Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

4 Cara terbaik untuk kita mengakhiri ramadan kita?

 292

Bulan Ramadan semakin hampir kepada penghujungnya. Ini bermakna, akan tamatlah satu bulan yang penuh barakah dan keampunan di dalamnya. Namun, janganlah kamu bersedih. Tetapi, bergembiralah kerana anda masih diberi peluang untuk hidup dan merasai kenikmatan berada di bulan ramadan pada tahun ini, sambil mendoakan agar kita dipertemukan dengan ramadan yang akan datang.

 

1. Taubat

Tamatkanlah bulan ramadan dengan cara kita kembali kepada Allah SWT dalam keadaan rendah diri dan penuh keinsafan. Mohonlah pengampunan daripada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh sambil mengakui kelemahan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan sering leka dengan fatamorgana dunia. Ambil kesempatan ini untuk memburu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan malam yang hanya dikurniakan kepada umat nabi Muhammad SAW iaitu malam lailatul qadar untuk beribadah dan mengingati Allah SWT.

2. Bersyukur

Marilah kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengharapkan keredhaanNya agar ia dapat membantu untuk menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan selama ini. Bersyukur dapat menjadikan kita berasa tenang dan berpuas hati kerana kita akan merasakan sesuatu itu telah cukup. Ia juga menjadikan seseorang itu bersikap positif dan sentiasa optimis dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan mengetepikan segala prasangka buruk dan sifat-sifat yang negatif di dalam diri.

3. Bertakbir

Kita hendaklah mengakhiri bulan yang mulia ini dengan memuji dan mengakui kebesaran Allah SWT. Bertakbir merupakan salah satu cara untuk mengagungkan dan membesarkan Allah SWT dan perkataan “Allahuakbar” itu sendiri membawa maksud Allah Maha Besar.

Selain bertakbir, perbanyakkan diri dengan berzikir mengingati Allah SWT pada malam dan siang hari. Hal ini selari dengan apa yang dituntut di dalam Al-Quran surah Al-Ahzaab ayat 41-42 :

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allâh, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” [al-Ahzâb/33:41-42]

4. Keazaman untuk berubah

Kita telah melaui bulan yang mulia ini dengan berpuasa, beribadah, dan berbuat baik sepanjang bulan tersebut. Oleh hal yang demikian, tanamlah keazaman dalam diri kita untuk menjadikan bulan ramadan sebagai titik permulaan untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Jadikan bulan syawal sebagai bulan di mana anda memulakan helaian muka surat yang baharu dala kehidupan anda sebagai seorang mukmin yang sentiasa taat kepada suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya.

Sumber rujukan :

https://iluminasi.com/bm/bagaimana-cara-terbaik-untuk-kita-mengakhiri-ramadan-kita.html

1. virtualmosque

2. facebook

Sejarah Ibadah Puasa

iluminasi sejarah ibadah puasa2

Ibadah puasa sebenarnya sudah bermula sebelum zaman Rasulullah saw. lagi.Kaum-kaum yang telah wujud sebelum kenabian Nabi Muhammad saw. sebenarnya sudah lama mengamalkan puasa. Puasa mereka pula berbeza-beza mengikut kaum.

Kaum Nasrani misalnya mengamalkan puasa pada bulan Ramadan, cuma bezanya adalah ia dilakukan selama 40 hari. Orang yahudi pula berpuasa dengan kaedah lain, ada pendapat mengatakan puasa mereka dilakukan sambil berbaring di atas pasir sambil mengingati kesalahan yang pernah dilakukan.

Rasulullah saw. pada awalnya tidak mengamalkan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Puasa pada awalnya diamalkan ketika tiba hari Asyura pada 10 Muharram setiap tahun. Sejarah puasa Asyura ini sebenarnya berpunca dari kaum Yahudi yang mahu mengingati kisah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel diselamatkan Allah saw. Bertitik dari situ Nabi Musa as. berpuasa setiap 10 Muharram lalu dijadikan amalan pengikutnya.

