Hasil kaji selidik mendapati penduduk Kuala Lumpur gembira dengan keadaan semasa negara pada ketika ini bersama Kerajaan Pakatan Harapan.

1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 MUJAHID1 A TERANCAM1 INFO

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Hasil daripada kaji selidik mendapati penduduk Kuala Lumpur gembira dengan keadaan semasa negara pada ketika ini.

Kaji selidik Kebahagiaan Domestik Kasar (GDH) yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI itu mengambil kira beberapa faktor antaramya situasi politik, kestabilan ekonomi, serta kesihatan mental dan fizikal.

“Kaji selidik GDH itu menunjukkan skor sebanyak 6.92 daripada 10 mata yang terdiri daripada 1,051 orang yang terlibat secara langsung sepanjang 1 September hingga 6 September.

“Skor tertinggi sebanyak 7.15 yang direkodkan menunjukkan orang ramai berpendapat kebahagiaan mereka dipengaruhi institusi kekeluargaan sementara skor terendah yang direkodkan iaitu 5.15 meletakkan politik sebagai faktor yang paling sedikit mempengaruhi kebahagiaan,” menurut pusat penyelidikan tersebut dalam kenyataan hari ini.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi termasuk kesihatan fizikal (6.50), kesihatan mental (6.46), tempat kerja (6.15), komuniti (6.05), situasi kewangan dan perbelanjaan harian (5.96), sumber semula jadi (5.88), dan faktor masyarakat secara keseluruhan (5.81).

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI, Penolong Prof. Dr Noppadon Kannika berkata, data kaji selidik itu diuji menggunakan ukuran statistik yang lebih tinggi iaitu Hasil Regresi Berganda (Multiple Regression Analysis).

Jelasnya, didapati sebanyak 61.4 peratus daripada kebolehubahan dalam GDH boleh dihuraikan berdasarkan kepada kehidupan sesebuah keluarga, situasi di tempat kerja, kestabilan kewangan, komuniti, kesihatan mental, sumber semula jadi serta masyarakat dan politik.

“Sudah pasti kebahagiaan seseorang individu pada satu tahap bergantung kepada daya usaha serta pandangan peribadi mereka tentang kehidupan.

“Kaji selidik ini menunjukkan wang ringgit adalah penting tetapi ia bukanlah satu faktor yang terpenting. Kekeluargaan, kesihatan mental, dan keadaan di tempat kerja merupakan faktor yang lebih penting seperti yang ditunjukkan melalui kaji selidik GDH,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi menggesa kerajaan untuk melakukan perubahan kepada polisi untuk menaikkan GDH masyarakat Malaysia. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/penduduk-kl-gembira-1.966513?fbclid=IwAR3p0KdHEcsn-u3YfQK1SMDQNDCkcWfAZICESaOT5-n1-9JcrT4tk0aYkF0

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailand Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

 

2 makhluk umno BN yangg membawa barah berbahaya kepada Kerajaan PH

Image may contain: 2 people, people sitting

2 makhluk umno BN yg masih disimpan dan dipelihara oleh kerajaan PH hari ini

1) Ketua Pengarah YAPEIM – Dato Abibullah Shamsudin

2) Pengerusi Percetakkan Nasional Berhad – Abu Zahar Ujang

Inilah salah satu sebab yg memungkinkan kerajaan PH betul2 jadi kerajaan sepenggal.

Buktikan  PH Benar-Benar Membenci Rasuah Dan Pecah Amanah.

BENAR KE TANPA  UMNO  TIDAK  ADA  MELAYU ,  TANPA  PAS  TIDAK  ADA ISLAM ?

