Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

UMNO Tolak Pendaftaran PN – Dr Maszlee Malik

1 ORANG GILA1 HAFIZ PENIPU1 PAS MINUM KELAPA SAWIT.

*UMNO Tolak Pendaftaran PN – Dr Maszlee Malik*

YB Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas.

UMNO menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ penubuhan PN kerana ianya merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu.

Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan dan lain-lain MT UMNO juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian.

Pendek kata, UMNO tidak perlukan Bersatu. Bersatu yang perlukan UMNO.

Semalam juga, UMNO dan PAS telah mengadakan perbincangan di ibu pejabat UMNO untuk bersedia menghadapi PRU 15.

Perbincangan itu hanya melibatkan UMNO dan PAS, tidak Bersatu. Mengapa Bersatu tidak diajak bersama?

Untuk memahamkan bagaimana rumit dan tersisihnya kedudukan Bersatu, saya berikan analisa contoh yang mudah tentang kekuatan UMNO dan PAS.

Kita ambil contoh di Semenanjung, UMNO bertanding 105 kerusi dan menang sebanyak 46 kerusi.

Nisbah kekuatan UMNO ialah 46 daripada 105, bersamaan dengan 43.8%.

PAS pula bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi. Nisbah kekuatan PAS ialah 18 daripada 114, bersamaan dengan 12.5%.

Bersatu bertanding 52 kerusi dan menang 13 kerusi. Nisbah kekuatan Bersatu ialah 13 daripada 52, bersamaan dengan 25%.

Persoalan yang penting di sini, melalui kerjasama Perikatan Nasional, berapa banyakkah kerusi yang PAS sanggup korbankan untuk memberi laluan kepada UMNO dan Bersatu untuk mengelakkan berlakunya pertembungan 3 penjuru?

Jangan dilupa sejarah PAS di dalam rundingan pembahagian kerusi semasa di dalam Pakatan Rakyat, PAS telah meletakkan calon di DUN Kota Damansara dan Sg Aceh sehingga berlakunya pertandingan 3 penjuru yang menjejaskan kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu.

Pada PRU 14, telah berlaku pertandingan 3 penjuru di 46 kerusi antara Bersatu, UMNO dan PAS. Bersatu hanya menang 10 kerusi, UMNO menang 30 kerusi dan PAS pula menang 6 kerusi.

Adalah hampir mustahil untuk PAS dan UMNO sedekahkan 36 kerusi yang telah dimenangi mereka kepada Bersatu.

Malah untuk mengekalkan dikotomi 10 kerusi yang sedia ada itupun adalah suatu yang amat meragukan.

Semasa PRU 14 yang lalu, sebanyak 4 kerusi Bersatu bertanding melawan MIC, MCA atau Gerakan. PRK Tg Piai membuktikan MCA mampu merampas semula kerusi Bersatu dan adakah pada PRU 15, Gerakan dan MCA sanggup memberikan laluan kepada Bersatu?

Terdapat 2 kerusi lagi, Kota Tinggi dan Pengerang, telah berlaku pertandingan 1 lawan 1 antara Bersatu dan UMNO. Selaku Presiden Bersatu dan orang Johor, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berunding agar UMNO memberikan laluan kepada Bersatu bertanding di Kota Tinggi dan Pengerang tanpa tentangan?

Di kawasan yang rata-rata pengundinya bukan Melayu yang telah disandang Bersatu sebelum ini, tidak lagi akan diberikan kepada Bersatu kerana kemenangan di bawah PH sebelum ini ialah hasil dari sokongan DAP.

Peluang untuk menang di kawasan seperti ini di bawah PN sangat- sangat tipis. Kawasan-kawasan sebegini akan dibolot oleh MCA dan MIC. Kawasan tersebut adalah Tapah, Tanjung Piai, Alor Gajah dan Simpang Renggam.

Di pantai timur pula sebagai contoh, Bersatu boleh tutup kedai kerana tidak ada sebab Bersatu perlu bertanding di sana.

