Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ROSMAH BERGAYA BERSAMA HASIL ROMPAKAN 1MDB DENGAN RESTU UMNOPAS.

Image may contain: 1 person

Merajuk beli hadiah ratus ribu, patut rumah ada cash RM114 juta dan hadiah hampir 1 bilion. Siap minta cash komisyen projek sekolah lagi…

Jam mewah RM466,330 sempena ulang tahun kelahiran Rosmah

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran isterinya pada Disember.

Najib, 66, berkata jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014.

Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan perkara berkenaan semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Rahmat Hazlan.

Najib juga memberitahu mahkamah beliau membelanjakan RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand, pada Januari 2015 melalui kad kreditnya untuk percutian peribadinya di negara itu.

“Meskipun perjalanan itu percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thailand saya, Prayut Chan-o-Cha, untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir teruk yang kita hadapi.

“Pembayaran RM120,000 di Hotel Shangri-La meliputi penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuklah perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Beliau berkata, transaksi di Shangri-La itu selepas lawatannya ke Kota Bharu, Kelantan, untuk memeriksa keadaan banjir di sana, dan beliau terus menyambung percutian peribadi di Bangkok.

Katanya, ia menjadi haknya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan memandangkan beliau membuat kerja sewaktu percutiannya.

“Tetapi, saya memilih untuk menanggung kesemua perbelanjaan atas diri sendiri memandangkan saya tidak mahu merumitkan perkara dan telah melakukan budi bicara saya dengan sewajarnya,” katanya.

Mengenai RM3,282,734.16 yang dikenakan oleh sebuah kedai tukang emas di Sardinia, Itali, pada 8 Ogos 2014, Najib berkata perbelanjaan itu dilakukan untuk membeli barang kemas sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan Timur Tengah.

Pada 11 November lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

-BERNAMA

Jam mewah RM466,330 sempena ulang tahun kelahiran Rosmah

Permohonan Rosmah tangguh bicara saman syarikat barang kemas ditolak

Hakim Wong Chee Lin memerintahkan Rosmah membayar kos RM3,000 kepada firma Lubnan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Rosmah Mansor untuk penangguhan perbicaraan saman difailkan oleh sebuah firma barang kemas Lubnan yang menuntut pemulangan 44 butir barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang didakwa telah dihantar kepada isteri bekas perdana menteri, Najib  Razak untuk dilihat.

Hakim Wong Chee Lin memerintahkan Rosmah membayar kos RM3,000 kepada firma Lubnan itu.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/192159?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0Ln6eAU7fvVGj8Y_ssM80q3Lou556PRLVFpxEIs8R6WYLqjGShdjMlYDg

Rosmah Menginap Di Hotel Dubai RM100k Semalam

No photo description available.

Bila SPRM Nak Tangkap Rosmah ?

Rizal Dan Rosmah Ke Mahkamah Bersama Berbicara Kes RM 189 Juta.

Image may contain: 4 people, text

Peruntukan projek utk sekolah² di luar bandar Sarawak pon nak sakau sampai RM189 juta ??!

Najib dah tak mampu cukup bagi nafkah nafsu serakah berbelanja boros selama ini kah ??!

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/171058

Rosmah Enggan Hadir Ke Mahkamah

Rosmah, 68 tahun, didakwa pertuduhan 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 & 𝘂𝗯𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗠13.5 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.

Bila diminta hadir ke mahkamah pada pengurusan kes jenayah yang dihadapinya, kenapa takut sgt nak hadirkan diri ke mahkamah ??!

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNGLAH !!

 

Mahkamah menolak permohonan Rosmah Mansor supaya dibenarkan untuk tidak menghadiri pengurusan kes jenayah pada 24 Julai depan.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya dibenarkan untuk tidak menghadiri pengurusan kes jenayah yang dihadapinya pada 24 Julai depan.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas peguam bela Datuk Akberdin Abdul Kadir memohon mahkamah memberi pengecualian itu kepada anak guamnya yang didakwa atas tuduhan rasuah projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak, tiga tahun lalu.

