Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PAS tegas tidak akan bersama kerajaan baharu

Kemelut politik yang berlaku di Perak seharusnya dibincangkan terlebih dahulu di meja rundingan sebelum sebarang tindakan dilakukan, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, apa yang berlaku itu mungkin melibatkan beberapa faktor sehingga menyebabkan tindakan untuk mengusulkan undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, Pas melihat perkara tersebut perlu diselesaikan secara menyeluruh kerana ia boleh memberi kesan kepada banyak pihak.

“Kita kena tengok penyelesaian secara menyeluruh bukan sahaja di satu negeri kerana ia juga membabitkan negeri-negeri lain termasuk kerajaan Pusat dan sebagainya

“Pendirian Pas, kita tidak akan bersama kerajaan baharu. Kita mempunyai Exco dan apabila kerajaan baharu dibentuk, kita tidak ada Exco,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan di Taman Desa Wangi di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan untuk membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Parti Amanah Negara (lima), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (lima), Parti Keadilan Rakyat (tiga), Pas (tiga), manakala Parti Gerakan Gerakan Rakyat Malaysia dan Bebas masing-masing satu.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/113424/BERITA/Politik/Patut-bincang-dulu-sebelum-buat-keputusan-Tuan-Ibrahim

MP Pas berubah sejak bersama team semburit – Pemuda Umno

Pemuda Umno kata MP Pas berubah sejak bersama team semburit

Exco Pemuda Umno Malaysia, Wan Muhammad Azri mendakwa nada Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari telah berubah nadanya sejak bersama dengan team semburit.

Terma ‘team semburit’ itu dipercayai merujuk kepada kem Dato’ Seri Azmin Ali.

Menurut Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo, mulut longkang seperti pemimpin Pas ini menjadi punca huru hara antara penyokong Pas dan Umno.

Azri merujuk kepada kenyataan Fadhli Shaari berhubung isu undi percaya yang diusulkan Umno di Dewan Negeri Perak yang menyaksikan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu tumbang.

“Ni antara punca yang halakan serangan kepada UMNO. YB PAS dari Pasir Mas ni sejak bersama dengan team Semburit nada dah berubah.

“Yang bertukar hanyalah Menteri Besar dan bukan nya kerajaan PN di Perak. Tapi kerana mulut longkang seperti ini lah jadi huru hara antara penyokong PAS & UMNO.

“Kepada YB Ahmad Fadhli Shaari, demo tak kenal bare Boh. Jangan main hikayat sangat takut demo kena semburit alik belakang,” kata pimpinan Pemuda Umno itu.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=466747524725599&id=100506774683011

FITNAH UMNO KERJASAMA DENGAN DAP

FITNAH UMNO KERJASAMA DENGAN DAP
Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Rentetan isu politik di negeri Perak baru-baru ini, UMNO telah diserang dengan pelbagai fitnah daripada cytro murahan yang sememangnya amat diketahui daripada pihak mana.

Ada yang menuduh kononnya UMNO telah terpesong dari landasan perjuangan sebenar kerana bekerjasama dengan pihak parti DAP dalam usul percaya tersebut.

Alasannya sangat melucukan kerana hanya bersandarkan kiraan undi semata mata tanpa memikirkan faktor faktor lain.

Apapun sekiranya pihak tersebut berpendapat UMNO bemain mata dengan DAP atas alasan tersebut, maka pihak ini juga seharusnya menggunakan alasan yang sama bahawa PPBM telah bermain mata dengan DAP ketika undi kelulusan bajet yang lepas. Kerana ada sebahagian DAP dan PKR tidak bangun menyertai usul undi belah bagi yang dibawa oleh rakan sebantalnya seramai 13 orang dalam Parlimen.

Malahan bukan setakat DAP, tetapi PKR juga boleh dikaitkan sekaligus. Apatah lagi rakyat di luar sana sering melabelkan PN ini adalah PH 2.0 lantaran masih bertimbun-timbun lagi lantikan politik dari era PH yang masih menjawat dalam pelbagai GLC kerajaan.

Bukan setakat di situ sahaja, kes-kes yang berlaku pada zaman PH 1.0 sebelum ini juga masih berlonggok-longgok yang kelihatannya sekadar bakal menjadi fail lapuk selama lamanya.

Cytro upahan parti 𝗧𝗿𝗼𝗷𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗿𝘀𝗲 ini dinasihatkan agar merujuk fakta-fakta sejarah terlebih dahulu demi mengelakkan parti yang membayar upah kepada anda tidak jatuh air mukanya akibat kejahilan serangan melulu yang menjadi perangkap makan tuan.