Rasulullah saw. mewajibkan orang Islam berpuasa pada hari Asyura sebagai menghormati Nabi Musa as. kerana Rasulullah merasakan orang Islam lebih dekat dengan Nabi Musa as. atas faktor agama, berbanding orang Yahudi yang berpuasa Asyura atas sekadar faktor kaum mereka sahaja.

iluminasi sejarah ibadah puasa3 402

Puasa pada bulan Ramadan mula diamalkan ketika tahun kedua Hijrah selepas Rasulullah saw. mengalihkan kiblat orang Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram di Mekah,

Tanggal 10 Syaaban, turun firman Allah swt. yang kini termaktub dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang berbunyi “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

Dengan turunnya firman Allah swt. itu, Rasulullah pun mengarahkan puasa Asyura yang sebelum itu diwajibkan setiap 10 Muharram dijadikan ibadah sunnah, terpulang kepada siapa yang mahu melakukannya digantikan dengan puasa pada bulan Ramadan.

Puasa Ramadan ini pula melalui beberapa fasa sebelum sampai kepada cara yang kita amalkan sehingga sekarang, kerana dipengaruhi beberapa peristiwa.

iluminasi sejarah ibadah puasa

Pada fasa pertama puasa Ramadan, orang Islam boleh memilih sama ada untuk berpuasa atau bagi mereka yang tidak mahu berpuasa, perlulah membayar fidyah sebagai ganti dengan memberi makan kepada orang miskin.

Peringkat kedua pula adalah peringkat yang hampir menyerupai apa yang sedang kita amalkan ketika ini. Puasa menjadi kewajipan menyeluruh kepada orang Islam. Sesiapa yang mampu berpuasa diwajibkan berpuasa dan tidak ada pelepasan melalui fidyah, kecuali bagi mereka yang sakit, tua atau kurang berkemampuan.

Pada awalnya ibadah puasa dilakukan sepanjang hari dan umat Islam hanya boleh makan dan minum selepas waktu Maghrib, kemudian disambungkan semula puasa selepas Isyak. Sehinggalah berlaku masalah di kalangan orang Muslim kerana merasakan payah untuk bersama suami isteri pada setiap malam Ramadan.

Diturunkan Firman Allah swt. dalam ayat 187 surah al-Baqarah, yang memerintahkan ibadah puasa ini dilakukan bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari, yang membolehkan umat Islam makan dan minum untuk bersahur mempersiapkan diri mereka bagi ibadah puasa dan juga pelepasan untuk bersama suami isteri.


Begitulah serba sedikit sejarah bagaimana ibadah puasa ini dibentuk dari awal dan diperhalusi sehinggalah sekarang.

Moga bacaan ini bermanfaat kepada anda semua.

https://iluminasi.com/bm/sejarah-ibadah-puasa.html

Page Ihya Assunnah – Berkongsi Ilmu Agama Bermanfaat Dan Kerja Amal

 

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/336389003804227/

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?eid=ARDRmHg91ZjrKD2_KTSV2_ojY78bvEQFozGRCdzKQu9gI2jUbXMrbcSKQKhInhN5Qyn7o_ajmD5L9KQr

 

IHYA Assunnah

Ibadah Puasa Dan Peranannya Dalam Rawatan Detoksifikasi

Dalam Islam, berpuasa adalah satu ibadah yang wajib dan ia merupakan rukun Islam ketiga sebagaimana menurut firma Allah dalam surah al Baqarah, ayat 183 yang bermaksud..wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Daripada ayat ini, umat Islam itu berpuasa dengan menahan makan dan minum serta menjauhi segala perkara yang boleh membatalkannya kerana menuruti perintah agama.

Namun apa yang lebih penting sekali difahami daripada arahan agama ini adalah sikap umat Islam untuk menghayati puasa itu di samping sebagai satu ibadah, tetapi mempunyai implikasi hikmah yang lebih luas lagi dengan mencakupi aspek perubatan dan kesihatan, pemakanan, perekonomian, pembasmian kemiskinan dan keadilan serta perpaduan sosial dan banyak lagi.

berdoa

 

Ada kemungkinan yang besar bahawa umat manusia tidak akan mengetahui apa itu puasa jika Allah sendiri tidak mengajarkan kepada mereka apa itu puasa. Oleh sebab itulah amalan berpuasa bukan sesuatu yang asing, atau sebagai satu amalan yang sudah sebati dan sinonim dalam ajaran yang terkandung dalam semua ajaran agama Samawi, iaitu agama yang diturunkan oleh Allah. Maka itu, kita mendapati para pengikut yang berpegang kepada ajaran dalam Kitab Zabur, Injil dan Taurat sehinggalah Al Quran, berpuasa sebagai satu ibadat yang diarahkan oleh Allah.

