ALHAMDULILLAH DENGAN IZIN ALLAH SWT TERTUBUHNYA JEMAAH MUNAFIK SEMALAYSIA.
ALLAH Tunjuk Siapa Munafik Sebenar :
TINTA MERAH.
12 Ogos 2020
PAS dizaman kegemilangannya dipimpin pimpinan tertinggi parti oleh Mursyidul Am iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ( ATGNA ), dimana pada waktu itu Parti PAS cukup disegani kawan dan lawan. Kepopularan dan berkembangnya sinar parti PAS ke seluruh Malaysia adalah disebabkan faktor dan imej peribadi ATGNA yang tegas berprinsip, sifat kesederhanaan, terbuka dan tidak mudah kelabu mata dibeli dengan wang ringgit.
Istilah pepatah politik ATGNA ” Diberi Gula kacau, diberi Kain pakai, diberi wang tetap undi PAS” ( kerana sudah pasti duit daripada UMNO/BN tersebut adalah wang milik rakyat marhean) telah dijadikan senjata untuk menangkis gejala politik “Cash Is King” lantaran isu orang kampung di Dun Sungai Pinang, Kelantan ( PRK ) yang ingin mengejar dan menetak ejen ejen Umno yang masuk pada waktu malam dengan memberi wang ratusan ringgit kepada pengundi serta menyelitkan wang didalam sampul berlogo Dacing dibawah pintu rumah pengundi. Walaupun kemenangan akhirnya menjadi milik PAS ( Angkatan Perpaduan Ummah- APU ) namun keputusan Mahkmah adalah sebaliknya, diberikan kemenangan kepada Umno yang melompat kerana tiada undang undang lompat Parti digazetkan diparlimen sehingga kini.
Sejak PAS bersama APU ( S46 & Berjasa-Hamim ) dari tahun 1990 serta menang diKelantan sehingga dilabelkan sebagai Negeri PAS atau kubu kuat PAS sehingga ke hari ini adalah lantaran sikap pemerintahan yang ditunjukkan oleh ATGNA serta dalam masa yang sama bijak membaca gerak tipu daya lawan politik iaitu parti UMNO.
Semasa hayat ATGNA, keperitan dikhianati oleh UMNO sehingga PAS berpecah kepada Hamim dan Berjasa, menyebabkan ATGNA cukup berhati hati dengan kelicikan UMNO, sehinggakan ATGNA pernah berpesan dan menegaskan akan meludah ke muka sesiapa sahaja pemimpin PAS yang masih degil mahu bersama sama bergabung, bercampur, bersatu, bersengkokol, bersekutu iaitu apa apa sahaja istilah gerakan atau bertahalul siasi dengan Umno/ BN.
Kerja kerja idea Kerajaan Perpaduan adalah diketuai oleh Presiden PAS sendiri iaitu Abdul Hadi Awang serta diikuti oleh Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali, Dr Hassan Ali dan Dr. Haron Din. Pemimpin PAS yang lain pada waktu itu cukup hormat dan takut dengan ketegasan ATGNA.
Kerajaan Perpaduan sebenarnya adalah “hasil Jualan” , idea cetusan Hadi Awang. Ini kerana Hadi melihat, jika PAS selamanya menjadi parti pembangkang diMalaysia sudah pasti sehingga mati Hadi Awang yang berjawatan sebagai Presiden PAS tidak akan dapat merasai nikmat menjadi Menteri kabinet Kerajaan pusat yang memerintah diPutrajaya. Hadi sebagai manusia biasa mempunysi nafsu ingin dapat merasai diakhir hayatnya, mendapat pencen sebagai Menteri Kerajaan ataupun pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ini difikiran Hadi setelah lama menjadi ketua pembangkang.
Malangnya, sudah pasti idea tersebut ditentang secara keras dan tegas oleh ATGNA, sebagai Mursyidul Am PAS yang menjaga dasar dan halatuju parti PAS agar tidak lari daripada matlamat asal perjuangan PAS.