16 kerusi daripada 34 kerusi yang ditandingi Bersatu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, semua kerusi Bersatu kalah dengan mendapat undi hanya 101,488 dari 884,773 jumlah undi, menjadikan undi popular Bersatu di pantai timur hanya 11.5%.

Saya memberikan senario yang mudah sebegini untuk memahamkan ahli dan akar umbi, bergayut di atas dahan PN adalah jalan yang sukar dan payah.

Itupun jika PN setuju ditubuhkan oleh UMNO dan PAS.

Saya gusar yang berteriak menyokong akhirnya hanya seronok sendiri, kerana hakikatnya sampai hari ini, tidak ada sebarang kenyataan pun dari UMNO yang mengesahkan untuk bertanding di PRU15 menerusi PN.

Saya juga telah menulis bagaimana Bersatu akan dipinggirkan dengan sangat tidak adil. Tidak ada pimpinan UMNO yang membantah atau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Bersatu apalagi bersedia untuk berkongsi kerusi dengan Bersatu.

Malah Bersatu juga tidak akan lagi menjadi parti dominan di bawah PN (sekiranya ia ditubuhkan).

UMNO ialah parti dominan dan sudah tentulah calon Perdana Menteri bukan lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi daripada UMNO. Calonnya sudah tentu Najib Razak atau Zahid Hamidi.

UMNO sekarang mempunyai 39 kerusi sementara Bersatu hanya memiliki 12 kerusi (jika tidak ditolak 5 kerusi yang kononnya telah terhenti keahlian mereka) termasuk 14 MP yang lompat ke Bersatu dari UMNO.

Adakah 14 MP UMNO yang lompat ke Bersatu akan kembali semula kepada UMNO dan bertanding mempertahankan kerusi mereka atas tiket UMNO bukan Bersatu kerana mereka sebelum ini menang atas tiket UMNO?

Menteri Besar PN juga bukan lagi didominasi dari Bersatu berikutan bertukarnya kerajaan negeri di Johor, Melaka, Kedah.

Dalam bahsa mudah, pimpinan Bersatu sekarang telah menggadaikan negeri-negeri tersebut demi sokongan politik kepada seorang individu. Ini tidak pernah berlaku di zaman PH!

Di Perak sebagai contoh, barisan exco didominasi oleh UMNO seramai 6 orang daripada keseluruhan 11 Exco Perak.

Setiap kali saya bertemu dan berbincang dengan ahli-ahli dari akar umbi, inilah yang akan saya bentangkan. Berikan kepada saya formula untuk Bersatu kekal dominan jika bersama PN seperti yang diuar-uarkan?

Berikan saya satu sahaja sebab kenapa Zahid Hamidi dan Najib Razak mahu memberikan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi?

*YB Dr Maszlee Malik*
*Ahli MPT Bersatu*
*Komen……Jangan lupa PRU 13 semasa bersama-sama PR, PAS Terengganu telah tindan 3 calunnya di kawasan PKR iaitu di DUN Bt Besi, Seberang Takir & satu lagi DUN (saya lupa nama DUN berkenaan). Juga 1 Parlimen di Sabah ditindan PAS (saya lupa nama Parlimen tu).Selepas berunding semula, 3 calun PKR mengalah & PAS juga mengalah d Sabah walaupun nama-nama calun tu tetap tertera di kertas pencalunan.*

MENILAI NASIB BERSATU DI JOHOR

1 TSMY BERDOA1 MELAYU BODOH

MENILAI NASIB BERSATU DI JOHOR

Johor ialah sebuah negeri yang mencipta keajaibannya yang tersendiri apabila setelah berpuluh tahun dikuasai UMNO, Johor akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya ke-14.

Walaupun Bersatu bukanlah pemenang terbesar kerusi-kerusi DUN yang dipertandingkan, namun Johor telah diserahkan kepada Bersatu untuk dianggap sebagai negeri Bersatu.

Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada Bersatu oleh parti-parti komponen PH yang akhirnya dikhianati oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya kerana pengkhianatan inilah, Bersatu diserah secara percuma kembali kepada UMNO selepas Langkah Sheraton.