Walaubagaimanapun, sudah tentu terdapat perbezaan dalam amalan ini antara Islam, Kristian dan Yahudi. Pada dasarnya, kewajipan berpuasa yang dituntut oleh Allah ke atas umat Islam yang berakal dan cukup umur dari kalangan lelaki dan perempuan adalah supaya mereka dapat meningkatkan lagi ketakwaan mereka kepada Allah. Ketakwaan yang diperolehi ini nanti akan menjadikan mereka lebih takut, patuh dan taat serta hormat kepada Allah. Mereka akan berasa takut untuk melakukan kejahatan ataupun meninggalkan suruhan Nya, malah sentiasa pula terdorong untuk melakukan kebaikan dan melarang kejahatan. Dan kesan ketakwaan ini akan memberi kekuatan spiritual kepadanya bukan sahaja di bulan Ramadhan ini, tetapi juga di luar Ramadhan, malah selagi mana hayat ini di kandung badan.

Puasa merawat tubuh badan

 

detofikasi tubuh

Dalam Islam, puasa sebagai satu ibadah, di samping sebagai satu proses penyucian dosa dan pembersihan jiwa serta untuk peningkatan ketakwaan kepada Tuhan, ia juga merupakan satu bentuk rawatan kepada sistem tubuh badan khususnya dikenali sebagai proses detoksifikasi. Inilah antara lain hikmah dari amalan berpuasa. Detoksifikasi atau penyahtoksidan adalah satu proses di mana pelbagai jenis bahan beracun atau bahan toksik dikeluarkan dari tubuh badan manusia bagi tujuan pembersihan. Tetapi dari manakah atau bagaimanakah bahan-bahan toksik ini boleh memasuki badan kita? Sebenarnya sama ada disedari atau tidak, punca utama bahan-bahan toksik ini memasuki badan adalah melalui mulut dengan memakan makanan sama ada yang telah tercemar atau pun yang mengandungi bahan-bahan tambahan lain yang tidak sesuai untuk badan seseorang di samping faktor pencemaran persekitaran. Tubuh badan manusia sebenarnya mempunyai mekanisma semulajadi tersendiri dalam membersihkan organ dalaman badan dari bahan beracun. Sebagai contohnya, hati adalah organ terbesar yang berfungsi untuk mengkumuhkan segala sisa yang ada untuk dibuang selain ginjal, pundi kencing dan sistem darah. Dan di manakah pula peranan puasa dalam proses rawatan bentuk ini? Sebenarnya berpuasa turut membantu tubuh badan kita mengkumuhkan bahan-bahan toksik berkenaan yang sudah tentu tidak diperlukan oleh badan kita malah boleh mengakibatkan pelbagai gejala pula jika dibiarkan. Dari segi kesihatan, bagi merawat gejala keracunan, satu agen lain yang bersifat antitoxic atau pun bahan lain yang mempunyai nilai komposisi antitoxic yang lebih kuat harus digunakan bagi tujuan penyahtoksidan atau pun meneutralkan keadaan. Selain dari ini, kaedah membiarkan keupayaan semulajadi badan untuk menyahtoksik dengan mengurangkan kadar pengambilan bahan-bahan yang toksik atau membantu badan membersihkan bahan-bahan berkenaan secara semulajadi juga digunakan walaupun agak lambat tetapi amat berkesan di samping tiada kesan sampingan (adverse effect). Dengan cara inilah bagaimana amalan berpuasa itu dilihat dapat memainkan peranannya bagi tujuan detoksifikasi dan pembersihan tubuh badan bagi pengekalan kesihatan yang optimum. Inilah antara hikmah puasa yang amat jarang sekali dihargai oleh orang-orang yeng berpuasa.

Membuang toksin dalam tubuh

Puasa sebenarnya mampu meningkatkan lagi keupayaan tubuh badan bagi tujuan penyahtoksidan dan pembersihan. Seseorang yang berpuasa telah memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. Ketika berpuasa juga, aktiviti pembersihan badan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari kolon, buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga. Pembersihan sisa toksin dalam kolon umpamanya amat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan pencegahan barah usus dan RasululLah s.a.w sendiri mengamalkan aktiviti pembersihan kolon ini di mana berpuasa amat berkesan bagi tujuan ini.

