Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Anak perempuan koma di Mesir, bapa rayu bantuan rakyat Malaysia – Hubungi Azyanshah 010-7993486.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas, Azyanshah Ariffin, 53, memerlukan RM20,000 bagi menampung kos membawa pulang anak perempuannya, Rosimatan Ni’mah, 17, yang kini berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir, sejak beberapa hari lalu.

Azyanshah, berkata beliau buntu untuk mendapatkan wang berkenaan bagi membayar bil hospital dan membeli tiket penerbangan untuk membawa pulang anak dan isterinya kerana pendapatnya sebagai pemandu bas tidak seberapa.

Katanya, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, sudah berada di Mesir untuk menemani dan memantau keadaan anaknya di sebuah hospital di Iskandariah.

“Oleh itu saya merayu kepada orang ramai supaya dapat menghulurkan sumbangan dan derma seikhlas hati supaya saya dapat membawa pulang anak saya untuk menerima rawatan di hospital di Malaysia secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azyanshah berkata, beliau masih bingung dengan penyakit misteri yang dialami anak perempuannya kerana ketika mula dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, doktor yang merawatnya mengesahkan anaknya sihat dan dibenarkan pulang ke asrama.

Bagaimanapun, katanya, enam hari lalu anaknya sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma seperti sekarang.

“Saya sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Malaysia di Mesir untuk urusan membawa pulang anak perempuan dan isteri apabila mendapat pembiayaan mencukupi,” katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Azyanshah di talian 010-7993486.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan sudah menerima laporan mengenai kes berkenaan dan akan memantau perkembangannya.

Difahamkan Atase Pendidikan Malaysia dan wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga sudah melawat pelajar terbabit di hospital berkenaan pada 1 Oktober lalu.

Anak perempuan koma di Mesir, bapa rayu bantuan rakyat Malaysia

 

Aktiviti Amal Ihya Assunnah Solution 

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Segala Hormatnya Dan Dengan Penuh Takzim Kami Ingin Menarik Perhatian Yang Dihormati Tan Sri / Dato’ Sri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/Datuk Seri/ Datuk/Dato’/Tuan/Puan/ Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari Yang Dirahmati Allah SWT Sekalian,

 

Rasulullah SAW bersabda:

Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berdoa;

“Ya Allah, berikan pahala kepada orang yang selalu menginfakkan hartanya”

kemudian malaikat yang satu berdoa :

“Ya Allah binasakanlah orang yang bakhil”

[HR Bukhari dan Muslim]

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W,

Baginda telah bersabda yang maksudnya:

”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.

(At-Tirmidzi)

 

Hulurkan sumbangan Ikhlas Anda Melalui Tabung Ihya Assunnah Solution
Maybank 553131011505

Kunjungi Kami Di laman Ini:

KENALI KAMI

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/06/21/pengenalan-aktiviti-ihya-assunnah-solution/

MISI BANTUAN RAMADHAN 2017

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/07/10/misi-bantuan-ramadhan-ke-kemboja-2017/

QURBAN 2016

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/07/17/program-qurban-2016-ihya-assunnah-solution/

WAQAF AL-QURAN DALAM BAHASA KHMER

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/08/06/perlaksanaan-program-waqaf-al-quran-dalam-bahasa-khmerkemboja/

WAQAF TELEKUNG SOLAT

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/08/07/program-wakaf-telekung-untuk-fakir-miskin/

Warga Islam Kemboja mati disebabkan kurang zat dalam pemakanan

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/06/21/ikan-ajaib-yang-menyelamat-warga-kemboja/

 

 

 

Page Ihya Assunnah – Berkongsi Ilmu Agama Dan Kerja Amal

Image may contain: sky, cloud, text, nature and outdoor

Image may contain: sky, outdoor, text and nature

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/336389003804227/

https://web.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?eid=ARDRmHg91ZjrKD2_KTSV2_ojY78bvEQFozGRCdzKQu9gI2jUbXMrbcSKQKhInhN5Qyn7o_ajmD5L9KQr

IHYA Assunnah