Jika disorot kembali, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Bersatu diberi amanah untuk bertanding di 17 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan rata-ratanya untuk berlawan dengan UMNO.

Bersatu berjaya meraih kemenangan dengan 8 kerusi untuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri dengan jumlah 36 kerusi, berbanding 20 untuk gabungan lawan (17 dari UMNO, 1 dari MIC dan 1 dari PAS).

Sejurus kemudian, 3 lagi ADUN UMNO yang menang di Endau, Johor Lama dan Sedili melompat ke Bersatu, menjadikan kerusi Bersatu 11 sekaligus meningkatkan jumlah kerusi PH menjadi 39, manakala kerusi BN (dan PAS) tinggal 17.

Kerusi yang ditandingi oleh Bersatu di Johor melibatkan 524,413 pengundi. Daripada 524,413 pengundi ini, kita boleh bahagikan komposisi etniknya seperti berikut:

Komposisi etnik Melayu ialah 63%.

Cina ialah 29%

India pula 8%.

Dari jumlah keluar mengundi iaitu seramai 434,473 (bersamaan dengan 82.8%), sokongan undi popular Bersatu berada berada di tahap 49.4% melalui undi yang diraih sebanyak 214,703.

Bersatu berjaya meraih undi sebesar itu kerana sumbangan undi bukan Melayu sebanyak 133,550. Ternyata di Johor, undi bukan Melayu lebih besar berbanding undi Melayu yang hanya sebanyak 81,150.

Kesimpulannya di Johor, tahap sokongan undi Melayu untuk Bersatu berada di tahap 29.6% sahaja.

Kini, sejurus Langkah Sheraton, Tan Sri Muhyiddin telah membawa keluar Bersatu dari PH dan bergabung dengan gabungan tidak berdaftar yang digelar sebagai Perikatan Nasional (PN). Hasilnya, Johor bukan lagi milik Bersatu seperti di dalam PH.

Bukan sekadar Menteri Besar Johor bukan dari Bersatu, malah Bersatu menjadi pasif dan tidak sedominan UMNO. Agak menarik, UMNO yang dahulunya kalah dan ditolak oleh rakyat Johor, kini kembali memerintah Johor dengan pengorbanan besar dari Bersatu yang telah memberikan segalanya kepada UMNO.

Sejarah akan merakamkan peristiwa yang paling ironik ini, dan anehnya ia boleh diterima oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rela hati.

Walau bagaimanapun, cabaran yang terbesar bukanlah di waktu sekarang ini. Jika Bersatu mampu untuk melihat ke hadapan dan berfikir sedikit panjang, cabarannya ialah pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri yang akan belangsung selari dengan PRU15 tersebut. Dalam menuju Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum ke-15, rundingan pembahagian kerusi dengan rakan-rakan dalam ‘PN’ tentunya tidak mudah.

Bersatu yang sangat bermurah hati menggadaikan negeri milik mereka kepada UMNO melalui pakatan tidak berdaftar, tentunya mengharapkan untuk diberi laluan oleh PAS dan UMNO di Johor tanpa diganggu untuk bertanding di sekurang-kurangnya 11 kerusi milik Bersatu kini.

Tanggapan mereka bahawa pertandingan satu lawan satu bertembung dengan PH, Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin akan memperoleh kemenangan mudah.

Namun, ia tidak semudah itu.

Situasinya, dari 11 kerusi Bersatu kini, 3 kerusi daripadanya merupakan kerusi tradisi UMNO. Bersatu juga tewas kepada UMNO di ketiga-tiga kerusi ini pada PRU14. Kalaupun menang atas tiket Bersatu pada PRU15 nanti, kerusi ini pada dasarnya adalah kerusi UMNO.

Dari 8 kerusi asal yang dimenangi Bersatu, paling tidak pun cuma 1 kerusi (iaitu Bukit Kepong) yang agak selamat untuk Bersatu, manakala 7 kerusi lain, tidak akan selamat.