Jika ditinjau dari sudut pemakanan, tabiat pemakanan seseorang individu memainkan peranan yang amat besar sekali dalam menentukan kesihatan dan tahap morbiditi mereka. Ini kerana secara jelasnya, apa juga makanan yang mereka ambil akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan tubuh mereka malah juga terhadap kewujudan penyakit tertentu. Dan kaedah pengawalan pengambilan makanan tertentu dapat pula meningkatkan kesejahteraan mereka di samping mengurangkan risiko penyakit tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berpuasa mampu mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah serta kandungan lemak dalam badan. Ini secara tidak langsung berkesan dalam mengurangkan risiko diabetis (khususnya Type II Diabetes), hipertensi dan strok. Seseorang yang berpuasa akan mendapati pembakaran kandungan lemak dalam badan dapat dijalankan secara lebih sempurna lagi. Proses ini berlaku di mana lemak-lemak tersebut digunakan untuk menghasilkan tenaga mereka yang berpuasa dan lemak-lemak inilah merupakan satu-satunya sumber tenaga yang ada pada ketika itu. Dan sudah pasti proses ini amat baik bagi mengurangkan kesan tidak elok akibat dari peningkatan kolesterol, berat badan berlebihan dan obesiti.

Dalam surah al Maaidah, ayat 88 Allah mengkehendaki setiap orang-orang yang beriman itu hanya memakan makanan yang halal dan baik sahaja sebagaimana firman-Nya bermaksud dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah berikan kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah, yang kamu beriman kepada-Nya.

Tanggungjawab mencari yang halal

Unjuran hanya memakan makanan yang halal lagi baik adalah satu keperluan bagi orang-orang yang beriman. Makanan yang halal lagi baik akan meningkatkan kesejahteraan dan menghindarkan kemudharatan seperti penyakit, keracunan dan sebagainya. Oleh itu, tanggungjawab mereka bukan sahaja memastikan makanan yang mereka ambil itu halal dan baik serta segar atau bersih, tetapi juga mampu mengoptimakan tahap kesihatan mereka. Tetapi hakikat yang berlaku di kalangan ummah kini adalah di mana terdapat mereka yang berupaya mendapatkan makanan yang halal dan sempurna, segar dan baik tetapi masih ditimpa mudharat dan penyakit daripada makanan berkenaan. Ini bermakna mereka perlu mengambil kira beberapa aspek yang lain berkaitan pemakanan seperti tidak makan secara berlebihan, makan apabila perlu sahaja dan hanya memilih sumber dan khasiat makanan yang sesuai dengan keperluan tubuh badan demi kesihatan dan kekuatan. Dan semua aspek ini sebenarnya terkandung sebagai hikmah yang terselindung dalam ibadat puasa yang perlu dihayati secara mendalam oleh umat Islam. Dan yang lebih penting adalah mendapatkan kesan detoksifikasi dari amalan berpuasa ini secara berterusan dan berpanjangan. Begitu juga, mereka perlu menyedari bahawa bahan-bahan toksik boleh berpunca bukan sahaja dalam bentuk makanan yang dimakan, tetapi apa jua yang boleh mencemari kesucian bulan Ramadhan seperti perkataan yang tidak baik yang menjadi punca kepada fitnah dan pendustaan serta penyelewengan.

Penulis asal : Khairul Azhar Idris

https://iluminasi.com/bm/ibadah-puasa-dan-peranannya-dalam-rawatan-detoksifikasi.html

 

Page Ihya Assunnah – Berkongsi Ilmu Agama Dan Kerja Amal

 

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/336389003804227/

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?eid=ARDRmHg91ZjrKD2_KTSV2_ojY78bvEQFozGRCdzKQu9gI2jUbXMrbcSKQKhInhN5Qyn7o_ajmD5L9KQr

 

IHYA Assunnah

Kajian Terbaru Buktikan Puasa Mampu Jana Semula Sistem Imun Secara Keseluruhan

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 1

Walaupun berpuasa telah dibuktikan oleh sains dapat memberikan manfaat kepada kesihatan namun masih ada golongan yang menentang perkara ini.

Sains telah membuktikan berpuasa menggalakkan kehilangan berat badan, menormalkan kepekaan insulin, menurunkan tahap trigliserida dan juga memperlahankan tanda-tanda penuaan.

Berpuasa pula dibahagikan kepada beberapa kategori daripada berpuasa sekejap dengan tempoh 14 hingga 18 jam, hinggalah jangka masa panjang menahan diri daripada makanan sehingga 2 ke 3 hari.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 5

Setiap daripada pelan puasa ini mempunyai manfaat dan cabaran masing-masing, serta memberikan pilihan kepada semua orang.