2 UMNOPAS

BENAR KE TANPA  UMNO  TIDAK  ADA  MELAYU ,  TANPA  PAS  TIDAK  ADA  ISLAM ?
Tamrin Tun Ghafar
Selasa –  01/01/19
( 1 –  24 )
1.  Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019  bagi  menulis artikel seperti tajuk diatas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula.
2.  Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah , suka dan duka yang tidak mudah dilupakan.
3.  Bermula dengan Pilihanraya Umum pada  Rabu 9hb Mei 2018 apabila buat pertama kalinya UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) telah di kalahkan.
4.   Sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO  nama Najib Tun Razak mula  tercatat dalam sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab diatas kekalahan parti tersebut.
5.  Buat pertama kali sejak 1957 UMNO dan 13 komponen parti yang lain di bawah BN  telah ditumbangkan oleh hanya 4 parti – PKR , DAP dan 2 parti baru , AMANAH  dan BERSATU yang  yang diwujudkan menjelang PRU 14.
6.  Ketika Anwar Ibrahim di dalam penjara,  isteri beliau Dr. Wan Azizah menerajui PKR sedangkan DAP pula di pandu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng  yang bertindak sebagai Setiausaha Agung.
7.  Terdiri dari mereka yang berhemah dan tidak ekstrem, mereka akhirnya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti  AMANAH yang diketuai oleh Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
8.   Oleh kerana tidak tahan dengan penyelewangan kuasa , rasuah dan rompakan wang negara melalui 1MDB , SRC dan lain – lain  oleh Najib Tun Razak , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri  dan Timbalan Presiden UMNO meletak jawatan  dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU.
9.  Tun Dr. Mahathir yang sebelum itu bergerak atas tiket Deklarasi Rakyat dan telah berjaya mengumpulkan hampir 3 juta tandatangan tanda protes terhadap tindakan Najib telah dilantik sebagai Pengerusi BERSATU dan Pengerusi Pakatan Harapan atau PH , gabungan 4 parti tersebut.
10.  Raja – Raja termasuk  Agong ketika itu TIDAK MAHU melayani Tun yang ingin menyampaikan memorandum tersebut.
11.  Majlis Raja – Raja HANYA bertindak seperti  ‘Melepaskan Batuk Di Tangga’ sahaja  apabila mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu 1MDB tapi TIDAK ADA TINDAKAN SUSULAN; rakyat tertanya-tanya di manakah Raja-Raja ketika rakyat dahagakan pembelaan?
12.  Sebaliknya ekoran dari usaha Tun hendak mengadap Raja – Raja , Sultan Kelantan yang kini Yang Di Pertuan Agong bertindak menarik balik pingat DK Kelantan dari beliau.
13.  Selain Sultan Kelantan , Sultan Johor dan anaknya dan Sultan Selangor juga turut menyerang Tun.
14.  Menjelang Pilihanraya yang baru berlangsung itu , Najib berserta Timbalannya dan pemimpin – pemimpin UMNO yang lain tidak berhenti – henti menakutkan pengundi – pengundi Melayu , konon tanpa UMNO Melayu akan jadi bangsa bangsat dan orang Cina melalui DAP pula akan menghapuskan hak istimewa dan bahasa  Melayu , menjadikan negara ini sebagai Republik dan lain – lain lagi.
15.  Hadi dan PAS pula mengeluarkan berbagai fatwa dengan harapan pengundi – pengundi Melayu menolak calon-calon  DAP tapi keputusan Pilihanraya membuktikan tindakan mereka tidak menjadi.
16.  Diatas kepercayaan  ‘CASH  IS  KING’
Najib menggunakan wang ringgit yang begitu banyak bagi memenangi Pilihanraya tersebut.
17.  Selain itu segala bentuk penindasan terhadap para pengkritik dilakukan termasuklah tindakan polis terhadap Tun Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir sendiri.
18.  Sebenarnya  Najib dan Hadi  percaya bahawa orang Melayu  masih boleh ditipu dengan isu – isu perkauman dan agama sedangkan orang Melayu sudah lama bangkit.
19.  Tangapan mereka ‘Tanpa UMNO  Melayu Akan  Mati ,  dan Tanpa PAS Tidak Ada Islam’  adalah  iguan  mereka  semata – mata.
20.   Adalah lebih baik jika UMNO  dan PAS mencermin diri sendiri bagi mengelakkan diri mereka daripada sebarang cacian dan cemuhan.
21. Sempena tahun baru 2019 ini , elakkan diri dari terus bercakaran dan memburuk – burukkan pemimpin demi membangunkan negara tercinta ini ; lagi pun kita semua manusia biasa yang tak boleh lepas dari kelemahan dan kesilapan; BUKAN SENANG membaik pulih sebuah rumah yang hampir ranap yang telah dimakan anai-anai.
22.  Jika negara Jerman dan Jepun boleh bangkit semula selepas mengalami perang dunia ke 2  dengan teruknya maka mengapa kita tidak boleh berbuat sedemikian?
23.  Jangan Buang Air Di Tempayan Dek Dentuman Guruh Di Langit.
24. Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Sama-Sama Akan Roboh – JANGANLAH KITA BERKELAKUAN SEPERTI ANAI – ANAI.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2019.
Terima Kasih. C&P