3 dari mereka sudah pasti kalah, terutamanya kerusi Puteri wangsa kerana ianya merupakan Kawasan campur yang mana Bersatu memenanginya adalah kerana pengundi bukan Melayu yang menyokong PH, manakala 4 lagi akan kalah ataupun menang tipis berdasarkan demografi bukan Melayu yang besar, termasuk kerusi Gambir milik Perdana Menteri.

Perlu diingat, sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Bersatu berjaya meraih undi di DUN-DUN yang mereka tandingi pada PRU14 kerana sumbangan undi bukan melayu (133,550) yang lebih besar berbanding undi melayu (81,150). Perlu diulang, tahap sokongan undi melayu untuk Bersatu di Johor berada pada tahap 29.6% sahaja.

Sekiranya Bersatu memilih untuk bersaing sendiri sebagai parti melayu semata mata dan tidak memanafaatkan asas pengundi bukan melayu dan pengundi Melayu bukan UMNO-PAS, segmen pasaran Bersatu cuma seramai 81,150.

Semua sedia maklum, hampir separuh dari undi melayu ini adalah bekas pengundi tradisi UMNO yang mengundi Bersatu pada PRU14 atas faktor menolak korupsi dan rasuah UMNO, begitu juga dengan faktor Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir merupakan faktor penting sehingga ramai pengundi tradisional UMNO di Johor beralih kepada Bersatu atau PH sewaktu itu. Jika dipisahkan undi mereka ini, asas yang ada untuk Bersatu adalah di sekitar 9% undi popular sahaja. Bilangan ini tidak cukup untuk memenangkan Bersatu jika berhadapan tiga penjuru, hatta jika berhadapan dengan PH nanti pun sekiranya Tun tidak lagi bersama dengan Bersatu.

Dengan 9% undi popular, tak sukar untuk membayangkan senario semua calon Bersatu di Johor nanti. Semuanya akan hilang deposit pada PRU15 nanti.

Untuk menghadapi PRU15 nanti juga, Bersatu perlu membawa 11 kerusi ini sebagai bekal berunding berkenaan agihan kerusi sekiranya Bersatu akan bertanding di bawah payung PN yang masih tidak berdaftar.

Persoalannya, jika kerusi sedia ada pun Bersatu cuma mampu menang 1 kerusi, disamping 3 kerusi percuma dari UMNO, bagaimana mungkin Bersatu boleh membuat tuntutan untuk berebut lebih banyak kerusi? Apatah lagi untuk memenangkan kerusi tersebut dan menyumbang kepada koalisi PN.

Jika berterusan bersama PN, Bersatu akan termaktub dalam buku sejarah sebagai sebuah parti satu musim pilihanraya di Johor.

Yang jelas, Bersatu Johor dengan bermurah hati dan redha bahawa mereka tidak akan selamanya kembali dipilih sebagai Menteri Besar Johor. Mereka juga sangat bermurah hati untuk mewakafkan kerusi tersebut selamanya kepada UMNO.

Dan bersama PN juga bermaksud Bersatu rela melukut di tepi gantang dengan menobatkan UMNO selamanya sebagai pemerintah Johor.

Persoalan saya, apakah ini yang dimahukan oleh rakyat ketika mereka mengundi Bersatu dalam PRU 14 yang lalu?

Apakah ini juga harapan hali-ahli Bersatu di Johor ketika mereka meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu pada awal penubuhannya dahulu?

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

Dr. Maszlee Mangsa Kroni YTL ?

Image may contain: 2 people, people smiling, text that says 'MANGSA KRONI-YTL? KETIKA PM KE-4 Tan SriA Ani Arope, CEO TNB LETAK JAWATAN kerana enggan 'SIGN' YTL KETIKA PM KE-7 Maszlee Malik, Menteri Pendidikan LETAK JAWATAN kerana tidak sambung kontrak kroni-YTL SR suara rakyat juga kah?'

Sedia maklum kita tahu bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan kerana enggan disuruh menandatangani perjanjian terhadap kroni IPP-YTL.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” – Tan Sri Ani Arope.

Ketika itu kami masih ingat bermula pada jam 5:17 ptg pada 3 Ogos 1996 (24 tahun yg lalu) satu semenanjung Malaysia ‘black-out’ bergelap tiada elektrik selama 12 jam. Keesokan harinya baru pulih.

