Kematian 15 Orang Asli Berpunca Kelalaian Kerajaan Pas Kelantan – Ku Li

MP Gua Musang, salahkan kerajaan PH .. mabuk ketum ke apa.

Pegang jawatan MP paling lama di Parlimen Gua Musang selama 9 penggal, 33 tahun.. dia buat apa.?

Pinda perlembagaan, henti pembalakan, lombong di kg Orang Asli

Image may contain: 1 person, text

Menteri Besar Kelantan ada kuasa penuh ke atas segala urusan tanah dan hutan di peringkat negeri Kelantan.

Permit membalak atau melombong mesti melalui kelulusan MB Kelantan. Habis digondol hutan Kelantan sehingga berlaku banjir besar & pencemaran alam.

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2389045564640400/?type=3&theater

 

Kejadian ramai penduduk Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang meninggal dunia terdapat spekulasi ia berpunca daripada pencemaran punca air masyarakat tersebut.

Penghulu Kampung Kuala Koh Mamat Pokok pada 8 Jun lalu dipetik media berkata penduduk mula diserang penyakit sejak Ramadan dan mengesyaki ia berpunca daripada pencemaran sumber air.

Mamat Pokok mengesyaki ia berpunca daripada pencemaran air tandak oleh aktiviti perlombongan berdekatan.

Bagaimanapun, semalam, media melaporkan hasil uji kaji sampel air di kawasan berkenaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mendapati tiada pelepasan sisa dari lombong bijih mangan berdekatan kampung tersebut.

Setakat ini, punca sebenar penyakit yang mengorbankan 14 nyawa Orang Asli setakat ini, masih dalam siasatan dan belum dapat dimuktamadkan.

Biarpun punca penyakit dihadapi penduduk belum dapat dipastikan, kejadian yang berlaku telah mencetuskan perdebatan dan kesedaran tentang kebajikan dan hal ehwal Orang Asli yang masih kurang mendapat perhatian, dalam kes ini di Kampung Kuala Koh Gua Musang.

Bagi Pengerusi Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia Cawangan Gua Musang, Nasir Dolah, aktiviti yang boleh menjejaskan kehidupan Orang Asli seperti pembalakan dan perlombongan perlulah dihentikan di kawasan berhampiran perkampungan Orang Asli.

“Sebarang aktiviti perlombongan, perladangan dan pembalakan diminta elakkan dilaksanakan berhampiran penempatan Orang Asli.

“Banyak kes seperti ini yang tidak diketahui umum. Sebelum ini di Kampung Kelaik, Pos Blau ada kematian seorang warga emas akibat air perlombongan dilepaskan dan di Kampung Angkek, RPS Kuala Betis, juga seorang kematian akibat keracunan sumber air,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas tentang kebajikan Orang Asli di Kuala Koh, menurut Nasir yang juga merupakan aktivis Orang Asli, perkara utama yang perlu diutamakan oleh pihak kerajaan ialah kemudahan asas seperti bekalan air untuk komuniti tersebut.

“Isu kekurangan kemudahan asas seperti (bekalan) air ini bukan sahaja berlaku di Kuala Koh, malah keseluruhan penempatan Orang Asli di Gua Musang menghadapi isu sama.

“Tambahan pula jika kami menggunakan sumber air sungai dan jika pencemaran berlaku di hulu sungai ini akan memberi kesan kepada penduduk,” ulasnya.

Tambahnya lagi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan projek air terawat untuk Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), dakwanya, 80 peratus daripada projek tersebut gagal kerana tiada pemantauan, ketirisan dan salah guna kuasa oleh pihak atasan.

“Apa yang penting, setiap projek yang disalurkan kepada Orang Asli saya harap ada pemantauan oleh pihak atasan dan perlu mendapat kerjasama penduduk setempat supaya tidak tergendala […] sekaligus dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” tambahnya lagi.

Pendapat sama dikongsi Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil (gambar) yang berpandangan, undang-undang berkaitan perhutanan perlu dipinda agar aktiviti perlombongan dan pembalakan dapat dibendung bagi melindungi sumber penghidupan masyarakat Orang Asli.

“Tukar undang-undang perlembagaan (berkaitan perhutanan). Tiada lagi pembalakan dan perlombongan. Kasihan pada Orang Asli, mereka dah tak ada makanan.

