ANTARA APA YANG DISEBUT OLEH YB SENATOR DATUK HJ HUSAM MUSA PENGERUSI KADA PADA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN YPEIM DI PPK KUBANG SEPAT PADA 15.11.2019
1. Sejak kerajaan PH ambil alih pemerintahan Negara, pentadbiran YPEIM telah disusun semula bagi mengelakkan penyelewengan dan meletakkan seorang pakar ekonomi Islam peringkat antarabangsa sebagai CEO telah membolehkan YPEIM memperuntukkan RM 4.4 juta untuk memberi bantuan kepada orang miskin diseluruh negara.
2. Di Kelantan seramai 200 orang penduduk miskin di setiap jajahan dikenalpasti sebagai penerima bantuan.
3. Ini adalah satu bentuk smart partnership antara KADA dan YPEIM dimana KADA kenalpasti penduduk miskin dan YPEIM akan salurkan bantuan berupa barangan makanan seperti beras, gula, minyak masak kepada mereka yang bertujuan untuk meringankan bebanan hidup mereka.
4. YPEIM melaksanakan pelbagai kegiatan antaranya adalah pajak gadai Islam Ar-Rahnu dimana sebahagian keuntukan akan disalurkan kepada rakyat miskin dalam bentuk barangan makanan seperti hari ini.
5. Majlis ini dikira sebagai amal yang baik atau amal soleh. Amal soleh ini amat meluas dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk melakukannya berdasarkan kepada kemampuan masing-masing walaupun kecil tetapi akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.