Insiden tersebut telah menyebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Tun M yang ketika itu adalah PM ke-4, meminta Allahyarham Tan Sri Ani Arope menandatangani kontrak perbekalan elektrik oleh penjana elektrik bebas (IPP) kepada TNB. Harganya tidak munasabah, di mana pada akhirnya TNB terpaksa membeli pada harga yang mahal seterusnya membebankan pengguna.

IPP yang pertama itu tidak lain tidak bukan, adalah YTL Power Generation Sdn Bhd. Perjanjian berat sebelah itu adalah untuk selama 21 tahun iaitu dari 1994-2015..

Selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit. 300% perbezaan!

Kemudian tumbuh lagi IPP lain membekalkan elektrik kepada TNB antaranya Powertek Bhd, Genting Sanyan Power Sdn Bhd, Segeri Energy Ventures Sdn Bhd, Malakoff Bhd, Tanjung plc, EPE Power Sabah Energy Corp, Alpha Intercount’l Bhd, Sutera Bhd, Cergas Unggul Sdn Bhd dan Ekran Corp.

SEMUANYA KRONI !!

Kesemuanya IPP ni akan memberikan keuntungan berbilion-bilion ringgit !!

Manakala ketika ini pula, Portal The Malaysian Insight mendakwa melihat satu surat dari Atuk sepanjang 17 perenggan kepada Maszlee, yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan kerana mengingkari arahan kabinet.

Hingga kini Maszlee tidak membuat sebarang penafian di atas laporan tersebut.

Arahan kabinet apa yang beliau ingkari?

Tidak jelas. Tapi menarik diperhatikan nama YTL sejak akhir-akhir ini diperkatakan ramai orang, kerana pada sidang akhbar Maszlee, beliau ada menyebut salah satu isu yang kontroversi adalah internet percuma di sekolah selain isu jawi dan sarapan percuma.

Untuk rekod, kontrak YTL Communication membekalkan internet ke sekolah melalui rangkaian 1BestariNet telah tamat pada tahun lalu.

Maszlee kemudian tidak menyambung kontrak tersebut, sebaliknya membuka kepada pesaing telekomunikasi lain seperti Telekom.

Kembali semula kepada persoalan saya tadi, kenapa kami kata Tun tak berubah?

Ingat tak ketika kempen PRU 14 sebelum ini di mana Tun berkata beliau tak ada banyak masa untuk pulihkan Malaysia kerana usianya yang sudah 90 lebih?

Sudah setahun lebih, apa yang pulih? Pasaran saham makin jahanam, pelabur asing lari..

Tun, apakah yang sebenarnya Tun mahu lakukan? Tun tak ada banyak masa nak pulihkan Malaysia atau NAK PULIHKAN KRONI ??!

RUJUKAN :

https://www.themalaysianinsight.com/s/210117

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/581492/1bestarinet-5-sebab-kementerian-tak-sambung-kontrak-ytlc

https://blog.limkitsiang.com/2014/12/20/ani-arope-on-how-tnb-got-a-raw-deal-from-ipps/

https://transparency.org.my/pages/news-and-events/press-releases/ti-m-wants-govt-and-tnb-to-renegotiate-power-purchase-agreements

*Memoirs of Tan Sri Ani Arope*

Petisyen gesa Maszlee kekal menteri raih lebih 100k tandatangan

Suatu petisyen dalam talian menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan yang baru dilancarkan petang tadi mendapat sambutan hangat.

Setakat berita ini ditulis pada jam 9.20 malam, petisyen tersebut telah meraih sebanyak 114,176 tandatangan dan masih terus menerima sokongan.

Pada petisyen yang dimulakan oleh individu bernama Tuah Kencana dinyatakan,”keputusan (Maszlee) meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.

“Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri pendidikan,” kata kenyataan itu.

Menurut petisyen itu lagi, usaha Maszlee sebagai menteri pendidikan “telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.”

“Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat. KPM dibawah kemudi YB (Maszlee) telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan,” kata petisyen itu.