“Kalau mahu pindahkan mereka, Orang Asli ini kita tak boleh tukar adat resam mereka. Mereka suka hutan. Biarlah mereka dengan hutan, dan hutan itu mereka jaga, untuk kita juga (turut mendapat manfaat).

“Selagi tak tukar perlembagaan yang ada sekarang ini, di mana menteri besar mempunyai kuasa penuh ke atas tanah dan hutan, selagi itulah kita akan terus kehilangan hutan dan negara bertambah miskin. Itu saya berani cakap,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Shariffa merupakan antara individu yang sempat turut ke Kampung Kuala Koh pada 10 Jun bagi melawat perkampungan itu sebelum ia ditutup oleh pihak berkuasa.

Menurut Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Senarai II dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan, menyatakan bahawa isu tanah (termasuk penerokaan, pemajuan, pemuliharaan, lesen atau permit untuk mencari gali bagi lombong), perhutanan dan air adalah tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Asyik-asyik kata (penebangan hutan untuk balak, lombong) itu untuk ekonomi negeri. Ekonomi siapa? Itu ekonomi untuk poket mereka lah. Bukan untuk rakyat.

“[…] Apa yang terjadi pada Orang Asli ini (di Kuala Koh) adalah permulaan terhadap keburukan yang akan terjadi kepada kita di bandar nanti,” katanya lagi.

Masalah kesihatan yang melanda Kampung Kuala Koh dikatakan bermula sejak awal Ramadan lalu.

Daripada 14 kematian, dua daripadanya disahkan akibat radang paru-paru oleh bedah siasat yang dijalankan di Hospital Gua Musang.

Pada 12 Jun, Kampung Kuala Koh diisytiharkan sebagai zon merah dan ditutup daripada dikunjungi sesiapa kecuali pegawai agensi kerajaan tertentu seperti polis forensik serta anggota operasi bagi pencarian mayat Orang Asli yang disemadi secara adat.

Pencarian semula mayat Orang Asli itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap mayat untuk mengkaji punca kematian.

Bagi Anggota Dewan Negara, Senator Husam Musa, beliau berpendapat pandangan kedua perlu didapatkan bagi membantu siasatan kematian Orang Asli di Kuala Koh.

“Sefaham saya, di negara-negara lain, bila isu seperti ini berlaku, pihak yang lain seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dipanggil untuk mendapatkan pandangan kedua supaya kita dapat melihat keputusan itu secara lebih konklusif dan komprehensif,” katanya kepada Malaysiakini.

Husam merujuk kepada siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mendapati tiada sebarang pelepasan sisa dari lombong bijih mangan di Aring 10 yang terletak 3 kilometer dari perkampungan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendedahkan dapatan itu, selepas JAS mengambil sampel di kawasan lombong mangan dan tandak air di kampung tersebut sejak 9 Jun lalu.

“Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada 12 Jun 2019 secara keseluruhannya mendapati kualiti air di lokasi persampelan tersebut adalah mematuhi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan bagi air mentah,” kata Wan Azizah.

Mengulas lanjut, Husam menyarankan JAS untuk mendedahkan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan untuk ujian sampel air yang dilakukan kerana berpendapat pensampelan air dan ujian haruslah dilakukan dengan lebih menyeluruh dan berjangka panjang.

Tambah Husam lagi, selain penilaian kesan alam sekitar (EIA), pihak berwajib turut perlu mengkaji penilaian kesan sosial (SIA) sesuatu projek terhadap masyarakat setempat.

“Dua isu perlu difokuskan. Sebab utama kematian yang belum ditentukan, dan kedudukan perlombongan dan perladangan yang mungkin memberi impak kepada masyarakat setempat.

“Dalam amalan negara-negara lain, mereka bukan sahaja ada EIA, tapi juga penilaian kesan terhadap sosial (SIA). Jadi kita belum ada SIA dilakukan. Bila berlaku kematian seperti ini (di Kuala Koh), mustahak juga SIA itu ditekankan,” tambahnya lagi.

Pada 10 Jun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah menyangkal dakwaan penyakit disebabkan pencemaran air kerana radang paru-paru ialah penyakit bawaan udara.

