Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Sistem Kementerian Pertahanan Negara Lemah Berpunca Dari Campur Tangan Politik Umnobn.

Kementerian Pertahanan lapor 14 lagi projek land swap kepada SPRM

Mohd Nasaie (dua dari kanan) berkata laporan kepada SPRM ini adalah kesinambungan daripada laporan yang telah dibuat kementerian pada 21 Februari lalu. -Gambar fail

Kementerian Pertahanan lapor 14 lagi projek land swap kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan hari ini membuat laporan berhubung 14 lagi projek pertukaran tanah (land swap) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pertahanan, Mohd. Nasaie Ismail berkata ia seperti dilaporkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) baru-baru ini.

“Laporan kepada SPRM berkenaan adalah kesinambungan daripada laporan yang telah dibuat kementerian pada 21 Februari lalu melibatkan projek yang terletak di Paloh, Johor dan Hutan Melintang, Perak.

“Terdapat kes yang mana projek terbabit menghadapi masalah kelewatan sehingga 11 tahun untuk disiapkan.

“Hasil siasatan menganggarkan kerajaan telah rugi sebanyak RM515.21 juta berdasarkan kepada perlanjutan masa projek yang gagal disiapkan segera, kontrak-kontrak tambahan yang tidak termasuk dalam perancangan dan penetapan nilai tanah gentian yang lebih rendah daripada harga semasa yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH),” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Difahamkan, projek yang menghadapi masalah kelewatan sehingga 11 tahun itu melibatkan Projek Penswastaan Kem Transit dan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

Land Swap merupakan satu kaedah pembangunan kem-kem tentera, perumahan anggota tentera dan fasiliti-fasiliti lain yang dibiayai melalui pertukaran tanah milik Persekutuan yang diberikan kepada pihak swasta yang membangunkannya.

Ia adalah satu kaedah untuk menangani kekangan kewangan kerajaan di sebalik keperluan yang besar terhadap pembangunan.

Keseluruhan 16 projek land swap itu melibatkan 2,923 ekar tanah milik Persekutuan yang bernilai RM4.7 billion dan nilai projek yang sepatutnya dibangunkan adalah sebanyak RM4.8 billion.

Sehingga Disember 2018, hanya lima projek telah disiapkan, dua dalam pembinaan dan baki sembilan projek lagi sama ada gagal disiapkan atau masih dalam proses untuk ditandatangani.

Berikut senarai 14 projek pembangunan melalui kaedah land swap yang dilaporkan:

1. Projek Pembangunan Kem Markaz 11 Briged, Depot Simpanan Pertahanan dan Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Serendah, pertukaran dengan tapak tanah Kem Sungai Buloh.

2. Projek Pembinaan Fasilitiu Sukan di Kem Sg Besi, Baik Pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kedah, 2 Kor Artileri Diraja (KAD) Negeri Sembiulan dan 4 RAMD di Tapah, Perak. Pertukaran dengan tanah kementah DI Jalan Kuching, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

3. Pembinaan Kem Batillion Infantri Tentera Darat di Batu Pahat, pertukaran dengan takap Kem Majidee, Mukim Plentong Johor.

4. Projek Penswastaan Kem Transit dan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.

5. Cadangan Pembangunan Rejimen 514 Askar Wataniah, Sg Putat Melaka dan Permbangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Terendak Melaka.

6. Projek Pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di Putrajaya.

7. Projek Pembinaan 60 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Slim, Cameron Highland, pertukaran dengan tanah Kem Brinchang.

8. Projek Pembinaan Kompleks 7 Briged Skudai. Pertukaran tanah Kem Tebrau dan Kem Penggawa Timur, Johor.

9. Projek Pembinaan Kem Logistik Tenterta Darat di Semenyih, pertukaran tanah Kem Batu Kentonmen.

10. Projek Pembinaan Kompleks Markaz 2 Divisyen Jalan Bayan Lepas, Bukit Gedung dan Sungai Ara, Pulau Pinang. Pertukaran tanah dengan Kem Batu Uban.