Walaupun begitu, ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan profesional mendakwa berpuasa hanyalah sebuah trend dan memberikan risiko kesihatan yang harus difikirkan.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 2 765

Ketika berpuasa, golongan ini mendakwa badan kehilangan nutrien kerana bukan sahaja mengehadkan pengambilan makanan tak berkhasiat tetapi juga makanan yang diperlukan oleh badan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan juga lemak baik.

Mereka juga mendakwa berpuasa membuatkan seseorang itu makan lebih banyak apabila tak berpuasa yang menyebabkan kenaikan berat badan bertentangan dengan hasil yang sepatutnya.

Namun, Universiti Southern California telah membentangkan kajian terbaru yang menemukan penemuan yang menarik. Pasukan ini mengumpulkan sekumpulan peserta yang diarahkan untuk berpuasa untuk 2 hingga 4 hari secara tetap untuk tempoh 6 bulan.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan

Mereka mendapati perubahan yang luar biasa berlaku dalam tempoh ini termasuklah penurunan penghasilan enzim PKA iaitu hormon yang dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor.

Malah, sistem ketahanan badan para peserta juga kelihatan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Saintis yang mengkaji kajian ini, Profesor Valter Longo terkejut dengan penemuan ini.

profesor valter longo

Beliau berkata mereka apa yang mereka sedari dalam kajian terhadap manusia dan haiwan ini adalah jumlah sel darah putih menurun ketika puasa panjang. Dan apabila makan, sel-sel darah ini kembali semula.

“Kami terfikir, dari mana ia datang,” jelas Profesor Valer.

Penemuan ini juga dikatakan memberikan peluang kepada mereka yang terdedah atau mudah dijangkiti penyakit, yang sedang menerima rawatan kemoterapi malah untuk populasi yang semakin menua.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 3

Kajian ini juga menunjukkan bahawa berpuasa menghidupkan suis dalam badan, membuatkan badan memulakan pertumbuhan semula sel stem berasaskan sistem hematopoietik.

Ia memaksa badan untuk menggunakan glukosa, lemak dan keton yang tersimpan dalam badan, serta mula memecahkan sel darah merah dalam jumlah yang besar. Kehilangan sel darah putih membuatkan badan menjana semula sel-sel sistem ketahanan badan yang baru.

Sistem badan kita akan cuba untuk menyimpan tenaga apabila sedang berlapar. Apa yang badan kita boleh buat untuk menyimpan tenaga adalah mengitar semula banyak sel-sel ketahanan badan yang tidak diperlukan terutamanya yang telah rosak.

puasa mampu jana semula sistem imun secara keseluruhan 4

Ini bermakna, menurut penemuan kajian itu, proses berpuasa selama 72 jam diikuti dengan makan makanan sihat dan berkhasiat mampu memulihkan mereka yang mempunyai masalah sistem ketahanan badan.

Walaupun manfaat-manfaat ini kelihatan sangat baik, namun pakar perubatan mengingatkan kajian lanjut perlu dilakukan sebelum dijadikan alternatif perubatan.

Rujukan : Awareness Act

tags :            

Page Ihya Assunnah – Berkongsi Ilmu Agama Dan Kerja Amal

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/336389003804227/

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?eid=ARDRmHg91ZjrKD2_KTSV2_ojY78bvEQFozGRCdzKQu9gI2jUbXMrbcSKQKhInhN5Qyn7o_ajmD5L9KQr

 

IHYA Assunnah

Puasa Mampu Membuang Toksin dan Racun Serta Menguatkan Sistem Pertahanan Tubuh

Racun Tubuh; Musuh Terjahat Manusia, Puasa Melawannya

Dalam diri manusia terdapat banyak obat berbagai penyakit. Ahli medis menyatakan puasa mutlak dibutuhkan manusia, meski tubuh tampak sehat. Sebab racun-racun yang menumpuk dalam tubuh manusia selama ia hidup, tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan puasa. Dalam sehari seseorang menyerap lebih dari 500 cm2  racun baik dari makanan atau minuman atau polusi udara bahkan radiasi alat-alat elektronik yang digunakan oleh manusia seperti seluler.


Menurut dunia medis, musuh paling berbahaya yang bisa mengancam eksistensi sel tubuh adalah racun dan toksin yang semakin lama semakin banyak dan memperlemah kerja sel. Tubuh memang memiliki daya tahan dari racun-racun bahkan mengobatinya. Namun jika racun-racun itu semakin menumpuk pada kadar tertentu maka tubuh akan terserang tubuh.