Tidak wujud satu fakta sekalipun UMNO bersama DAP. Bahkan di media-media dulu, kini dan InshaAllah selamanya. Pihak yang paling lantang menyerang DAP adalah UMNO. Malah pihak yang paling lantang diserang balik DAP pula adalah UMNO. Adakah terdapat pihak lain selain UMNO yang diserang lebih lantang berbanding UMNO? Tiada sekelumit sejarahpun yang menunjukkan UMNO bersekongkol bersama DAP berbanding parti-parti yang lain.

Jadi tak perlulah menyebarkan fitnah sebegitu terhadap UMNO. Ia sekadar membuang masa semata-mata. Mungkin sebelum PRU14 yang lalu fitnah-fitnah sebegini mampu menipu rakyat, tetapi hari ini rata-rata rakyat sudah sangat celik untuk menilai. Elakkanlah daripada memakan sumber haram untuk diguna menanggung ibubapa dan keluarga. Tidak ada keberkatan hidup dengan sumber begini.

Lebai Malang Berkali-Kali

Lebai Malang Berkali-Kali

Pas sebuah parti dalam sejarah politik tanah air ada turun naiknya dalam politik. Pas parti yang paling matang selepas Umno yang ditubuhkan pada tahun 1951.

Pas pada hakikatnya tak pernah kenal dan serik dengan Umno.Pas tidak mengenal jauhari dan MANIKAM(bukan Johari dan Manikam yer).

Pas sebuah parti lebai malang dan tidak pernah kenal atau lawan sebenar.Pas mudah lupa ingatan bagaimana Krisis Politik Kelantan 1977, bagaimana Pas dipermainkan oleh Umno.Kerajaan Pas Kelantan tumbang dalam Pilihanraya Khas Kelantan 1978 dan berjaya dirampas oleh Umno.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2009, ketika Pas bersama Pakatan Rakyat cuma bertahan 9 bulan ekoran pengkhianatan Adun Dap dan PKR yang beralih arah sehingga wujud peristiwa usung kerusi Speaker dan Umno kembali memerintah dengan sedikit kesongsangan politik demokrasi.

Kini pada 4 Disember 2020 Jumaat sekali lagi Pas yang sama memerintah Perak pun dengan bukan cara kurang demokrasi bersama Kerajaan Perikatan Nasional bersama musuhnya sebelum ini yakni Umno dan Bersatu atau dalam istilah popular masa kini’Kerajaan Tebuk Atap’ bukan saya kata, tetapi Hadi kata, tumbang ekorang usul undi percaya oleh ADUN Umno. Pas disailang lagi dalam DUN Perak dan dilihat memenuhi aspek dan amalan demokrasi. Akhirnya Pas tumbang bersama bahtera PN Perak dan ini sesuatu yang memalukan parti yang kononnya berjuang berdasarkan Islam.

Sebelum ini dan mungkin selepas inipun setentunya Pas akan menuding jari kepada Amanah atau PAN nama yang digelar oleh para pimpinan dan pengikut tegar PAS. Amanah dipanggil parti khianat kepada Islam Pas kerana tidak lagi bersama Pas.Kini, jika Pas mahu berfikir kenapa Amanah ditubuhkan dan salah satunya keengganan sekelompok kepimpinan dan pendokong Amanah yang tidak setuju dengan pendekatan Pas menjalinkan kerjasama dengan Umno. Kini terbukti bahawa Amanah lebih memahami sepak terajang politik Umno.Pas akan kekal selamanya dengan keegoan tatkala alur dan jalur politik tanah air yang telah berubah.

Maaf Cakap, Pas akan kekal begitu dan pengikutnya tersedia untuk diperbodohkan lagi.🤣🤣🤣👍👍👍

Sekian.

Sasterawan Pingiran
Sabtu 5 Disember 2020
2:50pm

Kerajaan baharu dari UMNO, AMANAH, PKR dan DAP membentuk gabungan baharu di negeri Perak?

Tukar MB bukan sejarah yang dibanggakan - Sultan Perak

UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sokongan ke atasnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO Perak, kerajaan bersama UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu akan dibentuk dalam masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Setakat ini kerajaan baru, kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan dengan MB-nya dari UMNO, kemungkinan besar Saarani,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan itu.

Sebelum ini portal Suaratv melaporkan Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari ADUN BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi menteri besar.

Difahamkan lima ADUN dari Amanah juga telah bersetuju memberikan sokongan menerusi akuan bersumpah kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya bagi mengekalkan kedudukan sebagai menteri besar.

Sebanyak 48 undi menolak usul keyakinan itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/kerajaan-umno-dan-ph-di-perak-271810