Ia turut menyenaraikan sumbangan Maszlee sepanjang tempoh singkat memegang jawatan menteri pendidikan, antaranya,”sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru “suka sama suka”, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru.”

Petang tadi, dalam suatu sidang media khas di Putrajaya, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

“Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Dalam ucapannya, bekas pensyarah yang kebelakangan ini kerap menjadi sasaran kritikan itu juga menyenaraikan pencapaian Kementerian Pendidikan sepanjang pengawasan beliau.

Antaranya, hampir 90 peratus projek sekolah daif yang diusahakan siap lebih awal.

“Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.

“Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula Auku di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan,” kata Maszlee.

Sejurus tamat sidang media itu, Maszlee yang kelihatan sebak meninggalkan perkarangan KPM dengan memandu sendiri kenderaan peribadinya, sebuah Perodua Myvi.

Sementara itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada beliau pada hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/505705?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0OVeDpNuLWBzPmkIMTR8-KFsVDm42yTzj9XEJPsX3kvveZ9us0f46HW8A

Dr Maszlee Malik terkejut bila tengok fail tentang sekolah daif.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

https://web.facebook.com/suararakyatpage/videos/588504201946826/

“Saya sendiri baru masuk kementerian, saya terkejut bila tengok fail tentang sekolah daif. Bagaimana projek-projek sebelum zaman sebelum saya (BN) nampak ada peruntukan beratus juta (ringgit) tapi ke mana perginya. Dulu saya tak terbayang benda ni wujud dalam Malaysia,’ jelas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Adakah pendedahan ini merujuk kepada projek solar utk sekolah2 pedalaman di Sarawak yg bernilai RM1.25 bilion juga dikaitkan dgn dakwaan rasuah yg diterima oleh Rosmah Mansor dan pegawai peribadinya Datuk Rizal Mansor dgn masing2 terima rasuah RM187.5 juta dan RM25 juta ?

HANYA Allah Yang Maha Mengetahui… Wallahualam~

Dr. Maszlee secara rasminya letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa esok. Selamat tinggal, Dr. Maszlee. You did a good job 👏

Kredit video: MLStudios

Ucapan penuh peletakan jawatan Maszlee Malik

ULASAN | Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam tahun baru 2020.

Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya pihak media dan warga keluarga KPM.00

Ini mengingatkan saya ketika saya mula masuk ke bangunan ini sebagai menteri pendidikan hampir 20 bulan yang lalu, saya sering membayangkan betapa beratnya tanggungjawab memegang dua kementerian strategik di negara ini.

Baca: Maszlee sah letak jawatan menteri pendidikan

Dari hari pertama, saya menjangkakan banyak kontroversi akan muncul, terutamanya kita berada di fasa peralihan kerajaan dan juga harapan rakyat begitu mengunnung berbeza antara satu pihak dan pihak yang lain.

Begitu juga ruang kebebasan yang banyak yang tidak ada sebelum ni di zaman BN yang kini ada, telah memberi ruang untuk semua pihak untuk mengutarakan, membawa, dan juga melobi kepentingan atau agenda yang mereka ingin bawa dalam bidang pendidikan.

Namun, semenjak tahun 2018, KPM telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan. KPM telah menjadi kementerian pertama yang membentangkan laporan 100 hari Pakatan Harapan, kemudiannya kad laporan prestasi setahun (Jun 2018 – Jun 2019) dan kad laporan untuk tahun 2019. Trend ini telah diikuti oleh kementerian-kementerian yang lain. Semalam pun masih ada kementerian yang baru membentangkan laporan mereka. Yang penting KPM mendahului.

Trend ini kita harap jadi satu precedent bagi semua kementerian, bagi kementerian pendidikan dalam masa yang akan datang. Jikalau ada legasi yang ingin kita tinggalkan di peringkat KPM, kita ingin terajui ketelusan dan accountability, dan ini yang dikatakan tata kelola kerajaan yang baik ataupun good governance.

