Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Polis rakam kenyataan Latheefa isu rakaman suara Najib – Tahniah Diatas Keberanian Latheefa Membongkar Kejahatan Najib.

Bukit Aman merakam kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berhubung isu rakaman perbualan bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan skandal 1MDB.

Pasukan 10 anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang ini, lapor Star Online.

Malaysiakini sudah menghubungi Latheefa bagi mendapatkan maklum balasnya.

Isnin lepas, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkan maruah dan integriti Latheefa selepas beliau mendedahkan rakaman kontroversi itu.

Pegawai itu juga menyerahkan senarai nama yang didakwa terlibat dalam komplot tersebut, termasuk beberapa peguam. Identiti mereka tidak didedahkan kepada media.

Pada 8 Jan, Latheefa mengadakan sidang media untuk mendedahkan audio perbualan selepas rakaman disahkan sebagai sahih.

Dikatakan, perbualan tersebut berlaku antara Januari hingga Julai 2016, Najib didapati dalam satu klip meminta putera Emiriyah Arab Bersatu untuk membantu melindungi anak tirinya Riza Aziz daripada siasatan Jabatan Kehakiman AS(DOJ) terhadap 1MDB.

Dalam klip lain, bekas ketua SPRM Dzulkifli Ahmad membincangkan siasatan 1MDB dengan Najib, isterinya Rosmah Mansor dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim.

Rakaman itu dikatakan dibuat ketika Dzulkifli masih menjadi timbalan pendakwa raya.

Pendedahan klip ketiga adalah perbualan antara Najib dan isterinya, yang antaranya Rosmah didapati ada meninggikan suara ketika memberi nasihat kepada suaminya mengenai isu 1MDB.

SPRM kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan rakamannya kepada pihak berkuasa. SPRM berkata mereka menerima rakaman tersebut daripada sumber yang tidak didedahkan.

Walaupun Latheefa mendakwa rakaman itu mendedahkan konspirasi dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan 1MDB, namun Najib berhujah bahawa perbualan membuktikannya dirinya tidak berbohong.

Najib juga memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap ketua SPRM itu.

Najib kini sedang dibicarakan berhubung skandal 1MDB.

https://www.malaysiakini.com/news/507366?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0ZWe5Jyy_UA0z-cFG11ZKbA4dmbHl8FKIlFYnkaIgFrOT06NdiuV4g3Ys

 

Polis Dibenarkan Pintas Komukasi Berunsur Jenayah Seksyen 116C Kanun Tatacara Jenayah. Tahniah Latheefa Dan SPRM Yang Berintegriti.

Image may contain: 2 people, text

Undang-undang yang dipinda zaman Najib makan diri?

PINTASAN KOMUNIKASI ADALAH SAH DAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG !!

Pindaan Kanun Tatacara Jenayah (CPC), membenarkan pemintasan dan perakaman perbualan peribadi dibuat pada tahun 2012, zaman pentadbiran Najib lagi.

Selepas pindaan itu, maka kerajaan dibenarkan mengintip perbualan rakyat jika didapati melanggar undang-undang.

Maka hari ini kita dapat dengar konspirasi menutup skandal 1MDB dari pintasan serta rakaman perbualan Najib, Rosmah, Putera Mahkota Dubai, Azeez Rahim, Bekas Ketua Pengarah SPRM dan pembesar-pembesar asing.

Kamu sendiri yang pinda undang-undang, dan kamu sendiri yang menjadi subjek kepada undang-undang itu. Inilah yang dinamakan “senjata makan tuan”

#HasilSumpahLaknat
#SayaTakTahu
#SayaTakIngat
#BukanTakutBini

https://web.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1491066671071845/?type=3&theater

SPRM jejak RM18.9 bilion dana 1MDB – Tahniah SPRM & Latheefa

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata penerima dana 1MDB masih belum dapat dipastikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2019.

AGENSI antirasuah masih menjejak dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM18.9 bilion yang masih belum dipastikan penerimanya, kata Latheefa Koya.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata jumlah itu melibatkan aset dalam bentuk saham, kenderaan dan lain-lain.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/194833?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3JVdr2Zt_4Rgwc7nEqBeTk2lPss8u1RcqefWt_Mv3GRC1NV4w1a-OgpBA

NOTA ; SPRM MENJALANKAN ARAHAN ALLAH SWT YANG MAHA MULIA DAN MEMIKUL TUGAS PARA NABI.

Dakwaan PAS terima dana 1MDB masih diteliti, kata SPRM – Tahniah SPRM Dan Latheefa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya berkata ia antara kes berkepentingan awam dan melibatkan orang kenamaan yang diteliti semula.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2019.