MALAYSIA BAHARU : NEGARA YANG HARMONI DAN BEBAS KEBENCIAN KAUM

2 UMNOPAS

11 UMNOPAS

*MALAYSIA BAHARU 2019: NEGARA YANG HARMONI DAN BEBAS KEBENCIAN KAUM*
1. Tanggal 9 Mei 2018 sudah pasti diingati sebagai detik yang bersejarah buat negara. Inilah titik lahirnya Malaysia Baharu yang menyaksikan rejim yang sudah memerintah selama lebih 6 dekad tumbang akibat gelombang kebangkitan rakyat menolak rejim kleptokrat. Oleh itu, amatlah besar harapan rakyat kepada kerajaan Malaysia Baharu untuk membina semula negara yang telah dirosakkan oleh rejim sebelum ini.
2. Sudah pasti, tidak mudah membetulkan semula negara yang dicengkam hutang lebih RM1 trilion, ekonomi yang semakin merudum, dan rasuah yang membarah. Namun, kerajaan Pakatan Harapan berusaha membetulkan semua masalah-masalah yang ditinggalkan ini walaupun menghadapi cabaran yang amat besar. Sekali pun kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kritikan daripada pelbagai pihak, namun kita sama sekali tidak boleh menafikan terdapat perubahan dan pembaharuan yang positif yang telah dilakukan sepanjang 7 bulan ini.
3. Dalam aspek ekonomi, kerajaan berjaya melaksanakan semula SST untuk memastikan keperitan rakyat menanggung kos sara hidup akibat GST dapat dikurangkan. Walaupun kutipan SST dianggarkan RM21 bilion berbanding hasil kutipan GST sebanyak RM44 bilion setahun, namun pengurangan hasil kerajaan ini akan memberikan lebihan kepada poket rakyat.  Selain itu, tindakan kerajaan yang menangguhkan projek mega seperti Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang bernilai RM110 bilion, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berjumlah RM81 bilion, dan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang berjumlah RM50 bilion juga adalah tepat bagi mengurangkan beban kewangan dan hutang negara yang kebanyakannya ditanggung generasi muda.
4. Sungguhpun berhadapan cabaran kekangan kewangan, Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pelbagai aspek ekonomi. Misalnya, eksport negara mencatatkan pertumbuhan 17.7% pada bulan Oktober dan mencapai nilai RM96.4 bilion iaitu paling tinggi dalam sejarah. Bukan itu sahaja, dalam Global Competitive Report 2018 oleh World Economic Forum, Malaysia telah memperbaiki kedudukannya ke tangga ke-25 daripada 140 negara di seluruh dunia. Manakala, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2018, indeks sentimen perniagaan dan pengguna negara ini telah berada di atas paras positif dan ini merupakan perkembangan yang memberangsangkan berbanding tahun lalu.
5. Bukan itu sahaja, Malaysian Institute of Economic Research telah menyatakan bahawa rakyat lebih optimistik terhadap pendapatan, kos sara hidup dan prospek kerjaya pada suku tahun 2018 berbanding setahun lepas. Apungan harga minyak secara mingguan dengan kadar had RM 2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi Diesel dan pelaksanaan subsidi minyak bersasar serta pembekuan kenaikan kadar tol lebuhraya diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat.
6. Pertumbuhan sektor pertanian negara pula dijangka pulih pada tahun 2019, berbanding sedikit penyusutan yang dijangka tahun ini. Segmen pertanian melibatkan sumber makanan seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran dijangka berkembang 4% pada tahun 2019. Manakala, sektor perikanan dijangka mencatatkan pertumbuhan 0.1%, berbanding penyusutan 0.6% tahun ini. Bekalan ikan yang mencukupi dan pada harga munasabah diharus diberikan perhatian serius semua pihak terbabit bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
7. Untuk terus memastikan perkembangan sektor pertanian dan untuk menjaga kebajikan para petani dan nelayan, Kerajaan PH telah memperuntukkan sebanyak RM4.4 bilion dalam Belanjawan 2019. Diharapkan agar kerajaan terus mengambil langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan produktiviti dalam sektor pertanian tempatan. Selaras dengan itu, kerajaan telah mengumumkan insentif khas membantu anak muda terlibat dalam keusahawanan pertanian dengan peruntukan RM20 juta dengan bantuan antara RM10,000 ke RM20,000 seorang. Di samping itu, keupayaan eksport oleh pengusaha pertanian tempatan juga harus dimantapkan dengan memfokuskan ke arah eksport output pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