Tahun 2019 kemudiannya membuktikan beberapa inisiatif yang kita perkenalkan akhirnya membuahkan hasil. Hampir 90 peratus projek sekolah daif yang kita usahakan, siap lebih awal. Kita paparkan progres sekolah daif ini di laman web. Tidak pernah sebelum ini projek kerajaan begitu transparen dan boleh diakses oleh orang awam.

Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Anak-anak Malaysia tanpa mengira bangsa, latar belakang atau negeri mana mereka datang. Kita lihat ribuan telah kembali ke sekolah, ribuan telah dapat meneruskan pelajaran samada di sekolah atau universiti. Begitu juga pelajar tanpa dokumen kita telah daftarkan masuk untuk sekolah, yang sebelum ini mereka agak terbiar. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.

Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, telah kita usahakan. Guru-guru ramai yang telah berpuas hati apabila beban mereka dikurangkan sedikit demi sedikit bermula tahun 2019, hasil daripada sesi kita bersama NUTP. Kita tahu NUTP jikalau sebelum ini, agak jadi seteru kepada pihak kementerian, tapi bermula 2018 jadi rakan strategik malah jadi sebahagian keluarga besar KPM. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada NUTP dan persatuan-satuan guru yang bersama kita.

Begitu juga kita lancarkan gerakan Malaysia Membaca. Ini sebahagian dari usaha kita untuk memastikan pada tahun 2030, Malaysia menjadi sebuah negara membaca, dan kini kita telah lihat, kempen membaca ini telah mula berkembang di seluruh negara. Kita masih baru, tetapi berilah beberapa tahun lagi, kita akan lihat perubahan yang besar. Malah di kalangan anak-anak kita di tahun satu dan juga tahun tiga, yang mana telah dimansuhkan sistem penilaian hanya berdasarkan pemeriksaan, tetapi dinilai secara holistik, kita akan tekankan elemen pembacaan, membaca dan kefahaman demi membina masyarakat yang membaca 2030.

Kita juga telah membuat bacaan semula Auku di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan.

Kita juga mahu meletakkan semula peningkatan kualiti sebagai asas utama pendidikan. Kita harus faham kualiti pendidikan tidak boleh diperbaharui semalaman. Terdapat banyak isu sistemik yang kompleks. Salah satu daripadanya ialah korupsi. Umum mengetahui, banyak pihak yang mendapat kontrak melalui kabel-kabel tertentu sebelum ini. Ini bukan lagi rahsia, KPM adalah antara kementerian yang menjadi perhatian sebelum ini oleh SPRM. dan KPM bekerja keras untuk membanteras amalan ini. KPM bahkan membawa masuk Tan Sri Ambrin Buang dan jawatankuasanya untuk memastikan terdapatnya semak imbang, dan menunjukkan kepada umum betapa serius KPM terhadap isu korupsi dan ketirisan ini.

Perancangan KPM untuk tahun 2020 lebih besar daripada semua pencapaian 2019 ini. Dengan sebahagian daripada halangan-halangan sistemik ini telah berjaya kita selesaikan, kita akan mampu melaksanakan reformasi sistem yang lebih besar. Misalnya, pendidikan digital hanya dapat dilaksanakan jika semua sekolah mempunyai sistem internet yang pantas dan stabil. Sebelum ini terdapatnya monopoli dan para guru langsung tidak menggunakan platform tersebut kerana ia terlalu perlahan dan mereka tidak mempunyai pilihan. KPM memastikan sistem ini dibuka agar sekolah dapat memilih apakah pembekal internet yang terbaik serta platform yang lebih sesuai untuk anak-anak mereka. Hanya setelah ini, kita boleh fokus kepada IR 4.0 dan pendidikan Stem di sekolah.

Selain pelan digital pendidikan, perancangan tahun 2020 KPM juga adalah untuk meningkatkan kualiti sekolah dan universiti dengan memfokuskan guru, pensyarah, pentadbir dan penggubal dasar. Untuk guru, inilah sebabnya mengapa KPM bekerja keras mengurangkan beban kerja yang tidak relevan agar seterusnya kita dapat meningkatkan pedagogi. Malah Akta Pendidikan juga akan disemak semula untuk membolehkan anak-anak kita diwajibkan menghabiskan sekolah menengah.