Meski dunia medis berupaya menemukan alat dan methode membersihkan racun-racun itu, mereka belum menemukan sarana yang lebih manjur melebihi puasa. Padahal racun-racun yang menumpuk dalam tubuh akan menghancurnya. Ajibnya, puasa bekerja membersihkan racun itu tanpa memberikan efek samping yang berbahaya bagi tubuh lain. Karena efektifitasnya, di negara-negara Barat ditemukan banyak heath center yang khusus memberikan terapai puasa.

Manfaat lain, puasa mampu memperbaiki sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh ibarat pasukan penjaga tubuh yang menyerang virus dan bakteri yang berbahaya atau zat asing.

Banyak bahan makanan dan minuman yang tidak bisa diserap tubuh. Sebagiannya hanya menjadi beban dan menyebabkan tubuh manusia melemah bahkan menyebabkan instabilitas berfikir. Artinya, toksin-toksin itu memberikan efek negatif bagi tubuh dan psikologi. Terkadang dokter sendiri tidak mampu menganilisa sebuah penyakit yang sebenarnya bersumber dari toksin yang berpengaruh ke bagian psikologi. Karenanya, pembersih toksin paling ampuh adalah dengan puasa secara berturut-turut selama sebulan.

Sebuah penelitian medis menyatakan, puasa sehari mampu menghilangkan racun-racun dalam tubuh yang terkumpul selama 10 hari. Puasa 30 hari berarti membersihkan racun-racun selama 9 bulan. Jika ditambah puasa enam hari lagi berarti membersihkan dalam tubuh yang terkumpul dalam tubuh selama setahun. Inikah bukti kebenaran hadits Rasulullah saw, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari bulan Syawal maka seakan ia puasa setahun,“ (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Daud)

Dari sisi kejiwaan, puasa mampu mengobati tekanan-tekanan jiwa seperti depresi, gelisah, menyediri. Sebab dengan puasa, sel-sel otak akan istirahat. Ketika memulai puasa, darah mulai membuang berbagai kelebihan makanan yang beracun sehingga darah yang disuplai ke otak akan bersih. Otomatis kemampuan berfikir akan lebih kuat dan memberi kestabilan jiwa.

Pada saat puasa produksi hormon seksual sangat sedikit. Sehingga letupan nafsu syahwat seseorang menurun pada tingkat paling rendah. Karenanya, Rasulullah menganjurkan para pemuda yang belum mampu menikah untuk berpuasa sebagai perisai.

Ini Yang Terjadi dengan Tubuh Kita Selama Berpuasa

Ini Yang Terjadi dengan Tubuh Kita Selama Berpuasa

Tak perlu takut kehabisan tenaga saat berpuasa, sehingga Anda memilih untuk bermalas-malasan dan mengurangi aktivitas fisik dari biasanya. Selama berpuasa, tubuh Anda menghasilkan energi sendiri dengan membakar sumber daya yang disimpan oleh tubuh. Simpanan ini terbuat dari kelebihan lemak, karbohidrat, dan gula untuk menghasilkan energi.

Hati adalah organ yang paling signifikan dalam proses ini, mengubah lemak menjadi zat kimia yang disebut keton tubuh berupa tiga senyawa larut dalam air yang kemudian digunakan sebagai sumber energi.

Justru, tubuh mengambil banyak manfaat dari puasa. Detoksifikasi adalah salah satu manfaat terpenting dari puasa. Sebuah proses yang teratur, detoksifikasi terjadi saat usus besar, hati, ginjal, paru-paru, kelenjar getah bening, dan kulit menghilangkan atau menetralkan racun. Proses ini dipercepat saat puasa karena tubuh memecah lemak. Bahan kimia dan racun yang diserap dari makanan dan lingkungan yang disimpan dalam cadangan lemak, dilepaskan selama puasa.

Puasa juga menjadi penyembuh bagi tubuh, pikiran, dan jiwa dengan cara yang simultan. Pada tingkat fisik, energi dan sumber daya dialihkan dari sistem pencernaan (yang terus-menerus dilakukan saat kita tak berpuasa) ke sistem kekebalan tubuh dan proses metabolisme sehingga kemampuan tubuh untuk menyembuhkan dan membangun kembali berjalan optimal.