8. Selain pemulihan ekonomi, kerajaan Pakatan Harapan juga terus komited membanteras rasuah yang sudah lama membelenggu negara. Jika dilihat kepada Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perceptions Index (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International pada tahun 2017, Malaysia berada di tangga 62 daripada 180 negara. Bagi memastikan persepsi rasuah di Malaysia dapat dipulihkan, ahli-ahli kabinet dan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan buat pertama kalinya diwajibkan untuk mengisytiharkan harta. Pengisytiharan harta ini dilakukan untuk membendung berlakunya elemen-elemen rasuah dalam kalangan ahli kabinet dan dan ahli parlimen pada masa akan datang dan dalam masa yang sama, rakyat boleh menjadi pemantau yang berkesan kepada pihak kerajaan.
9. Dalam aspek kebebasan dan hak sivil rakyat pula, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan kebebasan dan hak sivil rakyat yang lebih luas berbanding sebelum ini. Dalam indeks kebebasan yang dikeluarkan oleh sebuah badan bebas iaitu Freedom House, rating kebebasan di Malaysia, hak politik, dan hak sivil adalah tidak berubah dari tahun 2005 hingga 2017 pada skor 4 daripada 7, dengan status kebebasan yang diletakkan adalah separa bebas. Kerajaan telah memberikan kebebasan dan hak sivil rakyat yang lebih luas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Kini, media perdana bebas melaporkan berita mereka walaupun berita tersebut tidak memihak kepada pihak kerajaan. Bukan pemimpin Pakatan Harapan sahaja diberikan ruang dalam media perdana malah pemimpin parti oposisi juga diberikan ruang sebagai meraikan kebebasan bersuara di Malaysia.
10. Komitmen kerajaan untuk melakukan reformasi institusi juga begitu tinggi.   Pendapat kebanyakan sarjana Sains Politik terkemuka antaranya Samuel P. Huntington dan Francis Fukuyama bahawa perubahan institusi yang lebih stabil dan baik adalah penting bagi sesebuah negara demokrasi. Justeru itu, antara perkara utama yang dilakukan oleh Pakatan Harapan ialah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Institusi. Ini kemudiannya diterjemahkan dalam Rancangan Malaysia ke-11(RMK-11) yang diumumkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 18 Oktober 2018 yang mana tonggak pertama RMK-11 ialah “mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.”
11. Pada peringkat permulaan pentadbiran, kerajaan telah menukar pemimpin-pemimpin institusi kritikal seperti institusi kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi memastikan ketelusan dan akauntibiliti dalam institusi-institusi kritikal terbabit. Selain institusi tersebut, kerajaan juga sedang dalam rangka mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 bagi memberikan semula autonomi kepada institusi legislatif negara selari dengan konsep pemisahan kuasa.
12. Perubahan-perubahan ini adalah sebahagian langkah besar yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan selama 7 bulan memerintah. Sudah pasti pada tahun 2019, kita mengharapkan perubahan yang lebih besar dilakukan agar sistem politik dan kehidupan rakyat amnya menjadi lebih baik terutama dalam mengurangkan kos hidup rakyat. Tadbir urus yang lebih baik adalah penting untuk memastikan semua agenda perubahan yang diperjuangkan selama ini dapat dilaksanakan.
13. Namun, perkara tersebut kita tidak akan dapat dicapai sekiranya kita masih lagi dibelenggu dengan isu dan sentimen perkauman yang sengaja dibakar oleh sesetengah pihak untuk tujuan. Pada 2019 kelak, kita semestinya tidak mahu negara kita menjadi negara xenofobik yang mana rakyatnya penuh dengan kebencian dan prejudis antara satu sama lain akibat isu perkauman yang ditimbulkan. Presiden Amerika Syarikat ke-32, Franklin D. Roosevelt pernah mengungkapkan:
“The value of love will always be stronger than the value of hate; since any nation or group of nations which employs hatred eventually is torn to pieces by hatred within itself.”
14. Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2019 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus dilimpahi kasih sayang dan kekal harmoni selamanya sesuai dengan konsep ‘rahmatan lil alamin’. Kemakmuran Malaysia harus dilestarikan bersama seluruh rakyat merentasi agama, bangsa dan ideologi politik untuk kita warisi kepada generasi akan datang. Malaysia adalah milik kita bersama.
*FAIZ FADZIL*
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH)
ADUN Permatang Pasir
31 DISEMBER 2018