11. Cadangan penswastaan Kompleks Markaz Divisyen 1 di Muara Tuang, Sarawak dan Pembinaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA iv)di Sg Besi, tukaran tanah Bukit Raja, Klang dan Palm Road, Kuching.

12. Cadangan Pembinaan Depot Peluru 71 Batalion Ordnans Divisyen di Kem Muara Tuang. Tukaran tanah kem Stampin, Sarawak.

13. Projek Cadangan Pembangunan Fasiliti di Kem Muara Tuang dan Kem Pen risen, Sarawak.

14. Projek Pembangunan Fasiliti Skuadron 323 TUDM di Bukit Lunchu ke Bukit Banang, Johor dan Pangkalan Udara, Kuantan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kementerian-pertahanan-lapor-14-lagi-projek-land-swap-kepada-sprm-207829

Negara China Bersetuju Membeli Minyak Sawit Malaysia Bernilai RM4.56 bilion

1 SAWIT

Berita baik!!

Kerajaan China mengesahkan utk mengimport 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia utk tempoh 5 tahun. 

Import tersebut bernilai RM4.56 bilion secara belian terus menggunakan matawang Renmimbi dan ianya harus mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.. MOU yg ditandatangani antara MPOC dan CFNA mempunyai klausa boleh dikaji semula selepas 3 tahun.

Tahniah Tun Mahathir,
Tahniah Kerajaan Malaysia.

 

ECRL, Bandar Malaysia jana impak ekonomi negara – Bank Dunia

KUALA LUMPUR: Bank Dunia menjangkakan pelaksanaan dua projek mega pelaburan awam iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia akan menjana impak kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang.

Berdasarkan Laporan Ekonomi Asia Tenggara dan Pasifik bagi April 2019, Bank Dunia mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia berkembang sederhana kepada 4.7 peratus tahun ini, seterusnya kepada 4.6 peratus bagi dua tahun berikutnya pada 2020 dan 2021.

Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Dr Richard Record, berkata unjuran pertumbuhan KDNK bagi 2020 dan 2021 itu bagaimanapun belum mengambil kira keputusan pelaburan awam terbaharu kerajaan untuk menyambung semula kedua-dua projek berkenaan.

Katanya, daripada perspektif KDNK, pelaburan awam kebiasaannya akan memberikan sokongan jangka sederhana, asalkan diuruskan dengan cekap dan seimbang dari segi kemampuan pelaburan dengan kemampanan hutang supaya menjamin pulangan pelaburan maksimum.

“Penggunaan swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan KDNK tahun ini, walaupun dijangka berkembang pada kadar lebih tinggi.

“Manakala perbelanjaan isu rumah akan disokong oleh persekitaran tenaga kerja yang stabil dan langkah sokongan pendapatan seperti Bantuan Sara Hidup.

“Pembentukan modal tetap kasar dijangka meningkat sedikit dipacu sektor swasta, manakala pelaburan awam pula akan terus lemah dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media pengumuman laporan itu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Record berkata, beberapa inisiatif untuk isi rumah berpendapatan rendah termasuk Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40, skim insurans kumpulan B40, dan inisiatif kediaman mampu milik kini dalam perancangan Malaysia yang akan memperbaiki tahap kesejahteraan kewangan dan bukan kewangan rakyat.

Katanya, Malaysia juga dijangka terus berdepan cabaran peningkatan risiko dan tekanan kepada pertumbuhan ekonomi.

“Berdasarkan cabaran luar, kebergantungan Malaysia yang tinggi bagi dagangan dan integrasi kewangan mendedahkan negara kepada ketidaktentuan ketegangan dagangan Amerika Syarikat (AS) – China dan sentimen peralihan pasaran kewangan global.

“Manakala, faktor domestik pula menyaksikan liabiliti kerajaan yang tinggi dan peningkatan kebergantungan kerajaan kepada sumber berkaitan minyak berisiko menghadkan fleksibiliti fiskal negara terhadap kejutan makroekonomi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Record berkata, menjelang 2020 ekonomi dijangka berkembang pada 4.6 peratus manakala petunjuk semasa turut mencadangkan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2024.