Beliau turut tidak pasti tentang aktiviti perlombongan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kelmarin, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri sedang meneliti permohonan permohonan lesen sebuah syarikat perlombongan bijih mangan berhampiran perkampungan tersebut .

“Kita sedang perhati laporan akhir itu dan membuat kajian, kalau tak ikut kepatuhan kepada peraturan maka Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sudah semestinya akan bertindak,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/479788?fbclid=IwAR2MaQRpc-8AC5Zryr2V3_SbtsCyOVVVMhZBO7AS27Je4neu96xGixbx7PY#.XQWtHpPab3w.facebook

Awie Cheng and Mohd Syahiran Muhammad

15 Kematian Dalam Kes Kuala Koh

Image may contain: 1 person, text

Ketika negeri PH dilanda pencemaran di Sungai Kim Kim dulu bagai nak gila meroyan PAS suruh isytihar darurat wpon tiada satu pon kematian dicatatkan.

TETAPI bila negeri Kelantan sendiri dikuasai PAS terpalit dgn isu pencemaran yg telah mengakibatkan kematian terkini sehingga 15 orang malah dijadikan zon merah di kawasan tersebut, kenapa PAS jadi bisu tak menyalak saran isytihar darurat ??!

Umnopas hanya wira di Sg.Kim Kim, Johor tetapi bukan wira di Kuala Koh, Kelantan.

Image may contain: 5 people, text

UMNOPAS BUAT U-TURN 180 DARJAH

SG KIM KIM: TIADA KEMATIAN
Pom pam pom pam….. Pembangang UMNOPAS riuh satu Malaysia, desak isytihar darurat, tawar khidmat guaman.
(Sbb Johor negeri PH)

KUALA KOH: 12 KEMATIAN
Krik krik krik krik….. Pembangang UMNOPAS masuk gua, takde pula desak isytihar darurat, tawar khidmat guaman. Siap isytihar penyakit ini ‘perkara biasa’.
(Sbb Kelantan negeri PAS)

Mana Najib Razak? Mana Ismail Sabri? Mana Ahmad Maslan? Mana Ashraf Wajdi?
Mana Tuan Ibrahim? Mana Nazman Che Iberahim? Mana Razman Zakaria?

Semua masih sibuk makan lemang? Ada siapa-siapa nampak mereka?

LOMBONG HARAM BELUM DISITA ?

Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature

Image may contain: sky, tree, outdoor and nature

Image may contain: sky, cloud, tree and outdoor

Image may contain: mountain, sky, cloud, outdoor and nature

LOMBONG HARAM BELUM DISITA ?

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dalam lawatannya ke Kuala Koh pada hari Ahad, 9 Jun 2019 telah mengesahkan lombong ini beroperasi tanpa lesen.

Tidak ada satu papan tanda nama pelombong atau apa-apa maklumat lain dipamirkan di kawasan lombong berkenaan.

Namun, ketika lawatan itu dibuat, lombong masih beroperasi. Penyelia lombong dikatakan mengaku mereka ada menggunakan bahan letupan. Jenis bahan kimia utk letupan tidak dinyatakan.

Sehingga petang semalam, kenderaan berat kegunaan lombong masih ada di tapak. Foto di bawah di rakam lewat petang semalam.

Lombong belum disita seperti sepatutnya bagi lombong haram.

Ini adalah lombong terdekat dgn penempatan OA Kuala Koh

Terdapat dua anak sungai yang mengalir dari sini.

Terlepas sama ada kematian OA berpunca dari pencemaran lombong ini atau tidak, atas operasi tanpa lesen, pihak penguatkuasa perlu bertindak.

Siapa patut bertindak?

Kenapa mereka belum bertindak?

Dan tentunya senarai ingin tahu yang panjang berkaitan lombong ini.

Siapa yang mengaut keuntungan? Berapa banyak?

Harap Kerajaan Kelantan dapat berbuat sesuatu dan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak berdiam diri sejauh tugas dan kewajipan mereka yang berkaitan.

Selain dari Dunia ingin tahu, Dunia juga memerhati bagaimana keseluruhan isu ini diuruskan dari semua segi. Yang telah lalu, kini dan akan datang.

Ayuh, usah tunggu dan lihat semata mata.