SENARAI TEAM NAJIB RAZAK DALAM 1MDB

5 UMNOPAS

1 UMNOPAS

*Najib Razak kata 1MDB bukan salah dia sorang…*
*Let see who else in his team…hahaha…*
*SENARAI TEAM PENYAMUN NAJIB RAZAK*
===================================
YA BUKAN SILAP NAJIB SEORANG tapi silap langkah Team Songlap Najib Razak yang seleweng,
samun dan songlap duit 1MDB, dari atas dan bawah, dari dalam dan luar.
Perdana Menteri – *Najib Razak, OKT*
Menteri Kewangan – *Najib Razak, OKT*
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB – *Najib Razak, OKT*
Kuasa Melulus Klausa 117 1MDB – *Najib Razak, OKT*
MO1 – *Najib Razak, OKT*
Isteri MO1 – *Rosmah Mansor, Isteri Najib Razak, OKT*
Close Relative MO1 – *Reza Aziz, Anak Tiri Najib Razak, OKT*
Penasihat 1MDB – *Jho Low, fujitif, advisor Najib Razak, OKT*
Ex-CEO 1MDB – *Shahrol Halmi, lantikan Najib Razak, OKT*
CEO 1MDB – *Arul Kanda, OKT lantikan Najib Razak, OKT*
KSU Perbendaharaan – *Irwan Serigar, OKT lantikan Najib Razak, OKT*
Pegawai 1MDB – *Jasmine Low, fujitif*
Pegawai 1MDB – *Casey Tang, fujitif*
Pengarah Goldman Sachs – *Tim Leissner, mengaku salah, kenalan Najib Razak, OKT*
Pegawai Goldman Sachs – *Roger Ng, dalam tahanan*
CEO SRC – *Nik Faisal, fujitif, lantikan Najib Razak, OKT*
Pengarah SRC – *Mohd Suboh, fujitif, lantikan Najib Razak, OKT*
*JIKA BUKAN NAJIB SEORANG YANG MENYAMUN, SIAPA LAGI KALAU BUKAN MEREKA DI ATAS?*  C&P.

Malaysia Terselamat Dari Penjajah Baru Najib

No photo description available.

SYUKUR…kita terselamat dari penjajahan alaf baru..
Kisah dulu..namun sbg pengajaran..agar kita sentiasa berwaspada..jgn silap pilih pemimpin.

Tanpa umnopas rakyat Malaysia Aman Dan Damai.

Pas 60 tahun menunggang agama Islam untuk kepentingan periuk nasi mereka.

umno 60 tahun lebih menggunakan nama bangsa dan  berlagak sebagai wira bangsa Melayu.

Badan khas tangani tuduhan dan fitnah pembangkang- kata Dr M

Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan satu badan baru untuk menangani tuduhan pembangkang serta menyatakan kejayaan kerajaan persekutuan.
“Kita dapati rakyat tidak mengetahui apa yang sudah dilakukan kerajaan kerana kita tidak ada (mekanisme) penjelasan secara bersama.
“Sebab itu kita akan mengadakan satu badan yang akan periksa tuduhan terhadap PH, juga (menyatakan) apa yang dilakukan oleh PH sejak mengambil alih (pentadbiran),” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Mahathir mengumumkan pelantikan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH.

4 UMNOPAS

https://m.malaysiakini.com/news/462569?fbclid=IwAR1cBYONNeDGybhqac5cUkF12Al29s3uOx6-lfFhNTfTJhrakk-iW8eAGmc

