Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Ulamak Dan Pemimpin Melayu Menipu Bangsa Melayu dan Umat Islam

2 WAJIB BOHONG2 UMNO TIPU PAS2 HADI PUTAR11 tindakan zalim najib1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA

Pedihnya sajak A. Samad Said ni..
kalau sudah baca😓….bacalah lg

Terkedu bila dihayati.. “Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul.”
……..

HAI MELAYU..

Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina kontrak Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yg berkuasa,
Bangla control cuci kereta,
Org Nepal yg menjadi jaga,
Org Pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?
Harapkan Ustaz..
Saling menyesat,
Harapkan hiburan..
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa..
Byk telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan..
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah..
Byk digadai kpd Korporat!!

Hai Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah org atasan,
Konon perjuangan ini utk kalian!
Kerja sikit.. Sembang kencang,
Byk rungut.. Sikit rancang,
Siapa tegur.. Dituduh lancang,
Duduk warung.. Gigit kacang!

Hai Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bkn cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Knp Melayu tak mcm dulu..

Hai Melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,
Cuma yg kau tahu melaram bergaya.

Hai Melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kpd dunia.. ini bumi aku yg punya,
Pd hakikat ia digadai kpd sepet yg kaya!

Hai Melayu!
Krn hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai Melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Krn Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
Engkau pun Melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki
Sesama bangsa harus guris,
-Sesama bangsa Melayu pun kau SANGGUP MENIPU
Bersatulah Melayu krn agama dan bangsa,
Moyang-moyang yg tlh berjasa,
Krn ini mungkin peluang akhir
Bangsaku utk negara,
_Berjasa dan Berkuasa..
Pedih menyengat..
Utk muhasabah diri kita.

Jika Tak Nak Berubah,
BETULKAN YG BIASA,
BIASA KAN YG BETUL.
Teruslah Jadi Melayu
Yg Layu Di Tanah Sendiri

Mari kita renung sejenak tentang umat Islam Di Malaysia

2 WAJIB BOHONG

1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 PUNCA ISLAM DIHINA

 

Mari kita renung sejenak tentang umat Islam Di Malaysia:

Di mana diri kita.

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada “Karnival” atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada “orang mu’min” dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai “Makhluk”

Sama-samalh kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua’alam

Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk.

Pas dilihat sering manipulasi agama demi kepentingan politik

2 SOKONG PEROMPAK2 SRC 1MDB2 umno tersepit2 Vellfire2 ZAHID KENA TUDUH

Pas dilihat sering manipulasi agama demi kepentingan politik

BERNAMA | | 30 Jun 2019

KUALA LUMPUR – Matlamat Pas yang menyifatkan tindakan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perkara wajib dilakukan adalah bermotifkan memanipulasi Islam demi kepentingan politik semata-mata, kata penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Beliau berkata rumusan ini dibuat berdasarkan kepada perjuangan Pas selama menjadi pembangkang sejak lebih 60 tahun lepas.

“Pas, parti berfahaman nasionalis. Perjuangan kononnya berlandaskan Islam hanya sekadar wadah sahaja, tidak bermakna parti itu sewenang-wenang boleh jatuhkan hukum wajib atau haram ke atas mana-mana parti politik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Prof Politik dan Perhubungan Antarabangsa, Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata kenyataan sebegini yang bersifat provokasi juga seringkali diulang Pas terhadap mana-mana kerajaan memerintah memandangkan parti berkenaan berjuang bagi mencapai matlamat menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Pada Muktamar Tahunan Pas ke-65 di Kuantan baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dipetik sebagai berkata menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pemerintahan PH adalah perkara wajib dilakukan.

Senada dengan Mohd Azizuddin ialah Penolong Naib Canselor UUM, Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman, yang berkata Pas sememangnya suka memberi tekanan kepada mana-mana parti dengan mengeluarkan kenyataan kononnya berlandaskan hukum dan agama.

“Saya lihat Pas memang suka kaitkan agama dengan perjuangan mereka sedangkan ini tidak sepatut berlaku. Perjuangan mereka sejak dahulu hanya mahu mendapatkan kuasa… menggunakan agama kononnya berpolitik secara Islam tetapi tidak menggambarkan erti perjuangan sebenar.

“Rakyat pun keliru mana satu pegangan Pas. Sekarang bekerjasama dengan UMNO, mungkin Pas merasakan mereka boleh jatuhkan PH dengan mudah,” katanya.

Muhammad Fuad berkata sekiranya Pas berjuang berlandaskan agama, parti itu perlu mengubah cara sedia ada daripada sering membangkang kepada memberi input atau dorongan kepada PH untuk memperbaiki persepsi rakyat serta memulihkan segala kesilapan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan tindakan Pas itu hanya sekadar menimbulkan agenda dan matlamat sahaja, sedangkan parti itu sejak dahulu gagal menjatuhkan parti yang dipilih rakyat untuk memerintah negara ini.

”Pas sudah lama jadi pembangkang, maka agenda mereka tetap sama untuk menjatuhkan parti memerintah dengan menghasut rakyat.

Pas anggap kerjasama dengan UMNO boleh jadikan parti itu kuat untuk menentang PH, namun tidak semudah yang dijangka,” katanya.

Selain itu, Sivamurugan berkata pentadbiran PH kini dilihat sedang dalam usaha menunaikan setiap janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, sebagai usaha untuk tidak mensia-siakan pilihan yang dibuat rakyat pada pilihan raya tersebut.