KES yang mempunyai kepentingan awam seperti tuduhan parti PAS menerima dana 1MDB melalui Umno masih diteliti, kata Latheefa Koya.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu berkata ia antara kes berkepentingan awam dan melibatkan orang kenamaan yang diteliti semula.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/190602?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3yhU8xDVOsBC1Psi7_FlJjFDerh7Cnh810rVa8ATvNZXUPXE0VvY0zA5w

Mas Ermieyati dikeluarkan daripada senarai kompaun 1MDB? Ini jawapan SPRM

Mas Ermieyati dikeluarkan daripada senarai kompaun 1MDB? Ini jawapan SPRM

Sebelum ini, Latheefa mengesahkan seramai 80 individu dan entiti sudah menerima notis kompaun daripada SPRM berkaitan kes 1MDB . – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menolak dakwaan kononnya nama Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dikeluarkan daripada senarai individu yang dikenakan kompaun berkaitan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi kenyataan media pada Khamis, Latheefa berkata, senarai penuh mereka yang dikenakan tindakan kompaun belum muktamad (not exhaustive).

“Pendekatan SPRM adalah untuk memberi keutamaan kepada jumlah-jumlah yang lebih besar.

“Kriterianya adalah jumlah wang terlibat dan bukan perkara lain.

“Suruhanjaya ini akan mengambil tindakan secara rapi dan teratur serta akan terus mengambil langkah mendapatkan balik wang 1MDB yang merupakan milik rakyat, secara berperingkat tanpa memihak kepada sesiapa,” katanya.

BACA: 80 individu, entiti terima notis kompaun RM420 juta

Sebelum ini, Latheefa mengesahkan seramai 80 individu dan entiti sudah menerima notis kompaun daripada SPRM berkaitan kes 1MDB .

Jumlah notis kompaun berkaitan kes 1MDB yang membabitkan senarai berkenaan bernilai RM420 juta.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mas-ermieyati-dikeluarkan-daripada-senarai-kompaun-1mdb-ini-jawapan-sprm-219701

SPRM kompaun 80 penerima 1MDB untuk dapat semula RM430 Juta- Tahniah SPRM Dan Latheefa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang mengalir keluar daripada 1MDB.

Berdasarkan senarai, antara yang menerima notis kompaun tersebut termasuk bekas pengerusi kumpulan CIMB Nazir Razak, anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan bekas Pengerusi Felda, Shahrir Samad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah notis kompaun bernilai RM420 juta itu perlu dijelaskan oleh mereka dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Jelasnya, tindakan itu disiasat mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Iklan

Sekiranya gagal membayar kompaun itu, pihak terbabit akan dihadapkan ke mahkamah, katanya.

“Semua wang yang terlibat ini adalah milik rakyat dan SPRM akan menuntut semula sebanyak yang mungkin.

“Wang yang terlibat keluar ini melibatkan transaksi melalui bayaran cek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Menurut Latheefa, Nazir yang juga adik kepada bekas perdana menteri Najib Razak, adalah antara individu menerima jumlah wang tertinggi daripada senarai 80 penerima iaitu berjumlah RM25.7 juta.

Katanya, bagi syarikat pula, penerima wang tertinggi ialah Solar Shine Sdn Bhd yang menerima RM134 juta.

Turut menerima notis ialah bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri, Mohamad Fatmi Che Salleh, Puteri Umno Malaysia, Badan Perhubungan Umno Perak dan Pulau Pinang, 15 Umno bahagian, MIC, Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor, Parti Rakyat Sarawak, Gerakan Kedah dan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Kedah.

Organisasi yang turut menerima wang berkenaan ialah Koperasi Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan Berhad, MASCOM Communications, IPF Building Fund serta Badan Rekreasi dan Komuniti Pengerang, selain 23 syarikat.

 

https://www.malaysiakini.com/news/494721?fbclid=IwAR26_ACXOE-S2nNtHmz9JN3VGC_g4KghJnfpVhBxk0a2uO3jerQGC-cbKOo

 

No photo description available.

Sprm dah hantar notis kepada 80 individu menuntut kembalikan wang curian 1mdb🖒🖒🖒

SPRM tahan bekas pengarah kastam negeri – Tahniah SPRM Dan Latheefa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah Jabatan Kastam negeri dan dua pengarah syarikat swasta semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, ia sebahagian daripada tindakan agensi itu menangani rasuah berkaitan penyeludupan serta pembalakan dan perlombongan haram.

“Bekas pengarah negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua suspek (pengarah syarikat swasta) ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

“Wang tunai dengan jumlah yang besar turut dirampas ketika penahanan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mahkamah majistret Kota Bharu membenarkan permohonan perintah reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga suspek pagi ini.

“SPRM juga membeku akaun suspek, individu lain serta entiti berkaitan. Secara keseluruhan, akaun 20 individu dan empat entiti telah dibekukan,” katanya lagi.

Pada 27 September lalu, Latheefa berkata rasuah dalam pembalakan dan perlombongan haram – yang membabitkan alam sekitar dan kepentingan awam – kini menjadi keutamaan SPRM

Menurut Berita Harian, Latheefa berkata SPRM sedang menyusun strategi dengan kaedah yang lebih canggih untuk membanteras masalah itu memandangkan pihak yang terlibat “sudah mengetahui sistem yang ada”.

https://m.malaysiakini.com/news/493725?fbclid=IwAR08d0Xz7fY5I__Y2EruCD6CVy2JfFgofLBtYWHFnWqovKqquAgn4lYAN9w

Mahkamah majistret Kota Bharu membenarkan permohonan perintah reman selama lima hari terhadap ketiga-tiga suspek pagi ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah Jabatan Kastam negeri dan dua pengarah syarikat swasta semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, ia sebahagian daripada tindakan agensi itu menangani rasuah berkaitan penyeludupan serta pembalakan dan perlombongan haram.