45 Fitnah Umnopas

19 UMNOPAS
6 UMNOPAS
9 UMNOPAS
2 UMNOPAS
11 UMNOPAS
12 UMNOPAS
1 SABU
45 PENIPUAN DAN FITNAH PAS SEJAK BERKAWAN DENGAN UMNOBN -ISMA-IKSIM*
*✍🏿 Pencapaian Umno Dan Pas Sebagai Pembangkang.*
1. Fitnah bila PH berkuasa, *Lim Kit Siang Jadi PM*
Sebaliknya PM masih orang Melayu dan beragama Islam malah TPM juga wanita Islam pertama menjawat jawatan kedua tertinggi dalam Persekutuan Malaysia.
2. Fitnah *Jakim Nak Tutup*.
Sebaliknya Jakim makin diperkasa dan ditambah baik peranan serta bidang kuasanya.
3. Fitnah *MARA Hendak Dibuka Kepada Semua Kaum* .
Sebaliknya MARA kekal di bawah entiti Melayu di bawah menteri Melayu (Rina Mohd Harun).
4. Fitnah MRSM Hendak Ditukar Nama.
Sebaliknya kerajaan Kelantan pula guna bahasa penjajah, dulu tanah tinggi Lojing sekarang jadi Lojing Highlands.
5. Fitnah *Tahfiz Nak ditutup* .
Sebaliknya Menteri di JPM (Agama) terus beri bantuan tahunan dan akan ditambah.
6. Fitnah Menteri/PH Sokong/Iktiraf LGBT.
Sebaliknya PH mendekati mereka bagi memberi pendidikan dan dakwah, bukan mengiktiraf mereka.
7. Fitnah Malaysia Nak Jadi Negara Kristian.
Sebaliknya Agong sendiri murka fitnah yang cuba memalukan kerajaan Baginda yang kekal memartabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
8. Fitnah Agong Tidak Setuju Pelantikan Peguam Negara.
Sebaliknya malam mereka buat ‘solat hajat’, Agong dah perkenan pelantikan Tommy Thomas untuk dua tahun.
9. Fitnah PH Nak Hapuskan Kuasa RAJA MELAYU.
Sebaliknya Raja Melayu kekal bersemayam di istana dan kuasa mereka dikekalkan menurut perlembagaan.
10. Fitnah Seorang Walauntit, Dr. Ilyani Dikenakan Tindakan Tatatertib.
Sebaliknya tiada tindakan dikenakan malah Ilyani sendiri yang mohon bercuti mungkin kerana malu sendiri.
11. Fitnah menteri pakai baju komunis.
Sebaliknya itu antara pakaian resmi Kementerian Pertahanan.
12. Fitnah harga tong gas naik.
Sebaliknya yg naik ialah untuk harga penghantaran gas Petronas ke rumah.
13. Tuduh Menteri Kewangan buat fitnah.
Sebaliknya bila ditunjukkan surat permohonan dari Kerajaan Kelantan sendiri tertulis mohon bantuan untuk elakkan kelewatan bayar gaji. Lebai diam.
14. Tuduh DAP menguasai Kerajaan.
Hakikatnya jumlah Menteri Melayu ialah 16, Timbalan Menteri Melayu ialah 15. Manakala Menteri bukan Melayu ialah 10 dan Timbalan Menteri Bukan Melayu ialah 8 sahaja. Lebai kencing lagiiihhh.
15. Tuduh DAP nak hapuskan Islam
Apa yg berlaku Menteri DAP Teo Nie Ching berkata KPM sedang mengkaji pelaksanaan tulisan Jawi dalam peperiksaan PT3 dan SPM.
16. Lebai tuduh kerajaan nak hapus tahfiz dan sekolah pondok.
Hakikatnya Menteri AGAMA dah mengumumkan *DASAR PENDIDIKAN TAHFIZ NEGARA*. Diumumkan juga peruntukan *TERUS* ke sekolah tahfiz dan sekolah pondok.
17. Lebai tuduh peruntukan untuk sekolah Melayu sedikit.
Hakikatnya peruntukan untuk sekolah Melayu termasuk MRSM, Sekolah asrama penuh, sekolah agama, SABK jauh 4~5 kali ganda lebih banyak dari sekolah lain.
18. Lebai tuduh kereta mewah 1.5 cc pun dapat subsidi petrol
Hakikatnya LGE kata kereta mewah bawah 1.5cc *JANGAN MIMPI NAK DAPAT SUBSIDI PETROL*
19. Lebai tuduh Melayu dan bumiputera diabaikan.
Hakikatnya belanjawan meluluskan berbilion untuk Melayu dan bumiputera. 2 billion untuk pinjaman dan biasiswa pelajaran BUMIPUTERA SAHAJA.
20. Isu DAP… ini kejahilan memahami tahaluf siyasi/ political coalition/persefahaman parti politik….. Dulu dalam BN ramai juga menteri Non Malay…. Waktu itu UMNO-PAS-ISMA-IKSIM tak kecoh pun…
21. Isu mara /tanah Melayu dan segala bagai… Kerajaan lalu dah merosakkan dengan kehilangan terlalu banyak tanah rizab Melayu dan ketirisan duit dalam Mara… Melayu sendiri merosakkan Melayu…
22. Projek Cina yg hutang jauh lebih besar dari jumlah projek sebenar yang akan membawa negara ke lembah hutang yg teruk .
23. Pelabur yg keluar ialah pelabur yg terlibat dgn Kerajaan  Umno BN Najib sahaja. Sekarang pelabur kerajaan baru/Tun Mahathir pula yg mula masuk. Bukan isu besar pun.
24. Hutang negara memang 1 Trillion… Tanpa khilaf… Terlalu banyak penerangan yg telah dibuat oleh pimpinan kerajaan. Hanya penyokong UMNO-PAS-ISMA-IKSIM yg degil tidak mahu memahami dan menerima hakikat.
25. Isu GST… GST kutip 44B….SST kutip 20B….maknanya rakyat dapat berjimat 24B…. Susah sangat ka nak faham yg mana lebih baik untuk rakyat??? …