Sivamurugan berkata barisan kepimpinan PH tidak perlu gentar dengan sebarang kenyataan berunsur provokasi parti pembangkang sebaliknya mengambil pengalaman sebagai pembangkang sebelum ini untuk dijadikan panduan bagi memahami aspirasi rakyat

. -Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/35050/BERITA/Politik/Pas-dilihat-sering-manipulasi-agama-demi-kepentingan-politik

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

11 tindakan zalim najib1-MERUNTUHKAN NEGARA1 Pemakan Rasuah Babi1 PUNCA ISLAM DIHINA1 17 fitnah Umnopas

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

Tali gantung yang diimport, diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal, akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo
selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang.

Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah, tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai “banduan akhir” dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari bersendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk melaksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula.. waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung, bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarga yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal, sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela, setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama..menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.

Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama “Samuel”, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati.

Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’.
Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh bergaya banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak, termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri, akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi
isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap, hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletakkan di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah’.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh boss-boss saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini, memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka terjerumus
melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah..umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas.’
katanya, sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah…

#AmbilKisahDanAmbilTahu
#BanduanAkhir
#JauhiDadah

Dosa menyebarkan fitnah atau berita palsu – Peringatan Buat Umnopas Anak Iblis

Dosa menyebarkan fitnah atau berita palsu

Fitnah atau berita yang tidak berasas disebutkan dalam istilah al-Quran dan hadis sebagai buhtan, ifk, kazib dan iftiraa’. Ia termasuk dalam dosa-dosa besar kerana kesan buruk daripada fitnah itu ke atas mangsa fitnah. Ia juga membawa fasad atau keburukan yang nyata dalam masyarakat dengan tersebarnya budaya tuduh menuduh dan prasangka jahat.

Sungguh janggal pada sesetengah orang kita. Mereka sangat sensitif dengan makanan dan minuman yang ada unsur haram seperti arak atau babi. Memang makan atau minum bahan haram secara sengaja adalah haram dan berdosa.

Namun ramai yang tidak sensitif langsung dengan dosa penyebaran fitnah di zaman ledakan media sosial kini. Sesuatu berita mudah sahaja dikongsi seluas-luasnya tanpa usul periksa akan kebenarannya. Adakah kita tak rasa berdosa? Jika kita tak rasa berdosa menyebarkan berita fitnah, itu tandanya kita dalam bahaya. Lebih bahaya daripada ahli maksiat yang tahu mereka melalukan dosa. Sedangkan kita sedang melalukan dosa dalam keadaan kita menyangkanya tiada apa-apa dan kita seronok dapat menyebarkannya dan ramai rakan kita LIKE.

Rasulullah SAW bersabda:

((من يضمن لي ما بين لحييه وما بين رجليه أضمن له الجنة)). متفق عليه.

Maksudnya: Sesiapa yang menjamin bagiku (untuk menjaga anggota) di antara dua rahangnya (lidah) dan (anggota) di antara dua kangkangnya (kemaluan daripada zina), pasti aku jamin baginya syurga. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis itu merupakan ajaran Rasulullah SAW dalam konteks zaman dahulu yang tiada media sosial. Maka dalam konteks zaman kini, ‘anggota di antara dua rahang atau lidah’ itu wajar diluaskan kepada ‘jari jemari’ yang menaip dan membuat share.

Semoga kita diberi pedoman oleh Allah SWT untuk mengelakkan dosa-dosa angkara lidah, jari dan kemaluan, maka kita termasuk dalam jaminan ahli syurga, in sha Allah.

1 TANGAN JADI SAKSI1 PUNCA ISLAM DIHINA

Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam dan Rakyat Malaysia akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera dari bumi Malaysia.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

Apabila orang melayu terlebih berpolitik

2 HADI PUTAR

 

1-MERUNTUHKAN NEGARA1 HADI RASUAH

2 KELANTAN GILAGENG LAWYER BURUK KELANTAN

KESAN APABILA MELAYU PINGGIRKAN POLITIK

Boleh dikatakan hampir 90% grup WhatsApp sosial yang kita ada sekarang ini, sama ada grup Persatuan Penduduk, grup Kariah Masjid, grup Alumni Sekolah, grup Rakan Kampung dan grup-grup yang berkaitan dengan kehidupan sosial dan kemasyarakatan pasti akan tertulis :- ISU POLITIK DILARANG.

Kononnya demi menjaga ukhuwah dan silaturrahim, sedangkan di luar sana ketika ini agama Islam dan bangsa Melayu itu sedang tercabar dan dicabar.

Sebarang posting dan sharing mengenai informasi dan situasi semasa akan di TAKRIFKAN sebagai ISU POLITIK.

Bermaksud secara tidak langsung, “LANTAKLAH NAK GADUH KE NAK APA KE”… “ADA KITA ORANG KISAH …???”

Ini akan menyebabkan perjuangan mempertahankan Islam dan Melayu itu SUDAH MATI, maka KEGHAIRAHAN MELUMPUHKAN KEKUATAN ISLAM & MELAYU akan semakin hebat tanpa halangan.

Benarlah pesanan Yusuf Al-Qardhawi (Ketua Kesatuan Ulama Sedunia) :- “JIKA ORANG ISLAM MENYISIHKAN DIRI DARI POLITIK, MAKA GOLONGAN KAFIR DAN FASIK YANG AKAN MENGISINYA… DISAAT ITU TUNGGULAH ISLAM TERSISIH, TERPINGGIR DAN DIKESAMPINGKAN”. C&P