ATGNA tahu jika PAS ingin bersama “bersekutu dan bersengkokol” dengan UMNO BN sudah pasti segala dasar perjuangan Parti PAS iaitu Islam sebagai Addin akan didolak dalih oleh UMNOBN. Akhirnya perjuangan PAS selama ini untuk menegakkan kerajaan Islam Malaysia serta Islam sebagai Addin menjadi sia sia, apatah lagi pengorbanan 14 ahli PAS dikampung Memali.
ATGNA melihat sejarah dulu apabila PAS didalam Perikatan, dimana semua idea dan kata PAS mengenai dasar Islam ditolak mentah mentah. Oleh itu, ATGNA tahu jika PAS bersama dengan UMNO sudah pasti PAS terpaksa mengikut kata putus daripada UMNOBN waima kerusi tradisi milik PAS untuk DUN dan Parlimen pasti dikorbankan untuk menjadi milik UMNO BN.
Amaran keras juga diberikan kepada Timbalan Presiden PAS ( TPP ), orang kanan Hadi Awang iaitu Nasharudin Mat Isa agar meletak jawatan TPP dan sebagai ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Namun Demi menjaga hubungan didalam parti PAS desakan ATGNA tersebut ditarik balik.
Akan tetapi gerakan perjumpaan khalwat pimpinan tertinggi PAS dan UMNO didalam kelambu masih lagi berlaku dan diketahui oleh ATGNA. Sehinggakan ATGNA pada tahun 2009 mencadangkan diadakan Muktamar Khas PAS agar memecat pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden PAS Hadi Awang yang masih lagi bercita cita mahu meneruskan kerajaan campuran politik dengan UMNO BN.
Akibat ketegasan ATGNA ingin mengadakan Muktamar Khas PAS tersebut barulah Hadi Awang menafikan dengan lantang ( MUNAFIK ) tentang adanya pakatan usaha kearah gerakan penyatuan dengan UMNO BN.
Akibat ketegasan ATGNA menentang penyatuan dengan UMNO, Dr Hasaan Ali, Persuruhanjaya PAS Selangor dipecat daripada parti PAS pada tahun 2012 akibat menjadi Duta Orang Tengah berhubung dengan UMNO. Sedangkan PAS bersama dengan blok Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. Sesunguhnya ATGNA berpegang kepada prinsip, kerana PAS diketahui bersama PR tidak seperti Hadi yang sudah mula nampak gila kepada jawatan yang ditawarkan oleh UMNOBN.
Walaupun Dr. Hassan Ali dibuang daripada PAS, rupanya Hadi Awang dalam diam masih memainkan peranan untuk bersengkokol dengan UMNO akibat tawaran jawatan didalam kerajaan. Isu bersengkokol dalam diam dengan UMNO ini menjadi panas dan terus berlarutan.
Dendam kesumat Hadi Awang terhadap kumpulan ATGNA yang pro Pakatan Rakyat (PR) disimpan rapi sehinggalah kematian ATGNA ditakdirkan ALLAH pada awal tahun 2015.
Penyeksaan Hadi Awang selama 7 tahun menanti Idea kerajaan bersekutu dengan UMNOBN demi mencapai cita cita jawatan Hadi menjadi Menteri atau Timbalan PM kerajaan Pusat diPutrajaya diteruskan sehingga gerakan dilakukan HADI untuk membuang kesemua kumpulan ATGNA yang pro PR.
Muktamar PAS pada tahun 2015 dimulai dengan tohmahan kononnya kumpulan ATGNA yang PRO PR harus ditolak kerana menolak cita cita PAS untuk menegakkan negara Islam diMalaysia dan melaksanakan hukum Hudud / RUU 355.
Muktamar pada tahun 2015 selepas ketiadaan ATGNA digunakan secara terang terangan untuk menyerang rakan sekutu rasmi PAS iaitu PKR dan DAP. Gerakan untuk menunjukkan DAP dan PKR menolak RUU 355 dilakukan kepada seluruh perwakilan PAS untuk secara total dan langsung menolak kumpulan ATGNA.