Azura berkata, mahkamah memerlukan kehadiran Rosmah kerana ia membabitkan pemindahan kes (Rosmah) ke peringkat Mahkamah Tinggi.

“Pertimbangan boleh diberi sekiranya permohonan untuk pengurusan kes bagi pertukaran dokumen antara peguam, tetapi bukan pemindahan kes,” katanya.

Terdahulu, Akberdin berkata, pihaknya memohon pengecualian itu berikutan pengurusan kes hanya perkara membabitkan formaliti.

“Pengurusan kes itu hanya soal formaliti. Tarikh itu hanya untuk keputusan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi. Ini soal formaliti dalaman,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri memberitahu mahkamah, permohonan pemindahan kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Jumaat ini.

Azura turut memerintahkan kedua-dua pihak memaklumkan lebih lanjut berhubung permohonan itu di mahkamahnya.

Pada 10 April lalu, Rosmah, 68, didakwa satu lagi pertuduhan rasuah membabitkan projek itu.

Beliau didakwa menerima RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor.

Bagaimanapun, Rosmah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

https://www.bharian.com.my/…/mahkamah-tolak-permohonan-rosm…

Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan harta dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan perolehan semua hartanya bermula dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan Rosmah untuk mengetepikan notis perisytiharan harta itu yang dikemukakan pendakwaan yang meminta beliau mengisytiharkan perolehan harta berkenaan.

Pendakwaan memohon Rosmah mengisytiharkan harta itu bersabit 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan yang dihadapinya.

Pendakwaan mengemukakan notis itu mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah mengetepikan notis perisytiharan harta itu selepas berpuas hati ia tidak akan memprejudiskan pihak pembelaan atau menyebabkan kebimbangan maklumat itu akan digunakan untuk menentangnya.

Beliau berkata, permohonan difailkan pendakwaan mengikut Seksyen 49(1) AMLATFPUAA hanya bagi siasatan dan tiada kaitan dengan 17 tuduhan dihadapi Rosmah.

Katanya, alasan Rosmah bahawa notis itu akan memprejudiskan dirinya dan beliau tidak mendapat perbicaraan adil adalah berdasarkan spekulasi dan tidak berwibawa.

“Hak berdiam diri diberikan ketika perbicaraan dan bukan dalam kes ini. Saya juga bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa hak untuk berdiam diri dan keistimewaan daripada menjawab notis itu, bukan hak dijamin Perlembagaan.

“Fleksibiliti diperlukan bagi menyeimbangkan antara kepentingan awam dan hak kepada tertuduh,” katanya.

Mohamed Zaini berkata, pihak berkuasa perlu diberi peluang menjalankan penyiasatan mereka seperti mengenal pasti aset milik seseorang disyaki dalam kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata, pendedahan aset itu tidak bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Katanya, anggapan tidak bersalah masih kekal kepada pemohon.

“Beban itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Mohamed Reza Rahim memohon mahkamah menangguhkan perisytiharan harta bagi membolehkan peguam membalas notis perisytiharan berkenaan.

Mohamed Zaini bagaimanapun memerintahkan peguam memfailkan permohonan rasmi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Rosmah tidak hadir ke mahkamah.

https://www.bharian.com.my/…/permohonan-rosmah-diketepi-per…

Rosmah Akan Didakwa Besok – Rabu 10 April 2019.

Image may contain: 3 people

KENYATAAN MEDIA SPRM

SPRM DAPAT IZIN DAKWA ROSMAH

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok.

Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009.

SPRM telah menahan Rosmah pada pukul 1.45 petang selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada pukul 1.40 petang.

Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

9 APRIL 2019

Alhamdulillah… Diantara Kejayaan Besar Kerajaan PH Menunaikan Janji Kepada Rakyat Malaysia Bagi Mengembalikan Keamanan Negara. Dengan Tertangkapnya Rosmah Bermakna Harta Negara Selamat Dan Rakyat Bakal Menikmati Nikmat Kekayaan Negara Yang Selama Ini, Nikmat Negara Najib Jadikan Miliknya Dan Rosmah Sahaja .