Kategori: Ulamak Jahat Pas – Ahmad Dusuki
Wajib Jatuhkan Kerajaan PH – Ulamak Jahat Pas
DULU BOIKOT BARANGAN BUKAN ORANG ISLAM KINI KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU – ULAMAK JAHAT
Kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki mendapat maklumbalas kurang senang daripada DHPP, MCA & MIC. Walau bagaimanapun PAS dengan segera mengeluarkan kenyataan rasmi dengan tajuk KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU bagi membetulkan kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki.
Tolak walak pada ulama ‘bermulut hodoh’ – Agus.
Walaupun mengakui ulama wajar dihormati dan diteladani, penganalisis politik dan pensyarah universiti, Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata golongan terbabit sepatutnya menunjukkan keperibadian mulia.
Katanya kualiti itu perlu ada pada seseorang yang digelar ulama, kerana penguasaan ilmu yang tinggi semata-mata tidak memadai.
Justeru kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu beliau tidak rela memberikan ketaatan kepada seseorang ulama “mulutnya hodoh”.
Menulis di media sosial selepas mendengar satu ceramah politik Mohammad Agus membangkitkan persoalan sama ada ketaatan wajar diberikan kepada seseorang “ulama” yang perbuatannya tidak seiring dengan kata-kata.
Menurutnya beliau mendengar satu acara politik yang menyaksikan penceramahnya menekankan kemestian seseorang memberikan ketaatan dan walak kepada ulama kerana kedudukannya sebagai pewaris nabi.
“Apakah perlu kita patuh pada ulama yang apabila berceramah mulutnya hodoh (sering menyumpah orang)?
“Apakah perlu kita patuh pada ulama yang perbuatannya tidak sama dengan yang diucap?
“Apakah perlu kita patuh kepada ulama yang berbangga diri kononnya puaknya sahaja benar dan puak lain salah?” katanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan ulama dari pihak mana yang disebutkan oleh pemerhati politik yang dikenali ramai itu.
Beliau ialah anak Kelantan yang memang dikenali sebagai penganalisis yang bersikap kritis dan tidak berpihak secara jelas kepada mana-mana parti.
Menurut Mohammad Agus selepas meneliti konsep ulama, beliau memutuskan untuk menolak walak dan taat kepada ulama yang bermulut hodoh tersebut.
“Bagi saya, ulama bukan sahaja perlu mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi juga mesti memiliki akhlak dan peribadi yang terpuji,” katanya.
Boikot Barangan Orang Bukan Islam Sambil Menambah Pahala- Ulamak Jahat Pas – Ahmad Dusuki
Seorang ulama PAS hari ini menggesa orang ramai mengabaikan nasihat menteri PH sebaliknya “menambah pahala” dengan mengukuhkan ekonomi umat Islam.
Bekas Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani, berkata usaha memboikot barangan orang bukan Islam itu baik dari segi agama.
Katanya langkah tersebut hanya memberi kesan negatif kepada “ekonomi negara sekular”.
“Ummah semakin merapat, agama semakin subur, keberkatan semakin bertambah. Pahala di sisi Allah semakin menambah, ayuh ummah!!” tulisnya di salah satu hantaran Facebook hari ini.
Untuk rekod gerakan kempen memboikot barangan bukan Melayu atau bukan Islam digerakkan beberapa pihak yang dilihat cenderung kepada pembangkang.
Ia digiatkan lagi ketika isu pendakwah dari India, Dr Zakir Naik, disebut-sebut akan diusir dari negara ini ekoran kenyatan yang dibuatnya menyentuh hal ehwal politik dalaman Malaysia.
Bagaimanapun, kerajaan menegaskan Zakir hanya tidak dibenarkan memberi ceramah melalui mana-mana wadah – termasuk media sosial – sehingga siasatan isu yang melibatkannya selesai.
Putrajaya juga tidak bercadang untuk mengusir tokoh yang dikehendaki kerajaan India itu.
Pada 29 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof sebagai berkata, kempen mengutamakan produk Muslim tidak bagus untuk ekonomi negara.
Baca Maksiat: Iktibar band Seventeen korban tsunami – Dusuki
Beliau berkata, kempen yang memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbilang kaum.
“(Kempen) tidak menjejaskan usahawan, barangan halal di utara misalnya, 70 peratus di keluarkan oleh bukan Muslim. Jadi, ia tidak ada masalah.
“Tak kena dengan kempen, kalau dah halal cukuplah, kalau dapat sijil halal Jakim sudah cukup untuk menjual, tak perlu boikot kerana ia tidak konstruktif,” katanya.
Melampirkan tangkap layar berita Malaysiakini itu, Ahmad Dusuki menambah, orang Islam perlu terus mengukuhkan ekonomi umat Islam di Malaysia.
“Usah peduli terhadap menteri kerajaan sepenggal ini!!” katanya lagi.