Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Asyraf pertikai kenyataan Menteri Agama berhubung Tabung Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dituntut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertahankan keistimewaan agensi itu termasuk wang 9.4 juta pendeposit.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akan menentang sebarang usaha untuk menyemak atau menolak ‘keistimewaan’ Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Katanya, keistimewaan Tabung Haji yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan berbanding bank-bank komersial dan institusi kewangan yang lain.

“Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) adalah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Ini bermakna jika berlaku keadaan Tabung Haji tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat muflis atau kerugian, maka kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini .

Sebelum ini, Zulkifli mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan beberapa penambahbaikan dalam tadbir urus Tabung Haji.

Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi agensi berkenaan dan semakan semula ketetapan jaminan kerajaan dan pindaan Akta 535.

Ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan di samping pelan pemulihan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan demi menjamin kelestarian untuk jangka masa panjang serta memenuhi hasrat kerajaan untuk Tabung Haji kembali kepada matlamat asal penubuhannya. – UM

Dakwaan “PAS takkan sokong UMNO tanpa Bersatu” oleh Annuar Musa tak betul -Asyraf

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu sebagai “tidak tepat.”
“Kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.

“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan Umno tanpa Bersatu,” jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam ini.

Terdahulu, Annuar memaklumkan Umno tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.
“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).
“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam semalam.

Bertentangan dengan kenyataan Aysraf malam ini, Annuar pula mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.
Menurut Annuar lagi, keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.
Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu.
Umno pula dikatakan ‘dingin’ dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/asyraf-wajdi-dedah-dakwaan-pas-sokong.html

Asyraf Wajdi Akan Menang Di Kelantan Pada PRU Ke 15- In Sya Allah.

Bukti Asyraf Wajdi Penipu Besar

1 ASYRAF MENIPU

Alhamdulillah.. Elok juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno, ostad Asyraf Wajdi Dusuki.

Notis tuntutan telah pun diberi kepada Asyraf melalui peguamnya Noorazmir Zakaria.

Tindakan perundangan terhadap Asyraf dibuat selepas tempoh seminggu untuk memohon maaf – bermula 1 Oktober- telah berlalu ekoran dakwaan anggota parlimen Parit Buntar itu menjual aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji serta beberapa tuduhan lain.

Selagi tiada tindakan undang-undang diambil terhadapnya makin berani jalak ularmak UMNO sebar kebencian terhadap kerajaan dan kepimpinan PH dgn menyebar fitnah tanpa henti dan segan.

#FitnahUmno

Mujahid beri Asyraf Wajdi seminggu untuk mohon maaf

Mujahid beri Asyraf Wajdi seminggu untuk  mohon maaf

Mujahid berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan terhadap perkara yang tidak mempunyai asas dan merupakan satu pembonongan dan fitnah. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar memohon maaf  secara terbuka dalam tempoh seminggu berkenaan dakwaan penjualan aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai RM2.6 bilion.

Mujahid yang menyifatkan Asyraf umpama ‘lebai malang’ berkata, permohonan maaf secara terbuka itu perlu dibuat kerana dakwaan yang dibuat Asyraf adalah tidak berasas dan merupakan fitnah.

Beliau juga menjelaskan sebagai salah seorang yang terlibat dalam usaha Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional, Asyraf sewajar sepatutnya membantu dengan memberi cadangan dan pandangan bernas untuk menjadikan Islam dan umatnya dipandang tinggi bukannya memanjangkan pembohongan.

“Apa yang saya nak minta darinya?  Tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu.

“Jika dia tidak memohon maaf, kita akan mengambil tindakan yang selanjutnya sebab dia secara konsisten telah memburukkan Tabung Haji dan juga kerajaan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan Syarie Seluruh Malaysia.

Pada Isnin, Asyraf dalam satu kenyataan media meminta Mujahid  segera mengemukakan penjelasan berkenaan penjualan aset-aset strategik TH bernilai RM2.6 bilion termasuk pegangan saham dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM1.8 bilion.

Mujahid berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan terhadap perkara yang tidak mempunyai asas dan merupakan satu pembonongan dan fitnah.

“Saya tak faham Penyatuan Ummah ini, sepatutnya dia jagalah institusi Islam ini tapi dia memburukkan dengan satu kenyataan yang tidak tepat dengan alasan dia mempunyai maklumat, maklumat apa?