YB Senator Datuk Husam Musa
7 Syawal 1440/11 Jun 2019

Hubungan Istana dan Kes Kuala Koh

No photo description available.

No photo description available.

Hasnul Zulkarnain

12 hrs

Ismad Shahril bgtau kawasan yg melibatkan kematian orang asli di gua musang melibatkan org Istana Kelantan. Mohon pihak PDRM Kelantan buat siasatan kpd Ismad kerana tuduhan yg blh menjejaskan nama baik istana Kelantan. Ismad Shahril

Ini aatu tuduhan yang berat pada istana kelantan , mohon #PDRMsiasat dakwaan ini…

https://www.facebook.com/100000996800229/posts/2386527338057136/

Kerajaan Kelantan Sepatutnya Melindungi Orang Asli

Image may contain: 17 people, people smiling

Image may contain: 7 people, people sitting and outdoor

Image may contain: 9 people, including Anuar Azhan, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, standing, crowd and outdoor

Image may contain: outdoor and nature

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’. Sejak sekian lama masyarakat orang asli Gua Musang dan pencinta alam mendesak agar hutan dilindungi.

Kami meminta, merayu, mendesak agar aktiviti pembalakan dan perlombongan di penempatan masyarakat orang asli Gua Musang dihentikan. Kami khuatir sungai dan hutan tempat masyarakat orang asli mencari rezeki akan tercemar dan musnah sekalis gus menjejaskan kehidupan mereka.

Kerisauan kami sebelum ini telah pun menjadi kenyataan. Nah, sekarang salah siapa? Salah mereka yang menghalang aktiviti pembalakan dan perlombongan atau salah kerajaan negeri yang meluluskan.

Undang-undang menjadi benteng kekebalan kerajaan negeri untuk tidak mengendahkan rayuan masyarakat orang asli dan menghalalkan kemusnahan alam semulajadi.

Pemuda PH Kelantan sebelum ini turut bersolidariti bersama masyarakat orang asli turut dikecam dan tidak disenangi oleh mereka yang taksub dengan kepartian.

Bagi mereka, segala teguran, rungutan dan bantahan terhadap kerajaan negeri adalah berunsur politik. Kerana mengejar laba duniawi, hati mereka tertutup dari melihat kesan-kesan kerosakan alam semulajadi.

No photo description available.

Cubaan Kerajaan Kelantan Sembunyikan Fakta Kematian 14 Orang Asli Di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Image may contain: 2 people, text

Ya Allah selamatkanlah rakyat kelantan dari kejahatan Pembesar² mereka..

Selamatlah mereka ya Allah seperti mana Engkau pernah selamatkan kumpulan Nabi Musa dari bala tentera Firaun..

Ya Allah.. Pendekkanlah pemerintahan mereka.. Kami tidak rela bumi kami dijajah sedemikian rupa ya Allah..

Ya Allah.. Kami mengadu kepada kekuasan Mu.. Hancur-leburlah pakatan piagam mereka ya Allah.. Musnahkanlah keinginan mereka ya Allah.. Huru-harakanlah tipu-daya mereka ya Allah..

Perkenankanlah doa kami Ya Allah..

Aminn..
Aminn..
Aminn..

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=1232111526966308&set=a.132734523570686&type=3&theater

 

Bergegas ke Hospital Gua Musang menziarah Orang Asli Suku Batek, Kuala Koh Gua Musang Kelantan yang terkena jangkitan kuman di saluran pernafasan.

Seramai 33 orang pesakit ditempatkan di Hospital Gua Musang dan 14 orang di Hospital Kuala Krai. Kesemua mereka yang dirawat dalam wad adalah terkawal dan telah menunjukkan keadaan semakin pulih.

Pemeriksaan klinikal mendapati mereka ini mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman di paru-paru (Pneumonia) dan bukanlah penyakit tibi atau penyakit bawaan air serta disebabkan keracunan bahan kimia.

Terima kasih kepada pihak Hospital Gua Musang dan Kuala Krai, Jabatan Kesihatan Negeri, JAKOA serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Image may contain: 2 people, people sitting and suit
Image may contain: 3 people, people standing
Image may contain: 4 people, people standing and indoor
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Design a site like this with WordPress.com
Mulakan