1 menara kelantan 21 menara kelantan 31 menara kelantanisu-tanah-kelantanSlogan+Felda+Vs+Ladang+RakyatngehFlyers+12+LADANG+RAKYAT1 A TERANCAM1 KENCING AAAAAA1 A PENYAMUN MSIA

Semai rasa benci, jijik terhadap rasuah – Tahniah SPRM & Latheefa

PUTRAJAYA: Menyemai rasa benci dan jijik terhadap rasuah bermula di peringkat sekolah menjadi antara keutamaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.

Mengakui program antirasuah sedia ada tidak mencukupi untuk menyemai nilai berkenaan, Latheefa berkata beliau akan memberi penekanan terhadap aspek pencegahan rasuah melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat di bawah Sektor Pencegahan SPRM.

Katanya, kajian SPRM beberapa tahun lalu menunjukkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup mengambil dan memberi rasuah jika ada peluang, membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dalam nilai masyarakat hari ini.

Menambah lagi permasalahan itu, beliau juga mendedahkan penjawat awam yang paling ramai ditahan SPRM kerana terjebak dalam rasuah adalah pegawai muda.

“Oleh itu, saya merasakan SPRM harus memulakan langkah untuk melihat semula isu ini dan inilah cawangan pencegahan sedang lakukan ketika ini, malah kami sendiri akan bertemu dengan Kementerian Pendidikan pada Ogos ini untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Langkah ini salah satu inisiatif yang perlu dilakukan SPRM seperti dikehendaki dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP),” katanya dalam wawancara bersama akhbar dan stesen televisyen kumpulan Media Prima di pejabatnya di sini.

Sebelum ini, media pernah melaporkan hasil kajian dijalankan SPRM pada 2016 terhadap 1,000 penuntut universiti mendapati 16 peratus daripada mereka sanggup menerima rasuah, manakala 18.5 peratus pula sanggup memberi rasuah.

Sementara itu, Latheefa berkata pihaknya turut meminta semua kerajaan negeri menubuhkan unit integriti bagi memastikan tidak berlaku rasuah dan penyelewengan dalam agensi negeri serta projek yang membabitkan dana besar.

Katanya, SPRM sedia bekerjasama bagi melatih pegawai untuk ditempatkan di unit itu, atau SPRM sendiri menghantar pegawai integriti ke agensi mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata, sejak lima tahun lalu SPRM menempatkan pegawai integriti di pelbagai agensi dan GLC di bawah Kerajaan Persekutuan, terutama yang melaksanakan projek dengan dana besar.

“Pegawai integriti inilah yang menjadi mata dan telinga SPRM di agensi serta GLC, (hasilnya) dua tahun kebelakangan ini banyak kes dibongkar termasuk membabitkan FELDA Global Ventures Bhd (FGV).

“Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga banyak (tangkapan) sebab kita ada orang dalam (pegawai integriti) yang faham apa sedang berlaku.

“Jadi, saya harap GLC dan jabatan besar hendaklah menempatkan pegawai integriti, SPRM akan bekalkan (pegawai) dan kita akan pantau,” katanya.

Ketika ini, seramai 56 pegawai integriti SPRM ditempatkan di agensi awam serta 15 di GLC di bawah Kerajaan Persekutuan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/587324/semai-rasa-benci-jijik-terhadap-rasuah?fbclid=IwAR2AArP5oN0lPDUXwKRqNNaAtKmu5cW7SDzkeX4ECXD4NtWxOfAffagt8ig

 

Bicara Kes 1MDB Libatkan Najib RM2.28 Bilion Bermula 19 Ogos – Tahniah SPRM & Latheefa

Terimakasih mahkamah bertegas teruskan bicara Najib PM pecah amanah gubah haram 1mdb bulan Ogos. – Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB — in Taif City, K.S.A.

ADUN BN, kerani seleweng dana NBOS ditahan SPRM – Tahniah SPRM & Latheefa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan dua individu termasuk seorang wakil rakyat bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), tiga tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bekas seorang kerani wanita masing-masing berusia 57 dan 34 tahun itu ditahan selepas dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata pemimpin lelaki terbabit adalah bekas EXCO kerajaan negeri Melaka memegang portfolio Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), manakala wanita terbabit adalah kerani di JAPERUN berkenaan.

“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu kes berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif ‘Strategic Linkage’ di bawah Program NBOS tahun 2016 untuk negeri Melaka yang disalurkan kepada JAPERUN.

“Kedua-dua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk pertuduhan esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan penahanan kedua-dua individu berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu mengemukakan tuntutan palsu.

https://www.bharian.com.my/…/adun-bn-kerani-seleweng-dana-n…