26. Nak pergi haji kena simpan duit sendiri la bukan tunggu bantuan kerajaan. Siapa kata kuota haji turun. Ini penipuan disiang hari oleh UMNO-PAS-ISMA-IKSIM .
27. *SEKARANG LEBAI NAK MENIPU ISU ICERD PULAK* Kekeke…..Akhirnya Kerajaan dan Kabinet sudah buat keputusan menolak ICERD.
28. *LEBAI fitnah gambar 2 orang budak penunggang motosikal dibelasah di depan kuil Seafield* …… Hakikatnya gambar adalah kemalangan motosikal di Kulai Johor
29. *LEBAI FITNAH TUDUH Tun Mahathir mengatakan angel/malaikat pun buat silap*……hakikatnya yg dimaksudkan oleh Tun bukan malaikat tapi merujuk kepada orang baik2.
30. *LEBAI fitnah hina cerca tuduh Mujahid usung keranda kafir harbi*….hakikatnya itu adalah gambar lama Mujahid mengusung keranda ahli DHPP dari PAS yg meninggal suatu waktu dulu
31. *LEBAI fitnah Tabung Haji diletakkan dibawah MOF/LIM GUAN ENG, maka habislah Tabung Haji akan dikawal oleh Cina DAP dan banyak anak syarikat Tabung Haji akan dijual kepada Cina*……Hakikatnya pembohongan merapu lagi merepek ni amat memualkan. Di luar sana, Keseluruhan bank dalam negara ini pun diletakkan dibawah *KAWAL SELIA* Bank Negara.
32. *LEBAI fitnah DAP akan ubah silibus pelajaran Sejarah*….. Hakikatnya semakan silibus itu sudah bermula sejak 2017…amat mustahil menteri masuk campur dan meletakkan orang DAP pula di dalam jawatankuasa panel pakar tersebut.
33. *LEBAI fitnah 4 orang DAP dimasukkan oleh Lim Guan Eng sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH BANK ISLAM*…… Hakikatnya bila disiasat berita ini *ADALAH JELAS* termasuk dalam siri pembohongan dan fitnah UMNO-PAS-ISMA-IKSIM.
34. FITNAH kerajaan beri bantuan banyak kepada sekolah Cina.. Hakikatnya bantuan untuk Cina/Non muslim tak sampai pun 20 %
35. Fitnah Mat Sabu naik helikopter ke PRK Cameron Highland. Hakikatnya itu gambar lama sebelum PRK
36. Fitnah kononnya Mufti Perlis kata duit pencen HARAM. Hakikatnya pembohongan UMNO-PAS-ISMA-IKSIM
37. Fitnah kononnya Teresa Kok tak setuju Islam jadi agama persekutuan. Gambar edit di viral oleh UMNO-PAS-ISMA-IKSIM
38. Fitnah ada nya lantikan pimpinan dari kaum Cina dan India ke *MARA*… Hakikatnya telah dinafikan oleh Menteri Rina Harun.
39. Fitnah Menteri akan pasang smoke detector dalam tandas disebabkan ramai merokok dalam tandas…. Hakikatnya itu semua baru peringkat cadangan kerana melibatkan kos yg besar jika dilaksanakan diseluruh tandas dalam negara ini.
40. Video rakaman seorang yg menghukum menteri atas 1 kes wanita yg dihukum merokok…. Hakikatnya kes perempuan itu berlaku pada tahun 2017 yakni zaman kerajaan Umno BN Najib yg mana Pas waktu itu *MASIH BERCUMBU RAYUAN DENGAN UMNO DALAM GELAP*
41. Fitnah kononnya 2 pimpinan/ADUN PKR Pahang ~ seorang Melayu dan seorang CINA… bergaduh dan bertumbuk…. Hakikatnya FITNAH… Mereka berdua sudah buat laporan polis atas FITNAH dan PEMBOHONGAN berita pembangkang yg amat jahat yg jauh dari panduan Agama.
42. Seorang pengundi PAS di Cameron yg VIRALKAN video ucapan nya selepas mengundi BN menuduh PH di belakang nya adalah Yahudi/Israel….. Hakikatnya fitnah dan pembohongan… Kita nak tanya… Adakah Nik Abduh yg mengaku punya ramai kawan CIA maka bermakna pimpinan Pas dan PAS sudah termasuk perangkap Amerika/Yahudi/Zionis/Israel???
43. Fitnah Najib yg kemudian di sebarkan Umno-PAS kononnya *KADAR MAKANAN DI SEKOLAH ASRAMA DIKURANGKAN*…. Hakikatnya berita Najib itu adalah penipuan bersiri Umno-PAS yg telah dinafikan dengan kerasnya oleh Menteri Pendidikan.
44. Fitnah kononnya 6 MP Umno akan masuk balik BN, 8 MP PH dan Azmin bawa 20 orang lagi….. Untuk tumbang kan kerajaan PH…. Hakikatnya inilah *KHAYALAN BERSIRI* UMNO-PAS-ISMA-IKSIM untuk menjalankan perang saraf… Di kalangan MP PH.. Semua kuat dan bersemangat mempertahankan kerajaan PH dan terus bekerja di kuat di posisi masing2x….
45. Fitnah kononnya kerajaan PH memulakan skim pinjaman Cina PKS oleh BSN…… Hakikatnya skim ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi iaitu di waktu *Umno-PAS masih berkasih mesra bercengkarama dalam gelap*
Selebihnya, tanya laa walaun dan macai…
*Maka, pencapaian Umno dan Pas ialah 100% dalam membawa FITNAH dan ADU DOMBA.*
*Gred A++ 👍👍👍*
*Nota: Selamat pengantin baru Umno-PAS~Gabungan Nasional~GANAS*

