4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!
1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.
Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!
3. Mudah Berpatah Balik!
Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.
Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂
4. Sah & Kurang Risiko!
Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Izinkan Saya Perkenalkan Diri!

Nama saya Haniza Rashid. Saya seorang perunding kerjaya. Pengalaman saya bekerja di Singapura serta bekerjasama dengan agensi pekerjaan yang berdaftar dari Singapura membolehkan saya melihat pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia apabila mahu bekerja di Singapura.
Pelbagai persoalan dan ketakutan muncul dan bermain di fikiran mereka.
Disebabkan itu, saya telah mengambil keputusan untuk menulis sebuah panduan yang dapat membantu dan memberikan gambaran yang jelas, kepada mereka yang berminat untuk bekerja di Singapura, supaya mereka dapat memulakan langkah di dalam mencari peluang pekerjaan di Singapura dengan lebih yakin dan mudah.
Memperkenalkan Ebook Panduan Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura!
Di dalam ebook ini, saya memberikan panduan yang lengkap dari A to Z.
Dari mula tentang bagaimana mencari kerja? Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bagaimana untuk masuk ke Singapura? Nak bawak kereta atau motorsikal? Di mana mahu tidur dan bermalam sebelum dan selepas mendapat kerja? Bagaimana pembayaran gaji? Permit Kerja? Makan macam mana? Solat? Telefon? Bahasa? dan bermacam-macam lagi info yang padat dan penting yang pastinya akan dapat membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bekerja di Singapura!
Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini!
Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan!
Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!.
Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.
Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.
Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.
Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.
Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.
Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.
Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.
Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.
Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.
Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.
- Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
- Perihal tentang gaji?
- Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
- Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
- Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
- Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
- Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
- Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?
Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini!
MAAF! Bukan Semua Orang Sesuai Bekerja Di Singapura!
Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah! Anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di Singapura.
http://www.kerjasingapura.com/