“Kemudian dia kata dia nak minta menteri beri penjelasan, penjelasan atas kepalsuan apa faedahnya?” soal beliau.

Dalam kenyataan medianya pada Isnin, TH memaklumkan bahawa secara keseluruhan pegangan syarikat itu dalam TNB telah bertambah sebanyak RM304 juta semenjak 18 bulan lalu.

TH juga menafikan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion atau secara drastik sejak tiga bulan lalu seperti dilaporkan media.

Malah TH memaklumkan sepanjang tahun 2019, nilai ekuiti domestiknya telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018 kepada RM7.48 bilion setakat 27 September lalu.

UMNOPAS AKAN MELAKSANAKAN HUDUD BERSAMA MCA DAN MIC DEMI PERPADUAN UMMAH

Kesian laa para2 WALAUN nak bekap statement mcmni.

Pemuda UMNO kesal DAP pertahan ADUN Tronoh dituduh rogol – Apabila Isu Rogol Dijadikan Modal Politik

Pemuda UMNO kesal DAP pertahan ADUN Tronoh dituduh rogol

ASYRAF: Kita memandang serius dakwaan terhadap Yong di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia. – Gambar fail

1 TOKOH MAKSIAT PAS

 

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO kesal dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh mempertahankan Paul Yong Choo Kiong dengan pelbagai teori konspirasi walaupun mahkamah baharu sahaja mendengar pertuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, mereka yang kononnya memperjuangkan prinsip ‘Rule of law’ seharusnya menyerahkan sepenuhnya kepada sistem kehakiman dan perundangan untuk menentukan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu bersalah atau sebaliknya.

“Kita memandang serius dakwaan terhadap Yong di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia.

“Setelah desakan demi desakan terhadap Peguam Negara atas kelewatan pendakwaan yang membabitkan pemimpin kanan kerajaan, bahkan menerima perhatian masyarakat antarabangsa kerana melibatkan warga negara jiran Indonesia, akhirnya ADUN Tronoh itu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ipoh.

“Kita juga menyokong saranan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu agar Yong bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Exco kerana dia berhadapan dengan kes berat yang melibatkan rogol,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

BACA: Exco Perak Paul Yong mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol

BACA: ‘Saya tidak akan bercuti, saya bukan penjenayah’ – Exco Perak

Pada Jumaat, Yong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, pada 7 Julai lalu.

Hakim membenarkan Yong diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Asyraf dalam kenyataannya sekali lagi mendesak Yong untuk bercuti.

“Kita juga menggesa pemimpin-pemimpin DAP agar menghormati undang-undang dan sistem kehakiman negara serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai penghinaan kepada sistem perundangan negara,” tambahnya.

Mengulas isu sama, Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menegaskan, keengganan tertuduh untuk bercuti semasa menghadapi perbicaraan kes rogol benar-benar memeranjatkan ramai.

Selain itu, katanya, isu hubungan dengan negara jiran Indonesia juga perlu diambil kira memandangkan kes itu berprofil tinggi selain pastinya kerajaan dan media Indonesia mengikuti rapat serta memberi liputan yang meluas di Jakarta.

“Bukan sahaja orang ramai malah ahli-ahli parti dari kedua belah pihak sama ada pembangkang mahupun kerajaan berasa yang serupa apabila mendengar hasratnya yang masih mahu meneruskan tugas seperti biasa.

“Malahan, cadangan ini datang daripada Ahmad Faizal sendiri, tetapi dia masih berkeras mahu meneruskan tugas mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan dan menghadiri mesyuarat exco.

“Keputusan itu menunjukkan sikap hipokrasi DAP di tahap yang paling tinggi. Tidak ada apa yang boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat secara umum,” ujarnya.

Tambah Bastien, DAP sebelum ini juga pernah mendesak Dewan Rakyat melalui Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diminta bercuti bagi memudahkan siasatan berkaitan kes 1MDB pada 2015.

“Malah, Tony Pua juga pernah menyuarakan cadangan yang sama secara terbuka di media massa. Lebih teruk lagi, Lim Guan Eng sendiri bukan sahaja menyuruh Najib untuk bercuti, malah meletak jawatan.

“Begitu juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang secara terang-terangan menyuruh Najib bercuti bagi memastikan ketelusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.