Studi medis menunjukkan bahwa selama puasa juga bermanfaat untuk mengendalikan pertumbuhan jaringan yang abnormal pada tubuh, seperti tumor. Sang tumor menjadi kelaparan untuk nutrisi dan karenanya lebih rentan untuk dipecah dan dikeluarkan dari tubuh.

Puasa memungkinkan tubuh untuk memanfaatkan sumber daya dan fokus pada pembangunan kembali pada tingkat mikroskopis seperti DNA dan RNA menjadi lebih efisien dalam mentranskripsikan protein dan jaringan yang dibutuhkan tubuh.

Perubahan lain dalam tubuh selama puasa termasuk sedikit penurunan suhu inti tubuh karena penurunan tingkat metabolisme dan fungsi tubuh secara umum. Kadar gula darah juga turun karena tubuh menggunakan cadangan glikogen dalam hati dan angka dasar metabolik (BMR) dikurangi dalam rangka untuk menghemat energi.

Sistem pencernaan, yang sangat sering kelebihan beban, dan tak henti-hentinya disuruh bekerja, juga membersihkan sendiri sehingga pencernaan lebih efisien dan penyerapan nutrisi lebih optimal. Di sisi lain, lapisan lambung dan usus mengikis masalah ‘sampah’ tubuh. Proses lain yang menopang infrastruktur dasar tubuh juga meningkat selama puasa, misalnya produksi hormon meningkat serta pelepasan hormon anti-penuaan.

Alhamdulillah…Islam punya solusi untuk kesehatan jasmani dan rohani.

PUASA BAIK UNTUK GINJAL

PUASA BAIK UNTUK GINJAL

Pada 1986, Dr Fahim Abdurrahim dan beberapa ilmuwan dari Fakultas Kedokteran Universitas Al-Azhar melakukan sebuah riset mengenai pengaruh puasa Ramadhan bagi kinerja ginjal pada orang-orang normal dan para pasien penderita sejumlah penyakit sistem buang air maupun panyakit kencing batu (renal calculi).

Riset ini dilakukan pada 10 orang yang menderita penyakit sistem urinari dan lima belas pengidap remi calculi, di samping lima belas orang sehat sebagai bahan komparasi. Selama fase puasa dan tidak puasa, sampel urine mereka diambil dan dianalisis untuk mengetahui kadar kalsium, sodium, potasium, urea, sel darah, dan zat asam urin.
Pengaruh puasa pada unsur-unsur tersebut adalah sebagai berikut:

Terjadi penurunan signifikan pada volume kencing dengan peningkatan kepadatan kualitatifnya pada masing-masing kelompok responden. Selain itu terjadi beberapa perubahan yang sangat kecil (insignifikan) pada keseluruhan komponen serum: kalsium, sodium, potasium, zat asam urin, sel darah, dan urea.

Peningkatan insignifikan pada kalsium dalam air kencing juga dialami oleh semua responden. Ditambah lagi dengan peningkatan yang tak berarti pada zat asam urin dan urea pada seluruh kelompok.

Perubahan yang sama pada sodium dan potasium dialami oleh sampel pembanding (orang-orang yang sehat), juga sel darah urine kelompok sampel yang sakit. Sebaliknya, kenaikan yang cukup tinggi terjadi pada kandungan sodium dan potasium di kalangan kelompok sampel yang sakit.

Dari data tersebut para peneliti pun berkesimpulan, bahwa puasa tidak membawa dampak negatif bagi semua penderita urinal yang menjadi sampel riset ini. Baik yang sakit karena faktor pembentukan batu ginjal atau karena gangguan sistem urinari (saluran kencing).

Pada tahun 1988, Qadir dan kawan-kawan melakukan penelitian serupa terhadap para penderita penyakit ginjal akut namun tetap menjalankan puasa selama bulan Ramadhan. Mereka menyatakan, bahwa tidak ada perubahan yang berarti pada volume urea, sel darah, sodium, bikarbonat, fosfor, dan kalsium.

Tetapi, ada peningkatan signifikan pada volume potasium dalam darah dan mereka menisbatkan penyebab kenaikan tersebut pada konsumsi minuman yang kaya potasium setelah berbuka.

Hal senada ditegaskan oleh Scott. Menurutnya, tidak ada perubahan berarti pada urea dan sel darah selama puasa.

Sumber: Terapi Puasa, Oleh Dr. Abdul Jawwad Ash-Shawi