36 Kebaikan Kerajaan PH Untuk Rakyat Malaysia.

12 UMNOPAS

ANTARA INISIATIF KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SEJAK 8 BULAN MENERAJUI NEGARA
1. Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.
2. Harga Runcit Bahan Bakar lebih rendah bermula Januari 2019.
3. Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA bagi tahun 2018.
4. Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
5. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
6. Penetapan semula harga Minimum Getah Sekerap pada kadar RM2.50/kg berbanding sebelumnya RM2.20/kg bermula tahun depan (naik 30 sen/kg)
7. Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar 2 kali pada Disember 2018 & Januari 2019) pada Pekebun Kecil RISDA.
8. Bayaran Bantuan Sara Hidup dan lebih bersasar kepada kumpulan B40 dipercepatkan ke Januari, 2019
9. Sebanyak RM98 juta daripada keseluruhan cadangan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan akan disalurkan untuk kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia. – Penambahan RM20 juta dari tahun sebelumnya.
10. Bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang akan diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.
11. Menandatangani MoU dengan persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang melibatkan 28 syarikat dan 13 persatuan Industri dengan 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada veteran tentera.
12. Membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta
13. Memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019
14. Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.
15. Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta
bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.
16. Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
17. Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.
18. Pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.
19. Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.
20. Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
21. Memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
22. RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.
23. Kerajaan memberi Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RM30 juta. Tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.
24. Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera
25. Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.
26. Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.
27. RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
28. Bayaran khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam GRED 54 ke bawah, manakala pesara kerajaan turut menerima bantuan khas sebanyak RM 250.
29. Pas bulanan perjalanan tanpa had RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL) akan diperkenalkan dan bakal dikembangkan meliputi perkhidmatan bas-bas lain.
30. Gaji minimum kepada RM1100 di seluruh Malaysia bermula 1 januari 2019
31. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM 31.6 Billion kepada hanya RM 16.6 Billion.
32. Projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM 8.8 Billion daripada RM39.3 Billion kepada RM30.5 Billion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.
33. Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.
34. Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindunga Kesihatan Nasional B40.
35. Bayaran royalti petroleum dan gas mula dibayar terus kepada Kerajaan Terengganu. Kelantan pula menunggu pengesahan penarikan balik semula saman royalti oleh Kerajaan Kelantan (2019)
36. Dana RM1Bilion untuk golongan B40 beli rumah….
Create your website with WordPress.com
Get started