Katanya, defisit fiskal negara juga dijangka terus mengecil kepada 3.4 peratus daripada KDNK 2019 dan tiga peratus pada tahun 2020.

Laporan Ekonomi Asia Tenggara dan Pasifik bagi April 2019 turut menyatakan pertumbuhan ekonomi bagi rantau yang sedang membangun itu dijangka turut berdepan kelembapan kepada enam peratus untuk tahun ini dan 2020, berbanding 6.3 peratus tahun lalu.

Bahkan, Bank Dunia turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada 2.7 peratus tahun ini berbanding 2.9 peratus yang diunjurkan pada Januari lalu, susulan perubahan kepada persekitaran global yang lebih mencabar ketika ini.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/04/556811/ecrl-bandar-malaysia-jana-impak-ekonomi-negara-bank-dunia?fbclid=IwAR3-6whwY4a6gWezfnugBDy-nBNA1W-f0R0YFZz-QTsaXuLM4SIwKBPsv8o

Kelantan Jadi Gedung Dadah ?

HASANUDDIN (empat dari kiri) bersama Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berbual dengan jemaah masjid pada Program Imarah Masjid, di Masjid Kampung Kubang Batang, Pasir Mas. – FOto Zulkifli Zainuddin

Kelantan tidak mustahil jadi ‘gedung’ dadah jika tidak dibanteras – Ketua Polis Kelantan

PASIR MAS: Kelantan tidak mustahil menjadi ‘gedung’ dadah suatu hari nanti jika masalah lambakan bahan terlarang itu tidak dibanteras segera, terutama dengan bantuan maklumat orang ramai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata masalah dadah di negeri ini dianggap serius berikutan rekod Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapati 12,703 individu dikesan menjadi ‘hamba’ dadah sepanjang tempoh lima tahun dari 2014 hingga 2018.

Beliau berkata, malah berdasarkan statistik pihaknya, sebanyak 17,741 tangkapan dilakukan tahun lalu berhubung kes itu, meningkat berbanding 17,686 pada 2017.

“Tidak mustahil Kelantan akan menjadi ‘gedung’ dadah berdasarkan trend tangkapan yang kita lakukan, jika ia tidak dibanteras dari awal.

“Keadaan ini berlaku kerana pasaran dadah cukup mudah didapati berikutan Kelantan terletak berhampiran sempadan. Bagi saya, dengan statistik itu termasuk mungkin ada individu ditangkap dua atau tiga kali, masalah ini cukup serius.

“Sehinggakan saya pernah mendengar orang cakap, kalau diseluk ke dalam poket pelajar sekolah, akan jumpa pil kuda. Ini menunjukkan betapa mudahnya untuk mendapatkan bekalan (dadah) di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Imarah Masjid di Masjid Kampung Kubang Batang, di sini, hari ini.

Justeru, Hasanuddin meminta orang ramai sentiasa bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada polis jika tidak mahu generasi akan datang rosak akibat penagihan dadah.

“Saya tahu ramai dalam kalangan masyarakat ada banyak maklumat berkaitan dadah tetapi tidak mengetahui cara menyalurkannya sama ada melalui telefon, mesej dan aplikasi WhatsApp.

“Maklumat boleh disalurkan melalui pelbagai cara, termasuk surat, terutama bagi penduduk kampung. Tanpa maklumat orang ramai, sukar untuk kami menjaga keamanan negeri ini, terutama dekat sempadan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/04/554945/kelantan-tidak-mustahil-jadi-gedung-dadah-jika-tidak-dibanteras-ketua?fbclid=IwAR2GGDHuJ9v2X4joiVBc0tXRyo05paXIMJcbNfMbhQ5uupIwRDWMBWCBI0o

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 APR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan peningkatan sentimen terhadap unit tempatan itu susulan kenaikan harga minyak mentah global.