Walaupun sekutu PAS, iaitu PKR dan DAP pada waktu itu secara berhemah berkata mereka tiada masalah jika RUU355 dibawa oleh PAS ke parlimen untuk dibentangkan serta diluluskan tapi mengikut kefahaman PKR dan DAP ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia.
Malah PKR dan DAP juga berkata kepada PAS negara Malaysia adalah majmuk..tidak anehkan jika ada 2 sistem keadilan yang cuba diamalkan oleh PAS untuk rakyat Malaysia jika non-muslim dipenjara sahaja, sedangkan umat Islam pula dihukum potong tangan akibat kesalahan mencuri.
Akibat semua persoalan tersebut, Hadi Awang bertegas kononnya PR telah menolak Undang Undang Islam untuk diamalkan diMalaysia, dimana secara tidak langsung signal kepada perwakilan PAS untuk menolak team Pro PR / ATGNA.
Akhirnya PAS berpecah 2 setelah ketiadaan ATGNA.
Dapat difahami Hadi Awang telah pun mempunyai cita cita untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah diPutrajaya kerana mengharapkan jawatan Menteri Kabinet kerajaan pusat diakhir hayatnya. Hadi sebenarnya tidak kisah tentang dasar Parti PAS atau “NYAWA” PAS menuju kearah mana sekalipun janji dirinya dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah waima Sekular kafir sekalipun ( seperti hari ini )
Sehinggakan diawal PRU- 14 istilah “King Maker ” dimainkan oleh Hadi Awang, dimana kenyataan Hadi Awang sendiri semasa disoal wartawan diCyberjaya PAS tidak kisah jika bersengkokol semula bersekutu semula dengan DAP ( yang dituduh menolak hudud ) asalkan dapat menjadi kerajaan memerintah diPutrajaya. Sedangkan dalam masa yang sama PAS telah berkhalwat dalam kelambu dengan UMNO ( juga menolak Hudud ) untuk menang PRU-14. Bak kata pepatah Melayu, “untung Super Ring timbul, untung ring tenggelam” dan bidalan tersohor era Pru-14 iaitu, “Pas cuma mahu 5 negeri sahaja, negeri lain Umno boleh ambil”.
Akhirnya hari ini ALLAH MAHA BESAR, kesemua penafian, kemunafikan Hadi Awang selama ini ditunjukkan satu persatu oleh Yang Maha Berkuasa.
Sebelumya, Timbalan Menteri daripada PAS sendiri mengakui RUU355 tidak dapat dibentangkan diparlimen kerana ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Terbaru pula, Menteri Undang Undang daripada SUA PAS sendiri mengakui sudah lama gerakan untuk bersengkokol dengan UMNO sekular dilakukan. Arahan secara hitam putih dilakukan setelah kematian ATGNA. Sepatutnya dan selayaknyalah Hadi Awang diludah dimuka serta patut dipecat oleh ATGNA semasa hayatnya. Kemunafikan yang semakin jelas dibawah pimpinan Hadi Awang.
Sehinggakan kini, dengan beraninya pemimpin UMNO/BN mengesa supaya parti PAS membuang sahaja logo PAS yang dicintai ATGNA dari zaman muda berpolitik sehingga meninggal dunia dengan memilih Logo Dacing BN dalam pru-15 kelak.
ALLAH MAHA BESAR…dipengakhiran perjuangan parti PAS, ALLAH tunjuk pula wajah sebenar parti PAS dan pemimpin PAS setelah mendapat kuasa pemerintahan Malaysia yang diidam idamkan selama ini oleh Hadi Awang, selaku Presiden PAS ke -9.
PAS kesudahannya menjadi parti Sekular Liberal seperti UMNO BN dan MCA demi kuasa, pitis dan Mercedes Benz. Takutnyaaaaaaa PAS kepada MCA melebihi takutnya PAS kepada Yang Maha Pencipta.
Apa kata arwah Ibrahim Libya sekarang ?
TINTA MERAH
12 Ogos 2020.