitu sebanyak 17,800.

Susulan kemunculan gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini, kerajaan telah mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ke atas semua negeri kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis.
Sementara itu, Wan Junaidi turut berkata, kementeriannya telah menjalankan dua kaji selidik secara dalam talian semasa tempoh PKP dan pasca PKP bermula 15 Julai sehingga 17 Ogos lalu.
“8.85 peratus usahawan telah menutup perniagaan sepenuhnya (gulung tikar) semasa tempoh PKP, manakala jumlah tersebut berkurangan kepada 1.39 peratus semasa pasca PKP.
“Majoriti usahawan yang menutup operasi perniagaan semasa PKP dan pasca PKP adalah usahawan mikro, masing-masing sebanyak 79.53 peratus dan 70.83 peratus,” katanya lagi. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/terkini-lebih-30000-syarikat-bungkus.html

Permintaan Najib mengenai KWSP dan moratorium adalah isyarat untuk tolak Muhyiddin -MP PAS

Ahmad Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri Najib Razak semalam ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.
Dia juga berpendapat, amat janggal untuk ahli parlimen Pekan mengenakan sokongan bersyarat seperti itu.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan, hidangan nyamuk sekian sekian namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.
Dia berkata demikian semasa sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Najib berkata, sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 kali ini adalah sokongan bersyarat, kerana, Umno masih menuntut kerajaan supaya melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Sementara itu, Ahmad Fadhli juga menyambut baik pembentangan Belanjawan 2021 yang menyebut bahawa moratorium kali ini akan dilakukan secara bersasar.
Dia berpendapat keadaan seperti itu dapat mengelakkan pembaziran, membantu sektor perbankan serta dapat meningkatkan ekonomi negara.

“Walaupun kita yakin ramai perlukan moratorium tetapi saya lebih yakin ada yang tidak memerlukan (moratorium) kerana data kerajaan ada mencatatkan ketidakperluan beberapa golongan untuk lanjutan itu,”katanya lagi.
Namun dia mencadangkan agar proses dokumen lanjutan moratorium itu tidak terlalu leceh dan memudahkan golongan bersasar itu.

“Jangan payahkan dengan beberapa dokumen dan pelbagai proses bankrasi. Ini pendirian saya untuk nyatakan isu moratorium,” katanya.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 hanya boleh dibuat secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Malah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga menegaskan pengeluaran dari akaun 1 KWSP akan disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja.
Namun terdapat segelintir ahli parlimen dari kerajaan mahupun pembangkang menggesa kerajaan agar melanjutkan moratorium secara pukal lagi enam bulan dan pengeluaran akaun 1 KWSP sehingga RM10,000. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/permintaan-najib-mengenai-kwsp-dan.html

Pemimpin Umno kini mahu mandat rakyat dikembalikan

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamatkan rakyat dan negara daripada kelemahan kepimpinan negara hari ini, kata tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Shahir berkata, permintaan awal UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Mac lalu sememangnya tepat bahawa jalan yang terbaik bagi menyelesaikan krisis politik negara ialah dengan kembali kepada mandat rakyat.

Menurutnya, kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan kehidupan mencabar ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, beliau sebelum ini pernah ditanya mengapa beliau perlu memberi hujah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah negara.

“Kesilapan Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara boleh mengatasi wabak Covid-19 sebenarnya telah membuka kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri.

“Ia suatu tindakan yang terdesak dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang Tan Sri Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrir memberitahu, apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh Seri Paduka Baginda, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya itu.

Seterusnya, beliau berkata, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021.

“Sekarang bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari Yang di-Pertuan Agong yang bertitah agar Belanjawan 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

“Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah Tan Sri Muhyiddin!,” katanya.

Tambah beliau, Muhyiddin dan PN juga ibarat sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah-kalah’ apabila Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat.

“Nak ditolak saranan BNBBC pun susah, untuk diterima pun lagi kelihatan lemah PN.

“Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baharu 30 bulan dahulu, mandat rakyat melalui PRU14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan manfaat untuk mereka,” katanya.