Untuk universiti pula, kita akan memastikan mereka dapat bersaing lebih kompetitif di peringkat dunia. Universiti kita perlu belajar daripada universiti terbaik di dunia. Kerangka kebolehpasaran akan dilancarkan, yang mana lebih banyak program yang relevan dan hubungan industri yang lebih kuat akan menjadi keutamaan. Bacaan semula Auku akan memberi lebih autonomi kepada universiti dan kebebasan akademik untuk meningkat kualiti. Ini termasuk semua pembaharuan dalam program TVET kita sehingga kebolehpasaran graduan TVET meningkat kepada 96.5 peratus.

Bagaimanapun, sebagaimana yang selalu saya tekankan dengan pegawai saya sebelum ini, kita semua harus merubah diri kita dahulu sebelum mengubah sekolah dan universiti. KPM harus bergerak menjadi lebih efektif dan proaktif. Setiap program harus berorientasikan outcome based. Ketika saya mengemudi KPM, saya selalu mengalu-alukan public private pertnership kerana saya tahu, kita tidak dapat melaksanakan reformasi sistem ini berseorangan. Sekolah milik komuniti, universiti milik masyarakat. Kejayaan sistem pendidikan adalah bermakna kejayaan masyarakat. Pendidikan adalah tanggungjawab semua.

Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat bukan melalui pencapaian-pencapaian ini. KPM sering menjadi perhatian media, dan kumpulan-kumpulan tertentu, dan juga di kalangan ahli politik, bukan dari pencapaian kita, bukan dari keberhasilan kita, bukan dari apa yang kita telah sumbangkan kepada masyarakat, yang telah beri makna yang signifikan. Apa yang berlaku dalam 20 bulan ini, tidak dapat dicapai dalam tahun-tahun sebelum ini. Perubahan yang kita lakukan dalam 20 bulan ini begitu signifikan dan indah untuk kita kongsikan, namun malangnya ia tidak dapat perhatian untuk headlines, dan juga tajuk-tajuk, Banyak tajuk sensasi lebih buat penghinaan, banyak isu-isu sensitif dan sengaja dibesar-besarkan lebih jadi pilihan utama.

Akhirnya, seperti mana saya sebutkan, saya sebagai menteri yang menerajui KPM lebih dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan seperti isu Jawi, Internet sekolah dan isu sarapan percuma, dan juga beberapa isu sampingan yang lain.

Bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, “Pendidikan untuk Semua”. Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Perjuangan tidak akan pernah selesai dalam satu ruang. Perjuangan untuk memertabatkan pendidikan berlaku di setiap ruang. Ia bukan tanggungjawab satu kementerian sahaja, seorang menteri sahaja, tapi tanggungjawab setiap ahli komuniti. Di mana pun kita berada, kita bertanggungjawab untuk memastikan pendidikan berkualiti dan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama.

Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM. Bukan mudah, untuk seorang yang tidak punyai latar belakang politik, seorang yang akedemia, pendidikan, diberi peranan untuk mengemudi satu kementerian yang besar ini yang mana jikalau kita lihat, lebih dihujani isu-isu politik dari isu pendidikan itu sendiri. Pada saya, amanah yang telah diberikan oleh ayahanda tun merupakan adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia. Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM.

Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

https://www.malaysiakini.com/news/505673?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3faZ2gyqJEKum6fRDoI8EHWWK3I90h-wMwUxdVVFzFq3RXwHuEU2Gd76Y

Maszlee Malik Mangsa Pertama Gobind Singh Deo Dan KDN Yang Tidak Pandai Menangani Isu2 Fitnah Pembangkang.

https://www.kinitv.com/video/7c1ff93b-86c9-467d-956c-366b344d80b1?fbclid=IwAR28Bgw74XlT7WKHHnFYBQI5_VRRzJ3ZHhzSxPkB33PN19ylepSjjww0N30

PH Gagal Menggunakan Kemudahan Media Untuk Kebaikan Rakyat Malaysia.

Sidang Media Penuh Maszlee Umum Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.