Pada 9.06 pagi ini, unit tempatan itu diniagakan pada paras 4.1380/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1450 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, permintaan belian terhadap ringgit meningkat susulan kenaikan niaga hadapan minyak mentah global yang menyaksikan Brent menokok 35 sen kepada US$71.97 setong manakala US West Texas Intermediate (WTI) naik 24 sen kepada US$64.00 setong.

“Ini merupakan perkembangan baik untuk hasil minyak dan gas negara.

“Malah, ringgit juga meningkat berikutan aktiviti belian ketika saham berharga rendah selepas ditutup pada paras terendah dalam tempoh hampir tiga bulan berbanding dolar AS pada Rabu berikutan kemungkinan bon Malaysia diturunkan penarafannya oleh penyedia indeks global, FTSE Russell,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, segelintir pelabur yakin bahawa kerajaan tidak akan membiarkan kemungkinan langkah oleh FTSE Russell serta tindakan dana kekayaan Norway menarik diri daripada bon kerajaan Malaysia, akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0567 daripada 3.0535/0584 sewaktu ditutup semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6963/7011 daripada 3.6991/6039.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3761/3830 daripada 5.3853/3935 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6507/6567 daripada 4.6579/6640 sebelum ini.

Pengarang

Hafizan Taib

SUMBER: BERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

 

Manfaat Statut Rom yang umnopas rahsiakan.

No photo description available.

umnopas dan 4 ahli akademik telah menggunakan statut rom sebagai senjata berbisa untuk memuaskan hawa nafsu golongan yang kecewa kerana kekalahn pru 14 sehingga sanggup menghasut pihak istana agar menekan kerajaan PH untuk membatalkan statut rom dengan alasan hak istimewa orang melayu dan kedudukan raja berperlembagaan akan terhakis.

Penyambungan semula projek ECRL tingkatkan keyakinan pelabur

1 TUN M

DUTA Besar China ke Malaysia Bai Tian hadir dalam pertemuan meja bulat dengan media Malaysia di Kedutaan China, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan disambung semula bakal meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelabur terhadap pasaran Malaysia.

Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian, berkata projek itu yang dijadual disambung semula pada bulan depan, membantu menarik minat lebih ramai ahli perniagaan China.

“Nampaknya negara ini mengalu-alukan penyertaan China dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

“Saya sangat gembira kedua-dua pihak mempunyai rundingan yang baik. Satu situasi menang-menang telah dicapai.

“Sebaik projek itu selesai, ECRL akan menjadi saluran pengangkutan utama yang menghubungkan negeri di pantai timur dengan negeri di barat Malaysia, katanya,” katanya dalam pertemuan meja bulat dengan media Malaysia di Kedutaan China, di sini, hari ini.

Selama tiga tahun berturut-turut, China adalah pelabur langsung asing terbesar dalam sektor perkilangan di Malaysia. Sebanyak 33 peratus pelaburan langsung asing ke Malaysia adalah dari China.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah paras tertinggi pada 2018, meningkat 13 peratus kepada AS$108.6 bilion (RM443 bilion) daripada AS$96 bilion (RM392 bilion) pada 2017.

Ia menandakan tahun ke-10 China sebagai rakan perdagangan terbesar di Malaysia.

Tian berkata, penyambungan semula projek ECRL juga turut memberi manfaat kepada hubungan dua hala.

Pada 12 April lepas, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) memeterai SA yang membolehkan projek ECRL yang ditangguhkan, disambung semula.

Di bawah perjanjian baharu, kos pembinaan bagi Fasa 1 dan 2 ECRL akan disambung semula dengan harga RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada unjuran asal sebanyak RM65.5 bilion. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/554653/penyambungan-semula-projek-ecrl-tingkatkan-keyakinan-pelabur?fbclid=IwAR1RQb4ETDZNvSiN_kpKU3LK8_6oDqte8aKY2A9tMVHl1dJqW31MZ5YwvYc

1 HADI ROSAK