Katanya, UMNO-BN bersabar dan sanggup mengetepikan keresahan menyokong sesetengah pemimpin yang pernah mengkhianati UMNO untuk mereka duduk sebagai pemerintah.

“Sudah tahu dengan pasti mereka (pemimpin) itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi. Mungkinkah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?” Katanya.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110047/BERITA/Nasional/Hanya-mandat-rakyat-mampu-selamatkan-negara-Shahrir-Samad

PSB dan DAP jalin kerjasama hadapi PRN Sarawak

PSB dan DAP mungkin jalin kerjasama hadapi PRN Sarawak

Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan DAP pada pilihan raya negeri ke-12, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan parti lain yang berkongsi matlamat dalam perjuangan politik mereka bagi membantu rakyat di negeri tersebut.

“Bagi kami, kami akan bekerjasama dengan orang yang berfikiran sama, berkongsi wawasan dan misi serupa, jika ia baik untuk rakyat di Sarawak, mengapa tidak?” katanya pada sidang akhbar ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini berhenti rehat.

Soon Koh, yang juga ADUN Bawang Assan adalah Menteri Kewangan Kedua Negeri Sarawak sebelum beliau melepaskan jawatan itu setelah membuat keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tahun lepas.

Tiga lagi wakil rakyat yang bersama-sama beliau menyertai PSB ialah Datuk Ranum Mina (Opar), Johnical Rayong (Engkelili) dan Baru Bian (Ba’ Kelalan) yang juga Ahli Parlimen Selangau. Ahli Parimen Sri Aman, Masir Kujat turut menyertai parti itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengiringi Soon Koh pada sidang akhbar itu berkata, mereka boleh bekerjasama dengan PSB seperti yang dibuktikan hari ini apabila mereka bersama-sama membantah pindaan terhadap Perkara 16 Perlembagaan Negeri Sarawak semasa sidang DUN.

Rang undang-undang bagi pindaan itu bagaimanapun telah ditangguhkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada akhir perbahasan atas alasan anomali dan penjelasan bagi tafsiran dalam rang undang-undang tersebut perlu ditangani terlebih dahulu.

“Kami daripada DAP dan PSB, kami telah menyatakan bantahan keras kami terhadap pembentangan rang undang-undang ini pagi tadi atas dasar bahawa DUN adalah benteng terakhir bagi mempertahankan hak-hak serta keistimewaan Sarawak,” kata Chieng Jen. –

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/109541/BERITA/Politik/PRN-Sarawak-PSB-mungkin-jalin-kerjasama-dengan-DAP

Warga Armenia Membakar Rumah Mereka Sebelum Meninggalkan Nagorno Karabakh.

SUBSCRIBEDفي منطقة كالبجار، يحرق بعض الأرمينيين منازلهم، حتى لا يتمكن أي أذربيجاني في المستقبل من استخدامها. بموجب شروط اتفاق وقف إطلاق النار الموقع بين أرمينيا وأذربيجان يوم الثلاثاء، سيتم إعادة تسليم عدد من المناطق التي يسيطر عليها الأرمن إلى أذربيجان. للمزيد من الفيديوهات زوروا صفحتنا http://www.bbc.com/arabic/media اشترك في بي بي سي http://bit.ly/BBCNewsArabic

Serangan Bom Di Jeddah

لم ينته الإرهاب والتطرف الذي ادعى ابن سلمان أنه سوف يقضي عليه .. تفجير جديد في جدة استهدف مقبرة لغير المسلمين أثناء حضور مجموعة من القناصل بينهم القنصل الفرنسي واليوناني قداساً لإحياء ذكرى الحرب العالمية الأولى مما أدى لسقوط جرحى بينهم دبلوماسيون تابعونا عبر الروابط التالية: فيسبوك https://www.facebook.com/jalaamedia/ يوتيوب https://www.youtube.com/c/JalaaMedia تويتر https://twitter.com/jalaamedia تلغرام https://t.me/Jalaamedia ———————————————————- داشر_تون# يوتيوب https://bit.ly/2W3aFyi فيسبوك https://www.facebook.com/DasherToon/SHOW LESS